Tuesday, 15 November 2022

PETAI BILIS BERLADO vs SARDIN & TELUR BERLADO

 

Petai Bilis Berlado.
Lauk hari apa  ni...dah lupa..hihihi


Masak juga Sambal Sardin + telur untuk anak bujang tu sebab dia tak  suka bilis.
Dua-dua menu cili padi Bangladesh..Meriah kat lidah ..hihihi
Bak kata mantan big bos kami Puan Rokiah..
Kalau makan tanpa lauk pendas ibarat makan yang " senyap sunyi"..
hihihi

Petai ni...mak beli masa balik cuti Deepavali tu lagi..Tak bermasak sebab asyik makan kat luar dan ke Trengganu minggu tu 
Ni mak dah balik saya masak juga sebab petai tu dah lama dalam peti ais.
Kopek ambil isi sahaja sebab kulitnya dah kecut 

PETAI BILIS BERLADO
1 cawan bilis
1 cawan petai
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar
1 tomato masak
Minyak,garam,gula

1. Panaskan minyak dan goreng bilia hingga garing.ketepikan

2. Goreng cili padi dan bawang dan tomato.Blend kasar

3. Tumis bahan blend dalam minyak yang sama dan masukkan petai dan perisakan.

4. Tambah bilis dan gaul rata.Sesuaikan rasa.



Sambal Sardin Telur ni pun saya masak guna cili yang sama dengan berlado petai bilis tu juga 
Saya extrakan cili bawang masa menggoreng dan blend sekali harung.
Bagai dua..sebagian masak bilis petai tu dan sebahagian lagi sardin telur ni.
Cili padi dan bawang digoreng dulu rasanya kurang pedas menyengat dan memask juga lebih cepat naik minyak kerana semua bahan tumis tu  dah masak sebab goreng dulu macam nak buat sambal penyet tu.


23 comments:

  1. sambal telur bersardin tu menarikss!!! mkn dgn nasik panas

    ReplyDelete
  2. Geram tengok rase nak mintak tapi jauh hahaha

    ReplyDelete
  3. Uiii.. sy tak berani makan cili bangla tu banyak2. Tapi, malam ni sy ada cita2 nak masak sambal sardin, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum cuba memang takut SK..
      Dah biasa nanti....akan merindu...hihihi

      Delete
  4. meriah petai tu kak, besar-besar pulak tu dia punya mata. Sedap tu sambal sardin dan telur, cili bangla tu pedas memang pedas tapi bila dah biasa syok oooo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.....cili tu kalau dah biasa ...akan jatuh centa kan

      Delete
  5. Uiiii..sedapnye sambal sardin pedas².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Ahnaff & Sofea dah besar sikit boleh masak pedas Jaja

      Delete
  6. whoa..betul2 nya sambal petai tu....

    ReplyDelete
  7. Tu diaa...meriah ngan petai haaa....

    ReplyDelete
  8. Kak lin da jangkit umi cella.. manjang capai cili api bangla tu.. stok da siap blend ada je dlm fridge.. senang bila mlm2 nk grg nasi..
    Dan.. betul.. sambal sardin guna cili api lebih umph drpd guna cili kering.. kak lin ikut resepi umi cella.. mmg fav ank2 da.. sblm ni abg yan je mkn sambal sardin.. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...dah jangkit ye Kak Lin...?
      Abang Yan dah ada geng la makan sambal sardin...hihihi

      Delete
    2. Dulu2 masak sambal sardin bole frozen utk abg yan.. sejak guna cili bangla ni, mkn jemaah, xsempat nk frozen.. licin!! Tq umi cella.. 🤩

      Delete
  9. Uishh..telan air liur tengok lauk sedap. Lauk menambah nasi ni mama cella. Lama juga tak buat sambal petai. Nanti teringin nak masaklah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul tu Fiza..Lauk menambah nasi..Pastu dah kenyang menyesal...🤭🤣🤣🤣

      Delete
  10. Yang berlado-lado itulah yang sodap!
    Kalau saya tak ada rancangan jalan-jalan, memang suka sangatlah makan yang berlado tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      Kalau nak jenjalan...jangan dicuba...jenuh nak cari bilik termenung🤣

      Delete
  11. terkenang resipi khairul aming - sambal sardin telo.
    aida lom pernah buat lagi. teringin nyer nak membuatnya.
    lom berkesempatan.
    petai! sedap lah oii. bertambah nasi dibuatnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal nyet dia sedap kan...letak atas telur mata pun sedap

      Delete