Wednesday, 8 July 2015

KARI KEPALA IKAN,AYAM MASAK KUNYIT,WANTAN INTI AYAM & AIR TEMBIKAI..IFTAR KE-16...RAMADHAN 2015

Kari Kepala Ikan....
Lauk iftar ke-16 dah.....
Sedap sangat Kari Kepala Ikan Tenggiri ni..
Aku,mak aku ngan kakak makan sampai habis masa buka puasa tu...
Mejilat jari...
Macam makan kat restoran mamak la...
Tapi mak aku kata yang mak aku masak ni sedap sikit la...
Ops...x habis ayat lagi tu..
Yang mak aku masak ni mak aku kata sedap sikit..
Yang mamak masak tu sedap banyakkk...hahahaha

KARI KEPALA IKAN..
1 kepala ikan tenggiri atau apa-apa ikan( anggaran 500 gm)
5 sudu serbuk kari ikan
1 sudu pes asam jawa
2 biji tomato
1 terung bulat
1 cili hinau
1 cili merah
3 cawan santan
garam

Bahan Tumis:
3 bawang merah-mayang
3 bawang putih cincang
1 sudu halba campur
1 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak

 1. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis hingga harum.
2. Bancuh sebuk kari & tuangkan dalam bahan tumis.Masak hingga pecah minyak
3. Masukkan kepala ikan,asam,& biar hingga 1/2 masak.
4. Masukkan santan, terung,tomato & biar hingga semuanya empuk.
5.Masukkan asam & cili hijau dan cili merah.Biar agak sedikit pekat. 


Ayam Goreng Kunyit
YAng ni mak aku kata gunakan je isi ayam..
Gaul garam N kunyit dan goreng hingga masak.Masukkan cili potong dan bawang besar..siap



Wantan Isi Ayam ni,,
Dah banyak kali mak aku masak wantan goreng ni sepanjang puasa kali ni..
Tapi mesti habis punyalah sebab bila dicicah ngan Thai Chilly Sos ni memang sedap la...
RESIPI DAN CARA BUAT WANTAN GORENG ...klick sini

Air Tembikai  Special....
Apa yang specialnyer...?

Yang specialnyer ...
Tembikai tu pekat & ada kiub tembikai yang fresh dalam tu..
hehehee

AIR TEMBIKAI SPECIAL
1/2 biji tembikai (bahagi 3)
5 sudu gula
3 gelas airais kiub

1. Blend 2 bahagian tembikai dengan air dan gula hingga agak hancur tapi jangan terlalu halus
2. Sebahagian lagi tembikai dipotong kiub sederhana besar
3. Masukkan ais kiub dalam gelas dan tuangkan jus tembika hingga 3/4 penuh.
4. Taburkan kiub isi tembikai hingga penih gelas... siap

No comments:

Post a Comment