Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Thursday, 25 June 2026

MANTAO CICAH KUAH AYAM BUTTER MILK

 





Hari apa marin nampak Cikgu Amie post mantao cicah kari ayan..Terbayang-bayang pulak matao tu....Tak boleh jadi ni....



Kebetulan ada masak Buttermilk Chicken......
Terkuning la pulak kuah dia...Terbubuh serbuk kunyit masa gaul ayam.Biasa kalau nak masak buttermilk ni saya gaul dengan tepung pedas...Pstu tambah serbuk super ring cheese .....dapat la kuah warna oren cantik..
Kali ni dah macam masak lemak cili api la pulak..Tapi rasa masih buttermilk....hihihi
Sengaja lebihkan kuah....Sebab dah plan balik kerja nak singgah beli mantao frozen.Nak makan dengan buttermilk chicken ni...
Kebetulan masa balik kerja memang hujan...Lagilah terbayang mantao civah buttermilk chicken tu....
Terus pick up Adah & sebwlum amik Sarah kat rumah pengasuh,singgah Hero beli mantao frozen.Dah pesan kat Adah sila beli plain mantao ya g putih tu.Saya takmau yang perisa pandan ...roll coklat bagai tu...Nak yang putih!


Sampai rumah rasa tak sabar nak makan...tapi sebab nak makan dengan feeling sambil menikmati bunyi hujan...makan gagahkan juga untuk solat asar dulu sebab dah pukul 6 petang....hihihi



Adah nak mantao goreng..
Saya lebih suka mantao kukus...
Makan separuh separuh lagi kukus....
Tekak saya suka yang kukus sebab lembut gebu dan rasa asli.
Adah pula kata dia suka yang goreng sebab garing di luar dan lembut di dalam..
tapi akhirnya bila makan dedua serentak....dia terpaksa akui yang goreng cepat muak.
Anak jantan tu juga pilih yang goreng ..





Tok Mummy nak ambil gambar....

Ada pula tangan tu termasuk dalam gambar...

 Sarah dah tak sabar nak capai.....hihihi

Saturday, 18 April 2020

HOMEMADE ROTI CANAI vs TEH TARIK - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 31)

Perintah Kawalan Pergerakan dah 31 hari.
Setiap hari pukul 5 petang semua ngadap TV nak tengok PC pasal Covid 19
Semua akan tunggu Datuk Dr Noorhisyam Abdullah. Dulu aku ingatkan Dr Noorhisyam tu Menteri Kesihatan..
Rupanya tu Ketua Pengarah Kementerian Lesihatan🤭
Nampak sangat la kurang alert kan..

Mak aku masak roti canai untuk breakfast
Roti Canai Cicah Kari

Homemade Roti Canai la

Bukan sekeping
Tapi.. Haaaaaa.... Bersusun
Makan sampai lebam
Hahaha

Sebab nak feel makan kat mamak
Letak roti canai & kuah dalam bekas aluminium
Teh Tarik dalam gelas


HOMEMADE ROTI CANAI
1 kg tepung gandum
1 sudu teh penuh garam halus
2 sudu besar gula
2 cawan air suam
Minyak
1. Bancuh garam dan gula dengan air suam
2. Uli tepung dengan air bergula dan bergaram tadi. Masuk air sikit demi sikit..jangan masuk sekali gus.
3. Jumlah cecair untuk 1 kg tepung hanya antara 2 cawan sahaja..jika terlalu keras tambah sikit lagi air..tetapi biasanya tidak lebih dari 2 1/4 cawan.
4. Uli dough hingga terasa licin.Doh seakan dough kuih donat
5. Bahagikan anggaran 20-25 biji bebola dan bulat2kan seperti hendak buat roti bjn.
6. Isikan minyak dalam mangkuk besar anggaran 2 cawan dan rendam bebola tadi semalaman..
7. Sapu sikit minyak oada dulang besar dan leperkan sebiji dough  sambil diregangkam hingga menjadi nipis seperti kain.
8. Boleh lipat 4 segi atau dibuat seperti sanggul. Bila hendak goreng tekan2kan sanggul dough yang dah dicanai tadi hingga leper dan goreng dsngan sedikit sahaja minyak seperti menggoreng lempeng

Dari malam mak aku uli & rendam dalam minyak

Alas plastik cling atas table top
Canai (sceen ni kena censored) 🤣🤣


Macam bunga ros kan

Leperkan

Ready untuk dimasak

Siap

Panaskan kari

Ready to eat

Huhuhuhu.
Selalu homemade roti canai bila balik Kedah
Nenek selalu buat roti canai
Now x boleh balik
Perintah Kawalan Pergerakan..
Lagi seminggu nak puasa
Huhuhu


Monday, 13 April 2020

LEMPENG CAIR CICAH ASAM PEDAS-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 ( DAY 26)

Pagi ni bagun pagi jer dah hari 26 Perintah kawalan Pergerakan-Covid 19
Haaa..sekarang celik makata jer mengira hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan.
Kadang hari apa pun x hengat, tarikh pun x hengat
Tapi boleh plak ingat hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan🤭🤭

Bangun jer pagi tengok maknaku dah siapkan breakfast.. Actually dah bangun dah masa mak aku kejut subuh. Tapi boleh ter 2nd round lena. Heeeee
Sedar-sedar rasa terang semacam jer

Mak aku masak Lempeng Cair Cicah Kuah Asam Pedas..
Mmm... Dari semalam dah teragak nak makan Lempeng Cair ni.
Sebabnya semalam kan mak aku masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG...


Kuah Asam Pedas kalau dah biar semalaman...
Memang A++ la buat cicah Lempeng Cair
Fav aku la...

Koyaklan lempeng
Celup dalam kuah asam pedas
Aummmm


Minum lak Teh O Lemon Panas
Walla wei...!!


LEMPENG CAIR
2 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air
1 telur
sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali
1. Blend semua bahan tu hingga berkrim
2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..
3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..
4. Buat hingga selesai  & boleh hidang dengan asam pedas, sambal tumis atau kari atau sambal sardin

Step by step & cara melempeng boleh refer post RESIPI & CARA BUAT LEMPENG CAIR... kat sini

Actually, banyaknnak tulis pasal Lempeng bagai ni
Tapi tetiba malam
Hahahaha

Makan....
Abang la paling suka Lempeng Cair

Saturday, 11 April 2020

HOMEMADE NAAN CHEESE - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 24)

Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19 disambung lagi swlama 14 hari  bermula 15 April nanti hingga 28 April 2020.
Fasa 2 akan berakhir 14 April.
Eh, awalnya PM dah bgtau sesiap untuk Fasa 3. Hari ni baru 10 April, tapi PM dah bgtau Fasa 3 akan mula 15 April.
Naper bagitau awal sangat.
Bila tanya mak aku, mak aku cakap mestilah kena bagitau awal-awal supaya orang ramai boleh bersedia.
Nak bersedia apa lagi, dah lalu dah pun 24 hari..
Kata mak aku ni persediaan untuk para pekerja supaya boleh plan nak jika ada kerja yang kena siapkan, bolehlah pergi ofis & bawa balik kerja. Jika ada yang terperangkap kat IPT silalah bersedia untuk berada lagi di situ hingga puasa nanti. Jika ada yang dah kat kampung, maka terus duduk lah kat kampung sampai raya (kot🤭)
Jika ada yang berangan nak balik puasa & raya kat kampung silalah lupakan.. 😭😭😭
Jika ada suami isteri yang bergaduh silalah berdamai sebab penat nak ngadap kalau bergaduh (itu mak aku yang cakap haaaa)
Kalau ada yang nk diet, lupakan sahaja (ramai yang terasa)
Mak aku cakap baca dalam group mak-mak..
Paling simpati adalah kepada mak-mak & menantu-menantu yang terperangkap di rumah mertua.
Kenapa lak..??
Ntah, mak aku xnak discribe..
Apapun semua kena sabar, kena redho, kena doa agar الله gantikan musibah ini dengsn hikmah yang x terduga

Mak aku masak Roti Naan Cheese..
Bukan hari ni

Naan Cheese ni mak aku masak pagi Rabu
Untuk sahur kakak
Untuk breakfast aku
& untuk breakfast abang..

Kata mak aku Roti Naan Cheese ni sebab uli tepung untuk buat ROTI PURI... kat aini
Mak aku cakap sebab hanya guna zeparuh sahaja untuk buat roti puri. Dough yang selebihnya mak aku cakap masuk dalam plastik & simpan dalam peti ais..
Pagi keluarkan, bulat-bulatkan & kena biar 15 minit supaya yis yang hibernet dalam suhu sejuk tu kembali aktif.
Pastu baru boleh gelek buat naan.
Tapi resipi kat bawah just c&p dari oldpost about roti naan cheese. Betullah kata mak aku, bahan dia lebih kurang jer. Sama jer

NAAN CHEESE
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
Bahan Lain:
3/4 cawan grated cheese
/ slice cheese
1 sudu marjerin

1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Uli semula setiap bahagian dough secara berasingan
7. Leperkan setiap dough dan tabur 1/3 cawan cheese.Jadikan seperti inti
8. Bulatkan semula dough dan biarkan lagi selama 10 minit
9. Gelekkan setiap bagaian doungh berisi cheese tadi hingga agak nipis anggaran 1cm
10. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
11. Bila sudah panas,metakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
12. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
13. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan

**Step by step dah pernah post dalam 
NAAN CHEESE PANAS-PANAS... kat sini

Kerja rolling ni mak aku yang buat
Kalau aku yang buat xde nak bulat nyer
Hahahaa...

Nampak kan kedut2 dalam tu sebab ada grated cheese.
Cheese ni abang kata kawan abang.. Haziq yang kasi hari tu..
Macam-macam cheese kawan abang tu bagi
Parmesan cheese, cream cheese & slice cheese pun ada. Slice cheese dah habis la sebab letak tengah2 roti bakar tunggu melting.. Huh heaven
Bukan senang nak dapat cheese sebab harganya mahal..

Aku nyer naan cheese..
Panas-panas...
Kakak dah sambung tido lepas sahur
Abang memberry..
Mak aku cakap nanti abang nak makan baru masak abang punya supaya dapat makan panas-panas


Sebab nak tunjuk kesopanan & kesusilaan skit
Maka potong la dulu sebelum makan kannnnn..

Thursday, 9 April 2020

ROTI PURI & KARI DAL. SARDIN - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19(DAY 22)

22 hari dah Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19.Tapi aku dah 24 hari x keluar lansung dari rumah..
Lastday keluar rumah 16 Mac 2020 ikut mak aku ngan kakak gi jabatan kat Jalan Duta. Seharian dari pagi sampai petang.
Balik jabatan terperangkap panic buying
Itulah lastday aku keluar rumah.
Sejak masuk pintu rumah petang 16 Mac 2020 tu sampai hari ini aku belum melangkah keluar pintu rumah.
Nasib baik rumah aku atas kayangan.
Dapatlah nampak dunia luar
Setiap hari buka tingkap seluasnya
Duduk la ngadap tengok lake, flamingo, swan,burung terbang,bangunan tinggi & lampu-lampu.
Nasib baik mak aku pilih rumah yang ngadap lake ni..
Kalau pilih yang view sekolah agama tu jer mesti mati kutu
Nampak la hiway dah x jem macam dulu.
Kenderaan hanya sesekali lalu,
LRT juga sudah tidak sekerap dulu..
ETS nampak kosong dalamnya,
ERL sudah beberapa hari x nampak lalu.
Bila baca info, rupanya sudah dihentikan sementara operasinya..
MRT yang dah sunyi xde lagi construction
Sejak semalam juga banyak kali helikoptwr polis & helikopter tentera lalu melintas
Bila siang tiada lagi kanak-kanak beain di playground bawah tu.
Bila malam sangat sunyi..
Tapi bila awal pagi nampak kebanyakan rumah cerah cahaya lampu & suara-suara orang berbual sayup-sayup
Kata mak aku ramai jer orang bangun sahur untuk puasa sepanjang Perintaj Kawalan Pergerakan ni..
Mungkin ada yang puasa ganti sebab dah masuk bulan Sya'ban.
Lepas Sya'ban dah Ramadhan.
Mmmm... Ramai geng kakak la tu.
Dah last minutes baru nak ganti
Dah la banyak hari, hampir 1/2 bulan🤭
Mak aku kata ramai jer yang puasa sunat srpanjang bulan Sya'ban ni
Tambahan pula kali ni hampir seluruh dunia memang berkurung dalam rumah & tiada alasan untuk tidak berpuasa
Mmmm banyak perkara yang kena belajar & terbelajar secara tidak sengaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni
Esok Khamis, aku memang dah plan nak puasa.


Semalam mak aku masak Roti Puri untuk iftar. Tapi semua pun makan la
Mak aku ngan kakak iftar
Aku ngan abang kira dinner la
Makan sama-sama
Lunch aku ngan abang makan Mee Lidi Goreng
Dinner makan Roti Puri ni

Roti Puri Cicah Kari Dal Sardin
Kalau masak Roti Puri ker
Roti Canai ker..
Mak aku memang selalu masak Kari Dal sardin
Resipi kuah Dal Sardin boleh tengok step by step KUAH DAL SARDIN... kat sini

KARI DAL & SARDIN
1tin kecil sardin
½ cawan dal
1 biji terung panjang
1 biji kentang
1 asam keping
½kotak santan (½cawan)
1 sudu teh garam
1sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk kunyit
½bawang besar cincang
2 bawang putih
5 cili padi /cili kering
2 sudu minyak
1. Rebus dal hingga empuk
2. Potong terung dan goreng hingga garing
3. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang cincang & bawang putih
4. Masukkan serbuk kari & serbuk kunyit yang dibancuh dsngn 1 cawan air dan masak hingga naik minyak
5. Masukkan kentang dadu & 2 cawan air. Masak hingga kentang empuk.
6. Tambah dal rebus bersama air rebusan dal, terung goreng, asam keping, cili, garam dan masak hingga mendidih
7. Masukkan sardin bersama sosnya & santan pekat. Biar mendidih
8. Sesuaikan rasa


Roti Puri Bolat bolat
Gumuk gumuks
Gumuk angin jer
Hahahaha

Sedap baq hang
Abang yang baru sudah makan roti cakap xyah ajak dia makan..
Dia xnak dinner sebab nak diet
Tapi masa azan abang datang slow2 duduk kat kerusi

Amik 1 roti puri
Pastu amik kuah
Pastu amik lagi roti puri
Pastu amik kuah
( ulang rangkap diatas 4x)
🤣🤣🤣🤣🤣

Step by step boleh refer KAT SINI.....

ROTI PURI/ROTI ARAB...Masakan Mak aku
1/2 kg tepung gandum
1bungkus (11gm) yis mauripan
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
sikit garam
2 sudu butter
1 cawan air suam-kalau x cukup boleh  tambah
minyak untuk goreng
1. Campur tepung,gula,yis,susu & gaul.
2. tambah air suam + garam sedikit demi sedikit & uli sampai lembut.
3. masukkan butter sikit demi sikit sambil uli sampai x lekat tangan..
4.Bahagikan adunan jadikan bebola sebesar limau nipis  & biarkan 15 minit
5. Gelek doh hingga leper
6. Panaskamn minyak biar betul2 panas baru masuk doh leper tadi
7. Bila mengelembong terbalikkan & balik2an kedua belah hingga garing
8. Toskan & makan dengam sambal tumis @ kari

** 1 adunan ni agak banyak.. Adjust ikut keperluan



Tuesday, 31 March 2020

ROTI TELUR SARDIN GORENG-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 13)

Isnin pagi hari ke 13 Perintah Kawalan perverakan..
Pukul 5 pagi mak aku kejutkan semua untuk bangun sahur..

Mak aku masak Roti Telur Sardin  Goreng
Minum nfan Teh 0 Panas...

Makan roti panas-panas
Minum teh O panas-panas..
Huh pagi-pagi buta berpeluh macam jongging 10 km 🤣

 Tapi aku makan sekeping jew
Kunyah macam kura-kura nak habiskan sekeping pun sebab semua panas

 Abang la makan banyak
Haaaa... avang tu dia tahu ke tak ada sardin
Sardin tu kan ikan
Licin jer abang makan😆
Masa bangun roti & teh O ni  dah ready to eat..
Siap dah hidang atas meja..
Baca dalam social media kat kedai-kedai memang roti Gardenia ni tengah hot
Sampai berebut-rebut orang beli
Sampai ada yang buat lawak jual online roti Gardenia
Tapi kat rumah kitorang masih ada bekalan roti Gardenia



Ni roti yang mak aku beli hari Sabtu minggu lepas lagi..
Dah lebih seminggu
Kalau ikut dah expired dah pun
Tapi lepas beli hari tu terus simpan dalam peti ais
1 pack dah habis makan buat sarapan roti bakar untuk ssminggu
1 pack yang dalam peti ais ni mak aku cakap ada separuh lagi
Minggu lepas hari Sabtu mak aku keluar beli barang dapur..
Aku nak ikut, mak aku x kasi
Mak aku cakap nak kurangkan risiko sebsb nak beli barang tu tempat ramai orang
Hari ni pun mak aku cakap nak keluar beli stok makanan
Sebab stok yang beli minggu lepas dah mula berkurangan
Pukul 7.30 pagi mak aku dah siap pakai face mask & siap bawa sanitize, bawa lidi untuk tekan butang lif..
Handphone, purse & kunci kereta pun mak aku hanya masukkan dalam plastik jer
Mak aku cakap xnak bawa handbag sebab nak kurangkan risiko
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni, ni kalu ke-2 mak aku kaluar beli barang..
Aku nak ikut, mak aku xkasi
Mak aku cakapnnanri rakut kena tahan ngan polis & askar
Arahan & peraruran hanya benarkan ketua keluarga seorang sahaja untuk keluar beli barang makanan..
Mak aku memang patuh..
Abang offer jer nak gi beli barang
Tapi mak aku x kasi
Mak aku cakap lebih senang mak-mak yang gi beli barang dapur..
So, lepas mak aku gi  pasar semua sambung Zzzzzzz.... sebab puasa kan..
Heeeee
Sedar-sedar bunyi ketuk pintu mak aku dah balik pasar
Mak aku x kasi aku angkat barang-barang tu
Mak aku kata biarkan jer kat belakang pintu tu
Mak aku terus kebilik air untuk mandi  & basuh semua pakaian yang pakai gi pasar Hari tu masa abang gi KK, masuk jer rumah mak aku terus halau abang masuk bilik air suruh mandi basuh baju semua..
Abang ngelat, letak baju belakang pintu..
Memang 1 rumah la kena bebel..
Sebab tu mak aku dha x kasi abang keluar
Barang- barang ni pun mak aku dah pesan jangan usik
Selepas 8 jam nanti baru boleh kemas
Hanya barang basah mak aku kuarkan untuk basuh
Pun mak aku x kasi aku pegang

Monday, 30 March 2020

CINNAMON ROLL VERSI GORENG - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19

Hari ni masuk hari ke 12 Perintah Kawalan Pergerakan..
Nampak jalan & hiway memang jarang dilalui kereta
Heee.. Kerja ngadap tingkap jer lah..
Konon pantau pergerakan lalulintas
Hahahaa...

Cinnamon Roll Versi Goreng
Ni projek aku isi masa hari Jumaat petang
Hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan
Sebab bosan & tengok TV nampak cinnamon roll
Waaaaa.. tetiba lak tingat cinnamon roll yang Achik pernah beli kat Petronas
Achik cakap sedap makan masa panas
Achik kata siap boleh minta dorang panaskan dalam microvawe
Bestnya siap voleh request soh panaskan
Selalu makan beli kat bakery dah sejuk


Terbayang makan cinnamon roll yang meleleh manis rangup lembut & harum
Tapi yang ni xde topping pun
Makan gitew jer
Ayak icing sugar & feeling kunun makan sambil tengok salji turun la
Hahahhaha


 Ni aku buat tau
Haaaa... Jangan x caya
Dari uli tepung
Roll
Goreng
Ayak gula ising
Semua i buat sendiri tau..!
Uli pakai tangan jerk sebab malas baknkuar mixer



Pastu sebab nak tak sabar nak makan
Malas nak hangkat toaster & segala roti jem bagai atas oven tu
Aku just goreng jew..
Mula cuak juga
Boleh ke cinnamon roll nak goreng
Google Cinnamon roll goreng tapi xde
Tanya mak aku..
Mak aku cakap try & error lah
Kalau roti pun boleh masak dengan cara bakar, kukus & goreng
Maybe cinnamon roll pun boleh goreng
Coz sama macam roti jugak kan..
Tapi aku guna resipi donut jer
Sebab mak aku selalu masak donut d roti sama adunannya..
Kalau buat roti, itu juga mak aku buat donut.
Haaaa... Resipi pun pun guna resipi
DONUT....KAT SINI...jer...

CINNAMON ROLL GORENG
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu butter
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam

Filling :
1 sudu makan  serbuk kayu manis(cinnamon) 
4 sudu dark brown sugar
1 sudu kecil butter

Hiasan:
Gula icing


1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut  tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air. Bahagikan 5 bebola & biar 10 minit supaya lembut. 
3. Campur semua bahan filling hingga sebati
4. Canai sebiji bebola dough & jadikan bentuk 4 segi 
5. Tabur 1 sudu filling & ratakan nipis
Tinggalkan agak2 2 cm hujung dough  & sapu  air supaya smtidak terbuka gulungan. Gulung kemas-kemas. 
** inti jangan terlalu banyak sebab nanti bila goreng gula mencair
6. Potong anggaran 1cm tebal. Potong guna benang supaya lebih kemas
7. Goreng dalam minyak panas yang banyak sambil dibalikan supaya garing kedua belah
8. Biar sejuk sedikit & ayak gula icing atasnya


Cinnamon powder + brown sugar & sikit butter sekadar untuk lembabkan
Gunakan dark brown sugar supaya warna lebih gelap & menarik
Ciinamon powder ni jarang pun nak guna
Selalu mak aku guna untuk campur dalam  apple pei filling jer
Kadang mak aku guna untuk masuk dalam teh O
Tapi aku x suka kalau minuman yang letak cinnamon
Kalau macam apple pie & cinnomon roll ni aku ok.. Aku suka



Ni roll pertama
Nampak sememeh sebab excited letak filling banyak- banyak
Bila goreng gula dia air & jadi hitam terapung dalam minyak
Tapi basib baik hitam-hitam yang timbul tu boleh buang guna tissu dapur. Ambil tissu dapur & lalukan atas permukaan minyak & ciran gula hitam tu akan melekat..
Macam orang bersihkan tumpahan minyak kat laut plak rupa dia.. Hahaha

Ni dah pandai skit dah nak adjust
Mak aku suruh potong guna pisau.
Pastu mak aku gi mandi..
Tapi aku derhaka arahan ibu
Sepeninggalan mak aku...
Sel-sel otak aku berhubung
Aku cakap pernah tengok Anna Alson potong dough guna benang
& yesss guna benang lagi cantik walaupun mula-mula aku x tau nak mula macamana..
Tapi akhirnya aku dah boleh tune..
(syyyyyy actually 1 roll dah rosak masa mula potong ngan benang sebab masa tu belum boleh tune lagi)
Hihihihi.... Yang x menjadi jangan ditunjukkan

Pilih yang rasa cantik skit jer untuk interframe🤣


Rasanya nanti 2nd time buat lagi mestinaku dah pandai adjust dah filling dia & cara potong


 Ni plak aku tiru James Oliver
Ayak gula icing guna penapis teh
Kalau Anna alson dia guna bekas khas dia mac botol bedak  baby powder tu
Hahahha
Sedap baq hang...
Abang suka
Mak aku pun cakap sedap
Kakak..?
Kakak x suka
Kakak kata dia suka spices..
Ok... X suka x per..
Kakak makan keropok
Kitorang makan cinnamon roll