Wednesday, 9 November 2022

TAK DAPAT TENGOK BULAN GERHANA

 Malam tadi katanya berlaku fenomena gerhana bulan .

Tapi KL hujan lebat sejak petang semalam membawa kepada awal pagi tadi..Tak dapat la tengok gerhana bulan tu.
Tapi kalau tak hujan pun tak tau la kat KL nampak ke tak sebab katanya bukan semua tempat boleh nampak.
Tambah pula cuaca sekarang memang hujan..

Ni wajah bulan pukul 4.25 pagi tadi dari jendela bilik tidur saya..walau ceminnya gelap namun cahaya bulan purnama 15 haribulan Rabi'ul Akhir 1444 menerjah masuk membuatkan saya tersedar dari tidur.
Bangun dengan kepala berdenyut dan mata berair.Sejak hari Isnin kepala diserang migrain namun saya cuba tidak mahu melayan sangat kesakitan.
Tapi hingga pagi ni masih belum reda.Saya memang berniat untuk ke klinik dan MC sahaja hari ni.
Selepas menggosok baju kerja anak bujang tu...pukul rasanya dalam pukul 5.30 pagi saya terlelap sekejap.Sedar-sedar 6.30


Purnama menjelang pukul 6.30 pagi..Kepala masih berdenyut.Terus mandi..syampoo rambut sambil memicit kepala.Selesai solat subuh terus bersiap nak ke klinik sahaja.
Eh,tetiba sakit kepala yang sejak hari Isnin tu boleh hilang...
Betul...hilang tanpa rasa sakit sedikit pun..
Masyaa Allah...Alhamdulillah..
Terus capai shawl sahaja yang tak payah gosok & bergegas nak gi kerja saja la..Dah kepala tak sakit langsung ..kalau nak gi klinik pun nak cakap apa kat doktor..


6.30 pagi lebuhraya di sana sudah riuh dengan bunyi kenderaan..Cahaya bulan tetap terang bulat penuh.
Biasanya 6.30 pagi dah dalam perjalanan.Paling tidak pun dah  masuk gear kereta dan tayar kereta dah berpusing atas jalan.
Hari ni 6.30 baru mencari tuala nak mandi dengan niat nak ke klinik..

Makanya pukul 7.00 pagi dah terang benderang...Saya baru siap pakai tudung..Tidak pernah saya selewat ini..
Namun sebaik tiba di tempat kerja...nafas jadi mengah dan kepala kembali berdenyut hingga meleleh air mata.Mata sembab macam orang terlebih tidur.Berdenyut macamanapun...dah sampai tempat kerja takkan nak minta balik nak ke klinik pula..huhuhu
Tapi memang takdirnya hari ini saya meneruskan kerja dan  tidak MC  la ceritanya...
Macam takda kaitan pun dengan tak dapat tengok bulan gerhana tu kan..🤭


7 comments:

  1. Takpe takde kaitan pun..kite suka je bacaaa 😉

    ReplyDelete
  2. Kat sini pun tak nampak bulan gerhana sebab cuaca mendung.
    Cuma dapat solat gerhana bulan berjemaah kat surau

    ReplyDelete
  3. akak migraine ye?sy pun sama kak kalau time datang sakit tu rs nak terkeluar biji mata..biasa saya letak ais atas belakang tengkuk lega sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...letak ais ye..
      Terima kasih petuanya Afzan...boleh dicuba nanti

      Delete
  4. Masa gerhana bulan penuh ni hujan serata negeri. Kita tengok dari gambaran orang yang berjaya tangkap gambar. Di negara Jepun, cantik kejadian gerhana bulan penuh dengan jelas.

    Kalau terlewat, begitulah..mengah nak kejar masa. Semputtt....

    ReplyDelete