Showing posts with label KERABU. Show all posts
Showing posts with label KERABU. Show all posts

Thursday, 21 September 2023

JOM,KENALI BUAH BEKA & CARA BUAT KERABU BUAH BEKA

 

Kerabu Buah Beka...
Ni antara makanan nostalgia bagi saya.Sejak kecik dah kenal kerabu beka kerana pokoknya tumbuh meliar diserata pelosok kampung terutama tepi bendang.


Ini yang panjang dan macam papan ni la Buah Beka...
Yang lain tu ads buah cempedak,pucuk daun palas,rambutan dan sebelah buah rambutan tu sireh buat makan dengan pinang..Ambil kat kampung beberapa minggu lepas
Rasanya tak semua kenal buah yang satu ini.Tetapi bagi kebanyakan negeri di utara seperti Kedah dan Perlis memang ada buah beka ni.Begitu juga dengan  Kelantan dan Trengganu kerana bila tanya rakan-rakan orang sana depa kenal buah beka tapi disebut Buah Beko.
Di Thailand juga ada buah beka ni.Saya pernah nampak dalam youtube

Ni la pokok beka di kampung saya dekat dengan rumah mak kat kampung.Pokoknya tinggi kerana tidak dipangkas.
Kalau rajin pangkas,pokoknya boleh merendang dan tidaklah tinggi.Cuma kalau selalu dipangkas,buahnya akan sedikit pendek dan tidaklah sepanjang buah beka liar yang pokoknya dibiar tinggi.Pokok beka ni selain dimakan buahnya,pucuknya juga sedap dijadikan ulam mentah,ulam rebus dan dijadikan kerabu.Tapi kali ni nak share pasal buah beka sahaja.

Hanya buah beka yang masih muda boleh dimakan kerana kalau dah tua ianya keras dan berserat.Cara nak tengok masih muda ialah dengan mematahkan kepala atau ekor atau mana mana bahagian buah beka.Jika mudah patah maknanya masih muda.Jika liat tak boleh patahkan,tandanya buah beka dah tua dan tak sesuai lagi nak makan.
Pucuk muda dan buah muda dijadikan ulam dan kerabu.


                    pic google
Jika buahnya dibiarkan tidak dipetik,buahnya akan keras dan seterusnya bertukar dari warna hijau menjadi warna hitam.Buah beka yang dah hitam lama-kelamaan akan terbelah dua dan keluarkah biji benihnya yang bewarna putih,nipis dan ringan selebar 2 jari berterbangan di tiup angin.Kalau musim kemarau panas buah yang masak mudah pecah dan banyaklah biji benih beka berterbangan menjadi acara kejar-kejar biji benih yang terbang di tiup angin tu.Kulit buahnya yang panjang tu akan gugur kebumi dan kami kutip pula jadi mainan pedang-pedang.Itulah secebis kenangan dengan buah beka ni zaman kanak-kanak.

Jom tengok cara masak buah beka ni pulak..

Sebelum buat kerabu,kena bakar dulu buah beka ni..
Saya patahkan menjadi beberapa bahagian agar mudah nak kendalaikan.


Kalau nak sedap lagi kena bakar guna dapur kayu .Tapi la ni payah la nak jumpa dapur kayu.Maka dapur gas la jadi altenatif.



Selain dibakar,buah beka juga boleh direbus hingga empuk.Tapi saya tak pernah lagi cuba versi rebus.Dah terbiasa versi bakar sebab kata mak saya kalau rebus ianya tidak selembut dibakar.Bila dibakar,kulitnya mudah ditanggal,sebaliknya kalau rebus kulit kekal tak longkah/lekang.Bakar juga menjadikan buah beka mengeluarkan aroma khas yang harum ( bukan wangi macam bau bunga tapi bau khas macam bau orang layur ayam tu)


Bakar hingga kulitnya bergelembong kecik kecik dan kulitnya sedikit hangus.


 Biar sejuk sekejap 


Kemudia dibasuh sambil gosok-gosok kulit yang terbakar tu.


Baginilah rupanya buah beka yang sudah dibakar dan dibasuh untuk tanggalkan sel-sel mati pada kukitnya🤭🤣


Kemudian hirislah buah beka tadi..


Ikut suka nak hiris tebal atau nipis.


Ni saya hiris tebal sebab nak jadikan ulam cicah sambal belacan.


Sebabnya tak menyabar nak makan buah beka ni..Takdan jadi kerabu,kita makan ja sebagai ulam.



Ni pula saya hiris lebih nipis.


Sebahagian  nak dijadikan kerabu.Manakala selebihnyanya nak difrozenkan.Maklumlah buah rare ni payah nak dapat.Bila dapat,kita proses dan frozenkan juga untuk stok tatkla craving..hihihi
Bila teringin,just reheatkan dan sedia dijadikan kerabu....


KERABU BUAH BEKA
1 keping buah beka
5 bawang merah- hiris nipis
1 sudu serbuk beras goreng
( sangai beras dan blend kasar)
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisik 
gula,garam,limau nipis.

Bahan Tumbuk:
2 batang serai
3 hiris lengkuas.

Bahan Sambal Belacan:
10 cili padi merah + hijau
1 cili merah
1 ketul belacan besar ibu jari.

1. Bakar dan bersihkan buah beka serta hiris nipis.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan bawang hiris,sambal belacan dan santan pekat.

3. Campur juga kerisik dan serbuk beras serta perisakan dengan garam dan sikit gula.Perah limau nipis dan sesuaikan rasa masam,masin dan secubit manisnya.

4. Masukkan hirisan buah beka dan gaul rata.Sedia dihidangkan.

** Kalau di kampung saya,kerabu beka ini jiga dicampur tauge celur.Ada masa dicampur perut lembu yang sudah direbus terutama masa raya qurban.


Rasa kerabu  buah beka ni seakan  rasa kerabu perut lembu dan sedikit pahit-pahit lemak.Sedikit sahaja pahitnya.Bagi yang menggemari,pastilah menyukai dan merindui kerana sbb susah juga nak dapat.
Buat kerabu ni ada banyak versi..Selain buat kerabu guna serai lengkuas macam ni...Saya juga pernah share buat BUAT KERABU BUAH BEKA ( versi guna isi ikan rebus)

Selain buahnya,pucuk beka sedap dijadikan kerabu.
Saya juga pernah olahkan pucuk beka menjadi PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS..kat sini

Buah beka pun rupanya ada di Thailand & depa orang Melayu Patani pun panggil Buah Beka juga.
Cara depa buat kerabu pun lebih kurang sama.Saya share link youtube Salee Style - CARA BUAT KERABU BUAH BEKA..Saya suka tengok chanel mek Pattani ni kerana persekitaran dan masakannya ada banyak persamaan dengan kampung saya dulu-dulu tahun 80-an.Dialek pertuturannya juga walau bercampur dialek Kelantan,namun lebih 70% dialek tu sama dengan dialek pertuturan generasi tua kampung saya.Malah mak mak saudara saya dulu banyak menggunakan dialek sama iaitu dialek Pattani.....

Friday, 9 December 2022

PEGAGA AIR SEDAP DIJADIKAN KERABU

 

Buat Kerabu Pegaga.
Ni jenis Pegaga Air..

Dapat daun pegaga kat belakang parkir tempat kerja..Nampak tumbuh subur dekat tangki air.Daun dah macam little lotus..


Besar-besar kan daunnya...
Ni bandingan dengan telur ayam..Saya tak pasti  telur ayam gred apa ..tapi ni telur omega.


Saya buat kerabu versi kelapa mentah yang tidak disangai..
Kerabu pegaga kelapa mentah ni lauk nostalgia saya zaman remaja.
Saya sangat suka kalau mak buat kerabu pegaga macam ni.Selalunya mak akan petik pegaga kat batas sawah padi ketika balik dari menoreh di kebun Tokwan.Kalau musim padi tengah berbuah hijau biasanya rumput subur batas-batas bendang tu.Mungkin kesan baja yang ditabur untuk padi..Pegaga juga mengambil peluang menumpang hidup dicelah-celah rumput.
Seingat saya kali terakhir saya makan kerabu pegaga air tangan mak dah lebih 20 tahun ketika saya  masih belajar di KL.Masa tu mak baru tanam semula getah di kebun arwah Tokwan yang sudah jadi milik mak.Ketika cuti saya balik dan ikut mak ke kebun kerana kat kebun yang baru ditanam getah tu juga mak tanam maman,cili,keladi,terung,kacang sirih dan juga kunyit serta serai.Pegaga yang tidak ditanam pun tumbuh subur.
Masih terasa kesedapan kerabu pegaga air tangan mak itu.Tapi bila balik kampung dah beberapa kali saya ulang cerita pasal kerabu pegaga tu tapi emak cakap dia dah tak ingat.Kata mak yang mak ingat ialah kesedapan kerabu pucuk mengkudu mentah yang saya pernah buat lebih 20 tahun dulu.Hahaha...ok saya pun lupa..
Maka seri...1-1
Mak saya ambil inisiatif buat la sendiri kerabu  pegaga kelapa mentah ni



Buat simple-simple sahaja tapi habis makan dua beranak dengan Adah untuk dinner...Tapi rasa kerabu ni 80% menyamai rasa kerabu yang mak buat..
Mak buat lagi  sedap 
Kelebihan 20% tu kerana faktor mak buat guna kelapa dikukur sendiri dan juga faktor mak buat dengan penuh kasih sayang untuk anak-anak.

KERABU PEGAGA AIR
1 cekak daun pegaga air.
(pegaga biasa pun boleh)
1 cawan kelapa parut putih
sejemput bilis bersih(tumbuk)
½  bawang besar- mayang nipis
5 cili padi Bangladesh
1 biji limau nipis,
Garam dan secubit gula

1. Daun pegaga dibersihkan dan hiris halus atau kasar ikut selera.

2. Gaul pegaga hiris bersama bilis tumbuk,bawang,cili hiris dan kelapa parut.

3. Perisakan dengan garam dan secubit gula.

4. Perah limau nipis dan sesuaikan rasa.

Saturday, 8 October 2022

KERABU PUCUK BEKKA

 

Kerabu Pucuk Bekka...
Orang Kelantan sebut pucuk "beko"
Orang utara pula kebanyakan sebut pucuk "beka"( bacanya beyka)
Tapi orang kampung saya sebut "bekka"...ada sabdu nya...hihihi


Ni pucuk bekka pemberian  Kak Izzah semalam.Tak berapa muda pucuknya tapi saya suka pucuk yang macam ni.Kalau muda sangat dia banyak batang dari daun.Tapi yang saya buat kerabu tu masa Kak Izzah bagi sebelum ni.Pic pucuk bekka yang sebelum tu dh terdelete.Pucuk bekka yang ni saya masak sayur.Nanti saya kongsikan esok lusa.
Hari ni nak share kerabu pucuk bekka dulu.Ada yang kenal pucuk bekka?Rasanya PH kenal kot..Tapi tak tau la kot depa panggil nama lain.

pic google- kredit FB D'Limau Nipis

Pic atas ni dari google lebih jelas nak tengok pucuknya.Saya pinjam dari FB page D'Limau Nipis Bangi..Kat situ ada ulam pucuk bekka ni la...baru tau..
So,kalau sesapa teringin nak makna ulam ni boleh try pi Restoran D'Limau Nipis ni...Pernah dua kali tapi dah lama dulu.. makan kat restoran tu memang lauk pauknya kampung the best..Paling win minuman signature dia apa nama dah lupa macam ice blended limau nipis..ya ampun menyegarkan...
( iklan percuma sebab pinjam pic depa🤭)

pic google jugak..

Untuk makluman ni buah bekka...Buah dia pun sedap bakar buat ulam dan lagi kick kalau buat kerabu..Banyak kali juga saya share dalam oldpost.Antaranya 
dan juga ..

Kali ni dah ada pucuk bekka...Kita cerita kerabu pucuk bekka la pulak


Ni  pucuk bekka yang say dah rebus...Pucuk bekka ni pahit-pahit manja.Tidak sepahit pucuk betik tapi ada little bitter nya...hihihi
Kalau nak kurang rasa pahit manja tu rebus pucuk bekka dengan air + garam.Tapi saya suka pahitnya sebab sikit sangat pahit tu.Kalau tiada langsung pahit rasa dah macam pucuk ubi...hihihi


Bahan untuk kerabu pucuk bekka seperti dalam gambar.Saya biasa buat kerabu versi + isi ikan rebus tapi kali ni saya buat versi orang kampung saya..guna kerisik dan serbuk beras.
Biasa versi ni juga untuk kerabu rebung,kerabu nangka muda,kerabu pelam muda atau kerabu-kerabu jenis sayuran dan buahan.Kalau kerabu yang guna perut lembu bagai tu akan ditambah serai,lengkuas yang ditumbuk halus untuk hilangkan bau hamis dedaging.

KERABU PUCUK BEKKA
-1 cekak pucuk bekka-rebus
-1 sudu sambal belacan
- 2 biji bawang merah hiris
-1 sudu kerisik
-¼ cawan santan pekat
-1 sudu serbuk beras goreng(opsyenal)
-½ limau nipis
-garam dan secubit gula

1. Rebus pucuk bekka dan toskan.hiris sederhana tebal.

2. Masukkan semua bahan kerabu dalam bekas dan gaul rata.Perasakan dengan garam,secubit gula dan perahan limau nipis ikut kesesuaian selera.


Ni pinggan lunch saya masa saya masak kerabu bekka tu....jangan kecam akan kepenuhan pinggan tu...hihihi
Hari ni saya masak pucuk bekka lagi tapi lain resipi sebab nak sesuaikan dengan lauk sambal petai tempoyak tu..


Saturday, 10 September 2022

BELI SOMTAM VIRAL @ KUBUR PANJANG

 

Somtam Viral yang sangat sedap...
Kalau pinjam ayat SK ...
Somtam ni pedas 
" namatey" tapi kesedapannya juga memang namatey

Sebelum singgah beli somtam,Achik bawa ronda beberapa buah kampung.

Ni kat Kampung Nam Dam..Katanya Nam tu dalam bahasa Siam maknanya Air...Dam tu pula dalam bahasa Siam maknanya Hitam...Kampung Nam Dam bererti Kampung Air Hitam jika diterjemah dalam bahasa Melayu.
Masa balik kenduri Kampung Guar Kepayang...Achik bawa ronda-ronda ke Kampung Paya Rawa...Pokok Asam,Kampung Nam Dam dan terus keluar ikut Pekan Kubur Panjang.
Kita akan melewati perkampungan Melayu dan perkampungam masyarakat Siam.
Untuk membezakan orang Melayu dan Siam biasanya dari pakaian.Kalau bertudung tu walaupun berbual dalam bahasa Siam mereka adalah Melayu  Islam.
Kalau rupa orang Melayu tetapi kebanyakan berbaju lengan pendek atau sleeve less dan berkain batik agak singkat...kebarangkalian besar adalah orang Siam.Namun jika sudah lama tinggal di sini atau sudah lama berkawan,kita akan mudah mengenali dan membezakannya..
Saya ada mempunyai saudara mara sebelah arwah ayah saya @ Kampung Pokok Asam dalam mukim Kubur Panjang ni.Kebanyakan generasi lama fasih berbahasa Siam sehingga ada yang lebih fasih berbahasa Siam berbanding bahasa Melayu Kedah.Kalau mereka berbahasa melayu pun dia punya dialek bebeza dengan dengan bahasa Melayu Kedah biasa.Generasi muda semakin kurang yang pandai berbahasa Siam tetapi masih ada yang dapat menguasai dengan baik.Beruntung mereka dapat menguasai lebih satu bahasa.Saya hanya boleh mengira dalam bahasa Siam dan hanya boleh mengingati maksud dan beberapa  perkataan yang mudah-mudah sahaja.Itupun sebab terikut dan mengikut rakan berbangsa Siam ketika zaman sekolah menengah dahulu.Rugi sangat kerana masa tu tiada kesedaran untuk memperlajari bahasa Siam secara serius 



Masa lalu Kubur Panjang tu la Achik singgah kat Gerai Somtam Viral ni.
Lokasi tidak jauh dari simpang tiga  depan Balai Polis Kubur Panjang arah ke Pendang.

Sebungkus hanya RM6..
Melambak...Balik tuang dalam pinggan memang penuh sepinggan.Kaya dengan bahan dan rasa.
Boleh request nak biasa atau extra pedas.
Warna memang sangat menarik.Tomato merah..udang keringnya juga sekor-sekor terasa sedap.




Saya pilih extra pedas..Memang namatey la pedasnya.Sedapnya juga ya ampunnnn...
Esoknya saya ada tengok jual kat Pasar Malam Yan.Sebungkus RM7 tapi portionnya ada la segenggam...
Makanya tidak syak lagi Somtam Viral Kubur Panjang ini pada pandangan saya...TERBAIK..!
Penjualnya juga ramah...Cella sempat tanya beberapa perkataan dalam Bahasa Siam dan penjual menjawab dengan ramah sambil mempelawa datang bersama kertas dan pensel untuk dia ajarkan...Heeeee..kalau dakat-dekat...sayapun nak..hihihi
Jom saya belanja video masa saya dan Cella beli somtam dan punch buah..
Saya hanya rakam separuh gambar..Tapi mai la dengar ...Saya belanja audio kakak penjual tu berbahasa Siam

Haaa...jelas kan...
Kalau yang pandai berbahasa Siam...boleh faham tu apa yang dikatakan...Kebetulan masa saya membeli,penjual tu cakap ada kawannya sedang telefon.


Cella beli punch buah.RM13.00.
Satu somtam RM6 + puch buah RM13.00
Jumlahnya RM19.00
Cella tanya kalau RM19 tu dalam bahasa Siam...sebut apa...
Kata penjual tu..
"Sib Khau"
Heee..sib saya tahu la sepuluh...khau sembilan..
Rupanya agak mudah nak mengira dalam bahasa Siam kerana jika hafal 1hingga 10 ..maka yang lain juga sambung sahaja guna semula angka awal..
Contoh 13...
Sib Sang..
Sebab sebelum ni saya hanya boleh mengira 1 hingga 10 sahaja dalam bahasa Siam..🤭

Selain somtam,punch buah..ada juga beberapa jenis makanan lain turut dijual termasuk Laksa Siam.

Punch buah dia nampak menarik.Saya tak rasa pun.Cella & Aqil saja makan dan habiskan dalam kereta.


Thursday, 7 May 2020

KERABU PUCUK SELOM + ISI IKAN-RAMADHAN 2020(PKPB)

Iftar semalam hari Selasa, mak aku masak Mee Kari.. Tapi mak aku x makan mee kari..
Mak aku nak makan nasi..
Mak aku cakap nak makan ulam sebab pagi mak aku gi pasar & beli ayam, daging, ikan & sayur serta ulam


 Mak aku buat Kerabu Pucuk Selom + Isi Ikan

Pucuk Selom...
Rm1. 50 hanya 3 pokok
Nak murah tanam sendiri atas kayangan..
Hahaha

KERABU SELOM + ISI IKAN
1 keping ikan tongkol (bakar, rebus@ goreng)
1 ikat daun selom
1/2 biji limau nipis
2 bawang merah- hiris
5 cili padi
2 sudu kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1/2 susu teh gula

1. Basuh & hiris daun selom, bawang & cili padi. Ikan diambil isi
2. Gaul semua bahan hiris, isi ikan kelapa, garam & gula
3. Perahkan limau & sesuaikan rasa



 Pokok Selom
Cili padi
Cili merah
Limau nipis

 Isi ikan rebus

 Gaul semua bahan & sesuaikan rasa


Mak aku cakap patutnya kerabu ni just digaul hingga rata..
Tapi sebab aku excited nak tolong..
Aku dah gaul sambil tekan-tekan & lenyek sampai ikan tu hancur & ulam tu lunyai
Hahahaha...mana aku tahu xleh lenyek
Mak aku sibuk panaskan kuah mee kari
Aku plak dengan sepenuh hati la🤭
Rupanya kena gaul-gaul manja jerk supaya ikan tu x hancur & ulam tu xla lunyai..
Hihihi...
Ampun gue yan bunda...
Hihihi

Thursday, 26 March 2020

KERABU TERUNG BAKAR

Dah masuk hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan
Tengah scroll deretan draff
Banyaknya..
Tapi malasnya nak tulis sebab ada yang sudah lupa ceritanya..
Tapi terklick draff Kerabu Terung Bakar
Laaaa.. Rupanya dah siap tulis dah semua
Tinggal publish jer..
Hadoi camaner leh jadi gini?
Mmm terus karang skit atas ni
& publish
Done..!!

Kerabu Terung Bakar
Bake Brinjal To Wednesday
Hahahaha jahanamla kalua translate word by word
Kerabu Terung Bakar ni mak aku kata makann nostalgi dolu-dolu
Kata mak aku nenek selalu la buat Kerabu Terung Bakar ni
Sebab dolu-dolu memasak guna dapur kayu
So,senang nak bakar terung
Hmmm.....tapi yang peliknya dolu-dolu  x bahaya ke kalau hidupkan api dalam rumah macam tu
Sebab kayu api mestilah api dia menyala kan..?
Mmmmmm....


Kerabu Terung bakar ni mak aku buat guna sebiji terung purple yang besar tu
Tapi xde la plak pic terung tu
Coz masa mak aku bakar terung tu aku tengah mandi
Bila kuar bili mandi bau macam something terbakar
Berlari la aku gi dapur takut mak aku terlupa tutup api ker
Haaa...mak aku tu banyak kali juga terjadi kes lupa tutup api..
Pernah sekali tu memang 1 rumah penuh asap
Puncanya mka aku rebus sosej..
Pastu nenek call
Maka ku gi jawab call dalam bilik
Siap sambil baring lagi
Tutup lak pintu bilik
Memang pakej la..!!!
Tiba-tiba jer dengar pintu rumah bergegar diketuk orang
Macam nak roboh rumah..!!
Mula cuak gak la...
Giler ko x cuak bila orang ketuk rumah macam nak berperang
Tapi tu la kan...jangan mudah buruk angka
Rupanya ada jiran yang memang nampak asap berkepul-kepul keluar celah-celah pintu
Sib baik jiran sedar & datang ketuk pintu kuat-kuat...
Kalau tak... habis semua jadi arwah..!!
Huhuhuhu..


KERABU TERUNG BAKAR
1biji terung purple panjang
3 bawang merah - hiris
1/2 limau nipis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula perang
1 sudu kecil kerisik
4 sudu santan pekat

Bahan Tumbuk:
5 cili padi
1 sudu teh belacan
1/2 sudu teh garam

1. Bakar terung atas api menyala sambil balik-balikkan hingga nampak hitam kulitnya
2. Angkat terung & bungkus dengan surat khabar @ towel kitchen aupaya berwap & kulitnya mudah tanggal
3. Kupas kulit terung & leraikan isinya dengan garfu
4. Campur bahan tumbuk, garam, gula, kerisik & bawang hiris & gaul rata
5. Perahkan limau & gaul lagi serta sesuaikan rasa. Siap

Sunday, 9 February 2020

KERABU ULAM 3 PAHALA & JERUK MANDAI


Kerabu Ulam 3 Pahala
Haaa... gempak x namanya
Nama lain bagi kerabu ni ialah
KERABU ULAM PATUH SYARIAH
🤣🤣🤣Tingat Ustaz Madi dalam citer Nur 2
Hahahaha
Tapi lebih sesuai nama Kerabu Ulam 3 Pahala
Sebabnya....

Mangga besar ni mak aku cakap Chik Ruby yang kasi.
Mak aku cakap Chik Ruby bawa dari kampungnya


Ulam Raja ni mak aku cakap Chik Yati cleaner yang kasi
Petik dari belakang tangki air  Pak Man gardener yang tanam..
Kata mak aku lagi benihnya mak aku petik dari pokok ulam raja yang nenek tanam
Bawa benihnya ke KL.
Chik yati semai, bagi Pak Man gardener tanam
Pastu Chik Yati petik bagi sikit kat mak aku
Haaaaa.... Nampak x circle tu berpusing balik semula..


Ulam Kaduk ni plak mak aku cakap mak Wani yang kasi..

Macam ni lah rupanya bila 3 sedekah dari 3 orang hamba Allah dikumpulkan....

3 bahan utama ni mak aku jadikan kerabu
Sebab tu namanya Kerabu 3 Pahala
Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada pensedekah-pensedekah di atas..
امين...

KERABU ULAM
1/2 biji mangga hijau - sagat kasar
1 cekak ulam raja- hiris halus/kasar
1 cekak daun kaduk - hiris halus/kasar
1 genggam kelapa parut putih
1/2 bawang besar merah - hiris
1/2 biji limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu udang kering/bilis tumbuk

Sambal Belacan
2 cili merah
5 cili padi
Belacan sebesar 1 ruas jari kelingking

1. Mangga sagat digaul sikit garam & diperah untuk kurangkan masam
2. Gaul sambal belacan, limau, garam & mangga.
3. Tambah ulam hiris, bawang, udang kering/bilis tumbuk & kelapa parut.
4. Gaul rata & sesuaikan rasa..


Selain Kerabu Ulam
Mak aku masak KARI AYAM GUNA 2 REMPAH KARI.. kat sini


 Pastu ada Tempe Goreng
Mmmmm fav kakak ni
Kakak tu dia boleh jer makan nasi hanya lauk tempe goreng & kicap..

Mak aku juga goreng Jeruk Mandai


JERUK MANDAI GORENG
1 mangkuk jeruk mandai
1 bawang besar
5 cili padi
1/2 cawan ikan bili
minyak
1. Perah dan hiris mandai
2/ panasa minyak agak-agak macam nak gooreg ikan
3. Goreng mandai hingga garing.angkat
4. Goreng ikan bilis hingga garing
5. Tambah cili dan bawang ke dalam ikan bilis dan terus masukkan mandai yang dah siap goreng


 Stok Jeruk Mandai mak aku

 Bau dia masih ada bau cempedak
Walaupun sudah dijeruk berbulan lamanya

Bukan mak aku jer suka
Kakak pun lagi banyak makan jeruk mandai ni ngan tempe..