Saturday 8 October 2022

ZIARAH & NASI AMBENG vs LONTONG KERING

Hari Khamis lepas habis urusan DAFTAR CELLA terus balik tempat kerja.Lepas solat Zohor,saya bersama Shifa dan Rini mencuri masa untuk melawat ketua kami yang baru kehilangan ibunya malam tadi.Geng lelaki katanya dah berkonvoi malam tadi juga.Geng ofis diketuai Aisyah & Julaiza depa pakat pi pagi tadi.Ada yang dah balik dan ada yang nak pi petang.Pakat gilir la ..tak boleh la pi serentak semua...Puas juga kami berpusing-pusing mencari rumah Pn Eleena kat Nilai tu,kerana masa kami sampai semua dah selesai pengkembumian dan isi rumah pakat terlena keletihan.Jadi,rumah sunyi buat kami confuse betul ke rumahnya..Tapi bila nampak kereta Pn Eleena,baru yakin.


Sekejapan kami masuk,ada dua tiga kereta lagi sampai.Yang jubah hitam & tudung pink tu lah Pn Eleena.Minggu lepas ramai-ramai buat bacaan yasin kerana ibu beliau koma akibat tumor dipangkal otak telah pecah.Malam tadi En Mahadi khabarkan dalam group rasmi tentang kepergian bonda Pn Eleena..Innalillah....AlFatihah.


Nasi Ambang ni memang dah ada dalam fikiran saya sejak kat Nilai lagi...hihihi.Masa kami keluar dari Nilai,jam baru pukul 4++petang.Sampai susur masuk Bangi terus ajak Shifa singgah 


Pukul 4.30...gerai Nasi Ambeng belum jual.Pekerja dia tengah susun tray makanan.Semua gerai pun baru dok susun makanan.Kalau sebelum ni saya dan anak-anak dok pi..pukul 4.30 dah berjualan.Sekarang dah agak lewat berjualan.Lain kali elok pergi lepas asar atau pukul 6 petang ke atas..baru ramai dan cuaca pun dah teduh masa tu.Tapi kami kan otw balik dari ziarah..takkan nak balik dulu kan..

Shifa dah kelaparan...Elok gerai Mee Kicap & Mee Wantan buka ,dia terus order dan makan kat khemah yang disediakan.Saya belikan minuman dan keropok lekor untuk kami kunyah bersama sementara menunggu gerai Nasi Ambeng buka..

Mata memasing dok hal ke Nasi Ambeng sebab nak cecepat beli dan nak balik..sudah kepenatan..

Buka jer terus kami serbu..hihihi..
Saya belanja depa Nasi Ambeng ..ya la..dah tumpang kereta depa kan..kita tak tuang minyak..kita belanja la makan minum kan...hihihi


Rini teringin kunafa....Temankan la dia beli kunafa ni..Saya tak beli pun.Temankan Shifa ja yang tengah teruja nak beli macam-macam.Sebum ni dia dengar saya ja dok cerita beli nasi Ambeng kat fleamarket ni.Dia ajak selalu payah sikit sebab rumah kami jauh antara satu sama lain...time balik kerja pakat bergegas nak sampai rumah cepat..Ni dah ada rezeki bawa Shifa mai sini...Suka betul Shifa sebab dia kaki makan.Kiri kanan Shifa jinjing plastik makanan...Rini jenis tak pemakan...so dia besyer-besyer je tak teruja pun🤭

.
Saya hanya beli Lontong Kering untuk dinner nanti..perut masih kenyang keropok lekor panas dan teh ais kaw masa menunggu gerai nasi ambeng buka tadi.
Tu pun tengah malam baru saya makan lontong kering ni....
Pastu berangan nak ramping macam biola..🤣

Anak bujang tu makan nasi ambeng untuk dinner dia.

Cella  share pic ni ja dia tengah minggu orientasi hingga Ahad ni dan Isnin pula terlibat sambutan Maulidurrasul.Katanya kalau ada apa-apa terus call sebab dia tak sempat nak baca wasap dah ...hihihi


12 comments:

  1. Flea market tu tak pernah lagi saya pergi sejak duduk Bangi ni. Menarik tu ada nasi ambeng. Nanti boleh try 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try pi carinasi ambeng situ walaupun dah tak semeriah dulu..
      Hari-hari buka katanya..

      Delete
  2. Setiap minggu jumpa nasi ambeng bila tahlilan dan yasinan kat surau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..saya pun masa tulis post ni..teringat Johorean mesti mudah dapat makanan ni kalau ada majlis selamatan dan yasinan kan...Antaranya Wak dan SK la...

      Delete
  3. Baca komen wak, sy teringat, sy tak pernah lupa bungkusan nasi ambeng yg arwah abah bawa balik dari kenduri masa umur sy 5 tahun. Lauknya pun sy masih ingat lagi iaitu Ayam Masak Kicap atau kini sy tahu namanya masak semur. Di JB ni, mudah nak jumpa NA atau Lontong Kering. Nak makan hari2 pun boleh, tu yang badan bukan macam biola tapi cello 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus saya goole nak tengok cello tu macamana🤣
      Ok..masih ada shape kira ok la kan walaupun macam cello..

      Hari tu dok terfikir juga kot kalau Cella dapat sambung belajar belah selatan..nak gi cari sate babat dan usus kat Muar tu..sate rosle ke apa tu nampak sedap betul..Sekali rezeki sepelaung..
      Maka kita ke flea market laaa🤣

      Delete
  4. Nasi ambeng sentiasa mengimbau kenangan lalu sewaktu menunggu arwah ayah balik kenduri bawa nasi ambeng / nasi berkat / bontrot. Kelazatannya masih terasa, terutama aroma serondeng kelapa yang sudah bergaul dengan nasi bungkus daun pisang. Walaupun lauknya hanya sekeping ayam atau ikan baguk masak semur, tapi 'berkat'nya nasi itu tiada tandingannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      yang dibungkus daun pisang bernama bontrot @ berkat tu...lain macam sedapnya kan cikgu..
      Saya pernah juga merasa bontrot walaupun sudah lama dulu..
      Mungkin kerana barokahnya ,'berkat' tu membuatkan kesedapannya diingati

      Delete
  5. Wah...orientasi memang x tunggu ye...kesian Cella penat x hilang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ..
      Semoga Allah mudahkan urusan Cella dan urusan kita semua 🤲

      Delete
  6. Alhamdulillah selesai urusan Cella.
    Salam takziah buat seluruh keluarga Pn. Eleena.

    Makanan yang ditunjuk tu semua kegemaran saya tu. Sedap sedap!

    ReplyDelete