Monday 17 October 2022

BUAT KUIH TAKO PANDAN


Kuih Tako Pandan..

Ada juga rakan-rakan sekerja  cakap ....ini kuih Tepung Pelita..Saya cakap ni namanya Kuih Tako..
Kalau Tepung Pelita bekasnya guna daun pisang.Bahan pun lain... buat dengan tepung beras/tepung gandum dan kena kukus.Tapi ada juga yg berkeras inilah Tepung Pelita..Siap bagitau... mak dia yang cakap ini la Tepung Pelita.Sejak kecil memang panggil kuih ni Tepung Pelita katanya
Hihihi...
Baik..baik...kita jangan panjangkan bicara.Kita tukar  topik agar tidak menjadi perbalahan yang sangat sia-sia..


Tapi saya tetap la panggil Kuih Tako..🤭
Dulu saya selalu juga buat kuih tako ni kalau balik kampung kerana kat kampung banyak daun pandan.Mak pun suka Kuih Tako Pandan ni.Tapi rasanya dah beberapa tahun kot tak buat..
Ni baru buat lagi..

Haruman pandan sangat terselah.Manis bahagian bawahnya yang hijau dan lemak masin bahagian putih atasnya.
Bahagian hijau tu yang berbintik putih tu ialah Sengkuang Cina(water chesnut) yang dicincang halus.
Ada yang pelbagaikan bahagian bawah tu dengan menggantikan sengkuang cina kepada jagung.Pun sedap.


Banyak kan kekotak pandan untuk Kuih Tako.
Sebenarnya ni idea Kak Izzah untuk buat Kuih Tako ni.Masa tu kami pakat beramai-ramai dok hiris daun pandan nak BUAT BUNGA RAMPAI UNTUK MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL.
Daun pandan pula banyak berlebih kerana ramai pakat bawa pandan.Kak Izzah ajak saya buat Kuih Tako.Kak Izzah minta saya beli santan.Bahan lain Kak Izzah bawa termasuk PC nak kacau adunan kuih tu,senduk bagai.

Sambil yang lain dok teruskan kerja meracik pandan untuk bunga rampai...kami berdua mencuri masa kacau kuih tako🤭..Tanpa mengabaikan  kerja hakiki .....!!

Untuk cara lipat kekotak pandan tu saya share link youtube.. CARA LIPAT DAUN PANDAN KUIH TAKO ...kat sini

Haaa...punya la banyak acuan kuih tako pandan ni..Lebih dari 100 pcs.Saya buat hanya belasan sahaja.Selebihnya Kak Izzah buat.


***Kalau takda daun pandan yang banyak,boleh guna  bekas dadih/bekas tapai atau apa2 bekas kecil.Alas dengan sepotong daun pandan untuk haruman pandan dan tuang adunan dalam tu.In shaa Allah tak jauh beza pun rasa dia.

KUIH TAKO PANDAN
(55-60 biji kuih)

Lapisan Hijau(bawah)
1 mug tepung jagung
1 mug gula pasir putih
6 mug air
5 biji sengkuang cina-cincang
1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)

Lapisan Atas(putih)
1 mug tepung jagung
6 mug air
1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga 
1 sudu teh garam halus

KEKOTAK DAUN PANDAN.
55-60 helai daun pandan 
dibentuk kekotak

1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan  meletus-letus.

2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.

3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.

4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.

5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.

6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati

**kalau nak buat sikit,guna sukatan cawan.janji ratio tepung dan cecair betul..1:6..Maksudnya 1 cawan tepung jagung =6 cawan air.
Bahagian putih ratio 1:7 iaitu 1 cawan tepung jagung & 7 cawan santan( air+santan bagi dapat 7 cawan,)
in syaa Allah jadi

Guna periuk tekanan...
Ni kalau tak salah saya bukan Noxxa...Tapi kata kak Izzah Noxxa ka bukan  ka...Guna fungsi 
"stir fry" 6 minit ja in shaa Allah elok.Kacau tanpa henti..hingga mendidih macam plep plep (sound effect)🤣bunyi macam lumpur gunung berapi tu🤭

Ni setelah mendidih dan jernih elok...
Nampak macam cair ja kan...Tak pa memang macam tu..nanti dia beku..
Kak Izzah suruh isikan setiap bekas...separuh penuh.Tinggalkan ruang atas separuh untuk isi adunan  putih lemak masin nanti.
Pujah dah isi dua bekas....
Eh,baru perasan lupa nak masukkan sengkuang cina yang dan dicincang kasar tu...hihihihi..
Tu la banyak bersembang..🤭

Tambah ja atas darat.. masukkan  chopped water chesnut & mix well...Takda pantang larang pun...hihihi

Kak Izzah dah lemas nengok Pujah tuang adunan hijau tu slow-slow 30km/j🤣
Kalau macam ni punya berhemah...Sebekas ambil masa 5 minit nak tuang...Ada juga adunan membeku dalam periuk...🤭


Saya tengok Kak Izzah dah gelisah...saya pun capai senduk besar..
Sap..sup..sap...sup...
Ok...siap !!
Dari adunan 1 mug teping jagung tu..
Dapat 55 bekas.
( baru isi separuh penuh yer..)Kena masak pula adunan lemak masin yang putih tu..
Sayangnya masa masak adunan putih tu,saya ada ada tugas hakiki nak diselesaikan..

Bila turun semula ke bawah...tengok dah siap dah sejuk kuihnya..
Tapi daripada  adunan pertama tadi tinggal ni saja bakinya...Ada tak sampai 10 pcs dah..

Kak Izzah sedang menyukat lagi tepung untuk adunan 
ke-2.
Masa ni dah dekat azan Zohor dah...
Sempatlah saya kacau adunan hijau dan putih untuk 2nd round..
Jumlah kuih tako yang dihasilkan 110 pcs.

Sebab saya bawa santan...Kak Izzah suruh ambil extra...dapat la bawa balik 6 pcs kuihnya..hehehe ..seronok...



Ni la hasil kuihnya...


Balik rumah,simpan dulu dalam peti sejuk...malam sikit baru makan sebab nak feel kuih sejuk.Kalau dapat makan waktu tengahari ni,sejuk-sejuk pula...Lagi la 
"menangkap" rasa dia..


26 comments:

  1. Sy paling menyampah kalau orang tak pandai bezakan kuih tepung pelita dengan kuih tako. Yang ni memang tako & tako wajib ada sengkuang cina, kan. Sy belajar buat kuih tako ni masa menghadiri satu program sekolah, tingkatan 5 masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..SK dah kenal kuih tako masa zaman sekolah lagi yer..Saya kenal kuih tako ni sekitar hujung 90-an camtu la..dari majalah..masa tu media sosial tak meluasa lagi

      Delete
  2. dapnya...suka kuih ni. teringin nak buat tapi x buat2 lagi.. he he he... leh la save resepi ni, nanti leh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahannya tak susah..Tapi nak cari mood untuk buat bekas dan nak mula tu yang liat
      .kan..🤭

      Delete
  3. Ya Allah kak, pandainya kak buat kuih ni, nanti nak buat jgk la, dah x perlu lagi nak beli bln puasa..TQSM kak sudi berbagi resepi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Ida...pasti family teruja...bila buat sendiri depan mata

      Delete
  4. Sakit hatilah kalau orang degil tak mahu belajar beza tepung pelita dengan tuih tako. Tepung pelita walaupun gunakan daun pisang, aromanya tetap menyerlah, rasanya apa lagi. Rasanya tepung pelita kuih paling mahal pernah emak kita beli di pasar. 10-15 sen sebungkus. Rindunya nak makan tepung pelita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...malas nak bertekak..kita ubah topik..hihihili
      Kan..dulu tepung pelita kira kuih mahal la dan tak ramai yang tahu buat kerana kurang perkongsian

      Delete
  5. akak macam mana cara lipatan daun pandan untuk acuannya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah share link youtube..
      Chanel Na Cham ru saya suka juga tengok..Siam Kedah tu..Na tu Makcik dalam bahasa Siam..Cham tu nama dia..
      Na Cham=Makcik Cham...hihihi

      Delete
  6. Syu orang belah johor ke? selalunya orang johor je kenal kuih tako ni, kalau tepung pelita kita guna daun pisang kan. Dia punya kuih pun lain, tako belah yang bawah tu ada sengkuang cina kan... kalau tepung pelita lain texturenya... Bila duduk KL ni payah nak jumpa kuih tako ni, yang banyak tepung pelita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh maafkan diriku kak, terpanggil akak nama lain lak... maafkan diriku, itulah lps komen blog orang lain pastu blog akak pakai tulis je. Sebab baru baca blog syu pastu ke blog akak.

      Delete
    2. Hihihi..takpa Dana..
      Biasa la...kita jenjalan rumah kengkawan..tersinggah..lupa dah masuk rumah orang lain.🤣🤣

      Delete
  7. akak tadi dana dah komen, tapi hilang lak... komennya. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Sy tak tau nak beza kuih tako ka tepung pelita...tau ngap ja haha...
    Sedapnya alahai bila tergigit sengkuang tu kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau takpa PH..boleh tanya..
      Kan...bila gigit sengkuang tu feel.Tapi kalau boh banyak sangat penat nak kunyah🤣

      Delete
  9. suka kuih ni! sllu beli ms bulan puasa..
    kalo tepung pelita lain skit dr kuih ni.. tp tepung pelita pon sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...bulan puasa ramai yang jual kuih ni..Tepung pelita kat tempat saya sekarang ada ramai pula yang jual..🤭

      Delete
  10. Kite xtaw beza kuih tako dgn tepung pelita. Tapi suka jugak kuih ni lagi kalau sejuk². Nyaman kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pandang ada sikit persamaan kerana diisi dalam bekas daun.Tapi kalau diteliti mwmang banyak beza antara kuih tako dan tepung pelita

      Delete
  11. suka beli time bulan ramadhan..
    nak buat tak pandai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali datang mood rajin ja buat kuih ni...Biasa kalau bulan puasa banyak orang jual kan...

      Delete
  12. Kuih favourite ni. Saya pun confused nak panggil tako ke tepung pelita. Lain tempat lain kot panggilan. Takpe², jangan gaduh² :) yang penting kuih ni memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      gaduh-gaduh pun kuih licin juga...
      🤣

      Delete
  13. SA memang x tau la pasal kuih apa pun..tau tunjuk dan tau ngap je..hahaha...tapi nampak sedap la kak...terus teringin...

    ReplyDelete