Saturday 12 November 2022

LUNCH SEDAP @ RUMAH MAKAN NASI KAMPUNG

 

Semalam punya semalam..
Hari Khamis,kami berempatbelas(14) bersama lunch @ Rumah Makan Nasi Kampung.
1st time saya makan kat sini.Sebelum ni tak tau pun tempat makan ni.


Kak Mel yang belanja kami semua untuk lunch hari Khamis tu..
Kak Mel sudah bersara wajib pada bulan Mei

lalu..Masa bulan April geng ni juga yang bersama lunch bersama KAK MEL  AKAN BERSARA..kat sini...
Kak Mel memang suka belanja kawan-kawan makan...
Agaknya itulah sebab rezekinya juga diraikan dengan meriah di


Lihatlah...
Kek Mel sampai ja...siap berbondong dibawanya buah tangan untuk kami semua.

Setiap orang dapat sorang sebuntel berupa Puding Zebra dan Puding Koktel.
Puding Zebra memang trademark Kak Mel yang sedap dan cantik.

Kami semua tiba di Rumah Makan Nasi Kampung ni lebih dulu daripada Kak Mel kerana kami semua carpool dari tempat kerja.Kak Mel pula dijemput Syahir kat rumahnya.Rupanya sebab nak bawa banyak buah tangan untuk kami.

Tempat makan ni cantik..Kerusi meja bersih,background ala Bali siap berlangsir putih.
Tak pasti owner dia orang seberang atau local kerana namanya pun "Rumah Makan".
Biasanya kat seberang nama rumah makan  membawa maksud kedai makan.Tapi pekerja semua berbual dialek KL ja..hihihi

Sementara menanti Kak Mel sampai..Kak Zam ambil tapai dan kami share sorang sebungkus tapai daun getah.

Sementara tu dari tempat duduk saya sempat meninjau menu dengan video ni..
Susunan makanan kemas dan mengikut jenis.Senang nak pilih.
Pekerja pun cekap dan mesra.
Masa ni semua pun hanya duduk menunggu ketibaan Kak Mel sambil memesan minuman sahaja dulu kerana kehauasan.


Kebanyakan pesan Jus Apple Hijau  Asam Boi & Jus Carrot Susu.Besar gelasnya..

Jom kita tengok menu lunch kat sini.
Gulai Kawah..
Gulai Ayam Kampung(kalau tak salah) 

Lagi lauk pauknya..
Takda rezeki mak nak makan kat sini kerana saya pun baru tau tempat ni..Padahal hanya sekitar 20 minit dari tempat kerja saya..

Seksyen lauk panggang, Sayuran dan aneka ulaman serta sambal pilihan.
Sambal Tempoyak..Budu semua ada 

Seksyen Kuih Muih,Jeruk-jerukan,Kudapan dan Pencuci Mulut.
Kalau datang awal mungkin lagi banyak pilihan..
Lain kali kalau cuti mungkin boleh plan datang sekitar pukul 11 @ 12 pasti makanan penuh agaknya.

Setelah tawaf 7x akhirnya ini pilihan saya..hihihi
Nasi separuh.
Kerabu Mangga Ala Siam
Kuah Lemah bersama Cili Api( saya memang kuat pedas)
Ayam Bakar  
Sedikit Sambal Belacan
Jus Apple Kosong.
Maaf la saya tak pasti harga makanan kat sini kerana ni semua Kak Mel belanja.
Sebenarnya saya tak tau pun Kak Mel nak belanja.Saya ingatkan depa nak tong-tong duit belanja Kak Mel.Patut la masa tanya Shifa,nak bayar duit kat sapa..Shifa kata nanti kat sana..

Bila pekerja datang tanya nak kira asing atau kira sekali...
Jelas tu suara Kak Mel kata "kira sekali harung ye..!"
Laaa....Kak Mel ke yang belanja.Dah la bawa buah tangan bagai.Kami ni datang berlenggang tak bawa apapun kat Kak Mel..


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati..

Selesai makan,riuh rendah bergambar dan bersalaman dengan Kak Mel bagai YB  melawat kawasan...Kak Mel memang YB pun..(YB=Yang Bersara)
hihihi
Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Mel yang belanja kami.Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang halal lagi barokah.
Dimakbulkan segala hajat yang baik dan dirahmati hidup didunia dan akhirat🤲🤲🤲

Rupanya juga tempat makan ni Kak Mel yang pilih.Kata Kak Mel dia call tanya kalau ramai kena booked tempat ke.Pekarja jawab tak perlu..just walk in..in shaa Allah ada tempat..Tapi untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka lebih awal..
Saya kongsikan lokasi tempat makan best ni..
Kalau datang KL @ sekitar sini..cubalah berkunjung ke sini..Kalau menginap di tengah Ba daraya KL pun memang tak jauh sangat pun...

Landmarknya...belakang PGA Cheras ja..
Kami tanya juga pekerjanya restoran ni buka setiap hari kah?
Katanya buka setiap hari KECUALI AHAD*
Agaknya mungkin sasaran mereka adalah warga kerja.Maka hari minggu mereka tutup.
Apapun boleh hubungi nombor tertera agar tidak kecewa..

9 comments:

  1. YB ni kalau masuk bertanding confirm menang dah la baik hati pemurah ramai yg sayang ni

    ReplyDelete
  2. murah hati & baik hati kongsi rezeki mmg jd kesayangan ramai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarlah janji Allah..
      Setiap kebaikan walau sebesar zarah ada balasannya.
      Begitu juga sebaliknya...

      Delete
  3. Selamat bersara Kak Mel. Moga sentiasa sihat menjalani hari-hari persaraan.. Alhamdulillah, dapat jamu kawan-kawan makan tengah hari. Mudah-mudahan tambah rezeki Kak Mel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Seronok tengok orang dah bersara menikmati ketenangan...
      Semoga kita juga akan sampai ke garisan penamat sebagai pemenang yang cemerlang

      Delete
  4. Lain kali datang KL boleh singgah sini, tapi masalahnya hari ahad dia tutup pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tulis ni memang kita ingat SK tau..
      Sebab tau SK & PI suka JJCM.
      Cikwa dok Pantai Dalam kan..
      Memang tak jauh sangat pun walaupun tak dekat sangat..Jalan tak banyak simpang ikut Federal hiway street ja hingga Connough.Masuk Grand Saga ..Susur PGA..Belakang tu ja..
      Ajak tau🤣🤣🤣

      Delete
  5. Luas dan cantik dekorasi rumah makan ni. Memang murah rezeki mereka yang suka belanja orang. Semoga bertambah tambah rezekinya. Saya nampak donut red velvet di situ. Ke silap?

    ReplyDelete