Tuesday, 7 July 2015

NASI ULAM UTARA,KURMA AYAM & PERGEDIL KENTANG...IFTAR ke-12 ..RAMADHAN 2015

Nasi Ulam Utara...
Gambar blur la plaks..
Tapi ni je gambar yag ada...
Mak aku kata masa abang balik hari tu nenek juga kirimkan bermacam jenis ulam,serai dan lengkuas.
Kata mak aku..tu mesti nenek bagi bahan untuk buat Nasi Ulam..
Mak aku kata Nasi Ulam Utara ni hanya dibuat dan dimakan pada bulan puasa jer...
Bila aku tanya kenapa..
Mak aku kata xde jawapan...huhuhu
Tapi makanan ni hanya ada pada bulan puasa..Bulan biasa xde orang buat pun..
Hmmm...pelik kan...
Time balik kampung,kalau puasa nenek mesti buat Nasi Ulam ni.
Selalunya aku x makan pun..
Tapi hari ni..aku try sikit..mak aku bubuh dalam pinggan aku segenggam je..
Bila dah makan...
Alamak...
Sedapnyerrrrrr...
Nyesal x cuba makan dari dolu-dolu lagi..
Rugi wooo sapa yang xnak cuba..

NASI ULAM 
2 mangkuk nasi yang sudah dibiar hilang wapnya.
1 ketul ikan masin digoreng(mak aku guna ikan pekasam)
1 sudu kerisik
1 biji limau nipis
1/2 bawang hiris

Bahan Tumbuk:
5 hiris lengkuas kecik
1 batang serai hiris
10 biji lada hitam
sikit belacan
sikit garam
2 biji cili padi

Bahan Ulam:
2helai daun kaduk
sikit daun kesum
sikit daun selasih
sikit daun kunyit
sikit daun samak
sikit daun tenggek burung
** apa-apa daun ulam pun boleh je


1.  Yang ikat ru ulam-ulam supaya senang nak hiris halus macam bunga rampai..
2.  Tepi tu bawang hiris
3.  Tepi bawang tu bahan yang dah tumbuk.
4. Sebelah tu limau nipis
5. YAng hitam tu kerisik.
YAng ni Ikan Pekasam Goreng....Pun digaul dengan Nasi Ulam tu...


** Campur je semua tu dalam nasi yang dah dibiar sejuk..Perah limau dan gaul kerisik serta ikan masin..
Siap dah...

Kurma Ayam untuk abang...

Ni Kurma Ayam tau...
Buka buah Kurma..heee

NI Pergedil Kentang & Ayam...
Pun makanan favorite abang ni...

PERGEDIL:
3 kentang
1 ketul ayam goreng
2 sudu bawang goreng
1 tangkai daun sup cincang
1 telur
sikit garam
Minyak

1. Potong & goreng kentang hingga masak.
2. Tumbuk isi ayam goreng,bawang goreng.
3. Masukkan kentang & tumbuk sebati.
Gaul dengan garam & daun sup cincang.
4. Bulat2kan & celup dalam telur yang dah dipukul.
5. Goreng hingga nampak garing.
6. Angkat siap...

Air Wajib Bulan Puasa..
Jus Tembikai....



No comments:

Post a Comment