Friday, 30 October 2020

Wednesday, 28 October 2020

SANDWICH TELUR CREAMY

Tengah bz online class... Mak aku buatkan sandwich


Creamy Egg Mayo Sandwich... 
Memang creamy... 
Sedap, moist & smooth 

Yang ni guna Wholemeal bread
Mak aku nyer fav roti fibreni
Aku x suka wholemeal
Rasa berbulu tekak masa telan🤣

White bread vs wholemeal bread 






Nak dapatkan egg mayo yang creamy ni mak aku cakap kena renyah skit
Renyah tu apa? 
Renyah tu mak aku cakap macam menyusah skit la.. 

CREAMY EGG MAYA SANDWICH
10 keping roti
5 biji telur-rebus keras
2 sudu mayonis
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu butter/marjerin


1. Sapu nipis butter/marjerin pada setiap keping roti
2. Telur rebus di asingkan kuning & putihnya. 
3.Parut telur kuning menggunakan tapis dawai untuk dapatkan texture yang halus. Parut pula putih terlur dengan tapis juga
4. Gaul kuning telur, putih telur, mayo, garam, gula & lada sulah. 
5.Sapu filling pada sekeping roti. Sapu agak tebal supaya nanti bila potong nampak lapisan inti yang cantik
6. Potong nipis kerak2 roti & potongkan sandwich kepada bentuk yang digemari. 

** Untuk bekal @ jika nak simpan lama, balut setiap sandwich dengan cling plastic supaya sandwich tidak kering

Abang kerja tengahari. Yang dalam bekas bekal ni untuk bekal abang makan waktu petang nanti


Ok....dah boley makan

Monday, 26 October 2020

BUBUR PULUT HITAM IDAMAN HATI

الحمدالله... Kelas online berjalan lancar.. Dah selamat menerima deretan assigment... 🤣🤣🤣🤣Bertabahlah.... 


Mak aku masak Bubur Pulut Hitam Idaman Hatiku.... 


Tinggal lagi 2 masakan dalam list yang belum mak aku tunaikan... 
Aku memang suka Bubur Pulut Hitam
Ada jer orang jual bubur pulut hitam ni
Tapi yang jual tu xde santan putih dia. 
Semua hitam.. 

Kalau makan Bubur Pulut Hitam 
Aku mesti nak letak santan macam ni
Baru feel nak makan
Haaaaa..... 
3 mangkuk aku ulang makan
Pastu dah x ulang dah sebab santan pekat tu dah habis mak aku dah masukkan semua dalam bubur tu.. Dah tak feel dah(sebenarnya dah kenyang) 🤭

Resipi just c&p dari old post... 

BUBUR PULUT HITAM. 

1cawan pulut hitam
3/4 cawan gula
1 kotak kecil santan
2 pandan
1/2 sudu teh garam

1. Basuh dan rebus pulut hitan dengan 2 cawan air biar mendidih.
2. Bila air nampak kering tambah lagi agak-agak 1 cawan air panas dan biar mendidih lagi
**jangan direbus dengan air yang banyak sekali gus kerana nanti pulut akan jadi pecah dan kurang sedap.Ulang tambah air panas sedikit demi sedikit supaya pulut kekel bentukny
3. Ulang tambah air panas dan biar mendidih perlahan hingga pulut empuk.
***Cara nak tahu pulut sudah empuk...picit biji pulut hitam yang sudah direbus itu..Jika sudah empuk..walaupun  kulitnya  masih berkilatbtapi bila dipicit isinya lembut didalam
4. Masukkan pandan dan1/2 kotak santan + 1 cawan air panas .Kacau rata
5. Masukkan gula dan biar mendidih perlahan hingga nampak pekat...
6. Baki santan dicampur sedikit garam..
7. Sendukkan bubur ke dalam mangkuk dan curahkan sedikit santan pekat bergaram tadi...


Sunday, 25 October 2020

SAMBAL SARDIN DAUN KARI

 Jumaat & Sabtu memang free.. Actually memang memfreekan diri. Hihihi. Yang sebenarnya Dr Hisyam dah bg assigment 30m/s dah pun... Diulangi.. 30m/s..hahahaha. Dah mula draff dah cuma santai-santai jer dulu.. Kayuh slow2.. Pasni baru kayuh laju skit.. Esok class penuh pagi sampai petang.. Dulu sekolah Monday blues.. Now, Sunday blues plak... Sunday class penuh wei... Esok memang xleh update blog arr... Jadual padat. Kalau dah mula pukul 8 pagi... 7.30 dh kena set up dah. 8 pagi sampai 10 pagi.. Sambung pukul 11 smpai pukul 1.00 & pukul 2 hingga pukul Kalau dah jadual pukul 8.00 pagi hinvga 11 pagi, memang lecture akan stop pukul 11 pagi la.. Siap kena on camera wei. Lect cakap kalau x.... Nanti ada yang just online, tapi membuter... menggoreng ayam.... Goreng ayam ni Maria la.. Hari tu onlne class tetiba dia boleh lari... Ingatkan apa la emergency.. Rupanya dia cakap tengah goreng ayam, adiknya baru balik sekolah nak makan... Hahaaha habis semua ketawa la...So,pasni pastikan nak goreng ayam ker, nak jemir kain ke, buat awal-awal or buat selepas yer.. Sila on camera... Setting tempat yang sesuai. Jangam tengan online nampak background  x sepatutnya plak. Hahahaha... 

So, update la skit untuk hari ni sebelum stop jap esok. Mak aku......? Mak aku akan take over oficially 1st Nov 2020....Dah ajar kat PC senang skit... Sebab nampak semua icon & screen besar skit. Tapi mak aku xmo post lagi. Ada beberapa draff yang dah half way... Tapi stay save kat draff. Mak aku cakap kena buat MOU & majlis serah blog dulu.. Hahahaha🤣🤣🤣


Sardin Masak Sambal Daun Kari.. 
Lauk lunch dalam PKPB (KL,Putrajaya & Selabgor) dah masuk hari ke 10.

Sambal Sardin Daun Kari
Pedas tapi sedap


SAMBAL SARDIN DAUN KARI
2 tin kecil sardin
2 biji kenrang - potong wedges & forwng garing
2 pelepah daun kari
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
4 sudu minyak

Bahan blend
10 cili kering
15 cili padi
1 bawang besar

1. Panaskan minyak & tumis 1 pelepah daun kari & bahan blend. 
2. Masukkan asam keping, garam & gula. Masak hingga naik minyak. 
3. Masukkan sardin, kentang goreng & biar mendidih hingga pekat & naik minyak. 
4.Tambah lagi 1 pelepah daun kari d sesuaikan rasa


Sambal Sardin Daun Kari by mak aku

Saturday, 24 October 2020

LEMPENG CAIR CICAH KARI

 Hari ni xde online class sebab Ganu kan cito hari Jumaat & Sabtu. . So, free skit 2 hari ni. Jangan dah balik KL ni buat aku lupa plak hari Ahad ada class suddaaaaaa..... Haaha, dh set reminder.. 


Pagi tadi mak aku masak Lempeng Cair. Cicah ngan kari daging kerbau semalam tu. Dari semalam mak aku cakap nak buat lempeng nak cicah ngan kari daging kerbau ni

Makanya memang bagun pagi mak aku dah siap buat lempeng untuk breakfast. 

Kuah kari pekat memang ngam la Minum hot lemon tea..slrup.....arrrrrr...sedapnya


LEMPENG CAIR

2 cawan tepung gandum

3 1/2cawan air

1 telur

sikit garam

2 sudu minyak

sikit minyak lagi untuk sapu kuali

 

1. Blend semua bahan tu hingga berkrim

2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..

3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..

4. Buat hingga selesai  & boleh hidang  dengan kuah kari atau sambal tumis.Makan dengan susu pekat pun sedap

 


Kenyang sampai tengahari sebab lempeng kembang dalam perut,,,hahahaha


Friday, 23 October 2020

KARI PEKAT DAGING KERBAU

الحدالله...... 

Kelas online berjalan lancar walaupun aku yang x berapa nak lancar. Haaaaaa.. Puncanya kelas mula pukul 2.00 pm. Pukul 1.30 gerak ikut mak aku nak gi tempat kerja.Dengan berdebar 1st day & 1st time nak berdepan ngan new classmate ni. Memang la xde face to face, tapi by video pun nampak la face kan... Semalam lagi mak aku cakap pc kat rumah ni tetiba no signal.. Puas dah kakak try cabut semua wayar & pasang semula,tapi tetap gagal. Mak aku dah  kemurungan x dapat nak buat kerja. Dah la PC tu pun baru beli lepas PKP hari tu. PC 2nd hand.. Mak aku cakap kena ada PC kat rumah sebab takut PKP lagi nanti nak kena Work From Home. Hmmmmm sekali betul PKPB  lagi sekali & start hari ni mostly goverment staff kena WFM termasuk la mak aku. Sekolah dari minggu lepas lagi dah tutup dah seluruh KL, Putrajaya & Selangor. 

Pagi lagi mak aku cakap nak gi tempat kerja kena siapkan 1 kerja urgent sebelum 26 okt. Dah kalau hari ni 22Okt.Esok Jumaat dah. Sabtu, Ahad. Lagi 3 hari. So, takkan nak biar mak aku gi sengsorang dengan xde orang semua tu. Kata mak aku ofis semua tutup ssbab semua dah start WFH.Hanya ada security guard jer. Mak aku cakap nak bawa CPU tu sekali baiki sesiap. Kena baiki juga sebab kena WFH.Lagipun kan nanti mak aku nak update blog ni kan lepas ni.... Haaa kalau guna PC senang skit nak ajar walaupun PC ni lembab ngalahkan siput khinzir.. Camanalah mak aku buat kerja dengan PC  ngok ngek ni.. Tapi maknaku cakap ok jer janji screen besar & keybord besar senang nak baca. Handphone ni kecik, aku pun selalu typo.. Hahahhaha... Pastu susah nk tunjuk sebab mak aku cepat give up.. Syyyyyy...

 Pukul 1 lebih lepas Zohor terus gerak. Singgah beli Kuih Keria Gula Melaka nak bg Pakcik Jaga + ngan akubpun tengah lapar wei... 


Actually mak aku dah masak sejak awal pagi lagi... 

Kari Daging Kerbau... 
Haaaaa... Lagi makanan exotic. 
Semalam nyer semalam makan Ayam Hutan
Today daging kerbau... 
Mak aku cakap minggu ni memang masak stok makanan yang dah lama membeku tu. Nak clearkan peti ais sebab kakak baru order bekas container untuk simpan makanan dalam peti ais tu.Patut la keliar segala Ayam Hutan,Daging Kerbau bagai.. Hahahahha


Daging Kerbau ni pun Pakcik yang  bagi masa balik Raya Haji 3 bulan lepas. 
Aku tahu Pakcik memang suka beli daging kerbau. Setiap kali raya xkiralah Raya Puasa or Raya Haji,
Mak aku cakap Pakcik bagi daging kerbau ni dah siap potong kiub sesiap. Tinggal masak jer.. Ayam hutan semalam pun sama siap dah basuh bersih & siap potong. TQ pokcik..!! 


KARI PEKAT DAGING KERBAU
1/2 kg daging kerbau-potong kiub
3 paket kecil rempah kari ikan(+-4 sudu besar) 
(guna rempah kari ikan supaya kari daging tidak muak) 
1/2 kotak kecil santan (1/2 cawan santan pekat) 
2 biji kentang
1 sudu teh garam
1 sudu teh penuh gula melaka
1 pelepah daun kari
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
1batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 hiris halia
3 bawang merah - tumbuk halus
3 bawang putih-tumbuk halus
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis hingga harum
2.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak
3.Masukkan daging kerbau & biar 1/2 masak tanpa tambah air. Setelah naik minyak lagi sekali baru tambah 4 cawan air dan mazak hingga mendidih dan daging empuk. 
4.Tambah kentang, garam & santan yang dicampur 1 cawan air. Masak lagi heningga kentang empuk
5.Perlahankan api supaya kuah mendidih perlahan hingga pekat  & naik minyak. 
6.Sesuaikan rasa & tambah lagi 1 pelepah daun kari supaya lebih harum
**Sebaiknya dimasak beberapa jam levih awal sebelum makan supaya kari lebih pekat berminyak dan lebih sedap. 

Sebab aku belum makan, aku bawa bekal masa ikut mak aku gi tempat kerja


Mak aku snapkan pic masa aku te gah stress online. Masa ni baru sampai bilik kerja mak aku. Penat naik tangga terus online sebab dah pukul 1.58.Berpeluh akubtercungap-cungap. Dr dah memanggil-manggil. Siap kira & Dr cakap baru 38 orang online. Mana lagi 2?..Dr suruh semua on camera. Dari pukul 2 hingga pukul 5 memang kena on camera sebab Dr cakap beliau xnak nanti ada yang main2 online dari atas katil la bagai. Beliau dah pesan pakai kemas-kemas, wangi-wangi.. Hahaha aku dah la tercungap-cungap. 


Off kan camera jap terus aku capai seketul kuih keria gula melaka yang belinteoi jalan tadi. Bau dia mengganggu fokus aku wei.. 
Pastu sambung la online sampai pukul 4 lebih.. Slow2 hangkut semua masuk kereta sebab takut plak dok ngan mak aku jer kat tingkat atas sunyi sepi dengan hujan nak turun. Sambung online dalam kereta tapi aku setting backgroun hijau spy Dr x perasan aku dalam kereta. Hihihi, macam la orang x nampak seat kereta tu

Hahahaha







Thursday, 22 October 2020

NASI IMPIT GORENG

 Nanti petang dah start online class dah... Huh, sib baik dapat group yang kena gang. Ada beberapa group tapi Alhamdulillah dapat sama ngan beberapa gang pompuan & beberapa gang lelaki. Tapi tu ar, group dah ok dah tapi timing plak x cantik. Group aku kena sesi petang. Pukul 2 petang - 5 petang. Tapi kira ok lagi la. Aku lebih rela petang asalkan kena ngan gang yang rasa ngam. Bukan group lain x ngam cuma, kita mestilah nak ngan kawan2 yang kita selesa kan.... 

Hari ni, siang tadi mak aku masak Nasi Impit Goreng. Recycle lebihan nasi impit yang makan ngan soto ayam hutam semalam tu




Bekal abang.. 



Pinggan aku & bekal abang.. 
Sedap tau Nasi Impit Gorreng
Agak lama x makan menu ni
Tak tahulah sepanjang aku kat Ganu mak aku ada masak ke x menu ni. 
Aku dah lama la x makan menu ni

Ni bahan-baham nak masak Nasi impit Goreng

NASI IMPIT GORENG
15 paket nasi impit (setiap 1potong 3x3=9)
10 batang sosej ayam(lagi bagus guna isi ayam)
1 batang carrot - potong jejari
1 cawan kobis (hiris nipis)
1 cawan kucai/sayur hijau yg lain
1 pokok daun sup
4 sudu cili blend(sy guna sambal tumis frozen)
1/4 cawan kicap lemak manis
2 bawang putih - ketuk
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

1. Siapkan semua bahan sebelum mula memasak
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan sosej hiris/isi ayam dan goreng hingga harum.
3. Masukkan cili blend/sambal tumis & masak hingga naik minyak. Tambah garam
4.Masukkan carrot, kobis & kacau rata.
5.Tambah kiub nasi impit  sambil direnjis kicap d gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan kucai/sayur hijau d sesuaikan rasa. Tabur daun sup


Sekuali Nasi impit Goreng.... 

Wednesday, 21 October 2020

AYAM GORENG KUNYIT vs KARI TELUR

 Semalam mak aku masak Ayam Goreng Kunyit & Kari Telur untuk lunch kitorang. Sukanya aku dapat makan Ayam Goreng Kunyit ala-ala Warung Simple tu. 

Ayam Goreng Kunyit ala Warung Simple. Mak aku masak awal pagi untuk lunch kitorang. Abang x bawa bekal sebab hari ni abang kerja petang sampai malam. So, lepas lunch baru abnag gi kerja.Abang kata kat tempat kerja ada ration biskut & minuman untuk petang.Hmmm 2pinggan abang makan. Aku memang dah terbayang ayam kunyit kat Warung Simple. Rindu nak makan kat Warung Simple tapi sejak balik KL ni mana ada keluar kemana2 sebab ma hari ti risau Covid 19 sebab dah banyak viral pasal banyak mall kat KL ada kes +ve covid. Pastu masuk minggu lepas dah start PKPB.. Boleh jer kalau nak keluar dalam PKPB ni dengan syarat 1 kereta hanya 2 orang & kalau makan kat restoran 1 meja hanya 2 orang. Tapi jujurnya aku makin takut dengan Covid ni. Rasa x berbaloi kalau takat nak keluar semata-mata nak jenjalan & nak makan. Kesian tau dengan Dr Noor Hisyam setiap hari pesan kalau xde keperluan mendesak tolonggggggggglah duduk di rumah.!! Walaupun Dr Noor Hisyam tidaklah meninggikan suara tapi kerana lembutnya suara beliau & melihat pandangan matanya sahaja membuatkan aku rasa nak nangis tau..!!! 😭😭So, tergamak ker nak keluar semata-mata nak jalan2 & makan-makan sedangkan kita ada pilihan:

1. Duduk di rumah

2. Duduk di penjara (penjara pun lagilah x selamat

3 Duduk dalam kubur

Aku pilih duduk di rumah sambil jalan-jalan ulang alik.... 

bilik tidur👉ruang tamu👉dapur🤭

Aku pilih makan-makan... Makan... Makan... & makan... 😁Ayam Goreng Kunyit vs Kari Telur ni jer aku ulang 3x..hehehhehe..tapi makan sikit2 la... Heeee

AYAM GORENG KUNYIT.. mak aku
2 keping  besar dada ayam ( dari seekor ayam)
1 cawan tepung pedas
1 sudu serbuk kunyit
Minyak
1 cekak kacang panjang/buncis-hiris
1 batang lobak merah-hiris jejari nipis
2 cili merah - hiris nipis
1 bawang holland
1 sudu teh garam

1. Dada ayam dihiris jejalur nipis & gaul bersama tepung pedas & goreng dalam minyak banyak hingga garing rangup & toskan
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu & tumis bawang besar & cili merah hiris
3. Masukkan serbuk kunyit & kacang panjang/buncis hiris & carrot hiris
4. Tambah garam & ayam yang sudah digoreng.
JANGAN MASUKKAN AIR
5. Kacau hingga sayur sedikit layu
6. Sesuaikan rasa

##Pesan mak aku:
Jangan dimasukkan air supaya lebih sedap & tahan lama tidak basi untuk bekal. Sayur sudah cukup melembabkan

Untuk nak dapat feel & taste macam makan kat Warung Simple kena la ada kuah kari. Kalau kat Warung Simple kuah kari dia ada kaki & leher ayam. Yang ni mak aku cakap kari telur sebab xde leher ayam dan kaki ayam. Tapi sedap dia baq hanggggg

KARI TELUR... mak aku

5biji telur ayam
2 paket kecil rempah kari ikan
1/4 kotak santan(1/4 cawan santan pekat)
1asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula melaka diracik
1/2 biji timun
5cili padi
2 bawang merah+2 bawang putih(tumbuk)
4 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis bawang tumbuk hingga harum
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak
3.Masukkan telur, timun, 2 cawan air, asam keping, garam & gula. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat & kacau rata.
5.Biar mendidih beberapa minit & kecilkan api & masak dengan api kecil 5-10 minit supaya kuah naik minyak. Sesuaikan rasa

Dia nyer feel bila gaul kuah kari pekat masin, masam, manis & lemak. Tambah lak ayam kunyit.. Melekat bau kat tangan weiiiii. Kalau ada sambal belacan ni lagi terangkat wei. Tapi sayang mak aku xde buat sambal belacan 



ROLL WRAP GARDENIA

Roll Wrap juga salah satu makanan yang ada dalam list nak makan bila balik KL.. Heee banyak naw list kan.. Hihihi


Mak aku buat roll wrap ni untuk bekal mak aku, bekal abang, bekal kakak & untuk aku yang tinggal kat umah ni.. 
Heee.. sedap oooo.. 
Makan 1 roll pun dah kenyang
Tapi dah mak aku tinggalkan 2 roll untuk aku,So makanlah kedua-dual roll kan... Hahahha
1 aku makan  latebreakfast & 1 lagi kira lunch la
Kenyang.... 

ROLL WRAP
10 keping wrap Gardenia/tortilla
10 helai daun salad
5 keping burger ayam Ramly
Sos cili
Plastik wrap

Colesslaw:
1/4 kobis - hiris halus
1 batang carrot-sagat kasar
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula

1. Panaskan kuali tanpa minyak & masak burger ayam. Angkat & biar sedikit sejuk. Setiap kepingan burger kerat  kepada 2 spy dapat10 bahagian. Setiap bahagian guting jejari
2.Campur kobis, carrot, mayo, gula & garam. Gaul sebati & bahagikan 10 bahagian sama banyak
3.Bentangkan wrap & letak daun salad, 1bahagian coleslaw, 1bahagian burger ayam & sedikit sos cili. 
4.Wrap & roll dengan cermat & balut dengan plastik wrap supaya kemas. 
5. Buat hingga selesai

* Wrap Gardenia lebih lembut & tidak mudah koyak. Jika guna tortilla brand lain perlu dipanaskan sekejap supaya lembut & mudah nak roll. 

** Kepingan burger ayam Ramly lebih sesuai digunakan sebagai filling berbanding kepingam burger daging. Selain kepingan burger, isi ayam goreng, nugget & lain2 juga boleh guna sebagai filling

*** Kobis sebaiknya hiris halus @ guna slicer. Jangan guna pemarut kerana nanti coleslaw akan berair. Mayonis juga jangan terlalu banyak nanti susah nak roll. Cukup sekadar melekatkan coleslaw

Sediakan bahan siap2 supaya senang nak urus. 
Burger ayam siap masak
Salad siap cuci & lap
Colesslaw siap gaul


Bahagikan inti sama banyak mengikut bilangan wrap supaya dapat sama banyak 


Bentangkan wrap,
Letak sehelai daun salad
Letak 1 bahagian coleslaw
Letak 1 bahagian jejari burger ayam
Sedikit sos cili

Gulung dengan cermat sambil lipat kiri d kanan supaya filling tidak keluar


Balut pula dengan plastoc sling supaya kemas 

Ada 9 rolls wrap.. 
2 rolls abang nyer bekal
2roll bekal kakak. 
2 roll untuk aku kat rumah
3 rolls mak aku bekal mak aku

Masa mak aku wasap nak remind online class tu mak aku tanya aku dah makan ke belum. Memamg belum la sebab baru lepas pakai tudung nk online class. 
Mak aku cakap tengah makan bekal dengan Mak Nik Anis & makcik cleaner. 

Tu dalam mangkuk tu apa? 
Mak aku cakap Mak Nik Anis belanjer Laksam Kelantan. 

Ciapppp.... 


Yang warna cerah tu wrap ori,packing dia warna merah biru. Yang gelap skit tu wrap wholemeal packing dia warna hijau.