Makan nasi dengan kuah dia dulu pastu ratah...hihihi
Pada saya baik beli daging segar sebab harga sekilo ketam ni lagi mahal daripada sekilo daging segar...Hihihi
Tapi dah si bujang tu beli,bawa balik suruh masak,layankan sahaja la..
Dia kalau dengan adik bongsunya memang melayan sampai kadang Adah terpaksa ingatkan abangnya bahawa dia ada lagi sorang adik...hihihi
Dibelinya 3 ekor yang beratnya 1kg++..Tapi bila saya tengok bawah perut tu semuanya ketam jantan.Tapi ini ketam yang dah innalillah...
Murah la sikit..
Saya pun bukan pandai sangat nak kerjakan ketam ni.Mulanya saya ketuk sepit tu dengan alu lesung batu bagi pecah,macam terkeluar pulak isinya.Pastu yang klbakinya saya dah tak ketuk.Masak dulu ,nak makan nanti baru ketuk bagi pecah-pecah sikit supaya senang nak buka.Guna alu lesung ja la sebab tak ada shell creaker macam kat restoran seafood tu..hihihi
KETAM NIPAH MASAK BLACK PEPPER
3 ekor ketam nipah
1 pokok daun bawang
1 cili merah
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap lemak manis
¼ sudu teh tepung ubi + 3 sudu air
3 sudu besar minyak
Bahan Tumbuk:
½ bawang besar
5 bawang putih
1 ketul halia
1 sudu makan lada hitam biji
1. Bersihkan ketam &kerat dua atau empat.
2. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk hingga harum.
3. Tambah sos tiram,kicap & sedikit air.
4. Bila mendidih,masukkan ketam & balik-balikkan.
5. Tutup kuali & biar agak-agak ketam masak isinya
6. Masukkan daun bawang ,kacau & sesuaikan rasa.
Tadaaaaa......!
Simpan kat Adah ½ ekor + 2 sepit.Bila dia balik,dia hanya makan ½ badan tu sahaja.Sepit dia tak makan sebab malas nak ketuk.Melompat girang la Cella dapat habiskan sepit ketam tu..
Jarang beli ketam nipah ni...selain mahal..malas nak ketuk kulit dia tu...selalu makan kat Fatty Crab Damansara je...
ReplyDeleteSaya memang tak pernah beli...hihihi
DeleteSelalu banding dengan harga daging fresh..hihihi
Ni pun rezeki anak bujang beli..
Agak lama tak beli ketam ni, sejak dah habis musimnya, kalau datang musim di KongKong tu, tak henti-henti Suami kita beli Maaa
ReplyDeleteOoo...dia ada musim jugak yer Lin...saya memang tak tau
DeleteSebut KongKong mesti ingat SK ,Lin & Nasi Lemak Daun Simporš
Tolong tanyakan si bujang, nak emak angkat tak??
ReplyDeleteCara kita makan ketam sama, makan nasi dengan kuah ketam dulu lepas tu baru ratah. Sy fobia bab gigit sepit ketam ni š¤
Apa kata mak angkat tu kita upgred jadi mak mentuaš¤£
DeleteSedapnya ketam. Tapi saya tak pernah lagi makan ketam nipah. Banyak isi kat penyepit besar tu. Macam sedap pulak ketam masak black pepper. Biasa masak lemak je.
ReplyDeleteMula fikir nak masak lemak juga tapi ngenangkan dah malam macam tak feel pulak nak makan kuah lemak.
Deletehihihi
Gigi dah tak kuat
ReplyDeleteKalau makan sepit ketam ni ketuk pakai lesung batulah
Betul Wak
DeleteKalau kokak dengan gigi,silap2 sepit tak pecah,gigi yang patah...hihihi
Biasanya saya tinggalkan sepit ketam, tapi pakwe rajin ketuk. Dapatlah saya makan isinya.
ReplyDeleteUntung la ada tukang ketukš¤£
Delete