Monday 29 January 2024

PULUT KUNING KARI KERISIK KAMBING

 Cuti Thaipusam 25 Januari.Cella ada kat rumah sebab balik dari Ideas Hotel tu dia cakap nak ikut  juga ikut balik rumah.


Pagi Khamis masak Pulut Kuning Kari Kambing.Sarapan berdua dengan Cella.Abangnya kerja walaupun cuti umum.


KARI KAMBING KERISIK 

1kg daging kambing

2 paket kecil  rempah kari ayam

1 paket kecil rempah kari ikan

½ kotak santan

2 sudu besar

kerisik

4 biji kentang

garam secukup rasa

1/2 cawan minyak

1 sudu teh gula melaka


Bahan Tumis:

1/2 biji bawang  holland-hiris

5 bawang putih-hiris

1 ketul kecik halia- mayang halus

3 bunga lawang

5 bunga cengkih

10 buah pelaga

1 tangkai daun kari

1 helai daun pandan


1. Gaul daging kambing  dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.Gaul daging bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam

( tapi kali ni saya rebus dulu daging,maka saya tak gaul dengan rempah)


3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis


4. Masukkan daging kambing yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi

.

5. Masak hingga naik minyak


6. Masukkan kentang yang dikupas dan dibelah-belah


7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.

( air rebusan)

8. Biar kuah mendidih dan ayam serta kentang masak


9. Tambah garam dan perisakan


10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik



Saya rebus dulu daging kambing waktu malam..Esoknya saya masak kari.Tidaklah saya rebus hingga betul betul empuk..Agak agak ¾ masak sahaja.Esok sambung masak dalam kuah hingga masak sempurna.



Oleh kerana daging dah rebus...Kita masukkan kentang dulu dalam tumisan rempah yang dah naik minyak.Rempah tu juga saya dah campur kerisik  masa bancuh rempah kari


Masukkan air rebusan kambing .Masak hingga mendidih & kentang ½ masak.Masukkan juga daun pandan simpul.Kalau masak kambing selain bawang putih dan halia,pandan ni la penyedapnya.Jangan risau kari ni tak akan rasa sirap walau guna daun pandan.



Masukkan daging kambing yang sudah direbus..Tambah juga santan.



Masak hingga kentang dan daging kambing empuk.Perisakan kuah kari.


Pesan emak dah hampir 4 dekad  yang masih saya amalkan hingga sekarang.Mak pesan masa saya masih sekolah rendah ketika baru belajar masak kari.Kata mak bila kari sudah masak,kecilkan api beberapa minit supaya kuah mendidih perlahan dan naik minyak.



Inilah hasillnya setelah perlahankan api dan biar mendidih perlahan lebih kurang 5 minit..Nampak permukaannnya dah berselaput  naik minyak 




Siap kari kambing pekat berkerisik


Ini saya panaskan waktu tengahari...Kuah makin pekat dan berminyak .Kari elok dimasak beberapa jam awal sebelum dihidangkan supaya kuah pekat dan naik minyak cantik.

Hidangkan dengan Pulut Kuning


PULUT KUNING

¹ kg pulut.

2 asam keping

2 sudu kecil serbuk kunyitk

¼g santan pekat segar

1 sudu kecil garam

1 sudu makan gula

1 pandan



1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.Rendam semalaman @ sekurangnya 4 jam


2. Basuh pulut untuk kurangkan sisa serbuk kunyit dan kukus hingga masak.Anggaran. ½ jam.


3. Tambah gula dan garam dalam santan pekat.


4. Bila pulut masak,angkat dan tuangkan dalam bekas besar.Gaulkan dengan semua santan dan kacau rata sambil ditekan -tekan pulut hingga santan meresap dan nampak berkilat.


5. Alas pengukus dengan kain maslin dan tuangkan pulut atas pengukus.Kukus semul pulut bergaul santan TANPA menutup pengukus.


6. Kukus hingga naik wap lebih kurang 10 minit dan pindahkan dalam bekas.Sedia dinikmati





Tengah feel meratah gulai kambing yang pekat berminyak ni...Adah VC tanya masak apa cuti cuti ni


Tunjuk la kat dia saya masak  
Tumeric Sticky Rice with Tick Lamb Curry....
Pura pura merajuk la dia....Hihihi


Dia dok tunjuk baru balik Pasar Tawau...beli ikan mabong yang baru naik jeti..
Ikannya besar besar,masih hijau dan berlendir katanya...sekilo RM10 sahaja..
Kat sini mabong mata dah merah perut dah pecah pun RM20/kg.


Udang tak tinggal la dia...
Makan lah puas puas sementara Allah bagi rezeki bermastautin kat tempat seafood segar dan murah.






10 comments:

  1. sedpanya kari kambing..minggu ni SAa kena stop makan daging lembu dan kambing, SA kena makan yg sihat2 je.hahaha..3hb kena jumpa doc pakar...wah..seafood kat sana murah erk...

    ReplyDelete
  2. wahhh... ada kari kambing... lama x mengari kambing

    ReplyDelete
  3. Bersusun udang Adah. Tapi tak boleh lawan la ngan Kari Kambing umi dia 🤭. Alaaa.. nak juga pulut kuning.

    ReplyDelete
  4. uish...sedap tu kak.. ni rugi kalau makan sikit ni..

    ReplyDelete
  5. sedap nya kak oi.... lawankan dengan pulut kuning lak kan

    ReplyDelete
  6. eh...elok lawa bersusun udang si Adah..

    ReplyDelete
  7. waahhh pulut kuning gu pulak dgn kari kambinggg perghhhh terangkat!

    ReplyDelete
  8. Kari kalau perangat lagiiiiii sedap mak Cella kan...
    Segar nampak ikan tu...

    ReplyDelete
  9. Itulah rezekinya ditempatkan dekat dengan bekalan laut. Tapi kena bersederhana pengambilannya, sebab pengambilan sumber protein berlebihan boleh mendatangkan penyakit pula.
    Ayam pula, lebih mahal berbanding di Malaya.

    ReplyDelete
  10. Ok.. nti nk msk pulut kuning dgn kari kambing la juga.. 😉

    ReplyDelete