Thursday, 5 August 2021

PULUT AYAM KEPCI

 Bila lama sikit tak makan pulut,mula la tekak ni ridu pulut.

Semalam masak Pulut Ayam untuk dinner.Tapi makannya waktu petang la.Kira dinner la cuma makan awal.Pulut tu pagi baru rendam.Petang lepas asar dah baru kukus pulut yang sudah direndam beberapa jam tu..Gorengkan ayam.Sediakan daun salad.Sos cili tu hanya gna Thai cili sos.

Makan 3 beranak.Memang pulut ayam menjadi kesukaan semua pun.Cuma masa kami makan ,Adah belum balik.Kami makan la dulu.

Biasa kalau pulut ayam Thailand,ayam tu depa perap dengan bawang putih bagai.bau dia harum.Saya pula biasanya ayam tu gaul garam kunyit & goreng garing.Tapi kali ni saya buat ayam versi kepci.
Bacuh sikit tepung bestari agak cair-cair & rendam ayam dalam tu dalam sejam.Kemdian masukkan tepung bestari kering + sikit tepung jagung @ tepung beras dala plastik.Masukkan ayam yang direndam bancuhan tepung bestari tadi.Goncang-goncangkan sampai bersalut rata & goreng garing.Tepung bestari kering tu campur tepung jagung @ tepung beras sikit tu sebab taknak masin sangat.



Hati,pedal,leher ayam semua tu pun saya salut tepung & part yang paling saya syka tu.Makan tanpa rebut sebab anak-anak memang tak minat bahagian kropeh ayam tu.Depa makan isi ja.



Pulut kukus...Ayam goreng...Tambah daun salad.Yang kosong tak ada sos tu saya punya.Saya tak suka sos.Kalau beli pulut ayam pun,saya tak cicah sos.Makan pulut ngan ayam,bawang goreng tu dah cukup nikmat.



10 comments:

  1. Kalau pergi Padang Besar, selalu nampak gerai jual pulut ayam ni, tapi saya memang tak pernah datang keinginan nak membeli atau memakannya. Tengoklah kot akan datang kalau dah boleh rentas terbuka pulak hati, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takyah la paksa anak tekak tu.Baik makan yg dah memang tahu kena dengan tekak🤣

      Delete
  2. Sedap ni., sy x pnh mkn pulut mcm ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple ..macam budus ja kan...hihihi
      Tapi kami anak beranak semua suka.

      Delete
  3. Kropeh ayam mmg habuan emak2 kn kalu tak terbuang je.kropeh ni masak campur jantung Pisang memang padi pn mak2 je yg makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kropeh ni bahasa orang Pantai Timur kan...🤭

      Delete
  4. Tambah tepung beras tu buat gorengan jadi krup krap krup krap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Kepci bajet.Tapi kalau cukup set coleslaw & whiped potato sedap ni..hihihi

      Delete
  5. Ayam ni mak cella goreng dalam kuali atau dalam air fryer?
    Menyelerakan.. sdpnya pulut ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng dalam kuali guna minyak banyak...🤭🤭😁😁

      Delete