Hidup ini umpama pusingan roda.Kadang di atas,kadang di bawah.Silih berganti berputar mengikut paksi
Mandang ke atas ,memberi motivasi untuk kita berusaha menggapai angan-angan & cita-cita.
Merunduk ke bawah mengajar kita erti bersyukur.
Melangkah ke dapur,mengajar kita untuk merajinkan diri memasak isi perut...Hahaha..
tibber!
Saya masak nasi goreng sardin menggunakan sardin daripada KOTAK MAKANAN PKP yang diterima beberapa hari lepas.Dah beberapa barang daripada kotak tersebut telah saya gunakan kerana dapat rezeki tersebut kena pada masa &keperluannya.
3 cawan beras- tanak nasi
1 tin besar sardin
1/2 bawang besar cincang
3 bawang putih cincang
2 sudu cili blend/2 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup+ daun bawang
4 sudu minyak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
2. Tambah cili blend dan masak hingga naik minyak
3.Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 kasar dengan sudip
4. Tambah garam & masukkan nasi yang sudah dilerai.Kacau balikkan hingga naik wap berasap & nasi panas merata.
**sedap makan bersama telur rebus)
Alhamdulillah. Kotak Makanan PKP dimanfaatkan. Saya dah habiskan mee hoon. Beras pun sudah dimasak. Tepung dengan gula pasir belum dibuka.
ReplyDeletealhamdulillah...Bila orang memberi rasa kita diingati.Bila kita memberi rasa mereka dekat dihati
DeleteSy pun dapat lagi kotak makanan PKP baru-baru ni sumbangan dari sebuah hospital swasta. Mewah isinya, tapi tulah.. bila nak dapat kotak makanan yg ada kambing dan udang ek?? Hihi..
ReplyDeleteWah...ingatkan dari TMJ ka...Kalau TMJ bagi boleh request kambing..Hahaha
DeleteSyukur.. kak lin pun dpt kotak makanan.. ptg ni ngopi la kami.. 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah....rezeki sama dikongsi.Saling meberi & menerima
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sy jugak xdpt kotak mknn.. jkkk taman x aktif kot
ReplyDeleteIn sha Allah..mungkin rezeki mim dalam bentuk lain,kesihatan yang baik,keluarga bahagia juga rezeki.In sha Allah
Delete