Sunday, 5 July 2015

NASI TOMATO ,AYAM MASAK MERAH,KARI DAGING...IFTAR KE-7...RAMADHAN 2015

Nasi Tomato untuk berbuka puasa hari ke 7...
Mak aku kata ni Nasi Tomato Terkujat..
Hahahaha...
Kata mak aku sebab nampak pucat x merah sangat..
tak kisah lah...yang penting sedap...
Aku ngan abang makan x hengat...sebab sedap..hehehe 


NASI TOMATO mak aku
2 cawan beras basmatthi- rendamkan 1/2 jam supaya nanti beras kembang panjang 7 cantik
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
sikit gula & garam
2 daun pandan
1/ cawan sos tomato
2 sudu marjerin/minyak sapi

bahan rempah:
1 batang kayu manis
5 bunga lawang
10 bunga cengkih 
10 buah pelaga
1 buah pala
* semua bahan ni sangai hingga wangi & blend guna blender kering..
(gunakan 1 sudu makan untuk resipi ini)Yang lebih boleh simpan

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar mayang
sikit halia mayang
1 helai pandan

1. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan bahan rempah  & kacau
3. Masukkan sos tomato & biar naik minyak.
4. Masukkan air garam gula & pandan
5. Biar mendidih.
6. Tuangkan bahan yang dah mendidih dalam rice cooker & on hingga mendidih semula.
7. Masukkan susu,gaam gula & daun pandan
8.Bila mendidih masukkan beras yang dah direndam.Kacau.
9. Biarkan hingga nasi tanak & bila nak mencedok..karikhkan dengan garfu manja-manja sahaja supaya nasi cantik & tidak patah.


Kalau ada Nasi Tomato..opkos la kena ada Ayam Masak Merah ni 

RESIPI AYAM MASAK MERAH ..mak aku
1/2 ekor ayam-potong & gaul garam kunyit
6 biji kentang - rebus tanpa buang kulit
1 tangkai daun sup
1 botol kecik sos tomato
sikit garam & gula
2 helai daun pandan
Minyak

Bahan Blend:
6 cili merah
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
3 hiris lengkuas
1 batang serai

1. Rebus kentang & kupas kulitnya.Goreng sebiji sebiji dalam minyak hingga garing.angkat.
2. Goreng pula ayam hingga masak.Tak perlu garing
3. Dalam  minyak yang sama tumis daun pandan yang dipotong-potong.
4. Masukkan bahan blend & biar hingga garing & naik minyak.
5. Masukkan sos tomato,garam & gula.
6. Masukkan ayam goreng,kentang goreng & taburkan daun sup.



Kari Daging...
Pun untuk makan ngan Nasi Tonato


Wantan Goreng...

Air cam biasa la Tembikai Ais..
TApi xde gambar sebab lupa nak amik gambar

No comments:

Post a Comment