Buah limau bali...Taktau memang asalnya dari Pulau Bali Indonesia ka macamana?
Isinya merah pucat...Tapi rasa dia saya sangat suka kerana anak kombinasi masam dan manis yang seimbang.
Kalau masam sangat jenuh nak makan.Kalau manis sangat pun tak sedap juga...baik makan tembikai...hihihi
Isi dia meghelit....
Shining....
Cuma sayang sikit takda pencicahnya...
Agak murah jugak la sebab kalau tak silap sebiji ni RM8..Biasa memang RM10- RM15 sebiji
Saya bawa pi tempat kerja sebab kalau kat rumah saya sorang la makan...Bawa pi tempat kerja memang wassalamu...
Kalau yang kulit hijau tu dipanggil Limau Bali.
Bezanya.. nampak tak tu kulit luar limau bali warna hijau manakala isi Limau Bali ni agak kasar terutama bahagian hijungnya agak keras macam kematu sikit.. Bijinya pun besar-besar.
Bagi kami...dua limau ni walaupun nampak sama tapi ada bezanya..Macam juga buah manggis dengan buah mesta..Memang lain-lain walaupun nampak sama tapi ada beza...
Tapi ni panggilan orang kampung saya la...nak bezakan antara Limau Bali dan Limau Kedaksa.Kat lain saya tak tau tapi biasanya kalau kat gerai buah dua-dua tu dipanggil Limau Bali.
Kisah salah seorang penduduk kampung saya iaitu Cu Som
( bukan nama sebenar)..
Saya memang tahu sejak saya kecil lagi memang tahu Cu Som tak makan Limau Kedaksa.Cuma saya tak tahu kenapa Cu Som tak makan Limau Kedaksa.Kalau Limau Bali Cu Som makan pula..
Kat kampung lama kami,dekat rumah Tokwan..ada sepohon Limau Kedaksa yang sentiasa berbuah lebat.Tapi bukan kepunyaan Tokwan.Pokok tu kepunyaan Tok E' dan Tok Alus iaitu mertua Cu Som.
Selalunya kami beramai-ramai menyicah makan Limau Kedaksa dan pelawa kepada Cu Som..memang Cu Som tak mau.Bila tanya kenapa Cu Som tak makan..Cu Som akan jawab dia tak suka Limau Kedaksa.
Hinggalah beberapa tahun lalu,saya nampak Cu Som makan Limau Kedaksa...Mestilah saya pelik..
Bila tanya sejak bila Cu Som makan pula Limau Kedaksa ...dia hanya senyum kelat.Saya "paksa" Cu Som jawab dengan jujur.Nak paksa pun ada la caranya..kan..hihihi
Akhirnya Cu Som mengalah.. perlahan-lahan dia cerita.
Katanya hanya baru kali ini dia tergerak untuk menceritakan kisah yang sudah lebih 50 tahun dia pendam dalam hati.Kisahnya ketika mengandungkan anak sulongnya iaitu D...Cu Som mengidam Limau Kedaksa.Kata Cu Som masa tu umurnya 18 tahun.Kata Cu Som dia nampak ada beberapa biji Limau Kedaksa dipohon rumah mertuanya..tapi dia malu nak minta...maklumlah orang dulu - dulu walau dengan mertua sendiri pun masih malu-malu.Dia suruh suaminya Tok Kassim
(Al-Fatihah untuk arwah) minta sebiji dari emaknya (mertua Cu Som)kerana Cu Som mengidam nak makan.Kalau tak dapat sebiji,dapat seulas pun jadi la..
Lanjut Cu Som lagi..dia sangat teringin Limau Kedaksa.
Selepas menyampaikan permintaan kepada suaminya.Tok Kassim segera ke rumah Tok E dan Tok Alus yang cuma terpisah dengan pagar kawat berduri..Cu Som menanti penuh harapan.Namun bila nampak suaminya pulang...tidak nampak pula Limau Kedaksanya..
Kata suami Cu Som, emaknya tidak benarkan mengambil Limau Kedaksa itu.Limau itu hendak disimpan untuk menantu sulongnya ( biras Cu Som) yang juga sedang mengandung tetapi mereka tinggal di kampung lain.
Kata Cu Som...dia menangis semahunya kerana kesedihan yang amat sangat.Pada pandangannya ..tidakkah boleh berinya sebiji atau seulas kerana buahnya bukan sebiji tetapi beberapa biji.Bukankah Cu Som juga menantu mereka...mengandungkan cucu mereka?
Sudahlah rumah mertuanya hanya terpisah dengan pagar kawat dan pokok Limau Kedaksa itu pula di tepi pagar bersempadan rumah Cu Som yang mana setiap hari Cu Som akan nampak buah Limau Kedaksa itu dari rumahnya.Selama mengandung Cu Som menjeruk rasa melihat Limau Kedaksa idaman bergayut di pohon mertuanya.
Hinggalah lahir anak sulongnya Si D...Cu Som tidak dapat melunaskan keinginan makan Limau Kedaksa.Sejak itu ia berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan mengidam lagi dan tidak akan pernah lagi ada keinginan untuk makan Limau Kedaksa..
Cu Som kotakan janjinya sendiri.Lebih setengah abad Cu Som tidak menyentuh Limau Kedaksa.Bukan kerana dendam tapi kerana berjauh hati dan kesedihan yang dipendam
Lama betul Cu Som menyimpan rasa terkilan dalam hatinya.Pokok Limau Kedaksa itu juga sudah hilang jejak kerana tapaknya sudah berganti tanaman getah.Tok E' dan Tok Alus juga sudah lama meninggal kerana usia Cu Som sendiri juga sudah lanjut.
Tok Kassim juga sudah meninggal beberapa tahun lepas.Hanya selepas Tok Kassim meninggal barulah Cu Som melanggar janjinya dan menjamah Limau Kedaksa yang pernah diidamnya hampir 60 tahun yang lalu.
Kata Cu Som..tiada siapa yang tahu kisah Limau Kedaksa itu waima ibu bapa dan anaknya sendiri iaitu Si D...
Kata Cu Som dia tidak menceritakan kisah itu anaknya Si D kerana tidak mahu Si D berdendam dengan neneknya sendiri.Paling dirakuti,kalau-kalau anaknya sendiri Si D itu tidak percaya kerana ketika itu Si D masih dalam kandungan.
Kepada ibu bapanya kerana menjaga hubungan.Kalaulah diceritakan peristiwa itu kepada ibu bapanya pasti boleh sahaja ibu bapanya mencari Limau Kedaksa namun pasti mereka juga akan berkecil hati jika tahu besannya tergamak tidak memberi Limau Kedaksa kepada anak mereka yang mengandung sulong.Maka atas sebab menjaga hubungan.Lagi pula kata Cu Som mereka kan tinggal berjiran..sejak itu,walau Limau Kedaksa ada depan mata...dia sudah tidak mampu menjamah kerana peristiwa itu masih segar dalam ingatannya.
Kini ...Cu Som melanggar janjinya sendiri iaitu makan Limau Kedaksa adalah bagi membuang dan melupakan segala rasa bersarang dan memamafkan mereka .Dia ingin menjalani hidup yang tenang.....
Adakah Cu Som benar-benar melupakan semua peristiwa itu..???
Hanya Cu Som dan Allah saja yang tahu...Sekian
Sedihnya cerita cu som tu.. sampai hati mak mertuanya.. tp sy suka limau balinyg merah tu.. sbb rasanya lg manis dpd yg biasa tu kdg2 masam je xde manis langsung
ReplyDeleteSaya pun suka limau ni sebab lebih juicy
Deleteorang mengidam ni kalau tak dapat memang boleh bawa hati menangis kan..tapi ada juga yang kata jangan dilayan mengada-ngada.Hanya hati ibu2 yang pernah mengidam je tau mcm mana rasanya...
ReplyDeleteMoga kita dan dia diampunkan segala dosa yang tersimpan dalam hati,risaunya kalau yg ada simpan rasa kecil hati dengan saya..
Betul...
Deleterasa mengidam bukan dibuat2..cuma kalau mengidam makanan yang tak sepatutnya kita kena la lawan perasaan tu kan..
Semoga semua saling memaafi
ada jenis2 la pulak yer, baru tau pasal limau kedaksa tu. ingat semua limau bali jer...
ReplyDeletealahai..sedih kisah tu. tapi bab ngidam2 ni memang yer
Ini berdasarkan info yang saya tau la .mungkin ada lagi spesis limau ni yang kita belum exppore .
DeleteEnding kisahnya ini kiranya Cu Som sudah memaafkan mentuanya. Memang tak rasa gembira kalau simpan lama-lama rasa terkilan itu. Harapnya Cu Som sudah tenang hatinya, itu sebabnya Cu Som sudah boleh makan limau kedaksa walaupun telah melupakannya lebih 60 tahun lamanya.
ReplyDeleteBetul..
DeleteSemoga dengan memaafkan akan membuat semuanya tenang..
Kesian cu som mengidam tak dapat makan limau kedaksa
ReplyDeleteKan Wak....
DeleteWak ada tanam tak limau bali dan kedaksaš¤
Walaupun Cu Som memaafkan mertuanya, namun dia tak pernah melupakan. Sebagai manusia, pasti ada rasa membezakan walau di sana menantu, di sini menantu. Kalau anak 5 orang, tentu ada yang lebih disayang.
ReplyDeleteSy tak pernah jumpa Limau Kedaksa ni.
Benar...
DeleteBoleh memaafkan..tapi pasti sukar mengikis dalam ingatan...
Tapi kalau macam tu nak kira maaf ke takš¤