Monday 29 May 2023

LAKSA BERAS KUAH LEMAK BY ACHIK

 Semalam Achik ajak pi Tobiar( orang Kedah sebut Tobiaq) 

Nak beli homemade Laksa Beras.


Ni pic by Achik .
Laksa Beras Kuah Lemak


Homemade Laksa Beras yang Achik beli.Sekilo harganya RM10.Pesan penjual tu..:
Kena bawa bekas sendiri iaitu raga @ bekas bertapis untuk isi laksa tu.. 

* Penjual tu hanya jual laksanya sahaja

*Kuah dan bahan lain kena sediakan sendiri.


Ulaman kena sedia sendiri..



Kuah pun Achik sediakan sendiri..Achik masak kuah versi Kuah Laksa Lemak Kedah.
Guna ikan selayang + ikan temenung..

Ni pic by Achik.Achik cakap kuah laksa dah siap.Dah boleh makan.

Mak makan semangkuk.
Adah makan semangkok.
Saya?
Hihihihi
...
...
...
...
...
✌️mangkok besar...!

🏃🏃🏃🏃🏃


LUNCH HARI SABTU

Sambal Udang Petai


Ayam Goreng


Tempe Goreng Bawang Putih 



Broccoli Bawang Putih



Ulam Pucuk Senerui,Pucuk Kaduk,Pegaga & Petai


Sambal Belacan by mak.

Ada gulai ikan merah.Lupa nak snap pic..hihihi

In shaa Allah,sempat lunch sekali lagi sebelum balik KL...

Sunday 28 May 2023

DAH SAMPAI KEDAH PULAK DAH

 

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,bersiaran dari Kedah pulak dah ni...hihihi



Pukul 5.15 hari Jumaat Tol Duta.Adah dengan berbaju kebaya naik bas  🤣 terus dari Putrajaya ke TBS sebab tiket bas 4.30.
Adah excuse balik awal tapi sambung kerja online dalam bas.
Bas penuh dengan penumpang.Kali ni kami menggunakan bas Inter City...
Hujan...


Sampai Ipoh dah malam.

Pukul 10.03 malam @Tol Sungai Dua.Banyaknya kenderaan...Nak pi mana la ramai- ramai ni?
Kita tanya orang ..orang lain pun tanya kita macam tu la agaknya🤭
Perjalanan agak perlahan sepanjang jalan kerana. walaupun malam tapi kenderaan banyak betul.
Perjalanan memakan masa hampir 8 jam.
Hampir pukul 12 malam baru sampai & Achik dan Pakcik dah tunggu kat bus stand

Alhamdulillah,masih ada rezeki balik Kedah.Tak lama pun,tu yang balik naik bas ja..
Berweekend saja kat Kedah..


Thursday 25 May 2023

MENU IFTAR PUASA 6

Seminggu dua ni hanya sempat menjenguk rakan-rakan maya tapi tak sempat menyapa.Saya curi masa kunjungi blog rakan-rakan untuk ikuti perkembangan tapi tidak sempat tinggalkan jejak.In shaa Allah ada kelapangan masa saya akan tinggalkan komen.


Pengisian hari ini juga hanya sebagai tanda saya masih ada dan sihat.Tak tau nak isi dengan topik apa.Saya hanya share antara menu iftar saya sepanjang berpuasa 6 dalam bulan Syawal yang baru berlalu.Dah hujung-hujung Syawal baru sempat mengayuh,tapi syukur Alhamdulillah,berjaya selesaikan hari ke 6 pada Jumaat 29 Syawal.30 Syawal tu pulak Jamuan Raya @ Ibis.Maka kira sebagai raya 6 saya la...hihihi


Wrap...ni menu hari pertama puasa sunat Syawal.


Saya hanya guna dada ayam goreng celup tepung pedas hingga rangup.


Tambah sayuran tomato,salad,bawang holland dan picitkan sos kewpie..Alhamdulillah sedap sangat dan mengenyangkan.


Hari ke-2



Adah belikan burger King masa dia balik kerja.
Saya hanya tambah tembikai dan Mangga Harumanis kiriman Achik.Achik poskan 1 kotak mangga harumanis..10 biji semuanya..Alhamdulillah tiap tahun Achik kirim.


Hari seterusnya..Dah lupa hari ke berapa..
Kalau tak silap ni hari terakhir puasa 6 iaitu Jumaat.
Ada 2 orang rakan sekerja dijemput menjadi tetamu Allah..Semoga Fizah dan Ratna dikurniakan haji yang mabrur.


Kuih nona manis dah senget benget..
Seri muka dah berkedut...hihihi
Mangga harumanis.
Buah Tembikai..
Alhamdulillah dah turun harga.Dah boleh dapat RM2.70/kg  berbanding beberapa bulan yang lalu RM6/kg & masa bulan puasa lagi malambung harga tak masuk akal.

Speghetti Olio Oglio .
Juadah iftar hari ke berapa dah lupa juga.Tapi memang juadah iftar puasa 6.


Pastinya ni antara hari Sabtu atau Ahad ni sebab ada petai.Weekday biasa jarang makan petai..hihihihi


Nasi Goreng Sardin ...
Telur rebus
Ulaman.


Monday 22 May 2023

PENUTUP SYAWAL: JAMUAN RAYA @ IBIS HOTEL

Syawal 1444 sudah meninggalkan kita.Selamat datan Zulkaedah yang sudah masuk hari ke-² hari ini.Jemaah haji juga sudah ada yang berada di Tanah suci dengan penerbangan pertama bermula semalam 1 Zulkaedah.

Tapi saya masih ada satu entri tertunggak dinbulan Syawal.Sejak puasa,depa dah bagitau supaya semua dapat freekan tarikh 20 Mei untuk jamuan raya pada hari terakhir Syawal 1444.


Jamuan Raya @  Ibis Hotel ,KLCC


Tahun lepas JAMUAN RAYA @ CYBERVIEW


Tahun ni depa orang-orang kuat  deside kat tengah Bandaraya Kuala Lumpur pula...Kata depa ubah angin pulak..hihihi


Deco kat lobby pun tema raya


Group 1 kereta ..
Rose,Ijae,Ruhil,Kak Mudz & saya merangkap supirnya.
Awal-awal saya dah bagitau depa,kalau naik kereta saya memang kena gerak awal.Saya suka gerak awal.Biar kita awal sampai,kita boleh pilih dapat parking dekat,boleh pilih port yang kita suka dan boleh tenang-tenang.
Alhamdulillah,jalan ke KLCC memang tenang walaupun awalnya saya menjangkakan kita akan tempuh jem.Allah mudahkan urusan,20 minit drive dah sampai.
Lagi ½ jam baru open to hi tea..

So,boleh la gosip gosip dulu kat lobby.Tepat pukul 12 baru kami naik ke atas.



Hi tea tu kat Kampung Kitchen @ level 10


Oleh kerana kami antara yang awal masuk ke Kampung Kitchen ni..
dapatlah merakam suasana yang masih lengang dengan aman.

Hi Tea Santapan Raya


Sementara makanan belum ternoda..jom,kita rakam sikit..hihihi

Kita mula dari mainuman panas...
Kalau video cantik ni rasanya dari Sabahan...Pak Rusti ni..
Boleh bah kalau kau...!




Kalau saya yang merakam...laju macam peluru sampai tak tau apa yang di rakam.


Gado-gado station


Ni part paling saya suka ..hihihi


Pinggan saya..
Appetizer la kunun🤭 dengan kerabu taugeh dan salad buah..


Ni round ke -2...
hihihi


Tertarik dengan beef  stew.Sedap dan lunak daging lembunya


Kegemaran saya..
Sour dough bread.Kalau ke mana-mana hitea,beeakfast atau apa-apa jamuan yang ada sour dough bread memang saya tak lepaskan 



Eh,ada girf untuk semua.Tapi bukan hotel bagi..sponsered ni

Kek Raya...tak tau sapa sponser


Sepotong kek setiap meja.


Dan gift ni..



Dah kenyang..
Sesi bergambar

Geng tema purple 💜
Nampak seragam purple depa.


Geng tema  blue💙

Geng tema nude


Geng tema black🖤
Patutnya saya pakai tudung hitam la...baru nampak lebih seragam


Ok ..ni geng satu kereta kecuali yang baju putih..



Pakat bergambar kat Gong Raja Sulaiman🤣


Sempat lagi bergambar sebelum masuk lif🤭


Dah...jom balik..
Alhamdulillah,asbab datang awal..dapat parkir kat tepi hotel ni saja tanpa perlu masuk groundfloor.Elok pula staf Ibis ni siap alihlan kon untuk bagi kami parking free  tepi tu..🤲
Sini  kalau park kat basement pun memang free.Cuma kalau dapat parking tepi hotel ni lagi dekat tak payah naik lif.
Kalau parkir basement,sila naik lift ke lobby & tukar lif lain pula untuk ke tingkat 10

Ni harga sebagai rujukan..Kami ambil hi tea RM69/ head.
Kami sampai paling awal...balik pula kami paling last🤭🤣
Sebabnya Ruhil tukang kutip duit dan nak bayar pada pihak hotel..Ruhil naik kereta saya..Jadi la kami yang terakhir meninggalkan majlis..hihihi

Wednesday 17 May 2023

BUNGA PUTAT

Pernah makan ulam pucuk putat?

Pernah makan ulam buah putat muda?

Pernah tengok bunga putat?



Inilah bunga putat.


Bunganya sangat cantik dengan warna merah jambu yang lembut.


Lembut bergedik dihembus angin.


Boleh lihat rupa daun dan pucuk putat juga.
Bunga yang berkembang akan gugur kebumi bila mula berputik.
Beberapa minggu lagi bolehlah petik buah pitat muda sebagai ulam.Rasanya kelat-kelat lemak dan rangup


Buah putat ( old post pic)