Tuesday 8 March 2022

MEMBURU LEMANG SEDAP HINGGA KE SIK..

Sepanjang tahun 2022 ni asyik teringin nak makan lemang.. 

Sudah beberapa kali mencuba nasib beli lemang..namun belum kena dengan selera.Asyik dapat yang masin tanpa rasa lemak walau beli lain-lain tempat.


Balik Kedah kali ni walau hanya sekejap..Pakcik dan Achik layankan mencari lemang hingga ke Sik.

Actually setiap kali balik Kedah,Pakcik dan Achik akan bawa meronda kat Sik.Padahal bukan dekat tau..Pendang ke Sik jaraknya macam KL ke Port Dickson...!!


Dapat lemang ni kat Sik..tak tau pulak tempat/kampung ni apa nama dia..tapi kalau dari arah Pekan Sik..tempat ni tak jauh selepas  Masjid Sik...


Dapat beli lemang pulut hitam ni..walaupun pulut hitam tu hanya beberapa butir.


Beli lemang pulut putih dan pulut hitam.
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga makan lemang yang kena dengan tekak.

Lemang dan bougainvillae


Sebenarnya selain nak memburu lemang,kami dah menuai lauk pauk untuk lunch kat sebuah gerai nasi campur bersebelahan Pondok Hj Salleh.Tiap kali balik,Achik dan Pakcik akan bawa juga walau sekali ke Sik semata-mata nak membeli lauk pauk kat gerai tu.Kalau dulu dine in..Tapi sejak Covid memang tapaw ja.Tak tau nama gerai makan tu nama apa tapi memang lauk pauk kampung yang memang kami akan rambang mata.Ni pun hingga terlupa nak snap pic..🤭
Tinggal saki baki saja dah baru ingat.Gerai tu paling win dia punya kerabu.Kami cari kerabu bekka tapi tak ada pulak hari tu.Beli kerabu taugeh+ paku rawan..ikan keli bakar,ikan pari bakar,gulai ikan nyoknyok,gulai daging + riyas pisang,ulam capa lakling (kami panggil lobak huma) dan cabai tumbuk dia memang A++.

Gulai ikan nyoknyak yang berbaki .Macam lubang hidung pulak🤭

Achik beli juga kacang kuda sira..Sedap sungguh.


Pastu Pakcik drive ke Pekan Gulau dalam visi mencari lemang sedap..Nak cari lemang kat Gulau asalnya sebab pernah beli kat situ sedap sangat.Tapi malangnya hari tu tak ada.Dah hpir frust sebab ingatkan Pakcik nak terus balik ikut Nami.Tapi rupanya Pakcik patah balik ke Pekan Sik untuk cari lemang kat sana sekali lagi.Masa nak u-tern kat Gulau tu singgah beli kuih karas yang halus uratnya macam rambut..Mak saya cakap ini bukan kaleng-kaleng skill ni nak dapatkan urat karas halus macam ni.
1 bekas ni hanya RM15

Pastu beli tepung bungkus yang masih panas...Juga kat Pekan Gulau.Sebiji 50sen.Beli jug 1 dozen.


Cuma fail sikit sebab bahagian inti tidak dibungkus dengan tepung pulut.Hanya dibiar togel dan dibungkus dengan bahagian kepala santan.


Kuih koci ni sedap.Beli 1 pack ada 7 biji.Harganya tak ingat...hihihi
Beli juga acar limau untuk mak..Pun lupa nak snap pic acar limau tu.

Lepas dah borong aneka mak nenek kat Gulau tu,patah balik la pula ke Pekan Sik


Empangan Beris..
Tasik buatan aka empangan yang agak baru kewujudannnya.
Lebih 20 tahun yang lalu ketika empangan ininbelum wujud, pernah berulang alik melalui beberapa buah perkampungan.Sekarang perkampungan perkampungan itu sudah bersemadi di dasar Tasik Beris ini.




Sebenarnya ada dua gerai lemang dekat-dekat.Mula berenti gerai depan beli lemang pulut hitam 2 batang.Sebatang RM13.Tapi sebab lemang pulut putih belum masak,saya ke gerai sebelah ambil lagi 2 batang lemang pulut putih.Sebatang RM10 
Ops..masa beli lemang pulut hitam tu,penjual tu tunjukkan juga dia ada jual lemang ubi kayu...
Aduh....kenapa la saya tak beli...Dah balik teringat-ingat pula...
Nampak gayanya lepas ni kalau balik Kedah lagi...ada la alasan nak minta Achik dan Pakcik ke Sik lagi...Nak beli lemang ubi kayu pula...hihihi

Terima kasih Pakcik dan Achik yang bersusah payah mencari juga lemang sedap...



14 comments:

  1. Tergelak tengok 'lobang hidong' tu.. tentunya jadi pujaan. Sy pun kalau balik sana, rambang mata beli macam2, dapat pulak yang kaki berjalan, sebab tu tiap kali balik, balik Joho semula, baju seluar semua jadik ketat.

    Lemang tu selagi tak dapat yang menepati selera memang akan terus mencari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul...
      Selagi tak dapat..tetap mencari demi anak tekak..hihihi..

      Delete
  2. YaAllah baca entri ni pn dah kecur air liur . InsaaAllah lps raya puasa( puasa pn blm) ada plan nak ke Pokok Sena hantar mempelai jadi boleh la meraban jjcm ke Sik n Gulau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jangan lupa pi lunch kat gerai tu..kalau tekak saya ..hari2 makan kat situ pun tak pa..hihihi

      Delete
  3. Demi lemang.. sanggup. hehe. Saya paling suka bila balik kampung mertua. Pekan sehari di bandar lama Chenor dapat jumpa banyak kuih tradisi yang generasi baru ramai dah tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Pahang lagi la pakar lemang ni...
      Pahang pun banyak makanan exotic kan...Beruntung KA

      Delete
  4. Kenduri memanglah ceritanya ni.
    Apdal tak beli lemang ubi kayu. Kan dah teringat-ingat. Sekarang saya pegang dua prinsip kalau jalan-jalan:
    1. Biar menyesal makan jangan menyesal tak makan.
    2. Biar menyesal beli jangan menyesal tak beli.
    Dua prinsip ini merujuk tempat yang jauh dari tempat tinggal kita hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau typo tapi saya faham..hihihi
      Memang kenduri lemang
      Lepas ni nak pinjam prinsip vikgu jugak la..🤭👍

      Delete
    2. Hahahaaa.... sesekali komen guna HP memang asyik typo saja bila sudah publish. HP ni jahat sikit...lain yang ditaip lain yang keluar hahahaaa.

      Delete
    3. kan...🤣🤣🤣🤣
      Harap cikgu juga maafkan saya cikgu dah jadi vikgu

      Delete
  5. Alaaaa.....nak lemang la...sedapnyaa...lama x makan lemang...td abah pi pasar tani lupa kirim lemamg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lomang negori lagi mengancam..kono dengan rondang itik...uiiii sodap ee SA

      Delete
  6. sodap eh lomang...dapek makan ngan ghondang daging podeh. perghhh

    ReplyDelete
  7. Akhirnya dapat jugak cari lemang yang kena dengan selera. Sekarang ni kat mana mana pun orang jual lemang. Sedap tak sedap je lah kan. Rezeki dapat lemang, dapat jugak rezeki makanan lain. Pertama kali nampak kacang kuda sira. Curious nak tahu lemang ubi kayu..camne lah agaknya kan. Rugi mama cella tak membeli.

    ReplyDelete