Monday, 9 August 2021

SARAPAN PULUT KUNING

 

Pagi ni sarapan pulut kuning.Rasanya memang akan merangkap lunch untuk semua dah ni.Takkan nak masak nasi lagi dah kenyang pulut.


Rajin sikit pagi ni.Make up la skit pulut ni sebelum makan sendiri.


Seawal subuh tadi lagi sudah mengukus pulut.


Pulut kuning rendang ayam.Sebenarnya masak agak banyak.Nanti lepas ni cerita..hihihihi

Tengah menghirup kopi O panas ni la baru buka whatsApp.Terus buka family group sebab nampak ada nitification.

Innalillah.....Rupanya Achik share tentang kembalinya Siti Sarah ke rahmatullah.Tiba- tiba hati terasa sebak..Dalam masa yang sama cemburu dengan kematiannya..

Ditidurkan pada hari Jumaat.

(Dari info yang saya baca pesakit +ve Covid yang akan ditidurkan,mereka disuruh bermaafan,bertaubat & mengucap 2 kalimah shahadah)

Meninggalnya dalam redho suaminya.

Meninggalnya dalam wabak.

Meninggalnya selepas melahirkan .

Meninggalnya dikirimkan doa dari seluruh pelosok negara walau dia hanya seorang artis.

Semoga tenang rohnya di sana bersama ibundanya yang telah lebih dulu pergi.Ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Juga semoga Allah matikan kita & keluarga kita dalam hasnulkhotimah & ditempatkan dalam kalangan orang beriman & mendapat syafaat baginda Rasullullah saw.

Amiinnn



6 comments:

  1. Sedih kn kak bila dpt tau kematian siti sarah.. dr mlm td lg dh mcm xde harapan sbnrnya.. bgn je pg husband ckp dia dh meninggal.. walaupun x knl pn tp terasa sgt xtaulah knp.. pulut tu sedap lah.. beras pulut dh beli tp x berani nk buat tkt x menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa masak pulut kuning ni memang ingat kat Mim..Pasal hari tu Mim ada request cara masak pulut kuning kan..Nanti dh free2 saya share...In sha Allah tak susah pun

      Delete
  2. Kak lin perasan, mak cella selalu guna rice cooker utk mcm2 jenis masakan.. mak cella pernah masak pulut kuning dalam rice cooker ke?
    Cantik betul pulut kuning mak cella.. tu msti kopi cap gantang fav mak cella kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...saya masak guna rice cooker tapi bukan tanak.Saya kukus guna rice cooker.Nanti kita share yer

      Delete
  3. Kita sarapan pulut kuning jugak hari tu, tak ingat hari apa. Makan dgn rendang daging raya 😍

    Memang agak terkesan dgn berita pemergian Sarah

    ReplyDelete