Sunday, 1 August 2021

ROTI JALA PANDAN KUAH DURIAN


Pagi ni masak Roti Jala Pandan Kuah Durian untuk anak-anak semut tiga beradik tu..Weekend kan,boleh la masak menu beraroma ni.Kalau weekday,yang nak pi kerja tak mau makan menu beraroma like durians & stink bean..hihihi
Tapi kan orang kata petai kalau takmau bagi bau,rendam dalam air beras.Tapi saya pula rasa macam rugi la kalau petai takdak bau petai...hihihi.Apapun kena hormati pendapat orang lain juga.Cuma kalau makan petai dengan nasi,lepas makan saya biasanya akan bancuh kopi 0 kaw.Biar kopi menyerap bau oetai dalam perut.Bila pipis memang bau dia akan ada kekeliruan indentiti la...Hihihi..Nak tau try la cuba test...

Masak roti jala versi pandan sebab nak padankan kuah manis.Kalau kuah kari  biasanya saya buat roti jala kuning,tapi jika kuah manis biasanya saya buat roti jala versi pandan.Tapi pernah juga buatROTI JALA PINK. Dulu zaman anak-anak sekolah agak rajin juga bermain dengan warna & kepelbagaian bekal mereka.Sejak depa semua dah habis sekolah,automatic graff kerajinan menjunam.Hihihi
Aktiviti menjala ni pun dah lama tinggal walaupun ada request.Cuma hari ni sesambil semak laporan BDR,masuk dapur blend batter roti jalan ni.Pastu sambung semak kerja sementara biarkan bancuhan roti jala tu kembang bijian tepungnya lebih kurang 1 jam.Selain kerja siap,roti jala juga lebih lembut kenyal sebab bijian tepung dah dibiar kembang.Hasil tekstur roti jala,lempeng @ cucur udang bagai memang akan lebih lembut kenyal jika kita biarkan bancuhan berehat 

Saya guna botol ni untuk menjala.Resipi memang buat jala kuning ke,hijau ke sama saja sukatannya.Resipi yang ni saya  just C&P dari ROTI JALA PINKISH...
Cuma tukar colour ja.Kali ni guna pes pandan hijau.

ROTI JALA PANDAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu pes pandan hijau
** minyak  untuk sapu kuali

1. Blendkan tepung,air,telur,garam dan 2 sudu minyak hingga berkrim
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala


Dok nampak roti jala klasik la,roti jala jelita la lalu lalang kat dapur Puan Sri SK...
Kita pun rasa tercabar...🤣🤣🤣
Menjala la juga walaupun urat jalanya bukan lagi macam jala udang.Tapi anggaplah jala ni versi jala ikan paus...Saiz & & gulung pun macam-macam saiz.Pun anggaplah ianya seni.Kalau kemas sangat & sama saiz nanti orang ingat mesin yang buat...hihihi

Kuah durian.Ni kuah durian kali ke3 ni.Minggu lepas dah buat sekali.Dua hari lepas buat lagi kuahnya.Semalam nampak ada ½ periuk lagi.Maka pagi ni tanpa tengok periuk,blend la batter nak menjala.Bila buka periuk...rupanya ...wasaalamu dah depa berkenduri malam tadi agaknya masa maknya dah hanyut dibuai mimpi.
Korek la isi durian frozen dalam 10 ulas & masak lagi kuah durian nak kawankan dengan roti jala ni..Eh,rasa macam rajin pula...
Terpaksaaaaa...kalau tak jala tu nak makan dengan apa kan..
hihihihi..
Resipi pun c&p dari roti jala pinkish.Kuah nintak sukat pun tak apa.Sekadar panduan sahaja.

KUAH DURIAN
10 ulas durian
1 helai pandan
1 kotak 250ml santan + 3 cawan air
(boleh ganti 4 cawan santan segar)
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula melaka
(saya guna gula nissey keping yang saiz besar)
1/4 cawan gula putih

1. Durian diambil isinya sahaja dan dicamour bersama santan dan pandan
2. Masak hingga mendidih dan tambah gula melaka,gula pasir dan garam
3. Masak hingga mendidih sekali lagi dengan api perlahan.
4. Sesuaikan rasa dan padamkan api

Roti Jala Pandan Kuah Durian.


6 comments:

  1. Replies
    1. Hihihihi...
      Kimia,Fizik,Bio semua bersatu..hihihi

      Delete
  2. Sedapnya! Manalah pergi botol jala saya huhuhuuuuu! Lama tak menjala. Asyik melempeng jew!

    ReplyDelete
  3. Kak lin suka jawapan mak cella.. "kalau kemas sgt & sama saiz nti org ingt mesin yg buat".. mmg win!! 🤣
    Hrini kak lin mkn serawa durian dgn pulut.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan tu pinjam dari Ina Rosenberg Gartin pemilik chanel Barefoot Contessa...Dulu masa ada Astro saya suka follow rancangan dia.Ni dah bertahun dah terminate Astro🤭 tapi kata-katanya masih saya ingat...hihihi

      Delete