Teringat beberapa tahun lepas masa durian tengah mahal sesangat masa tu.Dek kerana mahalnya durian,ramai juga lah yang sayang nak bazirkan apa sahaja yang ada pada buah durian termasuk bijinya.Viral jugak la kerepek biji durian masa tu & saya pun pernah buat KEREPEK BIJI DURIAN ni.
Tapi masa tu saya buat kerepek guna biji durian mentah.
Bila nampak biji durian yang sudah empuk tergolek dalam periuk,saya kupas kulit biji durian tu & makan sebiji.Tapi hanya sebiji mampu dihabiskan.Dulu zaman kanak-kanak biji durian tu rasa sedap sebab tiada pilihan sangat nak buat kudapan.Sekarang bukan sahaja anak-anak zaman melenium ni yang tak suka.Saya yang mak-mak ni pun sudah tidak tertelan lagi seperti dulu.
Maka biji durian rebus yang sudah dikupas kulit saya hiris nipis.Saya guna peeler memang mudah nak hiris sebab bijinya lembut & kurang lendir.Kalau guna biji mentah memang keras & pantangnya ialah jangan terkena air.Kalau terkena air ,memang berlendir & susah nak handle.
Macam sedap pulak biji durian buat kerepek. Dapat bayangkan kesusahan nak sagat tu. Dahlah bijinya comel dan licin sikit. Bagus akak ada share tips tu.
ReplyDeletePada saya kerepek ni sedap & rangupnya tahan lama.Tapi tu la,nak buat pun boleh tahan juga..hihihi
DeleteRajin betul mak cella.. keep it up!! 👍
ReplyDeleteKadang datang rajin la..Tapi rajin tu tak selalu bertandang...Hihihi
DeletePernah makan kerepek biji durian tapi yang dibeli. Waktu mengunyah tu asyik terbayang macamanalah pembuat kerepek ni dengan tabahdan sabar menyagat biji durian!
ReplyDeleteOwh, ada jual ek...Saya sudah slah info la..Ingat tak ada jual...Hihihi
DeleteTakpernah cuba buat atau rasa lagi kerepek durian ni.
ReplyDeleteKalau biji durian rebus memang pernah makan.
Jika ada baki durian ,boleh cuba wak...hihihi
DeleteMesti laku keras sambil tengok tv tu
ReplyDelete