Thursday, 28 November 2024

PUCUK MENGKUDU KAMPUNG TUMIS PEDAS

 

Tumis Pedas Pucuk Mengkudu Kampung..
Semalam punya semalam lauk dinner saya.Dinner awal la tapi sebab tak menyabar nak makan sayur pucuk mengkudu ni.

Banyak pucuk mengkudunya sebab banyak tunas baru selepas dipangkas oleh Pak Man gardener.
Pokok mengkudu kampung /mengkudu hutan atau mengkudu liar.
Pokok mengkudu ni bukan ditanam tapi sedar sedar ia tumbuh dari batang  sebesar kelingkin menjadi sebasar betis orang dewasa dah sekarang ni,.Bila tengok kat old post pasal mengkudu ni,rupanya saya dok petik pucuknya sejak 2017 lagi.


Pokok mengkudu  2017



Pokok mengkudu 2022

Pokok 2024 saya takda la pula ambil gambar pegun.

Hari Selasa nampak banyak pucuk pucuk muda selepas beberapa minggu dipangkas Pak Man..Nampak takda sapa pun yang berminat nak petik selain saya.Kadang time pangkas tu Pak Man akan petik pucuknya bagi saya.Kadang Kak Misah security yang petik dan bila nampak saya nak balik K.Misah akan tunggu kat gate hulurkan pucuk mengkudu ni Kalau dulu cleaner dua orang tu rajin petik & letakkan kat atas bonet kereta.Time nak balik ,eh akan nampakla ada bungkusan pucuk mengkudu ..kadang serai,bunga kantan,mangga muda & buah kuini juga depa letak kat atas bonet tu.Alhdulillah,saya jarang menolak
( rasanya memang tak pernah pun menolak pun🀭)

Kebiasaan ,pucuk mengkudu ni saya rebus jadikan ulam..Kadang masak lemak putih & kadang masak lemak tempoyak dan juga kerabu.Tapi kali ni saya mencuba jadikan sayur tumis pedas...Wah,sedap la pulak..macam pucuk betik kayaknya...


Memasak Tumis Pedas Pucuk Mengkudu ni ada saya rakam dan muatkan kat youtube channel Seroja Putih...video pendek tu boleh ditonton:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Boleh tonton sambil layan lagu *Kelentang Kelentung* nyanyian salah seorang  penyanyi 80-an iaitu Aziz Ahmad.

Tuesday, 26 November 2024

KUIH LENGAT PISANG

 

Kuih Lengat Pisang..

Ni antara kuih nostalgia saya.Dulu dulu bulan puasa kalau nak pelbagaikan kuih,ni lah antara yang akan mak buat.Kemudian menjadi ikutan saya setelah kerja masak memasak diserahkan kepada saya.

Panggilan "lengat" tu sebenarnya membawa maksud "kukus" dan juga "rebus".Kalau ikan rebus tu kami panggil ikan lengat.

Masa saya kanak-kanak mak takda periuk kukus tapi mak hanya ada "periuk lengat".Periuk merupakan sebuah periuk aluminium cap buaya tu tetapi lebih lebar daripada ukuran loyang kukus.

Kalau nak kukus kuih jenis kuih talam mak akan jerang air dalam periuk tu agak agak  airnya 2 ruas jari.Kemudian mak akan letakkan "lekar" dalam periuk tu.Lekar tu dibuat daripada sejumlah dawai atau sejumlah lidi yang dilentur membentuk gegelang.Gegelang tu dibalut pula dengan daun mengkuang agar tebal.Gegelang tu lah yang dijadikan tapak dalam periuk yang airnya mendidih untuk diletakkan loyang untuk melengat kuih talam dan seangkatannya...........( boleh bayang ke tak?🀣)


Kalau nak kukus/lengat lepat pula..mak guna kreativiti lain pulak sebagai altenatif dek ketiadaan periuk kukus berlubang lubang tu.

Mak akan guna 2 buah periuk.1 periuk untuk bahagian bawah yang akan diisi air.Bahagian atas tu mak guna periuk yang sama saiz atau besar sikit dari periuk bawah.Biasanya periuk lama yang dah banyak bocor dah tak praktikal dah tiap kali memasak nak tampal tampal lubang tu dengan kapur sirih🀣🀣..Maka periuk tu mak tebuk lubanga banyak banyak guna paku besar.Tapi kena tebuk dari bahagian dalam supaya bahagian tajam kesan tebuk tu  tidak mengadap atas yang kita nak letak lepat..Periuk lubang lubang ni la mak letak bahagian atas.Tu rasionalnya periuk atas kena sama besar @ besar sikit daripada periuk bawah yg berisi air.Kalau lebih kecil alamat periuk atas jatuh/tenggelam dalam periuk bawah la....Haaaaa....boleh bayang ke tu....?🀭

Tak apa lah tak boleh bayang pun sebab tu ceritera zaman kanak kanak saya...tahun 70-an & 80-an dulu.

Ni saya masak kuih lengat pisang pun saya hanya guna kuali untuk melengat/mengukus.Alas yang lubang lubang tu pun saya beli kat eco masa harganya RM2 dah dekat 10 tahun kot rasanya.

Video masak kuih lengat pisang ni ada sya share kat youtube..Boleh layan sambil mendengar suara emas Datuk Khatijah Ibrahim dengan lagunya "Ku Kerinduan" yang dirakam pada tahun 1979 ..zaman saya kanak kanak..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/Y7y6ipfzfXM?si=jdpQkcZf_iC_BgJu




Monday, 25 November 2024

UNGKEP UBI KAYU vs KOPI PANAS

 Semalam weekend tak pijak bumi pun...Bertapa atas kayangan sejak Sabtu balik dari lunch Ikan Bakar Pak Din tu hinggalah Isnin pagi baru jejak bumi...

 Tapi tidak la dok saja...Ada la yang dibuat atas kayangan tu...Antaranya...



Ungkep Ubi Kayu vs Kopi Panas ni..Ubi tanam kat pasar..hihihi

Dah lama tak ungkep ubi.Maka semalam ada ubi buatlah untuk anak tekak.Tapi lupa letak minyak sikit bagi cantik...puncanya dok mentelaah handphone ...hihihi.

Sebelum ni pernah post UNGKEP UBI ..KAT SINI 

Ni pun c&p jer resipi dari old poat untuk tepek sini

UNGKEP UBI KAYU

1 ketul besar ubi kayu

1/2 bawang besar-blend

3 bawang putih - blend

1 genggam ikan bilis bersih-blend

2 sudu serbuk ketumbar

1 sudu serbuk jintan manis

1 sudu serbuk kunyit

1 sudu teh garam

3 sudu minyak


1. Kupas, potong & bersihkan ubi kayu

2. Panaskan minyak dalam rice cooker & terus masukkan bawang  blend. 

3.Bila bawang sudah nampak jernih, masukkan serbuk ketumbar & jintan serta serbuk kunyit. 

4.Masukkan ubi & gaul rata. Tambah air hingga tenggelam ubi. 

5.Rebus hingga mendidih baru masukkan garam, 

6.Rebus hingga empuk & kering airnya serta ubi bersalut dengan bahan rempah.


Terlanjur dah masak ni saya memang rakan video dan muatkan kat youtube..

Jom sambil layan suara lunak Dain Rafeah Buang kat  sini:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


https://youtube.com/shorts/NpKKhdI4AF0?si=eQwuQIjTVHYIrr-Y




Untuk tonton video video lain boleh berkunjung ke channel

Seroja Putih




AYAM SAMBAL DAUN KARI HARUM SATU RUMAH..

 

Ayam Sambal Daun Kari..Ni masakan saya untuk lunch semalam...Masak satu lauk ni ja untuk makan sorang...Saya memang suka  lauk lauk kering macam ni.Lauk kering ni elok makan dia ja jangan diganggu lauk lain...hihihi



Kalau dah takda idea nak masak ayam terutama bahagian isi tu...

Jom la try resipi simple ni.....Masak campak campak ja...Takda sukatan khusus pun...

Sebagai panduan boleh toton video sambil layan lagu Sharifah Aini yang merdu  kat  sini

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/jDzfkq8-RIc?si=qOwLWZKVBKZ0CcT4


Untuk tonton video video lain boleh berkunjung ke channel

Seroja Putih

Sunday, 24 November 2024

MAKAN IKAN BAKAR PAK DIN KAT LESTARI @ NIAGA TANGLIN

 Semalam..Sabtu plannya nak sarapan ngan Cella kat luar Dia dok sebut nak makan roti canai..Tapi malam tu dok buat tugasan apa entah,pukul 6.00++ pagi baru nak tidur...memang kita kejut dia tak buka mata la..Katanya dah taknak sarapan..nak tidur ja..


Pukul 10 pagi kejut lagi sekali,ajak gi makan ikan bakar.Kalau nak gi kena awal...saya tak suka kalau gi nak makan nak kena melilau cari meja..Kalau awal biasanya orang belum ramai.Lagipun Cella dah banyak kali dok sebut nak rasa ikan bakar Tanglin tu.Sebelum ada la sekali ke dua kali  saya gi situ ngan Adah...Cella belum pernah gi.



Dipendekkan cerita kami sampai tepat tepat pukul 11 pagi..Ramai orang masih dok makan Nasi Lemak Tanglin...tapi kami sah sah la datang nak makan ikan bakar kan...so,ke gerai ikan bakar lah...

Kali pertama datang dulu gerainya makan bawah payung & parkir pun tak banyak.Kena  bertabah menunggu...Tapi sekarang lepas upgrade dah banyak parkir & tempat makan pun banyak dan berbumbung.


Kali pertama makan dengan Adah ada saya post dalam posting MAKAN IKAN BAKAR PAKDIN @ TANGLIN tahun 2021..

Kali kedua makan tahun lepas bulan Jun  masa ke JAWI & Masjid Wilayah menguruskan pernikahan Adah..Jadi ingat tu sebab kami dua dua orang tak bawa cash..Tapi rupanya makan kat sini masa tu peniaga tu takmau online banking..Just nak cash...masa tu la Jun 2023 ..

Nasib baik ada terselit duit note RM5 & singgit singgit dalam kereta..Kutip kutip kutip dapat dalam RM40...Takut tak lepas nak bayar,kami tak berani nak order air..hanya ambil air suam percuma yang disediakan🀭.Masa tu kelakar + insaf ...

Sekarang tak tau la pulak sebab semalam saya memang bayar cash ...sanggup singgah ATM dulu sblm ke sini🀭


Seperti biasa dimana juga makan ikan bakar....Ikan Kembung akan jadi pilihan saya....hihihi



Cella pilih ikan keli...Saya tanya kenapa tak pilih ikan lain...macam ikan pari ke,ikan cencaru atau ikan talapia ke?

Kata Cella dia tak ingat nama-nama ikan..masa pekerja tu tanya nak ikan apa...dia hanya nampak dan kenal ikan kelo sahaja..tu sebab dia pilih ikan keli ..🀣🀣

Oh,baru teringat...kalau sebelum sebelum ni datang weekday dalam pukul 11++ buasanya semua jenis ikan dah diletak dalam pinggan.Kita hanya ambil dan hulurkan kepada pekerja dia untuk siram air asam..
Ni weekend datang agak awal & kebetulan pekerja sedang membakar ikan dan belum di isi dalam pinggan.So,kena sebut nak ikan apa ...Padahal kok tak kenal ikan pun boleh jer kan tunjuk nak ikan yang mana...tak payah la sebut nama ikan..🀭

Kalau nak tengok ikan bakar yang kami makan ni dalam bentuk video boleh tonton kat 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





MAKAN NASI LALAP,NASI ASPAR & IKAN BOULU GORENG @ WARUNG NINA

 Dulu saya tak pernah tau ikan tongkol sedap dibakar.Kalau tempat saya ikan tongkol biasanya digoreng,dikari..paling sangat pun dimasak jeruk atau masak cuka Tapi bila beberapa kali makan ikan tongkol bakar @ Pasar Philippines Kota Kinabalu beberapa ketika dulu.. baru tau ikan tongkol sedap dibakar..Lagi la pulak kena tongkol hitam...lagi la berlemak berbanding tongkol putih..Sejak tu,kalau balik kampung memang akan cari ikan tongkol saiz kecik untuk dibakar & ia juga jadi kegemaran mak.

Dok baca blog cikgu Amei.Beberapa kali juga ada posting makan ikan boulu tanpa tulang..Dalam hati memang ada terdetik,kalau ada rezeki pi Sabah lagi..nak cuba cari ikan boulu goreng tanpa tulang ni... 




Akhirnya dapat merasa Ikan Boulu Goreng Tanpa Tulang.Benarlah,apa yang kita fikir itu menjadi doa....Maka marilah kita sama sama didik hati berfikir yang baik baik..kerana janji Allah itu pasti..

Berbalik kepada ikan boulu tu...dapat la merasa masa gi Tawau bulan lepas.Adah & suaminya bawa kami lunch @ Warung Nina 

Saya ada rakam video warung makan tu  tapi dek  dah lama dah lebih sebulan ..cari tak jumpa..dah delete agaknya..Yang saya ingat warungnya tepi Jalan dan sedikit bertebing.Parkir kereta tepi warung ja tapi sebab  bertebing  kena naik tangga batu sikit dalam beberapa maata anak tangga.

Yang ada hanya video makanan yang kami makan


Ni namanya Nasi Aspar(kalau tak salah,)
Nasi Putih
1 pc telur dadar letak atas nasi
3 pcs Isi Ayam Goreng Tepung
Semangkuk kecil kuah sup
Sambal Kicap
Sambal Belacan + sehiris timun

Suami Adah,anak bujang dan Cella memesan menu yang sama iaitu  Nasi Aspar..Suami Adah yang cadangkan menu ni sebab sedap katanya..
Harga pula HANYA RM7.00..
Murah banget kan?!!!
Rupanya saya hanya snap  pic nasi aspar pinggan Cella sahaja..Lagi 2 pinggan saya tak snap pun..
Depa kata tengah lapar walaupun dah sarapan Nasi Lemak Pak Naseer dalam penerbangan tadinya..hihihi




Saya pula rasa macam masih kekenyangan...tapi Adah paksa juga suruh makan..
Saya cakap nak cuba menu paling murah...
Nasi Lalap namanya ..
Nasi putih
3 ketul isi ayam goreng tepung
Kuah sup kosong
Sambal belacan + timun sehiris

Masyaa Allah memang sedap sungguh dan paling teruja bila harganya HANYA RM5.00

Sup tu walaupun sup kosong tapi berasa segar lada putihnya.memang saya hirup habis.Ayam tanpa tulang dah tentu makan sampai tiada kesan🀭Sambal becan dan timun juga licin bekasnya

Bila tengok pic baru perasan Nasi Lalap & Nasi Aspar ni hanya dibezakan dengan telur dadar pada Nasi Aspar..

Ni la killernya..
Set Nasi Ikan Boulu Goreng .
Nasi Putih
Sekor Ikan Boulu Goreng ( Tanpa Tulang)
Semangkuk kecil Sup Labu Kuning + Bayam(sayur bening)
Sambal Kicap ( sedap sangat)
Sambal Belacan + sehiris timun)


Sebenarnya walaupun dah merasa ikan boulu ni tapi masih teringat kerana saya hanya mencicip dari pinggan Adah sebab saya dah pesan Nasi Lalap.Nak amik banyak takut Adah tak puas makan.Rupanya Adah tak habis pun makan ikan tu kerana sudah kenyang dan dah selalu makan.Saya pula nak meratah masa tu dah kesuntukan masa kerana dah masuk waktu Solat Jumaat.Lupa la pulak Tawau waktu solatnya awal 1 jam berbanding KL🀭
Kelam kabut juga la jadinya sebab nak berpecah.Adah masuk kereta kami( kami sewa kereta Bezza) dan abak bujang tu masuk kereta suami Adah untuk ke masjid.
Balik hotel,bila saya cerita ikan boulu ni Cikgu Amie selalu cerita..Cella pun teringin.Adah janji nanti lastday sebelum ke airport kita singgah lagi makan kat situ untuk makan ikan boulu ni..
Takdirnya....hari Ahad tu kami pi tengok warung tu tutup..Taktau la memang dia tutup setiap Ahad @ kebetulan hari Ahad yg kami nak pi. tu saja tutup...

Makanya.....nak kena pi Tawau lagi ka macamana?🀭
Video masa makan kat situ ada saya muat naik kat youtube channel 

Boleh tonton kat sini
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Saturday, 23 November 2024

KE PASAR TANJUNG TAWAU MENCARI BILIS

Sambungan cerita KE TAWAU.... bulan lepas...

Jika ke Tawau tidaklah lengkap bagi ibu ibu andai tidak ke Pasar Tanjung Tawau ni kan....hihihi


      Pic Google: Pasar Tanjung Tawau

Antara tempat yang saya ingin pergi setelah Adah selalu VC tiap kali ke sini untuk beli stok ikan bilis.



Makanya sepanjang 3H2M kat Tawau ni...sempat juga lah 2 kali ke Pasar Tanjung Tawau ni.Saya tak pasti nama pasar ni Pasar Tanjung  terletak di Tawau ataupun memang pasar ini namanya Tanjung Tawau..hihihi

Sebab memang ditulis Pasar Tanjung Tawau tanpa ada koma(,) macam terus bersambung namanya Tanjung Tawau.Kalau ada orang Tawau baca harap ada pencerahan...hihihi



Tengok cumi kering ni baru teringat cumi yang dibeli di Pulau Pangkor sebelum Covid 19 tu pun masih ada stok dalam peti ais..
Tapi tetap juga beli beberapa bungkus buah tangan cumi ni untuk bawa balik semenanjung.



Ikan bilis aneka rupa,saiz dan gred serta harganya..


Kalau tengok rasa nak borong semua...
Tapi kalau borong semua..peniaga nak jual apa pulak kan🀣🀣(jangan serius sangat)



Ikan masinnya saya hanya pilih ikan ikan yang niois macam keropok tu...Nak beli ikan masin macam takut berbau....tapi tak boleh brain saya boleh pulak  sedozen beli belacan bentuk straw tu..adoi...apa la yang saya fikir..hihihihi


Bilis bilis ni kebanyakan jenis tidak masin dan cantik cantik belaka..Saya beli la juga sekilo dua & minta pekerja tu pack setiap satu 250gm habuan buat buah tangan  campur campur dengan kudapan dan cenderahati lain...
Ikut hati nak beli banyak kan..
Tapi kena la sedar diri beli ticket lugage hanya untuk 15kg + 21kg
(sorang 7kg untuk hand lugage kan)

Kerja kerja susun segala ni...kita serahkan kat Cella🀭


Biar dia pening nak susun🀣


Untuk melihat suasana lebih hidup di Pasar Tanjung Tawau ni  ada saya videokan dan upload di 
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡







Friday, 22 November 2024

PULUT KUKUS TANPA RENDAM vs IKAN REBUS GORENG


Pulut Kukus vs Ikan Rebus Goreng & kopi hazelnut.

Kisahnya bermula bila balik kerja semalam dalam hujan gerimis.Tiap kali hujan turun,entah kenapa akan ada satu rasa  yang halussssss menusuk di sudut hati.Tak tahu apa perasaan itu...sedih,pilu,sayu,tenang semua bercampur rasa...

Namun dalam melayan perasaan sambil memandu tu..sempat pulak terselit rasa lapar dan terus terbayng betapa sedapnya kalau dapat makan pulut kukus bersama ikan rebus yang digoreng garing panas panas.Cuaca hujan dan sejuk begini kalau kat kampung, senonim dengan ubi kayu rebus cicah kelapa parut + gula & garam bersama kopi O panas.Selain ubi kayu rebus tu...pulut lah akan jadi pilihan  kami.Lepas makan pulut mata mengantuk...haaaaa,sesuai la dengan sejuk hujan tu melayan mimpi.



Dalam dok layan perasaan,sedar tak sedar....dah sampai rumah

Hujan di luar semakin mencurah.Keinginan terhadap pulut kukus semakin menjadi jadi..Nak pulut kukus jugak,takmau pulut tanak...Pulut belum rendam,macamana nak kukus?

Cara buat pulut kukus tanpa rendam tu saya kongsikan dalam be tuk video agar mudah faham..

Boleh tengok perkongsian saya ..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


https://youtube.com/shorts/BIEszZP56q4?si=5v9SiNOR3qxB4ZGo







Thursday, 21 November 2024

ULAM BUAH MENGKUDU REBUS CICAH AIR ASAM PICIT vs IKAN LENGAT GORENG

 Bila dah asalnya orang kampung,biar berpuluh tahun di kotaraya...pastinya kampung halaman tetap menggamit.

Tak dapat balik kampung dapat makan lauk kampung pun dah terubat.



Nasi Putih

Ikan Lengat Goreng

Ulam Buah & Pucuk Mengkudu Rebus

Air Asam Picit


Lauk yang memecahkan selera anak  tekak saya hingga tercium cium aroma dijari🀣

Makan air asam picit ni tu lah....melekat baunya hingga tercium cium macam kera pegang belacan🀭🀣


Saya dapat buah mengkudu & pucuknya ni dari Kak Izzah


Dah plan nak rebus cicah air asam picit...Sebelum tu masa otw balik kerja singgah pasar segar beli ikan selayang 1 kg nak buat ikan lengat ,@ ikan rebus


Ni la booster dia...

Air Asam Picit.

Cara buat air asam picit dan hidangan lengkap lauk kampung ni ada saya share videonya kat youtube channel saya ..Seroja Putih



πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Wednesday, 20 November 2024

HOMEMADE KERISIK

 

Homemade kerisik ni sebenarnya bukan hari ni punya.Dah agak lama buat tapi belum publish...


Punca terajin tu sebab kemas feeezer.Ada sebungkus kelapa parut frozen keras mambatu.Makan ruang freezer yang sekangkang kera tu.

Makanya kita keluarkan untuk memberi laluan kepada kepada ikan dan ayam menghuni ruang feeezer tu..

Nak dibuang masih elok.Nak diguna untuk buat inti atau salutan buah melaka macam tak berapa sedap sebab dah macam ada bau peti ais..So,kita sangai la untuk buat kerisik.Aroma sangai tu menenggelamkan bau peti ais dan hasilnya takdak sapa tau kata kelapa tu dah sebulan peti ais...hihihi..

Kalau kenduri kat kampung,gulai/kari daging atau ayam memang wajib masukkan kerisik.Biasanya berpuluh biji kelapa digunakan untuk buat kerisik.Nak sangai hingga garing jenuh jugak la..Tapi orang kampung ada tips untuk pendekkan masa menyangai.Kelapa yang dah siap mesin/parut depa serakkan atas tikar/plastik lebar dan jemur beberapa jam hingga kelapa tu kering..Maka sangai sekejap sahaja kelapa dah garing...depa bijak kan?

Saya tidak lah menjemur dulu kelapa ni,sebaliknya terus sangai dan tidak lah saya tumbuk dalam lesung sebaliknya sedikit derhaka kerana saya blend dengan minyak masak...hihihi

Video buat kerisik ni ada saya upload kat youtube channel Seroja Putih :

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/EgftZU_5358?si=118QjnrB8vn4xohm



Tuesday, 19 November 2024

BUAT CUCUR JAWA LAGI...

 

Semalam petang dalam pukul 5++ dengan tudung belum buka,saya gigih membancuh adunan Cucur Jawa.Lepas bancuh terus pi mandi,solat & sebelum maghrib saya menggoreng cucurnya..tringin punya pasal...


 πŸŽΌsesekali ku rasa teringin 🎢

Hehee...ada yang ikut sama nyanyi ke tu..?

Patutnya nak elok,adunan kena perap beberapa jam @ seeloknya semalaman...Tapi tekak ni buka ada disiplin...Baru 1 jam ++ saya dah goreng cucurnya...hihihi

Ni versi yang dah perap semalaman..Panas panas ni makan sambil taip entri ni..Hasilnya lembih lembut dan empuk serta lagi banyak serat.Kata Cella dah macam kek sarang semut...hihihi

Bila dah perap lama,bijian tepung mengembang dan lembut..tentu hasilnya lebih baik.


Saya ikut  CUCUR JAWA RESIPI 2.

Tapi kali ni saya kurangkan sikit gula pasir dan lebihkan sikit gula perang

CUCUR JAWA 

2 cawan tepung gandum cap rose

1 cawan tepung beras cap bunga teratai

1 cawan gula perang 

½ cawan gula pasir

½ sudu kecik garam

2 cawan air suam.

1. Campur semua tepung gula dan garam.


2. Masukkan air suam sikit demi sikit sambil dikacau sebati dan dikepuk -kepuk( seperti pukul telur) 


3. Perap beberapa jam sebelum goreng.


3. Guna kuali melengkung dan panaskan 2 senduk minyak.Bila minyak panas,tuang sesenduk adunan dan biar adunan membentuk serat.


4. Terbalikkan kuih dan biar garing baru diangkat dan tos minyaknya..

Cara masak kuih penyaram atau Cucur Jawa ni ada saya rakam dan muatkan di youtube channel saya.Saya rasa lebih seronok bila dapat kongsikan info dengan lebih jelas secara video..Walaupun hasil video dan editan tidak setanding mereka yang pro tetapi padan lah dengan beginner macam mokcik ni kan....hihihi

Kalau nak tengok boleh klick 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/IQTYCL_l90E?si=RG6TL7qdx88dOgF4





PERNAH MINUM TEH ROSELLE?

 

Secangkir Teh Roselle...Macam sirap kan...tapi bukan..

Ini adalah teh roselle.Saya beli minggu lepas semasa makan dinsum kat sebuah restoran cina muslim.Ada kawan belanja makan din sum..saya tertarik dengan aneka teh dari tumbuhan semulajadi..

Ada teh bunga kekwa..teh jarum 7 bilah...teh jasmin...dsbnya...

Tapi saya tertarik dengan teh roselle ni...

Tak mahal pun...mungkin sebab hanya buah roselle kering semata..

Lebih kurang 10 pcs setiap pack RM 2.50.

Nak tahu rupa teh roselle ni boleh tonton  video kat youtube channel saya : 

https://youtube.com/shorts/whiJ3TMjTiw?si=-dIFVhqThXn1TFkT


Monday, 18 November 2024

ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG

 

Asam Pedas Ikan Parang Goreng...

Nak sambung pasal ke Tawau tapi dok belek video dalam  gallery  banyak sangat lambat nak pilih nal cut bagai....Maka Asam Pedas Ikan Parang Goreng potong Q...hihihi


Kepala & ekor ikan parang ni Kak Mel bagi dah lama...Semalam kan weekend...kita merajinkan diri korek khazanah dalam freezer dan masak...hihihi
Dok peram dalam freezer hingga hilang  dah kesegarannya...Padahal asalnya ikan ni fresh datangnya dari Johor sana..
Asalnya risau juga nak masak sebab biasanya ikan parang kan banyak tulang..Apa lagi bahagian kepala dan ekornya...

Tapi Alhamdulillah lepas masak..eh,tulangnya besar besar dan senang nak makan isinya.Kata Kak Mel kalau penjual ikan kat  Johor memang depa pandai nak ngerjakan.Kepala dan ekor ikan parang tu katanya dipatahkan dan disentap ( ngeri pula membayangkan🀭) menjadikan tulang temulang ikan parang yang berselirat tu terkumpul dan bila dimasak mudah asing dari isinya...

Tapi macam betul laaaaa!!!! Sebab tulangnya memang tak berselirat.Bahagian ekor Cella habiskan dengan jayanya dan bahagaian kepala rezeki saya..Anak bujang tu memang tak makan la...hihihi


Memandangkan ikan ni dah agak lama dalam peti ais,saya deside goreng dulu ikannya.Saya buat asam pedas versi simple sahaja..Dengan dah lama tak ke pasar...Daun kesum pun yang dah kering kejung.Nak goreng ikan,serbuk kunyit pin habis..Goreng jelah ikan sapu garam jer semata.Begitu juga serai.Cili & bawang kisar pun nasib baik ada stok.Kalau jam tu juga baru nak blend..rasanya tak jadi asam pedas dah ...hahaha


ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG

2 kepimg ikan parang

2 senduk cili kisar

1 senduk bawang kisar

1 sudu teh pes asam jawa

Daun kesum,buah tomato & bendi

minyak,garam,gula/ perasa


1. Garam kunyitkan ikan& goreng agak garing

2. Dalam minyak yang sama tumis bawang dan cili kisar hingga naik minyak.Masuk juga serai dan daun kesum.

3. Masukkan ikan goreng & asam jawa diba cuh dengan 2 cawan air.Perisakan dengan garam,gula/perasa.

4. Bila mendidih tambah tomato & bendi.Sesuaikan rasa.

5. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit.Siap..


Saya juga share video Asam Pedas Ikan Parang Goreng ni @ youtube channel saya

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/ZbnzPNC9kU4?si=4UNQhlD-_i788Inp


Tengah cari mood nak edit video Tawau🀭

Sunday, 17 November 2024

KE TAWAU....

 

Alhamdulillah...

Akhirnya jejak juga kaki ke bumi Tawau...

Ceritanya dah sebulan berlalu tapi baru sempat membuat catatan dan edit sikit sikit videonya..


Ceritanya bulan lepas..bulan Oktober,Adah akan kembali ke Tawau.Sebelum ni balik berdua.Kali ni dah bertambah..depa balik ke Tawau betiga beranak.Tiga bulan cucunda menharumkan rumah ni,maka akhirnya menuntut mereka untuk kembali ke Tawau atas tuntutan kerja.

Plan asal saya akan fly hantar  Adah & Sarah Miqayla pada 11 Oktober.Tetapi memandangkan pendaftaran sem baru Cella kat UPM dianjakkan daripada tarikh asal 7 Oktober    ke tarikh baru iaitu 14 Oktober,Cella kata dia nak ikut.


Tapi perancangan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancang.


Suami Adah kena berkursus di Kuantan & dapat la balik amik Adah & Miqayla.Dipendekkan cerita depa guna tiket waran kerajaan.Agak leceh  nak booking tiket  saya sama flight dengan depa.Walaupun saya juga pekerja gomen tapi tidak lah dapat waran kan...lain lah kalau kerja obesi kan...🀣🀣🀣🀣.

Asalnya saya nak ke sana tu  sebab  suami Adah belum confirm lagi dapat cuti ke tidak untuk balik amik Adah & Miqayla.Tujuan nak temankan Adah dalam flight kot cucu meragam ke apa ke..Tapi dah tak sama fligh camana tu? iTket dah beli..hihihi.

Alang-alang dah macam tu saya minta Adah tambah tiket lagi satu untuk anak bujang tu..Kesian pulak dia sorang tak ikut..Suruh Adah beli tiket senyap senyap jangan bagitau

Nak jadi cerita pula,plan ngan Cella nak surprise kan anak bujang tu dengan tiket Tawau.Sebab dia memang tau hanya booking 2 tiket saja untuk saya & Cella akan ke Tawau tu.

Rupanya anak bujang tu takmau ikut kami ke Tawau.Ada urusan perlu dibereskan dan mana boleh nak apply cuti adhock.Aduh,siapa yang surprise ni??? hihihi.

Takpalah redho jer lah tikiet dia burn..Saya & Cella jer lah yang pergi.

Maka sudahnya depa 3 beranak  fly balik Tawau awal sehari iaitu  pada Khamis  10 Oktober 2024 


Depa tiket waran dapat la box kudapan ni...Suka ni saya kalau dapat ..hihihihi....
Saya tak dapat hantar mereka ke KLIA sebab takkan nak excuse lagi kan..dah la esoknya Jumaat tu dah amik cuti.Kang meragukan pula depa ingat sesaja amik kesempatan nak cuti awal.So,hanya Cella pi hantar depa ke air port tu.Tapi elok juga lah Cella sorang hantar sebab lugage depa saja penuh bonet dan seat belakang kereta.Cuma saya risau Cella nak sorang sorang turun ke parkir kereta lepas depa dah fly.Tapi Cella kata dia ok ja sebab dah biasa parkir KLIA tu..k


Dipendekkan cerita lagi  saya serta Cella menyusul pada keesokan harinya 11 Oktober.Nasib baik juga Apply cuti  sehari diluluskan.Dan Alhamdulillah juga cuti anak bujang tu pun diluluskan last minutes..Tak tau la apa dia "goreng" hahahaha .

Dapat la kami fly 3 ke Tawau...+ menantu..Adah & Miqayla...Kiranya semua family kecik berkumpul di Bawah Bayu pada 11 Oktober tu..

Walaupun ini bukan kali pertama ke Sabah tapi adalah 1st time ke Tawau.Tapi bukan la selalu ...baru dua kali ke tiga kali macam tu je ke KK,Kundasang.Itupun zaman muda pernah lah 2 kali hiking Gunung Kinabalu.Tawau ni sebelum ni tiada dalam perancangan pun..Kalau Sandakan tu macam ada la juga dalam fikiran untuk menjejak.... Tapi tu la takdir Allah rezeki Adah sekerluarga  bermukim di Tawau....Rezeki kami la juga dapat ke sana.


Perjalanan kami ada saya upoad kat youtube channel saya 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtu.be/f0uTYLRKTV8?si=saE-wGVpokrUfslH


Selalu edit short video pun tunggang langgang...tapi kali ni edit juga video panjang sikit simpan buat kenangan..hihihi

Tapi sayanganya dek masih merangkak nak hasilkan video..saya ambil video secara potrait  untuk short video....So,jadi tak cantik la untuk video.Better kena guna landscape baru cantik..Kena belajar lagi ni...hihihi


UPDATE .....Short Video

BERSAMBUNG.....



Saturday, 16 November 2024

PISANG GORENG CRISPY: ..RESIPII BIASA SAHAJA TETAPI TIPS TU PENTING

 

Pisang Goreng Crispy...
Bancuhan sama ja macam orang lain cuma tips tu yang membantu dapatkan salutan cripy..

Tips ni saya dapat masa PKP  tahun 2020 dulu hasil tontonan youtube dari saudara kita di nusantara.Terima kasih pada youtuber Indonesia tapi saya dah lupa siapa & link youtube tu sebab dah 5 tahun kan..😁
Sejak dapat tips tu memang  saya buat macam tu kerana tiada resipi khusus..Hanya tips sahaja..

Saya saya ada sharekan video tentang bancuhan dan tips untuk pisang goreng cripy ni kat youtube channel saya
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Friday, 15 November 2024

NASI LEMAK ULAM BAYAM PERAKSI

 

Rezeki pagi tadi..Pagi Jumaat barokah...

Faz & Arney berkongsi  rezeki belanja Nasi Lemak Ayam Berempah..Alhamdulillah...baru jer berangan nak masak nasi lemak weekend ni..Sekali,Allah dah kirimkan melalui perkongsian rezeki rakan rakan dipagi Jumaat...


Pagi tadi juga masa parkir kereta kat belakang tangki air dah nampak pucuk putat tapi belum berapa kembang daunnya...Masih kuncul.Dalam hati dah berkira-kira..esok lusa boleh petik ni..Mmm,dah ada nasi lemak,petik jugak la 3 jambak pucuk putat.

Tapi paling teruja,bila ternampak pokok Bayam Peraksi tumbuh subur dalam pasu bunga terbiar.

Pernah dengar Bayam Peraksi?

Mungkin tempat lain panggil lain nama @ mungkin juga ada yang tak tau pin pokok kecil tu sedap dijadikan ulam..Dulu- dulu zaman kanak-kanak pokok bayam peraksi ni bersepah mat batas(permatang) sawah padi..Takda sapa nak kutip makan pun..Jadi habuan lembu kerbau ja teragut sekali bersama rumput..hihihihi

Sekarang jarang jumpa dah kat kampung pun..Ni pun mungkin tumbuh sesat benihnya datang bersama tanah hitam yang dibeli untuk tanam bunga agaknya..Sebab pernah sekali  tu masa DBKL sponser tanah hitam..tiba tiba tumbuh pokok bayam kemain subur..


Untuk yamg nak tengok rupa dan pokok bayam peraksi yang saya temui dalam pasu bunga terbiar tu boleh tonton dalam youtube channel saya 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/TSLZnq9OL_k?si=nzMmG0FUOLz9bNfO


Selamat berehat semua...


Thursday, 14 November 2024

PULUT LEMAK IKAN PEKASAM vs KOPI O PANAS....My all favourite time

 

Pulut Lemak Ikan Pekasam vs Kopi O Panas...memang kegemaran saya.Cuma sejak menginjak "remaja" ni dah tak boleh nak berkawan sangat dengan kopi...tapi tu la....dah lama berkawan pasti merindu..so hirup jugak la seteguk sebagai pengubat rindu.....hihihi


Kalau perasan..banyak juga posting saya sejak Cella dulu hingga kini  berkaitan dengan pulut kerana keluarga saya memang peminat pulut...generasi demi generasi...

Kata mak memang sejak tok nenek pun suka makan pulut..Saya juga  dah terbiasa mak rajin masak pulut dari zaman kanak-kanak..Terbawa pula hingga kepada anak anak pun suka pulut.

Jom jamu mata  dengan pulut lemak ikan pekasam vs  kopi O panas dan halwa  telinga dengan lagu nostalgia  kat

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/zHRgv0YtaS0?si=oTasPYwFnL4Og656



Wednesday, 13 November 2024

KUTIP BUAH KUINI GUGUR DI PAGI HARI...BAUNYA SANGAT NOSTALGIA

 

Tujuh biji buah kuini....

Hasil saya kutip pagi tadi masa grounding sebelum memulakan kerja..Tak sia-sia grounding hari ni ..

Bukan saja dapat aura positif tapi juga dapat buah kuini...

Minggu lepas dapat 2 biji buah dari pokok yang sama..Tapi yang tu depa kata depa kait dengan galah & peram.Pastu depa agihkan kat pejabat sorang dua biji...  

Saya juga depa bagi 2 biji yang belum masak.Depa bagi hari Khamis..Saya tinggalkan atas meja kerja lupa nak bawa balik...Hari Jumaat saya kena pi m meeting kat luar.Sabtu Ahad cuti..

Isnin...buka saja bilik...haummmmm,satu bilik bau kuini masak...Jenuh seharian pening kepala dengan bau kuini..Sembur air freshner pun tak hilang bau dia..hahaha .


Ingatkan depa dah kait habis dah buah kuini tu .Pagi tadi masa grounding kat rerumput tepi tiang besar  pencawang telco tu....bau kuini menusuk qolbu...Rupanya masih ada rezeki kutip buah kuini luruh...bau dia ..nostalgia sangat. .

Kerana terlalu teruja,saya videokan  peristiwa kutip kuini pagi tadi tu dan abadikan di youtube channel saya..kat πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/L7n1IS-HHFw?si=UHoUofBBbzCbicKX


Ops...walaupun bawa balik buah kuini dalam kereta..Alhamdulillah takda bau kuini yang melekat dalam kereta ..Nak tau saya buat macamana?


Haaa..saya bungkus buah dengan tisu & saya masukkan buh kuini tu dalam balang kerepek.Pastu tutup la rapat rapat.Kebetulan hari tu  ada beli kerepek pisang balang besar buT kudapan sambil buat kerja...Kebetulan juga kerepeknya dah habis...balang tu la saya buat boh buah kuini bawa balik rumah...( gambar takda...so,sila bayangkan saja la yer)🀭



MASAK BEKAL AMERICAN BRAKFAST


Hari ni masak bekal American breakfast untuk Cella..
Hari ni kuliah hingga petang...
Bekal ni harapnya boleh la bertahan  hingga tengahari.





Punca dapat idea nak buat bekal ni .
Semalam order menu ni kat tempat kerja.Rasa sedap pula..
RM4.50...ok sangat kan harganya..



So...pagi ni praktikkan idea tu..
Buat 2 bekas.Tapi sayang tak sempat untuk anak bujang tu sebab dia turun kerja awal sebelum subuh.Saya bangun iron baju dia pastu tidur semula.Bangun semula pukul 5.30pagi ..
Sap sup sap sekejap dah siap bekal..


Idea bekal ni juga saya muatkan di youtube channel saya :


Kalau takda idea nak bekal..boleh la cuba..

Tuesday, 12 November 2024

MAKAN KENDURI @ DEWAN SERI SIANTAN,PUTRAJAYA DAPAT BUNGA SORANG SEKUNTUM

Seusai ke majlis walimatulurus Puan Rock @ MZ GARDEN HALL,kami bertiga bercarpool ke Putrajaya pula memenuhi undangan rakan sekerja yang sudah bertukar tempat kerja.

Perjalanan kami ke Dewan Sri Siantan,Putrajaya diguyur hujan.
Tetapi disebablan perut dah kenyang,kami hanya berkurung dalam kereta sementara menanti hujan reda.Hampir ½ jam dalam kereta,bila dah renyai,kami melangkah ke Dewan Sri Siantan di lantai 2.Entah apa nama bangunan ni.Cuma perasan ianya berdepan Istana Kehakiman,Putrajaya.

Kenduri kahwin memang senonim dengan nasi minyak dan aneka pilihan dan akan berakhir dengan pemberian gudies atau cenderahati kan...

Tapi unik dan specialnya majlis kenduri kahwin ini ialah setiap tetamu bukan sahaja diberi gudies berupa kota berisi gelas comel berisi cookies tetapi lebih istimewa lagi,setiap tetamu diberi pilihan memilih sekuntum bunga daisy segar..

Pertama kali mengahadiri kenduri kawin  dapat cenderahati berupa bunga segar  macam ni ..πŸ’•
Luv sangat ..!!!


Aneka pilihan warna dan semua cantik cantik belaka...

Kawan kawan pernah tak dapat cenderahati macam ni?

Saya memang 1st time ni ..
Suka sangat..

Terima Kasih Zana sudi jemput kami & semoga Allah limpahkan keberkatan kepada Zana adik beradik.Walaupun tanpa ayah dan ibu yang telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi...tetapi mereka  berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai abang dan  kakak menyempurnakan majlis perkahwinan yang meriah dan happening untuk adik bongsu mereka....


Suasana majlis ini ada saya abadikan dalam video yang saya muatkan di channel youtube saya:









Sunday, 10 November 2024

HADIR WALIMATUL URUS @ MZ GARDEN HALL,BANGI

 Semalam ( edited) 9 November  2024 menerima undangan ke dua majlis walimatuurus...

Pukul 11.15am  tiba di MZ Garden Hall,Bangi..
Memenuhi jemputan Puan Rokiah...ex bos merangkap rakan dalam "Group Memory Tercipta".


Makanan sedap-sedap & terharu dengan layanan yang sungguh baik daripada tuan rumah,Puan Rokiah anak beranak..
Tahniah,Puan Rock...Tahun lepas beliau  terima menantu perempuan pun ada dapat jemputan kat 
Bila tengok tarikh ..5 Nov 2022..
Genap 2 tahun 3 hari dapat lagi jemputan dari Puan Rock...

Suka sangat kalau dapat jemputan kawin kerana saya suka pergi kenduri kawin..Sesuatu yang missing lebih 14 tahun  dan berjaya menikmatinya semula   ketika usia menginjak  37 tahun hingga kini..Menghadiri walimatul urus & majlis kenduri yang lain adalah salah satu terapi dan healing untuk saya..


Video majlis kat MZ Garden Hall ni ada saya muatkan @ channel saya:


Sayangnya tak dapat berlama kerana kami juga akan memenuhi lagi satu undangan dari ex rakan sekerja juga di Putrajaya.Nasib baik lokasi kedua iatu Putraja adalah border dengan Bangi...

Cerita kat majlis di Putrajaya akan menyusul.....




Wednesday, 6 November 2024

BUNGA MELUR JAWA

 Pagi tadi,ketika melintasi gate nampak Shifa bersembang dengan Saleha.Ditangannya ada sejambak bunga putih...


Cantiknya bunga putih ni..
Mata Shifa..Anis yang bagi...
Ma shaa Allah cantiknya bunga putih ni...
Baunya harum saling tak tumpah aroma bunga melur...

Kalai bunga melur kampung tu saya kenal..bunganya ada yang selapis dan ada yang kelopaknya berlapis..Tapi daunnya hanya sebesar daun cili dan tekstuenya licin berkilat...

Ini katanya spesis bunga melur juga..Cuma bunganya lebih besar..berjambak dan daunnya lebih lebar serta jauh berbeza dengan daun melur kampung..Tap

Sesuai la namanya BUNGA MELUR JAWA..


Video Bunga Melur Jawa ni ada saya upload 

https://youtube.com/shorts/aXseR0IdQQg?si=ogz3OdQKQ8lucLFR