Tuesday 28 May 2024

PUCUK BETIK TUMIS PEDAS,SAMBAL UDANG PETAI,TELUR MASIN,ULAM & BUAH


Nikmatnya sesekali dapat makan nasi berlaukan citarasa sendiri di hari minggu 


Pucuk Betik Tumis Pedas.Antara lauk yang kena dengan tekak kampungan ni.


Pucuk betik pemberian Kak Izzah dua minggu lepas.Dah lama pucuk betik ni bersemayam dalam peti ais.Baru berkesempatan nak masak..hihihi


TUMIS PEDAS PUCUK BETIK.

3 jambak pucuk betik

ikan bilis,minyak,gula,garam


Bahan hiris:

Bawang merah

Bawang putih

cili merah

cili padi

buah tomato masak


1. Rebus pucuk betik bersama sedikit garam hingga lembut.Tolan dan hiris kasar.

2. Panaskan minyak dan goreng bilis.Ketepikan.

3.Tumis bahan hiris hingga harum dan masukkan pucuk betik hiris & bilis goreng serta perisakan.

4. Kacau goreng hingga sebati dan sesuaikan rasa 



Masak juga sambal udang petai untuk untuk depa orang muda yang memang tak berminat dengan sayur pucuk betik pahit tu...hihihi


Juga rebus 4 butir telur masin


Ulam yau mak 


Oren & buah naga merah


Kepuasan tekak...


Monday 27 May 2024

TETAMU MALAM

 Jumaat malam menerima tetamu dari Batu Pahat,Johor.Kawan Adah masa sekolah rendah datang satu family 6  beranak.Dulu depa dok KL ni tapi lepas tu pindah balik kampung kat Batu Pahat 

Ni depa tau Adah dan suami Adah pun ada...Baru  balik KL minggu lepas.

Balik kerja,terus gi pick up Cella @ UPM @ singgah Checkers kejap beli apa yang patut.



Buah oren & buah naga merah

Itu ja yang rasa macam cepat dan tak banyak songeh sebab guna sardin tin sahaja 

Sampai rumah ja,terus potong bawang,ulam bagai.Kena potong sebelum mandi sebab bawang bawangan ni kan kuat bau dia & melelat baunya pada pakaian.So,potong sesiap sebelum mandi..hihihihi

Terus rebus laksa & masak kuah laksa.Sementara menunggu kuah mendidih,boleh la mandi dan solat sesiap.


Lepas maghrib potong buah.


Siaplah 
- Laksa Kuah Sardin
- Bakwan Jagung ( rupanya and tak ambil gambar bakwan jagung..huhu)
- Buah Oren & Buah Naga
- Air Granedine + lemon
- Kuih Raya( walaupun raya dah habis)

Tunggu punya tunggu pukul 10 malam baru tetamunya sampai.
Rupanya depa ingatkan Jumaat KL cuti..tu yang depa singgah Jumaat malam konon tak nak ganggunhari kerja..
Eh,yang cuti Jumaat tu ..JohorrrršŸ¤£
Sembang lebih kurang,pukul 12 tengahmalam depa oun bergerak balik ke hotel penginapan.Kita pun terus mandi & ZZzzzzzz..Nasib baik anak dara tu balik.Dia la basuh bekas bekas semua...

Entah apa kesibukan duniawi sejak akhir akhir ini hingga langsung tiada masa nak BW ..waima nak update blog pun tak sempat..huhuhu

Wednesday 22 May 2024

"TIADA SIAPA TAHU DI MANA MAK"

 Entah siapa penulis asalnya tidak dapat saya kesan..Semoga saja penulisnya memberi keizinan..Saya copy & paste di sini..


                   pic Google

“Tidak ada siapa tahu di mana Mak, tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak, mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak, hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?"

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.


Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.

Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya “Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti.

Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.

Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.

Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.

Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.

Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda,

“Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.

Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.


Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.

Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.

Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.

Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah,

“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih.

Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.

Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”.

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.

Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.


Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,

“Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sunday 12 May 2024

HAPPY MOTHER'S DAY

 

Happy Mother's Day untuk semua 

ULANG TAHUN KELAHIRAN ANAK JANTAN NAN SORANG

 

Hari ini 12 Mei merupakan ulang tahun kelahiran  anak jantan nan sorang tu merangkap anak sulung daripada tiga bersaudara.


Malam tadi kami empat beranak keluar dinner kat luar untuk raikan ulang tahun kelahirannya anak jantan tersebut..



Saya & Cella memilih lamb chop


Bumil punya pesanan...penuh pingganšŸ¤­


Birthday boy punya pinggan..ayam..kambing..bebola daging,fries & wedges... 


Alhamdulillah...

Semoga Allah panjangkan usia yang barokah,limpahkan rezeki dan merahmati  anakanda.

Juga untuk anakanda Adah yang bermurah hati belanja brownies & menaja makan malam ini.Semoga Allah limpahkan rezeki yang barokah

Untuk anakanda Cella semoga Allah memudahkan segala urusan yang baik baik.


Saturday 11 May 2024

STRAWBERRY & BLUEBERRY

 

Strawberry  & blueberry



Buah yang jarang-jarang beli dan jarang jarang makan


Blueberry ni pada tekak saya rasa macam buah kemunting yang menjadi buruan kami zaman kanak-kanak...šŸ¤£



Strawberry ni pulak antara buah yang teringin sangat nak makan zaman kanak-kanak dulu ..hihihi



Alhamdulillah...sekarang ni Allah bagi ja rezeki untuk kebanyakan kita boleh dapat kebanyakan apa yang kita rasa nak makan...

SYAWAL DAH HABIS & TB MENU IFTAR PUASA 6

Pejam celik pejam celik..dalam sedar tak sedar Syawal 1445 dah hari terakhir..

Esok Jumaat dah masuk Zulkaedah..Berbaki hanya 2 bulan sahaja lagi tahun Hijrah 1445..

Bila mula tinggalkan blog tak berupdate..jenuh nak hidupkan semangat yang kian malap.Banyak ja gambar dan cerita yang tertangguh dan terbiar dalam gallery dan draf tidak tersusun.

Tayang menu puasa 6 ja lah dulu..Puasa 6 kali ni pun berselang seli sahaja..Tidaklah berturut-turut seperti tahun tahun yang lalu.Apapun syukur Alhamdulillah,akhirnya dua hari lepas selesai juga puasa 6 walau dah hujung hujung.


Mihun Goreng Putih..Antara menu iftar puasa 6


Gu kan dengan jus tembikai


Gambar pun tunggang langgang..šŸ¤­




Sambal Sardin + Petai..


Sayur Bayam Cina


Spaghetti Olio


Juga jadi bekal Cella balik kolej



Daging Goreng Kunyit + Cendawan & lada benggala



Lauk macam ni lebih feel makan dia ja..tak payah campur lauk lain



Iftar hari ke 6

Makan Roti Canai Frozen cicah kari daging ...lawan dengan teh panas

#Nak tulis banyak ni pun berhari-hari baru boleh siap.Rasanya dekat seminggu dah tulis...baru boleh post
Itu pun ada hati nak sambung belajar buat master..
šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£
Lupakanlah.....!


Saturday 4 May 2024

MELEMPENG

 

Sarapan Lempeng Cicah Asam Pedas Sardin pagi ni



Dah lama juga tak melempeng.Selalunya kalau masak asam pedas atau sambal tumis...lepas tu melempeng untuk makan dengan lebihan asam pedas atau sambal tumis..
Stok cili kering dah habis rupanya...
Tapi sebab nak juga mengasam pedas....guna ja la cili merah segar..


Tapi hari ni masak asam pedas sardin semata-mata nak makan dengan lempeng...
Hihihi

ASAM PEDAS SARDIN CILI MERAH
1 tin sardin( tin kecil)
10 batang bendi
1 sudu teh pes asam jawa + 1 cawan air
1 serai - ketuk
2 tangkai daun kesum
minyak,garam,gula

Bahan Blend:
5 cili merah
3 bawang merah
2 bawang putih
2 hiris lengkuas

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya untuk kuah.

3. Masukkan sardin dan sosnya,bendi dan perisakan.

4. Kecilkan api dan biae merenih hingga naik minyak semula.Sesuaikan rasa.


Sambil masak sardin sambil melempeng.

Siap


Pekena lempeng  dengan kopi O



RASA MACAM NAK SAMBUNG BELAJAR LA!

 1 Mei cuti umum Hari Pekerja...

2 Mei..Khamis dapat arahan hadiri taklimat berkaitan kerja kat City University..

Macam tak pernah dengar pulak university ni..Ke...saya je yang tak pernah dengar?


Laaa...rupanya City U ni kat PJ & tepi Federal Hiway  tu je..
Bila wujudnya City U ni?
Hihihihi
Nampak sangat saya dah lama tak lalu Federal hiway...
Biasa kalau nak ke Shah Alam bagai saya lebih suka guna KESAS hiway.
Bila baca info rupanya dulu City U ni dikenali sebagai Kolej Komuniti PJ.
Patutlah saya tak tau...hihihi..
( alasan)šŸ¤­




Saya sampai ke CtU ni seawal 7.30 pagi sedangkan dalam surat yang diterima taklimatnya pukul 8pagi..
Sudahnya pukul 9 baru start kerana ramai yang sampai lambat terperangkap dalam kesesakan jalan raya..Maklumlah semua peserta terlibat iaitu lebih 50 kebanyakan 1st time datang CtU ni..Tak boleh jangka trafficnya..Tapi..Federal Hiway ni bila je pun yang tak jem kan..hihihi



Taklimat dijangkakan selesai pukul 4.00 petang..
Lunch @ Cafe dorang..
Masa makan tu nampak la ramai juga student foreigner...Masa naik lif pun dapat la dengar kebanyakan bercakap menggunakan dialek Timur Tengah & Africa..

City University ni IPTS...
Tapi kenapa taklimat kami kat sini..tidak lah saya tahu..
Mungkin sebagai kolaboratif antara pihak kerajaan dengan swasta la agaknya...
Biasanya kalau ada kolaboratif ni mesti ada iklan dihujungnya ni

Benar bagai dikata..dipenghujung taklimat ada slot pendek 
"Bersama City University"

Mulanya saya malas nak dengar..Pada saya kalau dah habis talimatnya...benarkan la kami balik  awal sikitšŸ¤­
Takyah la nak iklan iklan pulakšŸ¤­
Kami bukan student..ramai dah berumur dah pun
Ada ke yang  berminat nak sambung belajar..?


Tapi bila dah tengok kursus yang ditawarkan..agak menarik
( ada macam macam course)


Meh..saya zoom in skit course yang ditawarkan...

Ada tak yang kena dengan kerjaya rakan-rakan?

Yuran pengajian....katanya antara yang agak murah
( Katanya ada special offer untuk kakitangan kerajaan)

Masa pengajian ...agak fleksibel.

Tetiba....eh,rasa macam nak sambung belajar la pulak..
Kalau buat master hanya 1 tahun..Masuk bulan Mei 2024..
Bulan Julai 2025 dah grad..
Wow...menarik!

Macam dah kena guna-guna..Tetiba rasa semangat nak sambung study...hahahaha



DENGGI BUKAN COVID PUN BUKAN

Lepas raya,antibodi macam tak berapa kuat.Mungkin juga faktor umur dan faktor pemakanan.


Ubat klinik sudah ubat farmasi pun sudah.Namun demam,batuk,sakit tekak dan migrain tidak menunjukkan perubahan positif.Nak ambil MC @ cuti keadaan tak mengizinkan lantaran perlu handle program yang agak penting.Program melibatkan banyak pihak takkan kita nak cuti atau mc..tentu menyusahkan orang lain.

Ubat dah berjenis jenis telah..Air kalapa dah 3 biji minum..namun tiada tanda sembuhnya demam dan sakit kepala.Mata dah naik sembab asyik keluar air mata bila kepala berdenyut.


Akhirnya Isnin..tak mampu tunggu habis kerja...
Ke PKD Cheras..
Doc tanya kenapa datang sini..kenapa tak pergi klinik ikut alamat rumah?
Laa...takleh gi klinik  sesuka hati rupanya
Huhuhu... klinik kerajaan ni lagi  dekat dengan tempat kerja kot...
Sebenarnya saya tak tau pun kalau nak ke klinik kerajaan kena ikut alamat rumah bagai..
Maklumlah,sokmo ambil mudah ja pergi klinik swasta sebab dekat dan takpayah tunggu lama..Ni kali pertama saya ke klinik kerajaan setelah kali terakhir  lebih 20 tahun dah kot....kalau tak salah la..



Kena ambil darah sebab suspect denggi



Ini kali ke 4 saya ke klinik  ni..Tiga kali atas urusan gigi & ini kali pertama untuk demam.

Rupanya ada unit khas untuk  demam kat belakang bangunan iaitu ruang terbuka dan tiada aircond.Kat unit demam tu la untuk suspect denggi...covid dan sewaktu dengannya.


Kena bawa darah sendiri ke makmal & tunggu result keluar & bawa semula ke unit demam untuk jumpa doc.
Besar juga klinik ni.Walau namanya klinik tapi pada saya dah macam spital.Jenuh juga nak cari bilik tu dan bilik ni...


Dapat result darah..bawa jumpa doc..
Alhamdulillah,kata doc darah saya elok ja..cantik result..
Entah lah..saya buka reti baca result tu...baik kata doc,baik lah bagi saya...hihihi

Doc kata,bebas denggi..Tapi dah suspect covid la pulak...
Kena balik buat covid test sendiri kerana covid test kit kat situ kehabisan stok..


Dipendekkan cerita...
Doc bagi MC dua hari..
MC kerjaaan memang standard warna dia kuning krim macam ni..
Tapi MC klinik @ hospital kerajaan tinggi valuenyašŸ¤­
Bukan senang doc kerajaan nak bagi MC kalau tak yer yer...hihihi

Banyak pelajaran saya dapat bila ke klinik kerjaaan..Antaranya

1.
Menguji kesabaran kita sebagai pesakit..Namun saya rasa lagi teruji kesabaran para nurse & doc nak berhadapan ratusan pesakit setiap hari.

2.
Menyedarkan saya betapa banyak perkara telah berubah seiring peredaran masa dan teknologi..membuat saya rasa sangat kerdil.

3.
Betapa beruntungnya kita dibumi Malaysia bertuah boleh dapat rawatan perubatan dengan kos murah.Begitu juga warga lain dari seluruh dunia bersama menikmati kebertuahan itu walau mungkin dikenakan sedikit bayaran namun jauh lebih murah.Layanan para petugas juga harus diberi pujian.Mungkin antara itu juga menjadi asbab Allah melimpahkan rahmat kepada kita dan tanah air tercinta ini..Semoga Allah pelihara tanah tumpah darah kita ini dari makhluk makhluk yang berniat jahat..šŸ¤²šŸ¤²šŸ¤²




Balik klinik terus beli test kit...buat covid test..
Alhamdulillah -ve
Pengakhirannya semua sakit menjadi lega hanya dengan sepapan Panadol yang dibeli semasa balik dari klinik kerajaan tu..
Alhamdulillah..Allah masih sudi menganugerahkan kesihatan yang baikšŸ¤²