Thursday, 31 March 2022

MAK KECIK HATI TAK AMBIL PETAI

 Balik Kedah minggu lepas mak masak sambal petai dan udang..Kata mak petai kat kampung ada berbuah sikit.Hanya beberapa rembong.Rembong tu merujuk jambak petai la.Setiap rembong/jambak petai mengandungi beberapa papan petai.Masa balik kampung sekejap nak ambil daun palas,mak sempat kait serembong petai.Pokok tinggi tapi mak sambung galah dan gagah kait petai tu.


Dapat dalam 10 papan macam tu la..Ni model petai..Dak Aqil pun ikut balik kampung ..Jadi model petai...hihihi


Masa dah gerak nak balik KL mak call tanya kenapa tak ambil petai...Saya cakap dah ambil 3 papan.Mak suruh patah balik ambil semua petai tu tapi saya teruskan juga perjalanan sebab malas nak patah balik sebab dah lewat.Dah la weekend,pukul 11.30 baru gerak.Agaknya mak kecik hati...

Padahnya kami tersangkut dalam jem yang panjang.Bermula dari Juru hinggalah ke Tanjung Malim.Setiap R&R sesak yang amat.10 jam kami dalam kesesakan...Semoga mak tak kecik hati lagi lepas ni.Bukan tak mau amik semua petai tu.Tapi tak sampai hati nak ambil sebab susah payah mak kait guna galah yang berat...huhuhu

BEKAL KETUPAT PULUT HITAM

 

Makan ketupat pulut hitam...Sedapnya makanan nostalgia ni..Jarang jumpa dah ketupat pulut hitam ni.


Ruby bawa bekal semalam untuk kami bertiga makan kat atas kayangan nu....


Banyak dia bawa ketupat pulut hitam..Siap dengan randang ayam..

Alhamdulillah sedapnya.Rasa macam raya dulu-dulu pulak.


Kerana terlanjur bawa balik daun palas dari Kedah...saya plan nak buat juga ketupat pulut hitam.Tengah tunggu beras pulut hitam ketupat dari shopee.

Walaupun ada saja yang guna pulut hitam yang buat bubur tu untuk buat ketupat pulut hitam tapi saya merindui ketupat pulut hitam yang sebenar iaitu menggunakan cpuran pulut hitam khas untuk ketupat.Apa bezanya...?

Tunggu pesanan dari shopee sampai nanti kita cerita yer...

Saturday, 26 March 2022

SELAMAT JALAN PREV

 

Kenderaan kesayangan hamba selama 10 tahun  menabur bakti memudahkan urusan perjalanan ke seluruh semenanjung .Kereta paling  lama bertahan berbanding 3 kereta sebelum ni.

Preve bertahan 10 tahun.
Tiba masa untuk ia beralih tangan kepada bakal pembeli baharu untuk  meneruskan jasanya.


Kemas apa yang patut..Keluarkan segala yang tidak berkaitan 


Alhamdulillah ..
Walau sudah 10 tahun usianya seusia murid sekolah darjah empat.


Kondisi masih memuaskan.Ini bukan kita sebagai pemiliknya yang cakap,tapi dari penilaian usecar sendiri yang cakap.hihihi
Baik luar dalam kecuali sikit-sikit kekurangannya atas faktor usia. boleh bagi 8.5 dari skala 10.
Alas kaki masih ori dari Proton..Alas dalam bonet juga masih hitam berkilat cuma sedikit kesan calar
Memang jaga  dengan baik ...Maklumlah kita bukan have-have..五
Nak dapat kereta tempatan ni pun berikat perut nak lepaskan bayaran bulanan + komitmen lain.
So,mestilah kita sayang kenderaan ni.


Buku service pun masih dalam keadaan baik.Kita biarkan saja dalam dashboard untuk rujukan pembeli seterusnya.


Buku manual penggunaan pun masih kemas dalam laci dashboar.Kita biarkan dalam tu untuk memudahkan pembeli selepas ni.
Kunci utama saja agak pudar,manakala kunci spare serta no rujukan kunci masih dalam 9.8 kondisi ya kerana tidak pernah guna.Tersimpan rapi dalam bekas.

Selamat jalan Prev矇....


Thursday, 24 March 2022

DUA HARI BERTURUT KE NILAI 3

 Hari Jumaat tengahari Shifa ajak merayap ke Nilai 3...

Naik kereta Shifa & dia yang drive...kita cuma duduk sebelah...memang Onz..!

Dah lama tak ke Nilai 3.Rasanya dah lebih 2 tahun..hihihihi harus la lebih 2 tahun  sebab PKP Covid pun dah lebih 2 tahun.Mana ada orang KL berani rentas negeri nak ke Nilai 3 masa PKP tu kecuali la kalau Nilai 3 tu dalam Selangor不不不不

Shifa nak beli bidai untuk bilik kerja dia..

Saya tumpang menyibok saja..
Doakan Shifa  disembuhkan dari Covid 19..Semalam (Rabu) beliau disahkan positif.Hari ni dah 2 harilah kuarantin.

Singgah kejap jamu mata kat kedai barangan pengantin..orang perempuan memang suka jamu mata.

Pagi Sabtu anak bujang  ada urusan di JPJ @ UTC Puduraya.Saya & Adah pakat mengekor sebab nak terus sarapan kat luar.

Balik JPJ terus ke Putrajaya.Anak bujang tu nak servey tempat interview.Lepas sarapan roti canai ,nak balik awal lagi.Adah ajak gi Nilai 3.Kata dia dah lama juga tak gi..

Dah depa yang drive...kita ikut saja la walaupun baru semalam tu pi..Dua hari berturut la pi Nilai 3.

Singgah Pusat Barangan Pengantin  Thank Q..
Sebab malas nak ronda kedai karpet不不

Thank Q ni luas dan selesa sebab sejuk ada aircond


Saja jamu mata lagi.

Paper bag pun lawo-lawo


Ni kalau orang nak bertunang ka...nak kawin ka...syok ni mai sini..


Belanja video paper bag...hihihi

Cenderahati readymade pun lawa-lawa & murah pulak tu..Towel kecik siap dalam kotak,kalau beli 20 baru jatuh 1 singgit wei..!

Tengok video lah ..syok skit..hihihi
Kalau zaman kita dulu kawin,takda benda-benda macam ni..Zaman saya kawin,buah tangan bagi nasi kenduri dan lauk boh dalam plastik.Kalau orang jauh ja baru add on bunga telur dan kuih kering macam karas,baulu dan seangkatannya.


Tasbih...siap kotak tak sampai 2 ringgit.Kalau buat tahlil ke...cantik ni masukkan dalam tasbih ni..air mineral & towel kecik ka barang sehelai.

Kipas ni siap dalam kotak pun baru 2 ringgit.

Ni orang have-have punya  dulang hantaran..
Hihihi...

Tudiaaaa...bunga teloq segak-segak baq hang...

Tengok decoration ni rasa tenang ja siap ada mini air terjun.Rasa nak berangan pasang rumput karpet tiruan ni kat laman rumah Kedah.Macam cantik la..
Mahal tak?
Mmm..tak pernah sevey la pulak


Saya berkenan pokok..

Grab juga la 2 pokok pisang & pasu putih...hihihi
Plan nak bagi kat Achik sepokok buah tangan  membalas pinjam Myvi Achik 3 minggu..hihihi

Dah,jom balik..
Masuk Pusat Barangan Pengantin.Tapi sebab takdak sapa nak kawin dalam masa terdekat.Kita beli pokok pisang ja lah.hihihi





Tuesday, 22 March 2022

NASI KANDAR MELAYU SEDAP DAN MURAH @ BANGI

 

Nasi Kandar Melayu.Dah la sedap.Murah pula...
Kat mana?

Ni la Nasi Kandar Melayu..
@ Bangi Gateway Flea Market..
Pi lagi kali ke-2 setelah 
Pasar lambak la...Setiap petang ada jual kecuali Isnin Flea Market ni tutup.

Kalau exit Tol Bangi tu akan nampak Jakel ni belah kanan.Depan sikit ada bulatan besar.Dari situ dah boleh nampak deretan khemah merah dan kuning belah kanan tu..Bulatan tu ambil pukul 3...depan sikit ja..

Kami masih memilih untuk beli dan makan bawah khemah yang disediakan...

Ni...sepinggan besar nasi kandaq ni HANYA RM8...
Nasi dengan  lauk daging 2 ketul sebesar penumbuk kanak-kanak,kuah campur,sayur kobis,bendi sebatang hanya RM6.50.
Add ½ telur masin (RM1.50)..
Adah kata tak tau la memang harga macam tu atau dapat special price sebab Adah 1st customer sebab kami pi awai.Depa baru buka Adah dah beli.
Apapun memang puas hati sebab sedap..banyak dan murah.Adah hanya habiskan separuh dan bakinya abang dia yang selesaikan.

Ni saya punya..Nasi Padang
Asalnya saya nak beli nasi ambeng tapi sayang hari tu tak buka pula gerai tu..huhuhu.



Nampak lauk dia menarik tapi tak ramai pelanggan.

Saya pilih lauk Gulai Urat Keting.Tak tanya harga dulu,main sebut nak gulai keting五RM15 gulai ni sahaja.Bukan salah penjual tapi salah saya tak tanya dulu..hihi


Amik juga nasi putih + tempe goreng ni.Semuanya RM17.50.
Sayangnya rasa dia tak "sampai".Hanya pedas semata..tawar dan hambar.Tempe tu pun tawaq habiaq.Pada tekak saya la...Mungkin pada orang lain sedap kot.Saya x dapat habiskan.Membazir sungguh..huhuhu.Nasib baik keting tu anak bujang habiskan sebab dia kata sayang kalau membazir.

Anak bujang tu beli Mac &Cheese .Tapi ni versi ada daging cincang.

Sedap sangat..RM12
Jus tembikai gelas besar tu kalau tak silap RM6

Sebab datang awal...Balik pun awal.Khemah merah pun masih kosong.Deretan khemah merah untuk jualan pakaian dan lain2.Khemah makanan semua warna kuning.Lepas makan kami dah balik.Parking kosong lagi.Kena balik awal sebab datang hari Sabtu tu ralit...Timing 20 minit ja dah sampai rumah.Sekali anak bujang tu terlepas simpang ..tersangkut dalam jem dah dekat rumah.Melangut dalam kereta 1 jam..

Sunday, 20 March 2022

FLEA MARKET DE BANGI GATEWAY...JOM..!

 Dah beberapa hari Adah ajak gi Flea Market @ Bangi...Ni semua punca dia dok tengok youtube Minah Korea yang dok buat review  Malaysia street food tu la.

Makanya semalam,Sabtu sebaik lepas asar terus go!


Flea Market De Bangi Gateway:pic by Google


Adah drive & dia pasang waze.Waze suruh ikut Tol Bangi..limit time 20 minutes

Tapi saya & anak bujang tu suruh Adah ikut Tol Kajang..lalu PKNS...lalu Bangi Golf Resort...lebih 45 minit.Rupanya Gateway Bangi ni dekat ja dengan Tol Bangi...

Hahahaha...marahAdah .!

Maka lain kali kalau nak gi...sila exit tol bangi!!


Kami sampai dalam pukul 6.00 petang..Masih panas sebab beberapa hari tak hujan.


Ops..sebelum tu berlegar mencari parking tepi jalan...

Laaa rupanya depa sediakan parking kemain luas dalam tapak tu ja..RM3 perentry...Berbaloi sangat la dari nak tanggung risiko park tepi jalan yang sibok tu..

Pukul 6..tak ramai orang lagi...Kita servey dulu apa makanan yang ada..Syok mai awai..Boleh santai jenjalan jamu mata dulu sebelum jamu perut


Sampai sini saya dah tersangkut....
Nasi Ambeng..!!!!

Nasi Ambeng & Lontong Kering.Dua-dua saya suka.Nak beli dua-dua tapi Adah kata beli satu ja dulu..Makanan berat tu..
Makanya saya pilih Lontong Kering sebab selalu tengok tuan punya blog ALAM SARI DI TANAH JAUHAR tu selalu makan lontong kering.Macam best!

Syok jalan sebab masih lengang tapi makanan dah banyak.



Adah nak Laksa Sarang tapi tak jadi beli sebab nak jalan lagi

Dia tertarik dengan chicken chop ni.Ayamnya besar 2 ketul +fries & coleslow.. RM8


Kat depan sana ada Apam balik ...antara makanan pasar malam yang popular

Ni stall chicken chop tu..perut tengah lapar memang semua nak beli..

Anak bujang tu kalau jumpa Avocado juice memang tak sah kalau tak beli.Suka naw naw dia dengam avocado..Ni kalau kawin dengan Lala dak Minang tu..baru kena不不不不


Teringin nak beli mee kicap ni...tapi Adah dah warning sebab tadi dah beli lontong..makanan berat dah...dia kata cari makanan ringan lain pulak...huhuhu

Dalam 6.30 orang dah mula ramai

Adah ajak beli air jagung sebab tadi kami nampak ada 2 khemah & banyak kerusi meja untuk sesapa nak dine in...beli sendiri makan la kat situ..hihihi


Banyak lagi kerusi meja kosong .

Kami pilih meja tepi sikit

Makanan yang beli tadi kita nak simpan dalam perut dulu..五
Nanti tak la nampak banyak sangat membeli kan..不
Lagipun,kalau dah bawa balik makanan dah sejuk tak best..!

Saya tak sabar nak makan Lontong Kering..Saya amik lauk paru..sambal goreng,kuah kacang dan serondeng...
Ma sya Allah, sedapnya..
Kuah kacang terasa bumbunya.sambal goreng dan paru pun sedap sangat .

Anak bujang tu bukakan keropok lekor cheese ni..
Saya hanya pandang tapi tangan menyuap lontong kering

Meatball cheese


Anak bujang tu dengan avocado juice..
Tu tersengeh tu sebab dia tengaj video call Cella bagitau kami tengah makan @ Flea Bangi..
Tak sah kalau dia tak usik adik bongsu dia..Pastu bila dah budak tu merajuk,tahu pula dia orderkan McD by Food Panda kat adik dia nun di Pantai Timur..hihihi


Adah dengan chicken chopnya..


Terkezut depa dua beradik tu tengok saya makan tak pandang kiri kanan.....Licinnnnnn 

Ada peniaga otak-otak datang letak 1 set (10pcs)
Adah kata dia nak semua tu..RM12
Dia kalau dapat gaji macam tu la...makan tak hengat donia!!

Ada beberapa yang tak masak sebab masih melekat pada daun.Yang lain elok lekang dari daun.Lama dah tak makan otak-otak.Kali pertama kenal otak-otak ni kat Johor tahun 90-an dulu..

Adah order corndog .Lain nama asal..lain yang kita sebut kan...hihihi..
Kami kongsi 3 beranak gigit sorang sikit

Saya nak pesan kerang bakar tapi dah kenyang lontong kering..
Tu yang t shirt purple hijau tu penjual otak-otak.Saya rasa dia Bangla & jadi pekerja kot.Tapi manis dengan senyuman.Selesai kami makan dia siap offer nak buangkan sampah.Kebetulan kami memang kemaskan meja dan masukkan semua sampah dalam plastik

Menjelang pukul 7..dah makin ramai.Perut kami 3 beranak dah penuh.Ibarat burung yang tadinya terbang dengan perut josong.Sekarang dah senja...terbang pulang kesarang dengan tembolok yang penuh!
Hihihi

Adah nak beli coconut shake pulak..Katanya untuk dinner...
Aikk...ni tadi penuh meja bukan dinner ke?

Lampu dah mula menyala..Orang makin ramai..Kami makin beransur..

Ni kat parking kereta penuh dengan penjual pakaian dan aneka barangan yang bukan makanan...

Tempat kesukaan anak-nak kecil...
Tadi kami datang pukul 6 belum ada apa-apa kecuali deretan tayar terpakai..

Adah kata dia teringin naik naik...hahahhaha

 
Dah...jom balik..
Adah & anak bujang tu kata esok nak mai lagi..Makanan sedap-sedap..
Hari ni Ahad...weekend..jom la



**Walaupun kat Google tulis open: 4.00 pm..tapi   better mai la lepas pukul 6 petang kot..Masa ni makanan dah banyak dan orang tak ramai sangat 

Tapi kalau nak syok bersesak tengok ramai orang lepas maghrib is the best..!

Tengok kat google malam meriah..