Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, 21 August 2023

UDANG NESTUM GODAAN CIKGU AMIE

 Seminggu dua yang lepas nampak Cikgu Amie masak Udang Nestum.Tapi versi UDANG GORENG NESTUM MINYAK SAPI...yang pastinya lebih harum.

Kemudian nampak pula beliau masak Tongkeng Ayang Goreng Nestum.

Ish,tak boleh jadi ni....kena masak jugak ni...hihihi



Semalam hari Sabtu,pepagi lagi daya dah masak Udang Goreng Nestum ni...Sesambil menggoreng cempedak.Kebetulan anak menantu nak lunch kat rumah.Cella pun boleh bawa bekal heavy sikit.


Udang Goreng Nestum ..
Sebaik matikan api terus sendukkan nasi panas yang baru ditanak terus tak pandang kiri kanan...Nikmat apa lagi yang nak didustakan...n
Natijahnya...dah tinggal separuh baru ingat nak snap pic...
hihihi


7 ekor untuk bekal anak dara tu bawa pi tempat kerja ..


Bersama 2 senduk nasi.


Saya gunakan 700gm udang laut sedarhana.

Untuk 700gm udang saya guna q pack nestum ni..220 gm


UDANG GORENG NESTUM
700 gm udang sederhana besar
1 pack ( 220gm)nestum original
½ ketul butter(seketul 250gm)
10 cili padi vietnam- cincang
10 ulas bawang putih - cincang
5 pelepah daun kari
1 kiub pati ayam
minyak,garam gula 

1. Bersihkan udang dan perisakan dengan garam dan kiub ayam.Panaskan minyak anggaran 1 cawan dan goreng udang hingga masak.Ketepikan.

2. Panaskan butter dan tumis bawang putih dan cili padi cincang hingga harum.

3. Tambah daun kari dan perisakan dengan sikit garam dan secubit gula dan pati ayam.

4. Masukkan nestum dan gaul rata dan kacaukan hingga garing sekata.

5. Masukkan udang dan gaul rata agar bersalut.Siap



Memang benar seperti kata Cikgu Amie...serdaknya sungguh sedap digaul nasi panas.

Esoknya saya beli lagi udang dan 1 pack nestum...Maknanya saya berhasrat untuk repeat la kan...hihihihi

Friday, 19 October 2018

SAMBAL TERUNG RIMBANG CILI PADI

Sambal Terung Rimbang Cili Padi  Campur Udang
Terung Rimbang?
Yer kan dah cakap terung ni namanya macam- macam..
Haaaa minggu ni dah 2x mak aku masak Terung ni...
Hari tu namanya Sambal Tekokak
Ni namanya Sambal Terung Rimbang
Sebelum ni dah post Sambal Terung Belanda
Ada satu post lagi namnya Terung Pipit..
Mak aku cakap letak nama lain2 supaya tahu nama jer lain tapi bendanya sama..
So..nanti kalau lepas ni ada baca atau ada orang sebut nama lain2...
Tapi kita tahu itu adalah benda yang sama
Tapi jangan plak bertekak...
Sebab mak aku kata ada juga orang suka bertekak bila benda yang dia panggil lain..orang lain panggil lain..
Begitu juga dengan selera..
Contohnya ada sorang suka makan tempoyak..
Ada orang x suka...
Mak aku cakap pernah berlaku pasal Bubur Asyura..
Ada yang suka Asyura yang plain lemak manis macam asyura utara
Ada yang suka asyura Pantai Timur yang lebih berempah
Ada yang suka asyura yang macam bubur lambuk..
Ada yang tak suka apa pun bubur..
So....kalau suka makan..
Kalau x suka ..jangan makan..
Makan mender lain ..
Bubur oats ker..
Hahahaha....
Jangan plak yang kita x suka kita kutuk makanan tu.
Mana boleh nak paksa orang lain ikut kita..
Dah ampa oghang utgha mestilah suka kari
Dah ekau orang nismilan mestilah nak Lemak Cili Api
Dah mung orang teranung mesti suka makang Singgang Ikang..
Dah demo oghe Klate mesti suka budu
Dah mike orang Perak...mesti suka tempoyak
Dah awok orang Pahang mwsti suka ikan patin
Dah orang Johor mesti suka Asam Pedas
Dah orang Melaka mesti suka cencalok...
Mak aku cakap ada orang ok jer bila orang lain gurau kasar..
Ada orang sensitif..
So...pandai2 la ...
Heeee....syyyyy....kadang aku pun pernah juga..
Bila mak aku suka perut lembu..
Aku x suka..
Aku cakap la perut lembu tu bukan ker tempat lembu simpan...dot..dot..dot..?
Hahaha....mak aku marah..
Mak aku cakap bla..bla...bla...
Hahahaha....



Sambal Terung Rimbang ni mak aku jer makan terung nya
Aku amik sambalnya ngan udang jer
Heee...jangan kutuk2 terung tu..
Nanti mak aku marah
Kikikiki....


Sambal Terung Rimbang a.k.a Terung Pipit ni
Hari ni mak aku masak versi Sambal Cili Padi
Ala2 Sambal Tempoyak Udang Petai sebelum ni
Mmmmm...pedas bai..
Tapi sedappp....

SAMBAL TERUNG RIMBANG 
1 cswan terung rimbang
1 caaan udang kecil
1 asam keping
1 sudubteh garam
1 sudu teh gula
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah
3 ulas bawang putih
1 bawang besar

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga  mendidih dan naik minyak
2. Masukkan  terung rimbang dan 1 cawan air.
3. Masak hingga terung jadi empuk dan lembut.
Jika perlu tambah lagi air dan masak lagi hingga terung empuk dan naik minyak
4. Tambah asam,garam dan gula serta udang
5. Masak hingga pekat dan naik minyak
6. Sesuaikan rasa


Terung Rimbang..
Terung Pipit
Tekokak
Terung Belanda
Latly ni mak aku asyik masak Sambal terung ni...
Musim Terung Rimbang ke...??
Mmm..mak aku cakap terung ni xde musim pun..
Dia berbuah sepanjang tahun selama mana umur pokok tu..
Mak aku cakap dolu2 mak aku x suka terung ni
Tapi sekarang jadi suka..
Haaa...jangan aku plak bila tua nanti pun suka palk terung ni.
Hahahaha...
Actually mak aku cakap...mak aku makan seminggu dua mi asyik beli terung ni dan makan terung ni sebab terbaca dalam surat khabar yang gerung ni baik untuk mata...
Bila cari info dalam internet rupanya memang banyak info about terung ni sebagai herba dan supliment yang bagus untuk mata...
Aku pun cari juga ...
Heeee....
Banyak jer...
Tapi ambil dalah satu link about
PETUA CEGAH RABUN MATA DENGAN TERUNG PIPIT/TERUNG RIMBANG

Tapi bila dah buka youtube rupanya berderet la macam2 makanan semulajadi yang bagus untuk mata...
Salah satunya berkaitan perubatan Islam yang menggunakan ayat suci Al- Qur'an
DOA RAWAT RABUN MATA kat sini.....
Mmm...bila rawatan Islam ni aku teringat dolu2 mak aku pernah bawa gi Darul Syifa kat Bangi
Aku masih ingat lagi masa tu aku tadika lagi..
Ada masa aku jadi sangat takut  
Aku x boleh tidur sebab takut sangat
Tak tahu apa yang aku takut.
Masa tu kami baru pindah rumah sekarang ni
Sebelum tu kami tinggal di kuaters
Bila pindah rumah sekarang aku sangat takut..
Achik bawa pergj Darul Syifa
MMmm....tapi itu cerita lebih 10 tahun yang lalu...
Barang Lepas Jangan Dikenang..
Heeee.....



Buang tangkai terung dan basuh bersih..
Bau dia macam x sedap la
Camaner mak aku boleh cakap sedap...aku pun tak tahu...
Mmmmm....


Nampak macam green peas jer kan....
Haaa...aku pu  pernah tertipu tau...
Sebab ingat green peas macam dalam mix vegetable tu...
Rupa dia cantik dan bulat2 macam buah berry jer kan....


Bahan untuk blend...
Kalau guna cili merah ni sambalnya merah
Kalau guna cili padi hijau mak aku cakapmkurang skit pedas dan warnanya macam sambal  hijau la..


Lately ni juga mak aku selalh beli Cili Padi Merah a.k.a Cili Bangladesh ni..
Mak aku cakap sebab cili ni lebih pedas..
Memang pedas bai...!!
Tapi mak aku ada buat sejenis sambal belacan guna cili ni...
Mmm... power baq ang..!!
Nanti citer kemudian...
Ok..bye....

Thursday, 18 October 2018

SAMBAL TEMPOYAK DURIAN FROZEN

Sambal Tempoyak  Durian Frozen
Haaaa.....nama jer tempoyak
Tapi macam biasa la
Mak au akan guna  TEMPOYAK TIPU  a.k.a TEMPOYAK UPAH
Iaitu durian segar yang dimasamkan dengan asam keping




Sambal Tempoyak Durian Frozen
Actually lagi sesuai namanya Sambal Tempoyak Udang Putih
Tapi sebab aku rasa nama Sambal Tempoyak Udang tu biasa sangat
So..kalau nama dia Sambal Tempoyak Durian Frozen..
Sebab memang funa Durian Frozen
Bukan Tempoyak biasa2 tau..!!
Haaaaa....


Dah lama juga x makan petai kan...
Haaaa....lam lah sangat...
Rasanya x sampai sebulan pun...


Sambal Tempoyak Durian Frozen
Semalam nyer lauk ni
Masa balik mak aku cakap nak benti makan Cucur Udang Kuah Kacang
Tapi sebab semalam balik dah lambat..
Aku pun semalam ada kokurikulum..
Malas lak nak singgah2 sebab badan berpeluh..
Aku x nak singgah walaupun mak aku cakap nak makan Cucur Udang Kuah Kacang ..
Mak aku cakap kalau x nak singgah makan Cucur Udang tu...
Nanti kena benti beli Petai kat aBangla tu..
Hmmmm...ok lahh..
Singgah jer lah...
Berpeluh2 pun ok jer lah sebab rasanya peluh aku xde lah  berbau bawang pun..
Hahahahahaaaaaaaaaaaa...



Cencaru Makan Petang...
Hahaha...itu peribahasa...
Maksudnya...mendapat kejayaan pada saat2 akhir..
Contohnya macam.main bola..
Dah minit2 terakhir dapat plak score 2 gol..
Menang bergaya la..
Haaaa....tapi hari ni...
Bukam Cencaru Makan Petang
Tapi Aku yang  Makan Cencaru Waktu Petang
Hahahaha.....kira macamana tu...?



Sambal Tempoyak Udang Petai
Ikan Cencaru Goreng..
Plus Ulam Pegaga fresh ni...
Mmmmm..



Mak aku cakap ni pegaga organic
Sebab ni bukan pegaga beli yang dorang tanam pakai baja kimia.
Tapi ni mak aku caka pegaga tumbuh sendiri dekat tangki air belakang bangunan tu
Mak aku cakap hari Sabtu petik pagaga ni ngan Chik  Yati Cleaner...
Mmm...ssedap pegaga ni makan ngan sambal tempoyak ni...
Tapi aku makan sikit je
Mak aku yang habislan semua pegaga tu


Eh..
mana plak datang pic ikan cencaru ni...?
Mmm...patutnya pic ni kat atas tadi
Tapi malas nak edit naik atas
Biar lah cencaru ni di sini...
Aku suka Ikan Cencaru Goreng ni
Mak aku lak cakap x suka ikan cemcaru
Tetapi terpaksa beli sebab dah letang xde pilihan...
Mmm...


Petai kali ni x la besar2 sangat bijinya..
Tapi boleh laaaa...
Haaa....4 papan rm5
Tapi mak aku cakap petai memang antara buah yang mahal nak banding kan dengan buah- buah lain..
Mmm....yer ker..???
Haaa...mak aku kata betul..
Sebab kalau durian...harga ikut isinya
Kalau isinya tebal dan bijinya kecik makin mahal la barganya
Tapi petai bukan ada isi pun...
Hanya ada biji jer ..
Itupun mahal..
Agaknya kalau ada pakej isi sekali macam durian..
Mesti lagi mahal..
Hahahaha....

SAMBAL TEMPOYAK  DURIAN FROZEN
300 gm udang putih kecik
4 papan petai
1 ulas durian frozen ( jika kecik guna 2 ulas)
1/4 cawan minyak
1 suduteh garam
2 asam keping
1 sudu teh gula
1 heai daun kunyit

Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah ( Cili Bangladesh)
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul kecik kunyit
(boleh ganti 1 sudu teh serbuk kunyit)

1. Bersihkan udang dan blend bahan belnd
2. Petai boleh diambil isi sahaja atau dipotong bersama kulitnya
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
4. Masukkan asam,garam dan gula
5. Masak sampai pekat dan naik minyak
6. Masukkan udang dan durian beku
7. Bila udang sudah masak masukkan petai dan masak sekejap sahaja supaya petai tidak terlalu empuk. Tambah daun kuniy simpul atau hiris halus
8. Sesuaikan rasa


Cili Bangladesh ...
Haaaa....Petau aBangla
Cili pun Bangladesh...


Sambal Tempoyak Durian Beku Udang + Petai in the making...
Yang seketul putih tu la Durian Frozen...
Selalu mak aku simpan Durian Frozen untuk buat Kuah Durian atau camour dalam Bubur Kacang
Kali ni mak aku guna untuk masak Sambal  Tempoyak Tipu plak..
Heee.....


Petai

Versi Sambal Petai Berkulit

Sebenarnyaasa beli petai  semalam..
Gerai yang sama jug
Tapi kali ni tokey dia yang jaga gerai
ABangla tu tengah bz layan customer beli Nasi Lemak..
Haaaa.....sebulan x beli petai..
Dah maju lagi aBangla tu
Hari tu jual petai dengan cempedak jer..
Habis musim cempedak dia jual petai dan buah Dokong
Sekarang dah tambah lagi jual Nasi Lemak...!
Harus juga Nasi Lemak Sambal Petai tu..!
Huh......!!!


Tapi aku x tahu la Nasi Lemak tu aBangla tu yang masak or Tokey Gerai tu nyer..
Bukan Nasi Lemak Berlauk bagaibtu..
Aku nampak Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang dengan macam2 kuih siap pack..
Hmmmm...mak aku cakap Pasar Segar tu pun macam dah aBangla la tokey nya
Kedai runcit sebelah Speedmart tu pun aBangla jer dari tokey sampai pekerja dia..
Kita di mana ni....???
Ok..bye

Friday, 7 June 2013

UDANG MENTADAK......

Balik dari hantar kakak tusyen td.mak aku dh tanya nk makan apa..tapi aku mmg xde selera sbb perut masih sakit & tekak rasa pahit..Malas nak tengok mak aku beli apa...Mak aku cakap aku x boleh mkn nasi sbb perut masih sakit...Mak aku ckp kena mkn makanan lembut @ bubur nasi je ...eiii..lagi la x suka..Tapi mak aku masak jg bubur nasi kosong.

Tengok kt dapur..mak aku tengah basuh sesuatu..Bila tengok macam rupa mentadak mentadu je....Bila tanya mak aku cakap itu namanya udang lipan..Ada juga orang panggil udang ketak..Hmmm..tapi aku tengok cam mentadak je....Tak caye... Cer tengok gambar ni....

Yang ada kaki tu mak aku belum siang..Yang xde kaki tu mak aku dh siang.Mak aku gunting kiri kanan abdomen udang tu supaya senang nak kopek masa makan nanti...(mak aku yang cakap camtu...)

Betul kan...sebiji mentadak je kan..tu sebab aku panggil udang mentadak.Mak aku kata dia nk masak pedas tapi sian plak aku sakit perut. Akhirnya mak aku masak sup rebus je
Ni la rupanya sup rebus udang mentadak tu..Pastu mak aku kopekkan kulit & isinya masuk dalam bubur nasi. Suruh aku makan...Hmmm...boleh la aku makan 2,3 suap...Pastu tekak rasa pahit je..
Bubur kosong ngan isi udang mentadak + isi ikan goreng & tabur daun bawang untuk orang sakit perut.
Untuk orang tak sakitpun kena la makan bubur juga..bezanya ada tambah ayam & jagung...Hari bubur sedunia..Huhuhu...