Wednesday 31 January 2024

WAJIK SECAWAN PULUT

 Kuih orang lama...

Wajik Gula Putih .
Tak putih sangat sebab bila masak agak lama gula putih macam berkaremel sikit.
Masak wajik ni hari Ahad lepas.


Sebabnya anak jantan tu pi  konvoi motor ke Memtakab ,& Temerloh..


Depa orang muda..Suka la advanture..


Dia dok update depa pi Mentakab..
Semata -mata nak makan kat sini...
Alah..alasan ja tu ..kan?
Kita ni makan garam dulu dari depa不


Orang kata makanan kat Pahang mahal..
Tapi macam ni punya nalla....


Tak sampai 20 ringgit pun.
Maknanya bukan la semua makanan kat sana mahal kan..
Tapi kalau makan ikan ikan liar yang exotic..sila la tanya harga dulu kan....
Kang masa nak bayar jangan lemah jantung pulak ...hihihi

Nak ceritanya...sebab tinggal saya sorang kat rumah....tu yang masak wajik secawan pulut ni..
Dah tinggal sorang tidak la kalut nak masak nasi lauk bagai..
Maka ...saya masak wajik secawan pulut.Sebabnya memang guna secawan sahaja pulut..
Teringin nak makan wajik gula putih..



Masa tengah masak,gulanya masih warna putih.



Dah kacau lama sangat...gula mula kuning macam nak jadi caremel dah...


Dah masak nampak warna sedikit gelap..Tapi sebenarnya tak gelap sangat
Dari secawan pulut tu ..dapat la  wajikny satu bekas taufu fa ni
Wajik ni sebenarnya cantik sangat teksturnya..Berkilat dan berkaca pulutnya kesan penggunaan gula batu..Seperkara lagi..bila kita guna gula batu....wajik jadi bersakar cantik dan tidak melengas




Lihatlah ....
Bila sejuk ia membentuk lapisa sakar @ dipanggil bunga gula dipermukaan wajik.Bila potong rentas akan nampak pulutnya jernih berkaca..

Rasa manis berlemak santan kelapa segar memang memancing selera orang tua macam saya....



Wajik Secawan Pulut yang cukup rasa lemak ma is dan berkilat.Wajik macam ni boleh bertahan selebih seminggu pada suhu bilik.Bila mencicip wajik ni seakan sedang makan halwa kelapa...
Biasa orang masak wajik gula melaka atau gula merah kan...
Tapi saya lebih  menggemari wajik gula putih.Lagi lagi yang beraroma pandan atau aroma bunga mawar dan bunga melur.
Makan berreman kopi O pekat @ secangkir teh tanpa gula...memang mengasyikkan

Wajik Gula Putih (Gula Pasir) ni  saya masak inspire lebih 2 dekad yang lalu  daripada Allahyarhamah Dato' Zakiah Hanum...Ada saya ceritkan dalam posting WAJIK GULA PUTIH...kat sini..
Al- Fatihah untuk Allahyarhamah..

Sesuai untuk nak buat dalam sukatan sikit

WAJIK PULUT SECAWAN..

1 cawan beras pulut- rendam 1 jam

1 cawan gula pasir putih

1 cawan santan pekat

1 ketul gula batu sebesar ibu jari

¼ sudu teh garam

1 helai pandan


1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak (aanggaran ½ jam)Biar sejuk

2. Dalam kuali masukkan santan,gula pasir,gula batu ,garam dan pandan.Masak hingga mendidih.

3. Bila mendidih,kecilkan api dan masak hingga pekat.

4. Masukkan pulut kukus dan kacau hingga kental dan menjadi sebuku 

5. Sejukkan dalam bekas.


* Jika suka boleh maukkan pewarna pink swmasa masak air gula tu.Wajik akan jadi warna pink.

*** Untuk wajik pandan,boleh blend santan bersama 10 helai pandan untuk dapatkan 1 cawan santan pandan.Wajik jadi warna hijau dan sangat harum.


KEPALA GAS BERMETER

 Selama ni dok pakai kepala gas biasa yang takda meter.Sebenarnya taktau pun kepala gas bermeter ni...Punca dapat tau ni,hari tu baca dalam group kominiti.Ada berlaku letupan gas dekat salah satu PPR yang tidak jauh dari perumahan saya.Baca info dalam tu katanya penghuni rumah tu tinggal sorang diri. Balik kerja waktu maghrib terus buka pintu dan hidupkan lampu...Terus poooommmm! meletup.Hasil siasatan katanya gas memasak bocor seharian dan terkepung dalam rumah yang bertutup.Bila on suiz lampu terus meletup.Khabarnya penghuni tu cedera melecur teruk jugak lah..


Baca kat komen ,dorang bagi cadangan gunakan kepala gas bermeter.Antara kelebihan dari segi keselamatan ialah jika berlaku kebocoran ada bebulinya yang akan auto menyekat gas daripada keluar..

Salain itu,jarum meter memudahkan kita megetahui isipadu tong gas tersebut..

Saya pun minta Adah tolong order kat Shopee..Kalau tah salah harga tak sampai RM50 pin termasuk saluran paip ya..


Ni saya pasang pasa tong gas kosong..
Jarumnya auto bergerak pada kawasan merah.
Menunjukkan memang tong dah kosong.
So,kalau ada tong gas satu sahaja..bila jarum dah penghujung hijau dan menghampiri merah dah boleh beringat-ingat dah..Jangan la nak rebus ketupat dan masak rendang bagai.Takut tak sempat masak ..
Kalau tengah memasak tetiba api padam..jangan ingat dapur rosak pula.Tengok pada jarum tu..Kalau dah kat merah tu maknanya gas dah habis.Kalau tengok jarum masih hijau atau kuning tapi dapur tak menyala..maknanya gas masih ada tapi ada masalah lain.



Ni saya pasang pasa tong gas yang baru dibuka penutupnya.Pasang ja auto jarum bergerak ke kawasan kuning menandakan gas masih penuh.Nanti dah lama guna bernsur ansur jarum bergerak ke kawasan hijau dan akhirnya kawasan merah.Merah pun kalau kawasan dekat hijau tu masih ada gas cuma dah kena standby.Bila gas habis terus..jarum akan bergerak paling hujung merah tu..

Saya baru tahu dalam beberapa bulan yang lepas..Ka saya sorang ja baru tahu?五

Tuesday 30 January 2024

KENANGAN SPM

Selamat menduduki SPM untuk anak anak kelahiran 2006 dan sewaktu dengannnya..Depa generasi PDPR/PKP examnya awal tahun.Semoga Allah mudahkan urusan kalian dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.Kamulah pewaris negara bangsa..!

Zaman kita  dulu SPM hujung tahun.Bulan Mac tahun berikutya dah keluar result.


Saya kelahiran tahun 70-an...Pernah bersekolah selama 1 hari masa umur 6 tahun kerana salah kira umur五.Esoknya dah tak pergi sekolah sebab cikgu kata belum cukup umur.


Sekolah pertama saya agak daif.Pernah saya ceritakan dalam SEKOLAH BERATAP RUMBIA & BERDINDING BULUH bermula darjah satu hingga darjah dua.

Bila sekolah tersebut runtuh,sambung darjah tiga hingga enam di sekolah yang jaraknya lebih kurang 5 batu dari rumah.Meredah denai,bukit dan carok untuk sampai ke sekolah.Pernah sesekali ayah hantar separuh jalan dengan motor 2nd hand yang mak beli dengan duit jual padi..Walau dah ada motor tapi ayah sangat sayangkan motosikalnya.Dikernakan jalan denai ke sekolah lecak dan berselut,maka banyaknya  gi sekolah jalan kaki.Bila Achik masuk darjah satu & saya darjah lima,mak jual padi beli sebuah basikal untuk kami kesekolah.Pernah jatuh basikal dengan Achik masa balik sekolah hingga saya pengsan kerana pendarahan yang teruk.Ada saya ceritakan tentang jatuh basikal ni dalam entri CERITA GIGI PATAH...kat sini

Habis darjah enam..ayah tak kasi sambung sekolah menengah kerana kata ayah takda duit nak kena beli basikal lagi sebuah sebab saya sekolah menengah dan Achik darjah tiga kat sekolah rendah . Lagipun kat kampung masa tu ramai yang hanya setakat darjah 6 sahaja.Ramai juga yang darjah 6 pun tak habis.Ayah terpengaruh dengan pendapat orang kampung yang berpegang pada " anak perempuan setinggi manapun belajar,akhirnya ke ceruk dapur jugak".Mak berkeras suruh saya sambung sekolah menengah.Mak kata biar makan nasi dengan garam,mak tetap nak anak anak sekolah supaya nanti dapat kerja makan gaji dan bukan motong getah pawah macam mak.

Bergaduh besar mak dengan ayah masa tu..Dipendekkan cerita mak menang dalam pergaduhan sengit tu不不.Mak gadai gelang emas mak beli basikal baru kat Achik.Saya jelouse giler sebab Achik dapat gerek mini ada raga kat depan.Basikal lama yang darjah lima tu pula selang dua hari mesti pancit sebab depan sekolah baru nak buat jalan..Batu batunya besar dan tajam 

Nak masuk sekolah menengah pun mencabar.....dah sekolah menengah pulak belum siap.Terpaksa la menumpang di sekolah rendah berhampiran selama setengah tahun.Kami sekolah sesi petang.Sempatlah saya jaga adik bongsu waktu mak pergi motong.Tanak nasi sebelum ke sekolah .Sekolah tumpang tu bersebelahan Watt Siam.Pagi sekolah  jadi   sekolah rendah.Petang,kami yang sekolah menengah pula menumpang hinggalah sekolah menengah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun.Barulah lega dah ada sekolah sendiri.

Sekolah menengah yang baru  ni pula letaknya atas bukit.Kena lalu perkampungan Siam.Nak sampai ke pintu pagar sekolah memang kena tuntun/ sorong  basikal sebab bukit tinggi tak larat kayuh basikal.Jenuh pulak nak mengelak babi dan anak anaknya.Time kita sibuk nak ke sekolah,time tu lah dia pun sibuk nak melintas jalan berderet dengan anak anaknya不.Babi ni bukan babi hutan yang liar tu.Sebaliknya babi yang dibela penduduk kampung tu.Rupa babi bela ni taklah seganas babi hutan yang hitam bertaring tu.Sebaliknya babi yang dibela ada yang warna pink ( albino kot) dan warna kelabu macam warna kerbau tapi saiznya kecik dan rendah sikit dari kerbau.Sekali pandang macam anak kerbau.Tu sebab kalau bahasa berkias takmau sebut babi kami akan sebut " Kerbau Pendek"....hihihi..

Dah la binatang babi ni jenis leher besar tak boleh pusing kiri kanan..Kalau dia nak melintas,dia  memang dia menonong  redah ja..Tu agaknya orang tua selalu sebut " membabi buta"..Maksudnya main redah je tanpa usul periksa.Pernah setengah tahun saya bawa basikal dan tinggalkan bawah pokok tepi jalan.Jalan kaki 1km dari tempat basikal tu nak ke sekolah.Tak dapat bawa basikal sampai dalam kawasan sekolah sebab basikal takda break. Waktu balik sekolah dari pagar sekolah kena turun  bukit tinggi..(kami panggil gon) 

Melihat potensi saya dalam Peperiksaan Penggal Pertama  agaknya,cikgu bagi borang suruh isi mohon biasiswa..Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama saya dapat nombor 3 dalam kelas.Guru kelas kami Cikgu Rosyada binti Kassim bagi hadiah.Asmahan binti Hamid dapat nombor 1 dapat buku nota,pen dan talkum Baby Johnson.Zulkifli bin Ramli dapat nombor 2 dapat hadiah buku nota dan pensel.Saya yang nombor 3 dapat buku nota.Form 1 ada 3 kelas.Saya ditempatkan kelas ke2..Kelas pertama tu rasanya semua murid feeder iaitu murid asal sekolah rendah yang kami tumpang masa sekolah belum siap tu.Kita yang pendatang dari sekolah rendah lain ditempatkan kelas ke-2 dan ke-3.

Tapi masuk form 2 dan seteruanya saya bertahan di kelas pertama berdasarkan keputusan peperiksaan penggal persekolahan.Dari keputusan periksa tu la cikgu bagi borang biasiswa..Borang tu kena. cop JKK @ ketua kampung bagi mengesahkan ibu bapa berpendapatan rendah.Jenuh pulak nak dapatkan cop tu.Ceritanya mak saya parti lain..JKK parti lain..jadi JKK tak mau sign & cop borang biasiswa saya.Cikgu pun pening kepala nak tolong saya. Akhirnya cikgu bagi solution suruh saya pi Pondok Penghulu depan Watt Siam tu.Cikgu pun bagi ja kebenaran keluar sekolah demi nak bantu saya.Satu hal pulak nak tunggu penghulu.Kat papan kenyataan luar pondok tu tulis penghulu hanya akan datang pada setiap hari Khamis pukul 9 pagi hingga 3 petang..Rasanya lebih 3x berulang ke Pondok Penghulu tunggu depan pintu sampai terlena tapi penghulunya tak nampak muka.Sudahnya tak tau berapa kali saya tunggu tapi at the end  dapat  juga lah cop borang yang lunyai macam kain dimamah lembu tu.Naik masam borang tu bila sampai ke tangan cikgu.Alhamdulillah,permohonan saya diterima berkat ditolong Cikgu Manap.

Duit biasiswa pertama dapat selepuk RM300 sebab dapat dah nak hujung tahun.Tapi buku bank (BSN) Cikgu Manap akan pegang.Kalau nak keluar duit kena isi borang dan senaraikan apa nak beli dengan duit tu...Saya minta kat Cikgu biasiswa iaitu Cikgu Manap Majid nak keluarkan RM150 nak beli basikal baru.Terdiam Cikgu Manap sebab had maksima dikeluarkan hanya RM50.Itupun untuk bayar yuran dan beli alat tulis atau pakaian sekolah sahaja..Swlain tu tak boleh!..Saya minta nak keluarkan RM150.Cikgu buat meeting tergempar kot  dengan Pengetua dan GPK..Akhirnya  diluluskan setelah Cikgu Manap melihat kondisi basikal saya.... break pun takdak,mudgard  depan pun dah tercabut & stand pun dah jatuh. Mudgard tu tercabut kerana kerap dijadikan break.Basikal tu kan takda break.Bila nak break saya akan angkat kedua belah  kaki daripada paddle dan tekan mudgurd bagi rapat ke tayar.Tu la break saya...不..Mana tayar tak botak & mudguard tak tercabut...Tapi kira kreatif la kan walaupun tak boleh pakai五

Sebenarnya sampai ke sudah,ayah tak tau saya dapat biasiswa. Saya dan mak sama sama kunci mulut bab biasiswa.Masa nak keluarkan duit biasiswa nak beli basikal tu pun saya pergi dengan mak beli kat Kedai Ah Beng di Pekan Pendang waktu balik sekolah.Cina tu cakap tak dapat nak hantar basikal tu dengan lori.Selepas bincang dengan mak,kami ambil keputusan saya terus bawa balik sendiri basikal tu..Saya kayuh dari Pendang sampai rumah dengan jarak lebih kurang 20 km.Mak naik prebet sapu separuh jalan sampai tempat letak basukal lama saya tepi jalanraya.Lepas tu sama sama kayuh basikal sorang sebuah sampai rumah.Tak terasa penat kayuh basikal sejauh itu dek kerana happy dapat nasikal baru.Boleh la lepas ni berlagak sikit dengan kawan kawan..hihihi.Boleh bawa basikal sampai dalam kawasan sekolah sebab dah ada break bagai.Pagi-pagi boleh gerak awal sikit walaupun gelap kerana basikal baru dah ada lampu.Sebelum ni selalu sampai sekolah lambat kerana kena tunggu siang sikit baru boleh gerak kerana jalan dalam hutan gelap.Ni dah ada basikal baru,boleh gerak awal.Cuma kena kayuh lagi kuat supaya dynamo basikal dapat berpusing bagi menghasilkan tenaga untuk nyalakan lampu.Haaa,kalau zaman naw Dynamo tu jenama sabun basuh pakaian.Zaman kami dynamo tu bentuknya macam botol kecil dekat tayar basikal  untuk menjana kuasa elektrik bagi menghidupkan lampu basikal.Kalau tak boleh bayangkan..sila lah Google...hihihi

Saya tak tau apa mak cakap dengan ayah pasal basikal tu...saya tak mau ambil tahu dah depa nak perang ka apa kan...Yang penting saya dah ada basikal baru ..hihihi

Setahun lebih sahaja  berbasikal ke sekolah menengah,saya mohon duduk asrama atas nasihat Cikgu Noor Azam iaitu guru mata pelajaran Sains Paduan.Sekolah ni ada asrama harian( ni bukan sekolah asrama penuh).Nasib saya baik,Allah rezekikan saya dapat Biasiswa Persekutuan sepanjang sekolah menengah dengan kadar RM300/setahun.Ada rakan rakan dapat Biasiswa Negeri Kedah hanya RM250 setahun.Dengan duit biasiswa...dapatlah bayar asrama  sebulan RM30 dengan duit tu...Kami bayar lebih kurang seringgit sahaja sehari untuk penginapan,makan minum 4x sehari dan segala kemudahan asrama..Kos selebihnya ditanggung kerajaan.

Sekali lagi ayah menentang keras,bila saya nak tinggal di asrama.Sebulan RM30 kot kan..!.Diringkaskan cerita,mak menang  lagi..!

Saya dapat tinggal di asrama.Seronok bukan kepalang dapat siapkan beg nak duduk asrama.Seronok macam dapat masuk U lagaknya.Saya isi sepasang baju kurung,sehelai kain batik mak yang saya ambil senyap senyap dalam almari.Saya suka cium keharuman  bau pakaian yang baru keluar dari almari.Selimut takada..Saya ambil batik panjang(batik lepas) kesayangan mak.Batik tu ada dua helai...Satu corak jalur dan satu lagi corak batik bunga bunga..Batik tu peninggalan arwah tok saya kepada mak,masa tok nak pi Mekah tahun 70-an dulu.Mak tak tau saya seludup batik tu dalam beg nak buat selimut.


Hehehe..

Basikal yang dah beli tu dapat lah mak gunakan untuk muat skrap dan untuk datang jenguk saya kat asrama serta jadi kenderaan mak nak kemana-mana.Sebelum tu mak hanya jalan kaki ..

Saya pun masuk asrama sekitar bulan Ogos masa tingkatan 2. Seronok bukan main sebab dapat la belajar dengan lebih sempurna untuk persiapan SRP tahun berikutnya.



Gambar ditangga asrama tepi dewan makan.Menunggu loceng lunch..
Bermula kehidupan saya di asrama.Hari pertama masuk asrama,saya dah kena tegur dengan warden( Cikgu Suhaimi) sebab pakai selipar Jepun masuk dewan makan.Mana tau kata tak boleh pakai selipar jepun..hihihi.Terpaksa la pakai baju kurung dengan kasut sekolah sementara nak tunggu mak beli selipar yang bukan selipar jepun.Baju kurung saya hanya ada sepasang.Setiap malam saya pakai baju yang sama untuk makan malam & prep malam.Balik kampung berikutnya saya curi curi bawa baju kurung mak sebab malu pakai baju yang sama setiap hari..
Malam pertama tidur di asrama,saya kena pulau dengan rakan rakan.Bukan sebab depa tak suka saya tapi sebab saya tidur telentang dan selimut dengan batik panjang(batik lepas).Jiran jiran tepi katil lari tumpang katil kawan lain sebab depa kata tengok saya macam "mayat" diselimut batik panjang....
Corak batik panjang yang berjalir tu memang obvious la corak batik tutup orang maninggal dan tutup keranda ...kan...不
Sorry la kawan kawan...saya takda selimut..Itulah selimut saya.Dapat balik kampung ,saya tukar batik panjang corak jalur tu dengan batik panjang yang sehelai lagi yang corak batik biasa.Kesian kawan kawan tak dapat tidur lena..!五

Beberapa hari tinggal di asrama,lengan baju sekolah saya hangus!
Puncanya,seumur hidup saya tak pernah iron baju.Selama ni pergi sekolah tak pernah serika baju.Seterika arang pun kami tak ada,apa lagi seterika elektrik.Elektrik pun belum ada kat kampung saya..Hujung tahun masa tingkatan 5 tu baru elektrik masuk kampung saya.Itupun rumah kami hanya pasang  lampu.Plug ada 3 tapi taktau nak cucuk apa..TV pun takda五.
Berbalik cerita baju tu...kita dah la ada sehelai tu saja baju sekolah..teringin la nak iron bagi licin....Hangus la pulak...
Nasib baik lah kawan 1 dorm Siti Rokiah bermurah hati bagi sehelai baju kurung sekolahnya kat saya.Baju tu agak singkat kerana Siti Rokiah lebih rendah dari saya.Bukan takat baju sekolah,baju kurung pun ada beberapa pasang Siti Rokiah bagi kat saya.Katanya itu baju kakak dia yang dah tak muat.Waktu saya down pun,Siti Rokiah lah menumpangkan bahunya untuk saya menangis.Jasanya akan saya kenang sampai bila-bila..

Cuti hujung tahun curi curi motong beberapa batang pokok getah tua jual sekerap kat Kedai Chik Deri dapatlah sekupang  dua.Tiga hari motong kalau jual dapat la 3 kupang.Pokok bukan banyak .Rasanya tak sampai 10 pokok.Itupun  sisa buldozer tak dapat nak tolak sebab ada pokok cempedak dicelah pokok  getah tu.Buang rasa malu masa nak jual skrap yang ciput tu...Kumpul skrap seminggu dapatlah seringgit dua kupang...Uiii,syok bila ada duit ditangan..Pernah cuti hujung tahun ambil upah kutip cabai Cina nak bayar asrama hujung tahun bila duit biasiswa tak cukup.Duit buku,pakaian sekolah bagai,memang mak bertungkus lumus motong dan ambil upah tanam padi dan ambil upah mengerat padi(menuai) Masa tu mesin menuai belum meluas penggunaannya.


Masa di asrama...hampir setiap hari Jumaat,mak akan hantar mihun bungkus kertas buku untuk saya jual di asrama.Kadang Achik kayuh basikal hantar mihun tu.Kalau Achik hantar,memang saya akan marah la Achik sebab saya malu.Tapi Achik pun apa pilihan yang ada kan...
Nak tak nak Achik kena hantar...saya kena jual juga...Malu yang amat .Dah la masa darjah 5 mak suruh jual kacang  tanah masin..( ada saya ceritakan tentang jual kacang tanah  ni dalam entri BUAT BEPANG KACANG TANAH...kat sini...
Tapi apapun terpaksa sebab mak dah susah payah hantar dengan menaiki basikal
Tapi setiap kali mak bawa mihun mesti laku keras walupun mak hanya goreng mihun bodo letak sayur bayam banyak banyak.Waktu laku keras ..kurang sikit rasa malu.

Bila pokok jambu batu yang Jabatan Pertanian bekalkan untuk ayah tanam mula mengeluarkan hasil,mak suruh jual pula jambu batu.Masa ni dah tingkatan 5...Dalam seminggu 2 kali ayah akan hantar seguni jambu batu untuk saya jual di asrama .Sebiji 20 sen.Kalau yang besar kepala lutut saya jual 30 sen.Dapat jugaklah seminggu dalam belasan ringgit.Semua duit hasil jual jambu mak akan datang collect pada setiap hari Sabtu.Saya akan dapat seringgit untuk duit poket seminggu.Mak kata cukup la seringgit sebab makan minum asrama dah sediakan.Seringgit tu biasanya saya buat beli sabun buku Fab ( 80 sen sebuku).Kadang kita punya berjimat guna sabun bagai,tapi ada pula kawan yang kehabisan sabun minta sabun kita...huhuhu tak bagi nanti depa tak kawan dengan kita..Bagi la jugak.Hakikatnya depa tak tau kita nak beli sabun pun dari duit belaja seminggu seringgit.Sabun dah 80 sen.Baki 20 sen tu lah paling berharga untuk saya beli snek Apollo kat koperasi asrama.Kadang tak dapat beli sebab kat kelas depa buat pulak kutipan duit kelas seminggu 20 sen.Adoi.kita dah la tu ja semanga manga duit yang ada五..Belum kira lagi kejap cikgu minta itu ini.Selalunya Cikgu Sains Rumah Tangga(SRT) yang akan minta duit nak  beli kain..Bab ni paling saya tak suka sebab Cikgu SRT iaitu Cikgu Azean memang garang macam singa...Hihihi..sorry la cikgu..saya panggil singa kat cikgu kerana cikgu garang sangat..Kegarangan Cikgu Azean ada saya ceritakan dalam posting ASAM TUMIS IKAN PARI HARIMAU...kat sini .
Tapi ada juga part gembira.Pernah sekali Cikgu Abu Hassan iaitu guru kelas saya masa form 2 bawa bekal kuih keria.Pagi tu Cikgu Abu Hassan baru sampai sekolah & bertembung dengan saya & Roslina.Cikgu bawa bekal kuih keria dalam Tupperware.Kami pandang bekal cikgu.Cikgu offer kalau teringin,ambil la..
Huh,memang tak tolak la...Itulah kali pertama saya makan kuih keria.Mak saya memang tak pernah buat kuih keria.Kalau ada keledek mak hanya rebus,bakar atau belah celup tepung dan goreng.Itupun kena catu minyak...1 botol kecil minyak kena bagi tahan seminggu atau lebih.Duit bukan senang nak dapat...Lagi lagi kalau musim hujan.
Kalau musim hujan,mak cari duit macam macam cara.Antaranya mak cari buah berangan bukit dan kumpul.Dapat banyak baru jual.Segantang buah berangan hanya RM4.Nak dapat segantang tu jenuh berebut dengan babi hutan.Biasanya Achik yang akan teman mak cari buah berangan.Mak juga tanam dan jual maman.Swlain tu duit buah jambu banyak membantu perbelanjaan kerana mak tak dapat motong.Jambu pulak memang menjadi.
Masa tu kalau dapat perlepasan balik kampung hujung minggu,ramai yang nak ikut saya balik kampung walaupun kena jalan kaki 8km.Saya dah cakap rumah saya jauh tapi depa nak jugak ikut.Depa sanggup ikut demi nak dapat jambu percuma...
Tapi lepas tu depa akan menyesal.sebab jauhhhh....jalan mini tar pulak hanya separuh perjalanan.Selebihnya kena lalu jalan tanah merah....jalan lorong hutan dan menempuh lecak dan selut...Kasut depa habis la belemoih...
Mau depa tak nyesal...!
hihihi



Sebelum SPM...
Depan Pusat Islam berlatarkan Bangunan Dayabumi & Masjid Negara.Masa tu mana ada lagi KL Tower & KLCC..
Bangunan Dayabumi la paling tinggi pun.Ni masa form 5 
Masuk form 5 sebelum SPM cikgu kelas iaitu Cikgu Brahin buat lawatan ke KL & Melaka..
Nasib baik bila cuti penggal yuran asrama hanya separuh.Jadi setahun ada 3kali bayar separuh Dapatlah guna buat bayar lawatan..RM30 untuk 3H2M termasuk makan..Murah giler kan!
Mak bagi duit poket RM20..
Asalnya mak bagi RM10 sahaja tapi hasil pujukan Achik mak tambah lagi RM10..
TQ Achik!huhuhu..
Banyak jasa Achik kat saya.
Kerana saya lah Achik tak dapat biasiswa.Ini kerana syaratnya kalau ada sorang yang dah dapat biasiswa,adik beradik lain kat sekolah tu  tak layak mohon dah..Makanya hingga saya habis sekolah baru Achik layak mohon biasiswa.Cuma saya tak ingat masa saya dah form 6 kat sekolah lain,Achik ada dapat biasiswa ke tak..Kena rujuk Achik semula ni..

Masih dalam ingatan bagaimana ketika tu ramai guru yang mengecam guru kelas kami Kelas 5 Kuning  iaitu Cikgu Brahim kerana mengadakan lawatan ketika hampir SPM.Kata mereka sepatutnya lawatan dijalankan selepas peperiksaan barulah pelajar boleh bersukaria.

Tetapi bagusnya Cikgu Btahim,beliau berfikir di luar kotak.Dalam kelas Cikgu Brahim berkempen agar mengambil peluang mengikuti lawatan ini kerana beliau telah bertungkus lumus mendapatkan tajaan makanan dan tempat penginapan daripada wakil rakyat dan beberapa kenamaan demi nak merealisasikan lawatan ini.Kami hanya perlu bayar rm30 sahaja.
Kawan kawan ramai bawa pakaian kasual seluar jeans & t shirt.Saya bawa baju kurung mak 2 pasang.Pinjam seluar jeans Siti Aminah konon nak pakai masa kat KL tapi sudahnya saya tak pakai sebab malu..Maklumlah tak pernah pakai seluar panjang kecuali seluar track masa latihan sukan..hihihi

Dapat gi RTM merupakan kenangan manis..
Yang pakai pinafore tu rakan rakan berbangsa Siam.


Dalam Bilik Berita RTM..
Masa ni ramai la berangan nak jadi pembaca betita macam Harjit Sigh Hullon..Hashim Embi,Christing Ling,Farid Esmit Emir dan beberapa nama tersohor yang lain.Masa ni TV3 baru setahun jagung & tak semua kenal personaliti TV3  kerana bukan semua tempat  dapat siaran TV3.Kampung saya apatah lagi..Elektrik pun takda lagi kat kampung saya.

Sungguh,perlu berterima kasih kepada Cikgu Brahim yang membawa kami ke Melaka & KL sebelum SPM walau mendapat tentangan ramai guru dan ibu bapa.Banyak pengalaman kami kutip sebelum peperiksaan besar..SPM.
Bagi saya,dapat melihat dunia luar khususnya Bandaraya KL kemegahann negara.Dari situ saya tanam azam nak belajar sungguh sungguh dengan harapan dapat kerja kat KL.Ianya menjadi penyuntik semangat untuk tanam niat untuk belajar bersunguh sungguh agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan .Satu yang saya jadikan motivasi ialah saya sedar diri bukan gadis ayu yang cantik.Kalau cantik,tak pandai pun mungkin dapat jodoh orang berada.Jadi suri rumah tak payah kerja.Kalau saya ni apa sangat pilihan yang ada?
Sedar akan  diri sendiri hitam belemoih macam saya,paling pun yang sudi menjadikan isteri kebarangkalian seorang penoreh  getah.Kalau nasib baik sikit dapat jodoh penoreh getah yang ada getah sendiri Kalau takda getah sendiri kena pawah getah orang lain.Kemungkinan untuk saya kena sama sama pi motong getah tu agak tinggi..Aduh,tak boleh jadi..
Saya kena buat sesuatu...
Bukan memandang rendah kepada penoreh tetapi saya menyelaminya kerana emak saya adalah penoreh getah pawah.Saya melihat dan merasai kesusahan dan kepayahan itu.Menoreh di kebun orang Menjunjung getah skrap penuh guni mengharung baruh untuk menjual getah tersebut.Bergegas pula mencari ikan dan ulam sebelum balik tanak nasi untuk anak balik sekolah.Petang berjemur panas pula menanam padi atau mengerat padi masak.Mencuri curi masa cari kayu api dan angkut air dari telaga.Satu satunya cara untuk saya  keluar dari mewarisi pekerjaan dan nasib mak saya adalah dengan belajar bersungguh- sungguh untuk mengubah nasib.

Balik dari lawatan ke Melaka & KL tu,saya sangat bermotivasi.Saya mula menulis nota nota kecil dan tidak main main lagi waktu prep.Untung juga tinggal di asrama ada elektrik dan tempat belajar yang selesa.Cikgu Brahim guru kelas saya merangkap warden asrama menyediakan  mini pantri untuk kami yang nak study malam.Ada satu tin besar biskut cream creaker,gula dan kopi.Taktau ada orang sponser atau memang duit poket Cikgu Brahim. Menjelang SPM kami juga dibenarkan menonton televisyen setiap malam tetapi hanya terbatas waktu Berita Perdana sahaja .Katanya agar kami tidak jadi " Katak Bawah Tempurung ".Agar kami tahu dunia luar dan hal semasa.
.Ramai guru kondem Cikgu Brahim tapi telinganya kebal dengan sebarang kritikan cikgu cikgu lain.
Saya sangat bersyukur,Allah rezekikan dapat tinggal di asrama walau bukan asrama penuh.Asrama kampung sahaja tapi sangat beerti kepada saya.


Tengoklah...asrama kampung 
Masa ni musim SPM hanya tinggal pelajar form 5 kat asrama.Kamilah raja....hahhaha
Pakai ikut dan dan ikut suka kami ja dah tak ikut peraturan.Pakat pakai kain batik dengan t shirt ja.Kampung sangat kan...hihihi
Warden pun malas nak straigh sangat.Janji kami nak study & nak pi exam.
Lagipun rasanya warden tak nak kacau perasaan kami.Nak jadi cerita ,disebab kan asrama puteri  letaknya di tebing bukit berhutan.(Tahun lepas ,masa balik Kedah,saya lalu depan asrama tu nampak asrma puteri dah berubah belah jalanraya dan asrama tepi bukit tu jadi asrama putera.)Pernah beberapa kali ada orang( taktau siapa) mengendap di Bilik Mandi.Masa tengah SPM pula berlaku kejadian  ada stranger panjat tingkap dorm kami waktu malam.
Warden iaitu Cikgu Brahim kumpulkan kami dalam satu dorm dan rapatkan katil.
Malam kami akan tidur dalam satu dorm.Siang boleh balik dorm masing masing sebab locker kat dorm masing masing.
Dalam dorm untuk tidur tu dirapatkan katil dan Cikgu Brahim pasang loceng besar siling  tengah katil..Loceng tu dipasang supaya kalau apa apa berlaku..kami akan goyang loceng tu kuat kuat agar warden dengar dan pelajar asrama putera juga akan datang tengokkan kami...
Boleh bayangkan tak?



Ok..saya belanja pic dalam dorm kami..
Katil dirapatkan.
Tu..kat siling tu loceng besar yang Cikgu Brahim pasang...hahhaha..rare kan...

Alhamdulillah,tiada lagi kejadian mengendap selepas tu hinggalah tamat SPM.
Kami merupakan batch  SPM ke-3 sekolah menengah yang baru dibuka ini.Batch pertama dan kedua tu depa asalnya sekolah cawangan.Kami batch ke-3 ni yang betul betul pineer sekolah tu yang bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 5 disekilah baru itu.Masa tu tidak menggunakan bilangan A.B.C macam sekarang..Seterusnya batch saya yang merupakan batch ke-3 SPM sekolah tersebut mencatatkan  4 orang mendapat pangkat satu.Saya juga merupakan salah seorang daripadanya.Emak menitiskan air mata bilamana beberapa hari selepas SPM diumumkan,emak diberi penghargaan dalam Mesyuarat PIBG ( emak pergi meeting PIBG sebab Achik masih belajar di situ form 2)
Bukan sahaja emak tetapi juga 3 orang yang mendapat pangkat 1 dalam SPM dihadiahkan RM100 setiap seorang untuk kategori pelajar terbaik SPM..Masa tu RM 100 sangat besar nilainya bagi orang kampung macam kami.Emak gunakan RM70 daripada wang tersebut buat beli seekor kambing untuk jadikan lauk kenduri kesyukuran.Walaupun menjadi salah seorang daripada 4 orang  pelajar terbaik SPM  di sekolah ,namun itu hanya  diperingkat sekolah kami sahaja iaitu sekolah kampung yang kecil.Nak dibandingkan dengan pelajar sekolah lain.mereka jauh lebih baik dari segi agriged.Saya dan tiga rakan yang dapat pangkat 1 itu tidak mendapat tawaran daripada mana-mana institusi.Masa tu bukan ada UPU macam sekarang..Seterusnya pilihan yang ada adalah menyambung persekolahan untuk tingkatan enam di SMK Pendang hingga STPM..
Di SMK Pendang,lain pula ceriteranya kerana sekolah ni lebih besar dan terletak di pekan.
Kita pun bila form 6 dah dikategorikan sebagai pelajat Pra University kan..Dah lain pula ceritanya...Kena cerita dalam episod khas STPM & Zaman masuk kolej kat Bandaraya KL  pulak...hihihi
Diari persekolahan saya penuh warna warni.Rasanya tidak ramai yang melalui liku liku persekolahan seperti saya.Ada yang jalannya lebih mudah Mungkin juga ada yang lebih payah berbanding saya.Namun semua itu adalah asam garam dan menjadi kenangan yang mendewasakan kita.
Nasib baik juga ada kenangan untuk dikenang..Walau pahit untuk dilalui tapi sangat manis untuk dikenang.





Hari terakhir SPM...Zaman kami takda baling baling tepung bagai.Paling pun yang lelaki ja la rem motor...hihihi
Ni gambar waktu dah nak maghrib...Hari terakhir di asrama..Sepatutnya gambar ada dua keping.Satu lelaki sahaja dan satu lagi ni la ..perempuan semua..
Biasanya ada kawan yang memiliki camera..Yang lain akan share duit beli film Kodak ke Konika ke apa dah brand film yang bergulung tu..Satu gulung ada yang 24 keping dan ada yang 36 keping.Mana saya dapat duit beli gambar ni saya pun dah lupa..
Kami mengukir janji kononnya akan betemu lagi 20 tahun akan datang...Sedikit tersasar kerana kami kembali bertemu pada reunion pertama 20tahun ++ kemudian pada tahun 2015.Ramai dapat hadir dengan berbagai cerita.Hingga sekarang group reunion tu masih ada.Ramai yang dah bermenantu dan ramai juga sudah bercucu.Tidak kurang juga beberapa orang sudah arwah..Al Fatihah untuk mereka.

Monday 29 January 2024

PULUT KUNING KARI KERISIK KAMBING

 Cuti Thaipusam 25 Januari.Cella ada kat rumah sebab balik dari Ideas Hotel tu dia cakap nak ikut  juga ikut balik rumah.


Pagi Khamis masak Pulut Kuning Kari Kambing.Sarapan berdua dengan Cella.Abangnya kerja walaupun cuti umum.


KARI KAMBING KERISIK 

1kg daging kambing

2 paket kecil  rempah kari ayam

1 paket kecil rempah kari ikan

½ kotak santan

2 sudu besar

kerisik

4 biji kentang

garam secukup rasa

1/2 cawan minyak

1 sudu teh gula melaka


Bahan Tumis:

1/2 biji bawang  holland-hiris

5 bawang putih-hiris

1 ketul kecik halia- mayang halus

3 bunga lawang

5 bunga cengkih

10 buah pelaga

1 tangkai daun kari

1 helai daun pandan


1. Gaul daging kambing  dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.Gaul daging bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam

( tapi kali ni saya rebus dulu daging,maka saya tak gaul dengan rempah)


3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis


4. Masukkan daging kambing yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi

.

5. Masak hingga naik minyak


6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah


7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.

( air rebusan)

8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak


9. Tambah garam dan perisakan


10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik



Saya rebus dulu daging kambing waktu malam..Esoknya saya masak kari.Tidaklah saya rebus hingga betul betul empuk..Agak agak ¾ masak sahaja.Esok sambung masak dalam kuah hingga masak sempurna.



Oleh kerana daging dah rebus...Kita masukkan kentang dulu dalam tumisan rempah yang dah naik minyak.Rempah tu juga saya dah campur kerisik  masa bancuh rempah kari


Masukkan air rebusan kambing .Masak hingga mendidih & kentang ½ masak.Masukkan juga daun pandan simpul.Kalau masak kambing selain bawang putih dan halia,pandan ni la penyedapnya.Jangan risau kari ni tak akan rasa sirap walau guna daun pandan.



Masukkan daging kambing yang sudah direbus..Tambah juga santan.



Masak hingga kentang dan daging kambing empuk.Perisakan kuah kari.


Pesan emak dah hampir 4 dekad  yang masih saya amalkan hingga sekarang.Mak pesan masa saya masih sekolah rendah ketika baru belajar masak kari.Kata mak bila kari sudah masak,kecilkan api beberapa minit supaya kuah mendidih perlahan dan naik minyak.



Inilah hasillnya setelah perlahankan api dan biar mendidih perlahan lebih kurang 5 minit..Nampak permukaannnya dah berselaput  naik minyak 




Siap kari kambing pekat berkerisik


Ini saya panaskan waktu tengahari...Kuah makin pekat dan berminyak .Kari elok dimasak beberapa jam awal sebelum dihidangkan supaya kuah pekat dan naik minyak cantik.

Hidangkan dengan Pulut Kuning


PULUT KUNING

¹ kg pulut.

2 asam keping

2 sudu kecil serbuk kunyitk

¼g santan pekat segar

1 sudu kecil garam

1 sudu makan gula

1 pandan



1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam


2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.


3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.


4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.


5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.


6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati





Tengah feel meratah gulai kambing yang pekat berminyak ni...Adah VC tanya masak apa cuti cuti ni


Tunjuk la kat dia saya masak  
Tumeric Sticky Rice with Tick Lamb Curry....
Pura pura merajuk la dia....Hihihi


Dia dok tunjuk baru balik Pasar Tawau...beli ikan mabong yang baru naik jeti..
Ikannya besar besar,masih hijau dan berlendir katanya...sekilo RM10 sahaja..
Kat sini mabong mata dah merah perut dah pecah pun RM20/kg.


Udang tak tinggal la dia...
Makan lah puas puas sementara Allah bagi rezeki bermastautin kat tempat seafood segar dan murah.






Sunday 28 January 2024

HI TEA @ CYBERVIEW

 Semalam Sabtu....

Hitea @ Cyberview,Cberjaya...
Dah beberapa kali hitea kat sini memang menari nari anak tekak dan perut sebab makanan sedap sedap...
Pastu kalut kenapa baju semua dah ketat...hihihi


Saya drivw kan berhemah不kena la gerak awal sikit...Dari Cheras kami ikut hiway SUKE...Tueun SUKE,naik pulak KLIA Expresway..hanya mwngambil masa ½ jam.Kami sampai dalam pukul 11.45...Nampak ada weeding ceremony kat depan tu..

Kerana semalam cuaca panas,kami terus masuk walaupun  hitea akan mula lagi 15 minit..
Minta kebenaran nak rakam makananannya dulu..

Starter....
Aneka salad pembuka selera


Aneka jeruk yang sangat sedap pada tekak saya.Kalau pi hitea jarang saya nak ambil buah bahan & jeruk sebab pada saya makanan ni biasa biasa.Saya akan ambil makanan yang jarang jumpa..hihihi
Tapi kali ini saya berulang kali ambil jeruk kerana sedap dan rasanya sangat nostalgic..Siapalah suplier jeruk ni ek..sedap sungguh macam dulu dulu..



Stesen paling saya suka...dessert.
Saya ambil serba sikit...Semua sedap kecuali lompang tu agak keras



Nasi & lauk...
Shifa tukang buka ..saya tukang rakam...
Dah minta izin nak rakam



Wedges..mee kari & mee goreng pun nampak sedap...Tapi saya hanya jamah seketul wedges..Sedap.Mee saya kurang gemar.


Din sum pun sedap.Rasa satu saja sebab dah kenyang



Wantan & popiah hanya pandang...Dah takda ruang nak isi ...hihihi



Masa makan lupa nak pi stesen ni..Sempat ambil video saja...Biasanya saya akan ambil juga roti sour dough sebab saya suka roti keras macam tu sapu dengan butter



Minuman panas...ice cream & ABC memang kesukaan .Tapi saya hanya ambil ais kisar untuk campur dengam buah buahan. ala ala ias buah la.sebab nak elak ABC ..nanti perut sebu




Ambil sikit starter..Sikit ke?五



Selalunya kalau pi hitea saya jarang ambil nasi...Kerana bagi saya ..kalau nak makan nasi kat rumah pun ada不
Tapi semalam saya ambil nasi sebab terliur nasi minyak nya



Gratin ikan & kentang...sedap sangat



Syahir ambilkan dalgona...
Minuman nostalgia PKP...hihihi
Huh dah beberapa bulan pantang tak minum kopi...tewas juga akhirnya.


Penutup...
Hihihi
Orang mulakan dengan buah..Saya jadikan penutup ..Sedap betul jeruknya...macam jeruk tahun ,80-an yang dijual distesen stesen bas tu..
Saya rasa ni bukan Jeruk PA yang fous kat Penang tu...tapi memang rasa yang sangat nostalgia....terutama jeruk betik...jeruk pala dan jeruk kelubi tu...

Shifa ..Kak Mudz & Zana...Dua orang merah..
dua orang putih. tak janji tapi kebetulan.

Alhamdulillah perut dah kenyang..TQ Puspa yang arrange hitea ni...
Bulan Mac dah nak posa...

Saturday 27 January 2024

AFTERNOON DELIGHT @ IDEAS HOTEL SEMPENA BIRTHDAY CELLA

Hari Rabu 24 Januari 2024 dah janji dengan Cella untuk belanja minum minum @ Ideas Hotel..Dah pesan dia minta dia pick up saya dari tempat kerja. 

Abangnya juga dah janji nanti akan gerak dari tempat kerja terus ke Ideas @ Jalan Raja Laut tu.



Keluarg kecil kami..Kurang sorang,Adah kat Tawau..
Tinggal kami bertiga sahaja.


Birthday girl happy .Muka sembab tak tidur malam buat assigment.
Generasi sekarang kebanyakan jenis tak tidur malam agaknya...hihihi


Acah acah  ikut peraturan mulakan dengan appetizer..hihihi


Antara menu wajib cuba kat sini...Ni pilihan Cella.
Pasta carbonara dimasak panas...Pilih topping/ atau apa kita nak & hulurkan kat chef pasta untuk dia masak....tunggu siap,boleh bawa kat meja makan panas panas 


Saya pilih Olio Oglio..sprinkle dengan chilly flakes & cheese  banyak banyak...memang sedap.


Pizza dia sedap ...
3x berulang amik pizza. 


Ni lawak sikit...
Cella amik sikit kue teow goreng...curly fries,chicken balls & 2 pcs " crispy chicken"
Bila makan...
Anak jantan tu pun sama amik juga "crispy chicken" tu
hahahaha,sekali dah gigit...bukan chicken crispy....tapi "banana fritter"..hahaha
Tak lama lepas tu nampak staf depa pi tukar tagging baru .....kalau tak lagi naya orang lain pulak...sebab depa letak pulak dekat dengan pasta..hihihi



Dessert favourite sini...puding roti sos kastad...Memang sedap.


Cella bantai amik sampai semangkuk puding rotinya...


Bubur pulut hitam.Anak jantan tu amik ABC & ais krim...


Sambung makan pizza


Masa nak keluar ..kat lobby  tu nampak Chef Sabri...
Baru perasan..anak jantan saya dah macam giant
Anak jantan tu tegur Chef Sabri,..
Chef Sabri memang peramah.Ni kali ke -3 saya makan kat sini...Tiga kali juga nampak Chef Sabri akan keluar ke ruang makan dan foyer untuk beramah mesra dengan pengunjung..
Memang humble orangnya..Biasa peminat akan gelarkannya " Chef Ramli Sarip"不


Walaupun saya takda akaun Tik Tok tapi saya selalu nampak kat Tik Tok Chef Sabri.Lepas masak Chef Sabri pasti akan sebut tagline dia..
" Labamba....Chicago..Milanno"!!
Saya pun amik kesempatan tanya apa yang dimaksudkan dengan Lambada Chicago Milano tu?


Haaa....inilah penerangan Chef Sabri tentang taglinenya 
"Labamba...Chicago....Milanno"!!!!


DDah....jom balik....

Thursday 25 January 2024

24 JAN 2024- CELLA TURN 22

 Seperti baru semalam melahirkanmu..Belum puas memanjakanmu sebagai anak kecil kerana masa kecilmu terpaksa menjadi dewasa sebelum waktunya..

Berlari ke sana  ke sini .Hidup dalam kebimbangan  dihambat bayangan menakutkan.Masa kecilmu hilang begitu sahaja.Takdir tidak pernah salah kerana yang terbaik hanya dari Allah


Hitam putih kehidupan...


Merah membara semangat waja

Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua.. me滕蛤
( tiber)不不



Semalam bila on blog pun ..eh, blogger.com pun wish la....kat dia..
Sekarang dah tak naik noti kat handphone dia dah sejak  saya dah ambil alih blog ni..Naik kat handphone saya lah pulak...walau bukan birthday saya...hihihi



Dah lama tak makan kek SR ni..kalau teringin nak makan kek selalu beli kat Naskwn Coffee ja sebab kek kat Nasken sedap sedap.




Sendiri pasang lilin...


Sendiri tiup lilin..

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22 untuk Cella.Semoga dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki yang halal lagi barokah,dikurniakan kejayaan yang cemerlang,dimaqbulkan doa doa yang baik dan semoga Allah sentiasa menjagakan imanmu  serta juga diri kamu duniawi & ukhrawi..仆仆



Wednesday 24 January 2024

BURGER PROSPERITY BY CELLA

 

Cerita last weekend...Anak dara tu nak balik kolej.Dia request nak buat prosperity burger ala Mc Aming tu..hihihi

Malamnya buat sos lada hitam ..Esok pagi dia kata nak bangun awal nak siapkan prosperity burger ni bawa bekal gi kelas


Nak beli yang setahun sekali tu kan dah boikot...So,buat la sendiri



Sediakan bahan bahannya..
Gigih dia nak buat...
Kita support dari belakang.Sejak dah habis sekolah bukan selalu dia nak masuk dapur kecuali yang memang dia nak masak.

Dulu zaman sekolah dia selalu menempel/melekat ja tepi mak tanya itu ini bila kita masak.La ni jadi memori ja la



Bahan black pepper sauce
Bahan burger
Curly fries

Sebelum tu dah merata cari Ramly burger oblong tu..
Lastly kena pi cari kat  Ramly Kiosk @ Bandar Tun Razak


Boleh tahan juga harga..
Tapi kalau beli ready made yang dah boikot tu pun harga boleh tahan jugak..dah la setahun hanya sekali.
( bukan lagu raya)
..hihihi
jom buat sos dulu.Sos ni derhaka la sikit.Tak ikut semua macam KA buat sebab yang ni tak guna cendawan pun..Kami dua beranak  adjust rasa dan rupa ikut taste kami.


SOS LADA HITAM

¼ ketul butter

½ bawang Holland

2 bawang putih  

½ botol kecil sos lada hitam dalam botol (apa2 brand)

¼ cawan serbuk lada hitam( sebab saya hanya ada ni & tiada sos tiram)

¼ cawan kicap lemak manis ( saya tambah nak bagi gelap & sebagai perisa

2 sudu lada hitam biji ( tumbuk kasar)

¼ cawan tepung gandum + air hingga jadi 1 cawan cecair tepung

1 kiub ayam


1. Panaskan butter dan tumis bawang bawangan.

2. Masukkan serbuk lada hitam & lada hitam kasar.

3. Tambah sos lada hitam botol,kicap dan kiub ayam

4. Masak hingga mendidih dan sesuaikan rasa


1. Panaskan butter & tumis bawangan.




2.Tumis bawang  hingga harum .Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram



3. Tambah bancuhan trpung gandum & adjust kepekatannya


4. Nampak macam tak cukup gelap.Kita derhaka letak kicap pekat kasi gelap.


Haaa..baru la gelap


5. Masukkan kiub ayam .Sesuaikan rasa


6. Dah pekat elok matikan api.

Gigih Cella mengacau sambil  ambil video sambil masak sos lada hitam ni..Acah acah dia masak sorang...Padahal kekadang ada tangan misteri muncul tuangkan bahan bila tengok dengan handphone dah nak jatuh dalam pan..五.Kita juga tukang kutip segala peralatan tu nak cuci sesiap.Maklumlah dapur sekangkang kera.Kena terus cuci sesambil dia masak.
Saya risau handphone tu jatuh dalam sos tu..Kang orang celup daging,dia celup handphone dalam sos tu kang...hihihi



Siap masak sos...dia kata nak goreng curly fries
Sepaket curly fries brand ni dekat RM20 jugak..Mentanglah tengah viral...hihihi




Siap goreng curly fries memalm buta..


Terus ngadap dua beranak...Sedap pula fries ni cicah homemade sos lada hitam & mayo ni...
Lepas makan....Zzzzzz...
Esok nak bangun awal buat bekal prosperity..Sebelum subuh kena siap sebab la ni subuh lewat.



Ini cerita pagi...
Eh,gigih juga dia bangun awal pagi nak siapkan burger  ni.
Sambil dia nak buat burger...saya bersahur makan fries cicah kuah lada hitam ..
Lepas sahur...apa lagi...perut macam nak terburai  la..pepagi buta makan lada hitam kan...hihihi



Rupanya patty oblong ni bukan macam patty burger bulat tu Kalau patty burger tu kita letak atas kuali tak payah minyak sebab nanti minyak dia keluar.Tapi oblong ni daging dia kurang lemal & kena letak minyak sikit masa goreng dia..




Bahan bahan dah siap masak dan siap potong



Gigih pulak dia nak susun untuk ambil gambar dan video



Biar dia buat...saya nak mandi nak bersiap siap pi kerja.




Tak tau macamana dia pegang camera sambil buat ni


Bila ada kemahuan....sanggup pula dia...hihihi

Masalah timbul ...
Dah siap buat...dia tak tau nak bungkus...
Hihihini ..



Katanya kalau bungkus macam bungkus burger tu nanti sos lada hitam tu  sememeh la sebab dah terbalikkan tunggang terbalik masa bungkus.





Sambil.kelam kabut nak pi kerja..tunjuk la kat dia cara bungkus taknak bagi sos tu tumpah..Saya bungkus macam bungkus lepat.Lebih tepat lagi macam cara bungkus kuih koci.Tidak la kita membolak balik roti tu.
Lepas tunjuk cara sebiji ni....terus pi kerja..
Yang lain biar dia bungkus sendiri...Lagipun kelasnya pukul 9.00 pagi.Masih ada masa dia nak siapkan. Pukul 8.30 dari rumah pun masih sempat.
Cella kata dia buat 6 pcs bawa bekal...
Tapi saya takda picnya....

Begitulah ceritanya kisah burger prosperity