Sunday, 12 January 2014

KARIPAP INTI TUNA...KARIPAP JARING...KARIPAP JALA-JALA IKAN

Haaa..hambik kau.....panjang nama karipap tu....!!!!
Haa...ni la karipap yang nama panjang tu....
Karipap ke...?
Tak macam rupa karipap pun...!!
Tapi mak aku kata ..ini memang karipap....
Karipap Inti Tuna....
 Macam rupa jaring pun ada..Macam jala ikan pun ada...

Tengok lagi macam rupa siput je....
Nampak macam pelik je...tapi mak aku kata dia suka sangat..rangup sangat & inti dia sedap...mak aku kata resipi kulit karipap tu dari  google..tapi inti dia mak aku kata dia belasah je..

KARIPAP INTI TUNA
1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam

INTI TUNA
1 tin tuna in water
2 sudu mayonis
sikit daun sup cincang
1/2 labu bawang besar cincang
1 biji cili merah cincang
* Gaul semua & lenyek dengan garfu

1. panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang dicampur garam
2. gaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelak bebola pastri memanjang.
5. Isi inti tuna di salah satu hujung yang panjang.
6. Tutup inti dengan cara menggulung separuh sahaja.
7. Gulung separuh sahaja & separuh lagi hujungnya dikelar-kelar dengan pisau & teruskan gulung sampai hujung.
8. Tujuan gulung separuh adalah untuk tutup inti & separuh lagi dikelar supaya nampak macam jaring.
9. Goreng dengan api perlahan sampai garing...

*** Jujurnya aku x boleh bayang macam mana mak aku buat karipap jaring ni sebab aku tak tengok masa mak aku tengah gulung tu..so,aku x la faham sangat apa yang mak aku tulis kat resipi tu..Aku tengah siapkan kerja sekolah.Masa aku tengok tu karipap jaring inti tuna tu dah siap..tinggal karipap inti kentang je belum siap... Tapi mak aku kata nanti dia nak buat lagi sebab sedap

Sebenarnya aku makan satu je karipap tuna jaring tu...sebab aku x suka tuna....
Mak aku buat 2 jenis karipap.Selain karipap inti tuna yang jaring2,mak aku juga buat karipap kentang yang aku suka...Aku banyak makan karipap kentang yang sedap sangat.Mak aku buat banyak karipap kentang..Pastu suruh kakak goreng separuh masak..Pastu dah sejuk, kakak masukkan dalam plastik & frozenkan.Jadilah karipap frozen..Boleh la goreng bila-bila masa...:-)


No comments:

Post a Comment