Showing posts with label AKU DI SABAH. Show all posts
Showing posts with label AKU DI SABAH. Show all posts

Sunday, 24 May 2026

JOM , KE SEMPORNA,TENGOK PAKEJ APA YANG ADA

 Sebelum bertolak ke Tawau hari tu,Adah ada hantar pamplet day trip package ke pulau-pulau sekitar Sempona..

Sebelum ni dah pernah juga 2 kali ke Semporna tapi hanya untuk makan makan seafood di restoran terapung kat situ sambil menikmati pemandangan laut lepas dan  kehidupan  anak anak laut (katanya Bajau Laut)Nanti saya akan kongsikan satu tempat makan yang pada saya sangat berpatutan...view cantik..makan sedap harga sangat berpatutan.Walau mungkin ada tempat lain lagi bagus tapi kongsi dan simpan jyga di sini u tuk rujukanmasa depan..


Cuma kali ni nak share dulu tentang pakej day trip yang Adah suruh pilih..Sebelum ni dah beberapa kali Adah ajak tapi saya yang belum mahu.Adah anak bersnak dah beberapa kali join ke pulau-pulau sekitar Semporna ni.

Kali ni saya setuju sebab ingat Achik boleh join..Tapi tu la...belum rezekinya...



Harga pakej adalah termasuk  permit masuk pulau,lunch dan snorkling.
Ada  banyak pekej yang ditawarkan tapi Adah share 3 pakej ni sahaja untuk kami pilih.


Pakej A
Pulau Bohey Dulang
Pulau Matabuan
Pulau Sibuan



Pakej B
Pulau Mabul & Pulau Kapalai..



Pakej C
Pulau Pom pom
Pulau Timba timba
Pulau Mataking



Term & Condition









Penerangan Pakej A..Sesuai untuk yang suka hiking..Mesti best kan...dapat tengok view sekeliling  dari puncak bukit









Pakej B..
Mabul tu yang jadi tarikan






Pakej C pun menarik...


Ni kalau Achik  dapat join ni...Dulu masak mak ikut,Adah dah ajak tapi mak bukan minatnya pake macam ni..Mak hanya minat pakej shoping🤭

Saya pun sebab dah beberapa kali tolak...Kali ni rasa macam tak tolak dah...

Ada rasa

 nak healing² kat pulau








Saturday, 23 May 2026

APA YANG BEST KAT PASAR MALAM CHESTER,TAWAU?

 Kalau ke Tawau...haruslah pilih Jumaat,Sabtu & Ahad supaya dapat ke Pasar Malan Chester kat Pekan Tawau tu..Pasar malamnya panjang dan meriah..Selain eneka makanan 

Minggu lepas pun dua malam berturut jugak la ke Pasar Malam Chester tu..Pasar malam ni kena la dengan saya yang memang pemakan dan suka mencuba segala makanan selagi halal dan diterima tekak.Macam dulu pernah bawa mak ke sini ..mak lebih tertarik nak beli tudung,t shirt dan buah sahaja sebab mak bukan pemakan macam saya.


Saya ni kalau boleh semua nak beli...semua nak makan....Banyak jenis makanan Sabah ni saya kenal melalui blog Cokgu Amie...Bila berpeluang ke sini saya cuba cari dan rasai serta kenali makanan terdebut.Antara yang sudah saya rasai..pastil,buras,tumbu,latok,putu,piutu,bronko,kapurong,telemek,pentolan,coto ,dan beberapa jenis kuih lagi yang saya dah 

Ni hasil menjala kat Pasar Malam Chester tu hari Jumaat malam baru ni.Walau sudah kekenyangan kerana makan Nasi Ikan boulu dah lewat ..pastu makan pulak pisang goreng bagai,rapi harus la juga pergi  kerana takkan lengkap kalau ke Tawau tanpa singgah Pasar  Malam Chester ni..



Antara hasil menjala Jumaat malam tu...
Ada putu..latok..bubur ,ikan putih bakar,tumbu pulut putih dan pulut hitan,telemek,takoyaki,gorpis,burger dan jus avocado.








Ni la telemek.Kali pertama beli hari Jumaat ru pisangnya besar besar..Rasa macam pisang abu..Satu bekas tu ada 8 pcs.
Saya beli 2 bekas telemek...satu bekas RM10
Sebelum ni pernah nampak telemek ni kat blog Cikgu Amie.
Ni kat sini pun menantu saya dok cakap telemek sedap.
Alhamdulillah,dapat merasa keenakan salah satu makanan Bugis ni..
Rasanya lemak manis dan harum pisang bercampur baur haruman kacang

Pisang carenel yang diisi dengan kacang tumbuk+gula


Ni malam ke dua pasar malam tu saya borong 5 bekas telemek...RM50 
Dua malam beli dah macam beli durian kat semenanjung RM70 beli telemek sahaja...hihihu
Sebenarnya saya nak bawa bawa balik KL...Nak bagi anak jantan tu rasa.Juga saya bawa ke tempat kerja sebagai ole ole untuk kawan kawan...Sebelum ni saya dah bawakan meraka tumbu dan putu...
Kalau tak kerana mudah rosak sebenarnya saya nak bawa untuk mak dan achik tapi telemek ni saya perhatikan boleh bertahan sekitar 3-5 hari.Masuk hari ke 6 dia dah mula naik kulat.Mungkin kalau dibuat lebihkan gula caremelnya boleh tahan lebih lama agaknya kerana gula kan boleh jadi salah satu pengawet.



Ni jalaan malam ke2...
Pentolan bakar..
Empat cucuk pentolan ni RM10
Rasanya macam bakso dibakar cicah sos pedas



Beli tumbu ingat nak bawa balik KL..tapi sayangnya dah sampai KL rosak sudah
Ikan bakar tu fresh



Ni makanan orang muda
Vietnam roll...takoyaki dan apa ke nama satu lagi tu...fillet salmon diroll tu


Latok malam ke dua ni saya beli kat gerai lain pula.Swbav masa malam sebelum nampaknkat getai ni lagi menarik..Sambal cicahpun nampak lagi sedap.
Ya betul.....sambalnya lagi sedap tapi latok tu belum dicuci rupanya.Patut lah nampak lagi fresh.Saya pun baru tahu...latok kalau nak tahan lama jangan dibasuh air tawar..biarkan dia dengan air lautnya...Patut la latok sebelum ni macam cepat layu..Rupanya mungkin penjual dah basuh bersih bersih supaya bila pelanggan beli dah ready to eat.
Yang saya beli kali ni saya tak perasan...Ambil setangkai terus celup dalam sambal...krup krap krup krap kunyah seriau gigi kemain kerana bukan letusan biji latok tang terasa sebalikny kunyahan pasir pasir laut yang melekat dicelahan biji biji latok..
Terus saya bawa ke dapur dan basuh.Nak basuhnya juga berulang kali dicelup dalam air yang banyak sambil goyang goyang bekas tu dan hasilnya keluarlah pasir pasir laut tu...
Tapi benarlah...lepas cuci..memang nampak latok mula mengecut..Kena habiskan makan..kalau simpa esok dia dah kecut layu macam anggur dijemur panas.



Bubur Ayam ..Adah beli untuk Sarah




Ni la yang saya cakap fillet salmon roll tu...entah apa namanya




Ni hasil jalaan  kat pasar malam Chester tu pada malam ke2 iaitu malam minggu..
Masa ni kami baru balik dari Semporna..Terus ke pasar malam sebab saya nak beli telemek dan kapurong
Tapi dah singgah tu bukan la dua menu tu saja kannnn n...hahahaha



Kapurong....
Kapurong yang beli kali ni elok kejadiannya..bulat bulat terpisah sebiji sebiji.
yang saya beli sebelum ni nampak lembik macam bercamtum antara satu sama lain...
Tapi bila dah makan...eh,sedap lagi yang lembik dulu tu..Saya pernah post tentang  KAPURONG SEDAP...kat sini . Apapun masing masing ada seleras tekak masing masing 

Bayu,rakan setugas saya di KL ada bagikan saya 2 bungkus sagu rumbia yang dia bawa dari Beufort sebagai ole ole.Dia belikan saya bila saya selalu sebut nak makan ambuyat dan kapurong..tapi belum terbuat lagi...Nanti kalau ada masa dan merajinan nak bawa balik Kedah dan buat kapurong makan sama sama kat sana..Nak bagi Achik rasa.




Ikan panggang ...Ikan belawais katanya...sekor ni RM13


Tumbu ni sayangnya sampai KL dah basi .Sebelum ni veli elok taahan beberapa hari.Yang kali ni taktau kenapa cepat basi...veli di Tawau...buang di KL...hihihu


Beli kat sini....Rambang mata saya dengan aneka makanan Bugis ni...



Latok malam pertama tu...nampak kurang segar tapi ready to eat


Putu ni beli Jumaat malam....tempat selalu beli tu...RM2/pc
memang sedap ..kenyal dan tahan lama..Bawa balik KL berhari hari masih elok

Malam ke dua saya ada beli lagi sebatang kat tempat latok berpasir tu...Har
Lebih mahal RM3/pc & rasanya juga kureng sikit ..ada rasa masam dan bau lebih kuat.Tapi saya sendiri pun tak tau mana yang sebenarnya ori...yang masam berbau atau yang kenyal tiada aroma.
Dulu selalu baca tentang putu ubi kayu dalam novel dan cerpen yang berlatarkan masyarakat bajau laut.Juga pernah tengok dokumentari Majalh 3 tentang putu dan masyarakat bajau...tentang tehek tehek iaitu sejenis makanan yang dibuat dengan cara mengisi beras dalam cangkang landak laut ke apa tu..
Salah satu lagi makanan yang saya teringin nak rasa ialah telur landak laut atau juga disebut.Belum pernah rasa..




Ni putu yang saya beritahu beli malam berikutbya tu...rypa dan warna tidak seputih putu yang saya beli malam sebelum tu  Harga pun lain...Kat sini putu RM3/pc dan latok RM4

Tempat pertama yang putu sedap dan latok tak berpasir tu Putu RM2/pv dan latok hanya RM3.

Boleh jalan jalan dan bandingkan harga antara satu gerai dan gerai lain..Boleh cuba beli lain lain getai dan balik cuba raasa.Mana yang berkenan lain kali ada rezeki boleh repeat..



Ni gerai putu dan latok yang saya rasa putunya lebih sedap dan harga juga lebih murah.
Ini hanya pandangan tekak saya ..Mungkin lain orang lain citarasa..


Gerai lain malam kedua ....latok lebih segar tapi balik kena basuh dulu yer sebelum makan.Yang dalam bungkusan tepi putu tu namnya tompek...Bahan sama dengan putu tapi dimasak cara lain..Yang ni disangai kalau tak salah saya...rasa lebih kurang macam lempeng sagu..
Saya pernah beli tapi tekak saya lebih menyukai putu.


Ni entah apa nama...




Ni la yang salmon roll tu...tu yang bulat bulat ada dot kat tengah tu..Cella &Adah suka sangat... Saya walaupun makan tak memilih...bab nak makan salmon mentah tu tak boleh go!
Pernah cuba tapi sekadar sesuap..telan juga sebab beli kan...hihi
Tapi dah tak boleh nak masuk seterusnya...Baik saya makan ikan panggang..hahahha


Semoga akan datang masih ada rezeki Allah kurniakan untuk dapat ke Borneo lagi dan dapat merai keenakan makanan ini lagi...in shaa Allah..

Thursday, 21 May 2026

SARAPAN GADO-GADO @ MAK HAJAH TAWAU


 Hajat hati bak sarapan NASI KUNING RESTORAN MAK HAJAH,TAWAU...kerana masih terkenang kenang akan keenakannya. Apa lagi kalau berlaukkan sambal ikan putih atau sambal ikan tuna..Aroma daun pisangnya membuatkan teringat-ingat dan tak sabar nak ke Restoran Mak Hajah..


Namun rezekinya ...dah tertulis kami akan bersarapan  Gado-gado .
Alkisahnya sampai di Restoran Mak Hajah sekitar pukul 8.00 pagi .Kalau di semenanjung  pukul 8 pagi tu kira masih sedang elok kan..sebab matahari pun baru sejengkal kot dari celah bukit..Namun di sini walau kita masih satu negara dan waktu pada jam tangan adalah sama ,tapi hakikatnya bumi Borneo ini lebih dulu menerima pancaran matahari kan...




Hakikatnya 5.45 pagi dah segini terang macam 6.45 pagi kat sememanjung kan...
So kalau nak gi sarapan pukul 8 pagi tu...jangan hairan kalau banyak makanan dah habis..hihihi..
Ini lah yabg terjadi pada saya...Bila sampai kat Restoran Mak Hajah ,stafnya cakap... Nasi kuning dah habis!
Nasi  lemak dah habis!
Terkulat-kulat saya menelan air liur kempunan tak dapat makan nasi kuning..
huhuhu

Pujuk hati ...tak apalah takda nasi kuning...Kita boleh makan Coto Makassar ya g kuah pekat bekacang tu...sedap juga masa cuba Coto Makassar  kat Mak Hajah ni juga sebelum ni..

Apalah malang.....Coto Makassar juga sudah habis!
Akhirnya terpaksa redho Cella  pilih Roti Telur... Sarah juga makan roti telur disuap ayahnya kerana. mummy nya tak ikut....Saya & menantu pesan Gado-gado..



Walau hati sedih tak dapat makan nasi kuning dan coto makassar tapi sekurang-kurannya dapat makan gado-gado.Salah satu sarapan tang agak popular di sini.Sebaliknya macam takda  kot jumpa kat semenanjung..Taktau la kot saya ja ya g tak jumpa sarapan macam ni...hihihi

Cella tanya apa beza pecal dan gado-gado...??
Saya pun tak pasti...tapi dari pemerhatian dan rasa...saya dapat aimpulkan beberapa perbezaan..



Gafo-gado ni kuah kacangnya dimasak macam kuah kacang  hari raya tu..tapi sedikit cair berbanding sambal kacang raya.Kalau pecal kan kuahnya hanya divancuh air panas setelah semua bahan lain digoteng dan di tumbuk bersama.

Antara condiment gado-gado ni saya nampak ada ketupat nasi,taugeh celur,kangkung,timun hiris,tauhu goreng,telur rebus dan keropok udang Yang pink kat atas tu taburan keropok udang ..

Bila makan gado-gado ni saya pasti teringat buku teks  Sains Rumah Tangga dulu-dulu...Ada gambar dan resipi gado-gado yang pada saya anak kampung di pedalaman ni makanan ni agak asing.Apa lagi ada tempe goreng yang pada masa tu saya tak pernah tahu pun apa itu tempe.Mendengar nama pun tak pernah apa lagi makan tempe.Buku SRT dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 banyak mengajar saya mengenali dan meneroka dunia masakan.Walau hanya buku teks tapi itulah " syurga" saya.Saya sangat suka mentelaah buku teks SRT terutama mengenaliasakan dan cara hidangan.Walaupun saya dah mula memasak seawal darjah dua tapi saya hanya kenal msakan dan bahan basic ya g ada sekeliling rumah..Dapat membaca dan melihat gambar masakan berwarna menjadi teapi bagia untuk saya..Dari buku teks SRT tu lah saya berangan  nak beli majalah masakan..Dari meminjam majalah dari warden asrama pula membuatkan saya berangan bila sudah bekerja saya akan langgan majalah bulanan ..Alhamdulillah,Allah mendengar dan memaqbulkan apa yang diimpikan.Mungkin impian saya itu apalah sangat kan....tapi ia sangat membahagiakan saya dan saya sangat sangat bersyukur..
Perangai suka berangan tu terbawa bawa hingga kini.....Kalau nampak makanan dan negeri orang yang cantik...saya akan memasang angan angan ....
Namun bukan semua angan angan tu Allah maqbulkan...Ada beberapa yang Allah maqbul,ada banyak lagi yang saya masih berangan dan mengaharap Allah me dengar dan memaqbulkan....Antara yang saya berangan dari zaman sekolah rendah ialah nak ke Nee Zealan dan Australia bila selalu baca buku Geografi tentang  peladang biah-biahan di Australia dan penternak lembu dan biri-biri di New Zealand...Dan....pastinya juga saya me gimpikan saya dijemput menjadi tetamu Ka'abaitullah....

Tuesday, 19 May 2026

LUNCH IKAN BOULU LAGI @ NINA HILLTOP

Antara makanan Sabah  yang melekat di deria rasa  saya ialah ikan boulu goreng crispy tanpa tulang...Dulu hanya selalu baca dan tengok gambar kat blog Cikgu Amie..Berkat dok "berzikir" ikan boulu tu,Allah maqbulkan hajat nak makan ikan boulu tersebut.Beberapa kali juga dapat menikmati keenakannya.

Terbaharu..hari Jumaat lepas...anak menantu bawa lunch kat Nina Hilltop .Kali terakhir makan 5 bulan lepas..Walaupun ada pelbagai menu lain kat sini...namun Set Ikan Boulu tetap jadi pilihan saya...



Set Nasi Ikan Boulu...tak tanya pulak Adah berapa harga..Tapi kalau ikut harga 5 bulab lepas RM10 sahaja...Rasanya masih sama kot sebab dekat page depa saya dah komen jangan naikkan harga🤣





Kami berempat pilih menu yang sama ...4 set Ikan boulu....
Servicenya masih cekap dan pantas macam sebelum ni juga..Rasa dan keenakakannnya  masih sama. Ikannya goreng panas panas....Sup kosong tu ealaupun kosong tapi kaya rasa lada sulah yang memberi kepuasan bila dihirup panas panas...Sambal kicap dia kental dan sambal kemangi tu paling saya suka... Adah,Izzudin dan Cella hanya makan sambal kicap ...Saya "tapaw" ketuga tiga sambal kemangi depa tu untuk saya makan saorang bercicahkan ikan boulu goreng...

Tapi gambar tu rasanya lagi menarik masa kami makan KAT SINI MASA TAHUN 2024 .....



Kalau makan kat si i juga tidak sah kalau tak veli pisang goreng kat gerai tepi. tu...Pisang gorengnya sedap sangat pada tekak saya....Tak tahu apa rahsianya...hingga rasanya begitu sedap...


Semoga Allah masih mendengar dan memaqbulkan doa dan zikir saya untuk dapat ke sini lagi.....in shaa Allah


KE TAWAU LAGI MEI 2026

 Weekend baru ni  Jumaat 15 Mei 2026   saya terbang  ke Tawau lagi  untuk kali ke 5 sepanjang Adah anak beranak di sana.

Dalam tempoh 3 tahun ni berpeluang 5x ke Tawau pun tumpang rezeki yang Allah kurniakan kepada anak menantu dan cucu.Allah masih kurniakan lagi rezeki dapat jejak Tawau lagi untuk tahun 2026 ni...Juga asbab mereka di sana jugaklah  cuti Krismas 2024 dapat cukupkan kuota mak untuk cukupkan jejak kaki ke semua negeri di Malysia.Kalau tak kerana mereka di sana,ikut akal saya memang tak la kot kami ke sana.Tapi mungkin rezeki Allah turunkan kerana selalu berzikir minta Allah kurniakan rezeki ke sana  bila tiap kali terdetik dalam hati seronoknya ke Negeri Bawah Bayu bila selalu baca blog CIKGU AMIE.Walaupun pernah 2x menawan Gunung Kinabalu ,tapi pastinya Tawau lebih dekat dihati kerana di sana  Allah limpahkan  rezeki kepada  anak,menantu dan cucu hingga kami juga menikmati tempias rezekinya...

Juga sebenarnya disudut peribadi... mungkin di Sabah ini ada darah daging kami yang yang lahir di sini..Misteri sejak tahun 1972 yang belum terungkap hingga kini...Mungkin ini lah antara rahsia Allah sampaikan kami ke sinu...Wallahua'lam


 

Flight kami seawal 6.00 pagi dari KLIA 2.Kali ini saya juga ditemani Cella.Seperti sebelum sebelum ni,,Jumaat Sabtu dan Ahad jadi pilihan kerana nak sesuaikan dengan hari Pasar Malam Chester di Tawau..Tak lebgkap kalau ke Tawau tak menikmati kemeriahan dan menu pasar malam yang  jarang jumpa di semenanjung..

Cuma sedikit ralat kerana  Achik tak dapat setai kami..saya sangat berhajat nak ajak Achik anak beranak bersama ke Tawau kali ni.Bila anak menantu dapat tiket warab balik Tawau minggu lepas,saya dan Adah dah plan nak ajak Achik ke Tawau. Tahun lepas dah plan nak ke  Tawau/Semporna.Walau kami rancang dah hampir jadi tapi  Allah belum izinkan  bilamana anak menantu kena balik semenanjung pada pertengahan Disember tu..


Kali ini juga memang plan dengan Achik nak bersama ke Tawau..Namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan,Achik dan Aqil tak dapat join.Ingat nak belanja Haikal ke Tawau tapi sayangnya Haikal juga tak dapat join kerana terikat dengan program pada tarikh 15 Mei tu.Anak jantan saya pula tak dapat ikut kerana baru sahaja ambil cuti ride bersama rakan²nya ke Penang beberapa hari sebelum tu.Akhirnya hari Rabu Adah booking tiket untuk saya dan Cella sahaja.Esoknya saya mohon cuti dan Alhamdulillah ppagi Jumaat  sekitar pukul 4.00 pagi kami 2 beranak bertolak dari rumah.

Kali ni kami ambil keputusan untuk drive sendiri dan park kereta di KLIA 2 selama 3h2m tu.Kesian nak minta tolong anak ja tan tu hantar dan jemput kami pulang nanti kerana dia baru sahaja ambil cuti pergi ride tu.Lagipun sebelum ni pernah bebrrapa kali pengalaman park kereta kat sana semasa beberapa kali ke Kuching sebelum ni.Anggaran harga bayaran parking sebelum ni untuk 3h2m sekitar RM150++Padahal ada je Aerobus dari TBS-KLIA2 tu dengan harga tak sampai RM20 pun sehala..Kalau tak silap Adah kata masa dia berulang alik jadi volenteer PPV KLIA masa covid tu harganya RM12 sehala.tapi biasa la kita manusia ni kan...kalau ada lagi senang pastinya memilih nak lagi senang kan...hihihi.
Kalau saya sorang meraba juga nak parking kereta kat sana tapi sebab Cella dah biasa datang sorang-sorang jer tiap kalau hantar dan jemput Adah  dari KLIA 1 & KLIA 2.
So,dia dah familiar nak cari parkir yang dekat dengan pintu masuk dan keluar bagai..


Alhamdulillah....selfie nak hantar kat Adah bgtau kami dah masuk plane.Lega bila dah  masuk dalam perut kapal terbang.Adah dah tolong check in sesiap malam Jumaat sebelum fly..Lepas parking kereta  dah pukul 5 pagi...terus ke lobby Cella print tiket & tengok gate dah buka..Sekali baru tengok flight kami kat gate K...Jenuh menapak sebab gate K memang jauh..Jenuh menapak...elok elok sampai memang penumpang hot seat & Zon 1 dah mula beratur..Memang betul betul Allah mudahkan urusan.Lain kali jangan buat hal leweh leweh lagi..Patut pukul 3 pagi bertolak dari rumah baru tak kelam kabut.



Untuk meal,kali ni saya pilih mee wantan ,manakala Cella pilih menu baharu Air Asia iaitu  Malatang
Cella kata dia nampak kat Tiktok ramai recoment order malatang ni..
Tapi tu la...bau dia satu kapal🤭

Wah,nampak sedap kan...
Kena tunggu 7 minit sebelum bagi mee(sebenarnya kue teow) tu sedia dimakan..Sedap sebab kuetoew dia kenyal...kuah hotpot tu pulak pedas dan berperisa apa ek...yang bila makan lidah rasa kebas macam kita makan wasabi tu ..Harga pun sangat berbaloi yer.. Yang ni Adah dah siap order meal masa booking tiket.Tapi kalau tengok kat buku menu Santan tu combo dengan minuman baru RM13++...Sangat recomended bagi yang suka pedas dan makanan lengkap berkuah hangat dan pedas Ada jenis ya g ditawarkan iaitu malatang dan creamy seafood tomyam.Tapi kalau jenis perut tak tahan ...takut sakit perut la makan pedas sangat.Saya memang suka sebab peminat pedas..


Satu perkara yang saya cukup risau kalau dalam flight kalau kita duduk berjiran dengan orang lain dan mereka pula tak order makanan..Macam kali ni pun sebab berdua,pastilah seat satu lagi akan diisi dengan orang orang lain 
.Lagi-lagi kalau seat sebelah kita adalah kanak-kanak...Memang tak tertelan nak makan  kalau budak tu tak order makanan...Saya tak ada masalah nak pelawa makan atau nak kongsi makanan tapi zaman sekarang ni kena fikir 10x...perkara betul boleh sahaja me jadi salah..


DANNNNN .....
Apa yang saya risaukan...itulah yang terjadi...
Cella duduk seat A tepi tingkap sebab dia nak rakam gambar awan..saya duduk seat tengah B...manakala seat C adalah penumpang kanak-,kanak lingkungan umur bawah 10 tahun rasanya...


pic google

Nasib baik saya sudah bersedia....Sehari sebelum tu saya dah minta Cella belikan saya 2 bekas kerepek kentang ni 


Dan 2 bungkus kekacang macadamia + gajus ni ..Dalam hati dah terdetik jika ada budak duduk sebelah saya  dan dia tak order makanan..saya nak bagi ni supaya saya dapat makan makanan saya tanpa rasa bersalah sangat🤭..Kalau ikutkan memang mana-mana  penerbangan pun  tak dibenarkan bawa makanan luar tetapi dari pengalaman kalau penerbangan tambang murah  ni depa .Takat sedikit makanan ringan macam chips dan coklat kecil in shaa Allah staf depa pun buat buat tak nampak atas budi bicara..
Lagipun selitkan sikit kekacang ni sebab sekarang AA dah takda jual kekacang  ek?.
Sebelum ni depa  ada depa jual kekacang dalam pek  kecik kecik tu kan.. ada potato chips ,coklat cadbury bagai kan...
Ke saya yang ketinggalan...maklumlah kita buka selalu fly kan...hihihi

Tapi sekarang bagusnya sebab  banyak pilihan menu brand Santan tu kan..Kebetulan kanak-kanak perempuan yang seat sebelah saya ni saya nampak mereka 6 beranak iaitu ibu bapa dan 4 anak yang masih kanak-kanak  duduk berpecah pecah tempat duduk dan semua tak pesan makanan pun.Mungkin mereka hanya ambil seat random yang tidak memerlukan bayaran tambahan.Macam kami selalunya memang kami akan buat bayaran tambahan demi nak dapatkan seat tepi tingkap🤭🤣 dan seat berdekatan antara satu sama lain taknak berpecah.Lain lah kalau fly sorang tak kisah dapat seat random..untung nasib dapat tepi tingkap tanpa tambah bayaran kan...Kita ni sanggup la bayar lebih demi sebuah tingkap dan taknak berpecah...🤭
Lagipun kita ni bukan selalu berpeluang naik kapal terbang  hari -hari macam pramugari tu kan....hihihihi🤭🤣🤣🤣🤣🤣

Berbalik cerita kanak-kanak sebelah saya tu. Cella dah dapat agak saya akan berikan chips tu kepada budak tu.Cella dah larang saya supaya jangan bagi sebab risau dilah anggap..Tapi saya cakap saya tak sampai hati nak makan jika ada budak memandang tanpa ada makanan untuknya...
Bila budak tu terjaga,saya bagi juga chips tu kepadanya kerana saya belum habis makan mee wantan dan Cella masih makan malatang noodle..

Namun dalam hati tetap berpesan kepada diri sendiiri supaya tidak melakukannya lagi. Saya juga tidak pasti tindakan saya ini wajar atau tidak,namun yang pasti ia tetap salah.Cuma atas budi bicara sahaja.


Dari langit subuh masih gelap....



Hinggalah cahaya fajar diufuk timur mula terang...


Cella melayan mata..manakala saya curi-curi jenguk tingkap..Kalau tau dia hanya nak membuta...baik saya jer duduk seat sebelah tingkap tu..🤭


Welcome to Tawau.....
Dipendekkan cerita...tepat pukul 6 pagi take off  KLIA2 & tepat 8.50 pagi touch down @ Tawau Airport







Buka wasap nak bgtau Adah kami dah landing...Tengok wasap rupanya Adah SS dari Radar 24 flight kami tadi ruoanya merwntasi ruang udara negara Brunei Darussalam...hihihi..So boleh la perasan sikit dah pernah ke Brunei...walaupun hanya ruang udara..🤣🤣🤣





Airport Tawau tidaklah besar..Hanya   lebih kirang airport Alor Setar jugak...so,tak susah sangat nak berurusan.Turun bawah keluar lobby tunggu Adah tengah cari parkir.Rupanya Adah datang berdua sahaja dengan suaminya...Sarah dah dihantar ke rumah pengasuh kerana hari Jumaat kan hari bekerja...Adah dan suaminya juga tengah kerja tapi excuse sekejap untuk jemput kami di airport..


Alhamdulillah....perut masih kenyang makan mee wantan dan malatang  dalam flight tadi.Planing kami nanti lunch break nanti  Adah & suaminya nak bawa kami lunch Ikan boulu goreng.Tiap kali datanga Tawau wajib lunch ikan boulu ni...
Harap-harap buka la warung Nina Hilltop tu..Kalau tak...mau kempunan saya....




Tuesday, 23 December 2025

BELI KAPURONG SEDAP @ PASAR MALAM JALAN CHESTER

..Kalau ke Tawau antara yang wajib dikunjunginialah Pasar Malam Jalan Chester yang dibika setiap hari Jumaat Sabtu & Ahad.Putu dah beli dah kat PASAR MALAM JALAN CHESTER...Sabtu malam pi lagi paasar malam yang sama iaitu Pasar Malam Jalan Chester..Kali ni dah plan nak beli kapurong



Maka kita tayang la kapurong yang sedap ni .hihihi
Sebelum ni ada la sekali dua dah beli kapurong kat Pasar Malam Jalan Chester ni tapi sebab vi kedai yang sama ,maka saya ingat rasanya memang macam tu..kuah bening kangkung dan sedikit condiment lain..
Tapi masa servey kapurong ni Jumaat malam sebelum tu..nMpak ada banyak gerai yang jual dan nampak macam lebih bervariasi...


Saya pilih kapurong di lorong bertentangan dengan sebelum ni...Nampak condiment lebih meriah....


Isinya pun penuh....Memnag tak habis makan ..Apa lagi membeli juga makanan painnya 


Adah beli mochi 



Cella beli brownis



Ada juga  jus alpukay....jus apa lagi entah tu
Buah alpukat segar...




Pastil a.k.a karipap inti mihun..
malam sebelum tu beli intinya mihun putih..
Kali ni intinya mihun berkicap...
Kuih bom tu memang beli 3 biji sahaja sebab nak rasa lain-lain 

Buah aplukat..aka avocado...
Ni avocado local kulitnya livin dan warnanya hijau cerah...
kalau yang import kan biasanya kulit gelap dan menggerutu.. Rasa tak jauh beza cuma kalau yang kulit menggerutu lebih berlwmak dan isinya padat..Yang locl isinya lebih lembut dan sedikit juicy 

Beli juga lagi tumbu'...
Beli beberapa batang putu untuk bawa balik KL
Beli latok 4 pack nak bawa balik KL tapi cair dalam peti ais...hihihi
Mungkin cara simpan tu salah
Selain tu beli beberpaa jenis kuih untuk merasa tapi tak terambil gambar rulanya..
Kuih borongko dan beberapa jenis kuih lagi yang saya dah lupa namanya..
Banyak kenal nama nama kuih ni dari blog Cikgu Amie la...

Syyy ..minggu lepas rakan sekerja saya ..Bayu bagi say 3 pack tepung sagu dia beli khas kat Sabah masa valik PRU Sabah baru ni...
Nanti ingT nak balik kampung Cuti Krismas nak ajak Achik semua masak kapurong kat kampung...Kalau jadi saya up .
Kalau senyap jer tu...tak jadi la tu...🤭🤣