Saturday 31 July 2021

DAPAT KIRIMAN BUAH MANGGIS & PETAI LAGIIII...!

 

Tengahari semalam..Tengah siap-siap nak keluar,parcel sampai atas nama saya.Eh,saya tak ada order apa pun.Tengok pengirimnya....Mmmm...

Achik...

Apa pulak dikirimnya kali ni..


Adah excited nak unboxing ...
Tengok isinya ..
Rupanya manggis & petai...
Manggis tu rasanya Achik hantar tu sebab Adah dok berzikir nak makan manggis.Tiap kali berwahatsApp dalam family group,Adah dok meratuih nak buah manggis.
Haaaa....sanggup Achik dia hantar buah manggis dari Kedah nuuuu...
Bukan takat manggis,siap pakej dengan petai.
Terima kasih Achik..!!!

Masa keluar tu  singgah Hero nak beli barang sikit... nampak ada manggis ..RM 5.99/kg..(Bacanya RM6.00)
Tapi buah-buah ni tak la secantik  buah manggis yang Achik hantar.

Petai yang Achik hantar..

Dah siap kopek kulit & rendam air untuk frozenkan.Stok jeruk petai dah tinggal dalam 10 biji  ja lagi.Hari-hari dekerjakan Cella makan dengan nasi.Ni petai fresh ni pun dah dah sepapn dibuat makan dengan nasi goreng.Sebelum lagi susut,baik cepat frozenkan.Hihihihi...


SAMBAL CILI PADI IKAN TONGKOL + PETAI

 

Sambal Cili Padi Ikan Tongkol + Petai.


Walaupun rupa sambal tu tak menawan tapi rasa dia memang tak boleh nafi.Sedap....Rupa sambal tu gelao sebab saya guna ikan tongkol lengat.Ikan lengat tu goreng garing.Air rebusan ikan tongkol tu sayang nak buang sebab penuh perisa ikan.Saya masukkan kuah  lengat aka air rebusan ikan tongkol tu.Tu yang jadi gelap.Tapo rasa dia memang win sebab kaya dengan rasa ikan.



SAMBAL CILI API IKAN TONGKOL + PETAI
5 keping ikan tongkol lengat/rebus
1 cawan isi petai
1 asam keping
minyak,garam & gula

Bahan Blend
1 cawan cili padi hijau
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Goreng ikan tongkol hingga garing.Angkat.

2. Dalam minyak yang sama tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah asam,garam & gula.k

3. Masukkan ikan goreng & petai .

4. Sesuaikan rasa

Takdak laun lain takpa dah..









KENAPA PEREMPUAN BANYAK CAKAP?


لماذا تتكلم المرأة اكثر من الرجل؟:

في دراسة قامت لهذا الموضوع، تبين أن المرأة في اليوم تستخدم ما يعادل عشرين ألف كلمة .

اما بالنسبة للرجل ، فهذا الرقم هو حوالي سبعة آلاف.

لذلك نجد أن النساء يتحدثن أكثر من الرجال بثلاثة أضعاف وذلك لإنهن يستطعن أن يتفكرن كافة الأمور في وقت واحد !! 


Kenapa orang perempuan bercakap lebih banyak daripada orang lelaki ?


 Di dalam satu kajian yang dijalankan tentang perkara ini didapati bahawa orang perempuan bercakap dalam sehari sebanyak 20,000 perkataan sedangkan orang lelaki bercakap 7,000 perkataan sahaja . 


Oleh sebab itu kita dapati bahawa kaum wanita bercakap tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kaum lelaki  , ini kerana mereka mampu berfikir semua perkara dalam satu masa !!

Friday 30 July 2021

NASI DAGANG GULAI IKAN SALMON + UDANG

 

Nasi Dagang Gulai Ikan Salmon + Udang & Telur

Salmon,bunyinya macam have-have.Hakikatnya mengutip saki baki stok fosil dalam freezer untuk dimasak.Serba sikit sisa yang masih  berbaki dicampur untuk mencukupkan.

Dah beberapa minggu plan nak masak nasi dagang.Selalunya masak NASI DAGANG BERAS PULUT & BERAS BIASA macam versi Trengganu.Tapi ni teringin pula nak makan nasi dagang ala Kelantan iaitu yang menggunakan beras merah ni.Minta Cella tolong belikan beras nasi dagang merah @ Shopee.


Nasi dagang sedang dikukus.Nampak dak macam net putih tu.Tu sebenarnya net bekas bawang putih.Masa beli bawang putih dalam net tu,saya basuh net tu & gunting elok-olok & simpan.Nak kukus pulut ka atau apa-apa bijirin,saya bentangkan net tu dalam pekgukus.So,beras tak jatuh ke bawah & bila nak keluarkan nasi pun senang angkat dengan net tu.Nak basuh pengukus pun senang takdak sisa dalam bekas pengukus.

NASI DAGANG BERAS MERAH

1kg beras nasi dagang merah-rendam semalaman

3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula

(harus santan segar untuk rasa lebih sedap)

1ketul halia muda-mayang halus

5 bawang merah - hiris

1 sudu makan halba- basuh & rendam 10 minit

1. Kukus beras merah yang sudah diirendam anggaran ½ jam


2. Semasa sedang dikukus, setiap 10 minit siram dengan ½ cawan air panas untuk melembutkan beras. 


3. Selepas ½ jam beras akan menjadi nasi & tuangkan dalam bekas besar. 


4. Siram santan bercampur garam & gula. 


5. Gaul beberapa minit dan tambah halia halba dan bawang hiris. 


** Jika nasi sudah lembut dan untuk rasa lebih lemak, boleh terus hidang tanpa dikukus kali ke-2

***


Untuk lebih tahan lama.. Kukus kali ke-2


6. Selepas gaul sebati masukkan semula kedalam kukus 


7. Kukus semula anggaran 10 minit TANPA menutup pengukus supaya beras tidak pecah dan benyek



Dah masak.Cuma untuk lain kali saya nak beli beras nasi dagang yang lebih berkualiti untuk rasa lebih sedap.Kalau tengok kat shopee macam-macam harga ada & kena pilih yang banyak beras merah berbanding beras putih.Pilih yang warna lebih gelap.Ni yang saya beli ni harga sekilo dalam  RM7++  & banyak beras putih dari merah.Menyesal masa gi Trengganu tak beli beras merah ni.Kat shopee pun banyak ja.Cuma kena pandai pilih.Macam yang ni bagi saya berapa puas hati sebab berasnya keras & "pecah biji".Baik pilih beras nasi dagang yang mahal sikit yang nampak beras merahnya banyak.Pengalaman saya yang bukan Kelantanese ni pun boleh bezakan tekstur & rasa.Bila beli online ni benda tak nampak depan mata.Nanti kalau dapat ke Trengganu lagi nak borong beras merah ni buat stok.Saya pernah masak nasi dagang merah ni yang berasnya kawan sekerja beli di Kelantan.Nak kukus pun tak payah berkali-kali.Nasinya lebih melekit bertekstur & tak la pecah biji..Saya suka yang macam tu.Nak masak pun kena sabar & proses arun dengan  yang betul supaya nasi tidak pecah kerana terlalu kembang 


Gulai Ikan Salmon+Udang & Telur.Saya masak ikut suka sahaja tapi anak-nak cakap lebih sedap.Alhamdulillah...

GULAI IKAN SALMON+UDANG &TELUR
2 keping ikan salmon
6 ekor udang
4 biji telur rebus keras
2 paket kecil rempah kari ikan.
2 cawan santan 
1 asam keping
2 cili hijau
¼ gula nissey/gula melaka
Minyak,garam

Bahan Blend:
10 cili kering
1 ketul kunyit
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1 bawang besar

1. Ikan salmon dipotong 3 setiap keping.Gaul garam kunyit & goreng garing.Udang juga digoreng.

2. Panaskan ¼ caqan minyak & tumis bahan blend +serbuk kari.Masak hingga naik minyak.

3. Masukkan santan,garam,gula melaka,asam keping & masak hingga mendidih.

4. Tambah ikan goreng,udang goreng & telur rebus.Biar mendidih perlahan supaya kuah pekat & naik minyak.

5. Sesuaikan rasa & masukkan cili hijau yang dipatahkan.

Ikan salmon 2 keping.Tengok tarikh beli dah dekat 2 bulan dalam peti ais.Harga 2 keping belasan ringgit sahaja sebab ni bukan salmon organic atau salmon liar.Ni mesti spesis salmon bela sebab tu harga lagi murah daripada ikan tenggiri. Setiap keping saya kerat 3 dapatlah 6pcs.Saya garam kunyitkan dulu & goreng garing.Geram jer kulit dia yang menggoda tu.


Udang pun ada 6 ekor sahaja.Bukan saiz besar pun.Saiz RM25/kg kat Tesco.Asalnya simpan 6 ekor ni nak buat rencah mee @ campuran dalam tomyam.Pun saya garam kunyitkan & goreng hingga merah &masak.


Siap masak gulai ikan salmon + udang.Sebenarnya + juga telur rebus.Haaa..ikan,udang & telur.


Pekat melekat.Gulai versi sendiri 

Untuk anak bujang yang tak makan ikan tu .Kari ayam dalam tin.Kari tin ni beli kononnya untuk stok kecemasan supaya depa boleh panaskan sendiri & terus makan.

Hasil 1 tin sedang.Tengok dalamntin cantik berminyak kuah dia.Bila panaskan jadi tak cantik & bau pun tak menarik selera.Tapi dah anak bujang tu tak makan ikan,dia cakap sedap ja kari ni..Hihihi

Tak tahu apa rasa sebab tak cuba pun.Habis anak bujang tu sorang makan sebab kami yang perempuan makan gulai ikan salmon +udang & telur.


Sebenarnya ni menu breakfast  merangkap lunch kami semalam.Tanpa acar,tanpa sambal kelapa.Hanya nasi & gulainya..Alhamdulillah.  


NASI GORENG MENTEGA & SOSEJ

 Depa kata kalau nasi goreng dengan mentega + sosej..tu namanya nasi goreng Permaisuri Agong.


Tapi saya tak berani nak letak nama tu sebab  saya bukan permaisuri pun..Hihihi.

Lagipun,tuanku permaisuri tu memang  handal memasak,mestilah nasi goreng beginda lagi sedap.Dulu dalam majalah & surat khabar  selalu nampak  baginda tuanku permaisuri menjelajah pelosok negeri Pahang meneroka masakan dari pelbagai kaum & etnik orang asli Pahang.


Saya pun masak nasi goreng letak mentega & sosej juga tapi pastinya rasa tak sama la dengan nasi goreng baginda permaisuri.Jangan kan kata permaisuri,kalau bandingman dengan nasi goreng budus yang mak kita masak zaman kita kecik-kecik dulu pun mestilah nasi goreng mak kita lagi sedap.Kalau bahan sama sekalipun,hasilnya pasti berbeda antara satu sama lain.

 NASI GORENG MENTEGA & SOSEJ
2 cawan beras basmathi- tanak jadi nasi.
10 batang sosej -hiris 
3 biji telur
2 sudu mentega
garam & sikit daun bawang

1. Panaskan mentega & masukkan telur yang sudah dipukul.

2. Biar bawahnya mula.membeku baru ditolak perlahan dengan sudip.Ulang lagi bila telur mula membeku & ulang hingga semua telur bergumpal kasar & nampak sudah masak.

3.Masukan sosej yang dihiris & kacau hingga harum & sosej masak 

4. Tambah nasi yang sudah dilerai & kacau gaul hingga  panas merata & naik wap berasap.

5. Perisakan & siap


Kesukaan anak-anak.

JOM,BERSELAWAT

Mari lah kita bersama sama banyakkan berselawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W setiap hari 


Dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."


(Hadis Riwayat Tabrani) 


اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 💚

Thursday 29 July 2021

SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS

 

Lauk Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis


Semalam punya semalam punya lauk yang telah mengorbankan ¾ periuk nasi.Hihihi


tabur daun kunyit banyak-banyak sedap ,& harum.Masak ½ kuali besar sambal tempoyak petai ikan bilis.Sambal tahan 2,3 hari tanpa dipanaskan.Kalau nak tahan lama lagi,panaskan setiap hari.Kalau nak masak banyak sekali gus & asingkan bekas-bekas kecik & frozenkan pun ok.

SAMBAL TEMPOYAK PETAI IKAN BILIS.

2 cawan ikan bilis bersih

1 cawan isi petai -hiris 3

1 cawan tempoyak.

1 cawan cili padi hijau+merah

1 bawang besar

1 ketul kunyit

1 asam keping.

2 helai  daun kunyit

Minyak,garam & gula


1. Blend bawang besar,cili padi & kunyit kasar-kasar.

2. Masukkan bilis bersih dalam blender yang mengandungi bahan kisar & kisarkan bersama bilis sederhana kasar.

3. Panaskan ½ cawan minyak & tumiskan bahan blen.Tambah tempoyak,asa,garam,gula & masak hingga mendidih.

4. Masak dengan api perlahan hingga naik minyak.Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris.


Makan samabal tempoyak ni feel lauk-lauk kering ja.

Telur dadar

Ikan talang masin +ikan talang masam.Ikan talang masin yang nampak tulang tu yang Achik post masa PKP 1 tahun lepas.
Ikan talang masam tu pulak yang Pakcik beli masa balik dalam PKPP hujung tahun lepas rasanya.

Ulam timun ja.
Orang kata kalau timun dengan durian,timun akan kalah sebab bergolek pun luka,digolek pun luka dek duri durian yang tajam.Tapi kalau durian dah jadi tempoyak,masa tu timun akan tenyeh-tenyeh durian...
Hidup ini kan umpama roda....hihihihi


KENAPA ALLAH JADIKAN BEGITU?

 لماذا مــآء العيـن مآلـح !! ومـــآء الآذن مـر !! ومــآء الفم عذب؟؟:


✿- جعل ماء الأذن مـرا 

في غـآية المـرارة, لكي يقتل الحشـــــرات والأجزاء الصغيــــرة التي تدخل الأذن .


✿- جعل ماء العيـن مالحا 

ليحفظها لأن شحمتهـا قابله للفساد فكانت ملاحتها صيانة لهآ ..


✿- وجعل مــآء الفم عذبــآ ليدرك طعم الأشياء .


Kenapa air mata rasa masin? Kenapa cecair telinga  rasa pahit? Kenapa air liur rasa tawar ?


Cecair telinga pahit dan sangat pahit bertujuan untuk membunuh serangga dan benda asing yang masuk ke dalam telinga.


Air mata masin untuk memeliharanya kerana sturkturnya yang mudah rosak. Jadi rasa masin dapat melindungi mata.


Air liur rasa tawar untuk membantu persepsi rasa-rasa pelbagai makanan.

Wednesday 28 July 2021

COCKTAIL BUAH NAGA

Cocktail buah naga.


Dah lama tak minum ais.Layankan tekak.Sebenarnya nak kurangkan stok buah dalam peti ais tu.Maklumlah 2 minggu tu banyak juga beli buah.

Maka hari ni sambil ber Work From Home kita juga Work For Home la...pinjam ayat SK sat..
Nampaknkat dapur dia pun ada ayaw rona pink..Ayaq bandung Saji katanya...hihihi


Telioq dakkkk..????
Hehehe..

Nak buat pun tak susah.

Untuk semangkuk besar 

COCKTAIL BUAH NAGA
1 biji buah naga merah
3 biji apple merah
2 sudu biji selasih(rendam)
1 tin laici
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
Ais

1. Apple dikupas kulit & dadu 
2. Buah naga juga didadu.
3. Selasih direndam kembang.
4. Dalam mangkuk besar,bancuh susu cair & susu pekat.Kacau rata,jangan tambah air.
5. Tambah laici bersama airnya.
6. Masukkan semua buah-buahan & biji selasih serta ais.Kacau rata.Jangan tambah air.
Haidang sejuk.


Dapat semangkuk cocktail

Puas minum anak beranak.Semua senyap menikmati cocktail ni..Hihihi..

MENCUBA KUIH CUCUR PANDAN

 Selalu buat kuih cucur  akak cucur Jawa guna gula merah timbang.Kuihnya warnak coklat.


Mencuba Kuih Cucur Pandan.Kuih yang sama tapi versi pandan.


Cuma macam kurang kembong.Mungkin sebab sukatan cecair dia berunah bila saya guna pes pandan botol tu.Sepaputnya lain kali pes tu dimasukkan dalam air bancuhan siap-siap supaya cecairnya tidak berlebihan.


Saya guna resipi cucur Jawa.Cuma gantikan gula merah kepada gula putih semuanya.


RESIPI CUCUR PANDAN:

1cawan tepung beras

1cawan tepung gandum

1 cawan gula putih

1 1/4 cawan air suam + ½ sudu teh pes perisa pandan

sikit garam

minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan  gula.


2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati


3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang


4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam


5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.


Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,


Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...



SIFAT-SIFAT MULIA SEORANG SUAMI

 


اختاري زوجًا بصفات كريمة ، ومن هذه الصفات : 

-الحرص على الإنفاق على زوجته وأولاده من الرزق الحلال.

 -الحديث مع الزوجة باحترام ، وعدم العبوس في وجهها. 

-التطيّب والتزين للزوجة، كما هو حال الزوجة مع زوجها. 

-الإحسان إلى أهل الزوجة وإكرامهم.


Pilihlah suami dengan sifat sifat yang mulia . 


Di antara sifat sifat yang mulia itu ialah : 

- Sentiasa berkeinginan untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak anak daripada sumber rezeki yang halal.

- Berkomunikasi dengan isteri dengan penuh hormat dan tidak bermasam muka terhadap isteri.

- Berkeadaan kemas dan berhias untuk isteri sebagaimana isteri berkeadaan sedemikian rupa untuk suaminya.

- Berbuat baik kepada ahli keluarga isteri serta memuliakan mereka.

ALAS PERUT

Sekadar alas perut dipagi hari.Tapi cukup mengenyangkan kerana penuh fiber.

Multi grain & seed.Roti yang sedap tapi anak-anak tak suka.

Penuh serat.Rasa dia kasar tapi sedap untuk dikunyah.Tambahan pula bila dibakar & sapu butter.Lemak rangup.


Kelemahannya...susah nak dapat .Mungkin sebab permintaannya tak seperti roti putih.Kalau jumpa memang akan sambar la sebungkus.Tahan la dua tiga hari sebab takdak sapa nak berebut.

Tuesday 27 July 2021

KARIPAP FROZEN PUN SEDAP JUGA

 

Dah lama tak buat karipap.

Karipap frozen pun sedap juga.Dah lebih sebulan membeku dalam freezer.

Lagi la hanya panaskan minyak,Goreng ..siap...Tal sempat berpeluh pun..Hihihihi