My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Saturday, 17 October 2026

HAPPY BIRTHDAY MAK

Happy birthday mak!


Kalau ikut mykad ni birthday mak ke 79 tapi kalau ikut tahun Hijrah ni dah kira umur mak 81 tahun..Bila bgtau mak,umur mak sama ngan umur PMX,mak kata mak memang tau hal itu.Kata mak PMX tu nampak lebih sihat dan cergas daripada mak.Tapi bila bgtau umur mak juga sama dengan Tok Guru Haj Hadi Awang...Mak lebih bersemangat kerana mak rasakan mak pula yang lebih cergas.Tapi  nak bandingkan mak dengan saya kalau tak kerana patah tangan mak yang bersimen tu....Mak jauh lebih cergas dan aktif berbanding saya anak ke3 mak ni ...Makanya umur bukan ukuran kesihatan tapi adalah kurnian dan kasih sayang Allah kepada kita semua..


Kalau ikut birthday mak 15 Oktober ... 15/10
Tapi cucunya si Cella,tak hafal tarikh...dia pi suruh tulis 16/10...hahaha
Dia konon nak buat surprise neneknya...
Masa kami dua beranak balik ziarah mak minggu lepas belum sampai tarikh birthday mak.. Kami balik 9 - 12 Oktober...Birthday mak 15/10 jatuhnya hari Khamis..


Tu la...tak tanya dulu...konon nk rahsiakan sangat nak beli kek untuk neneknya.. ..Tak bagi ikut,dia nak pi sorang Pekan Pendang nak isi minyak kereta kat Petronas tu katanya.


Sekali sambil  hantar gambar dia dah belikan kek.Sambil menyelam minum air.Dia kata nampak ada kedai kek baru buka tak jauh dari Petronas tu...Kat Pekan Pendang ni ada beberapa kedai kek.
SR pun ada tak jauh dari situ,tapi mak bukan penggemar kek..Setahu saya mak hanya  akan makan dua jenis kek iaitu kek planta plain & kek perisa oren.Pun kena homemade.Kalau yang beli paling dipaksa pun maknhanya akan  makan pun hanya sesuap sekadar ambil hati...Bab makan mak agak memilih orangnya..Kedai mamak mak tak makan,Nasi-nasi berperisa mak tak suka,kuih pun kalaunkuih buah melaka veli mak tak akan makan kerana katanya takut depa gentel dengan dua belah tangan tak alas..hahaha..Padahal kalau kami buat pun kalau mak tak nampak gentel juga tanpa alas.Kalau depan mak alas la tangan dengan daun pisang atau kalau takda daun,gentel la atas piring..
Tapi kalau nak banding dulu dan kini,banyak dah benda mak makan berbanding dulu..Haaaaaa....makanan western mak suka tau!!
🤭🤣
Paling mak suka pasta olio...kalau pasta ada sos bolognese ke carbonara ke mak tak suka.
Tapi anak mak sorang ni  tidak menurun  emaknya...Kalau bab nanan memang beeselera je makan apa pun🤭🤣




Tu yang bila Cella tanya nenek hanya makan kek apa jer?  Hanya dua tu je lah mak suka...Maka Cella beli kek oren


Kata Cella banyak pilihan kek tapi dah nenek hanya suka kek planta plain & oren sahaja...kek lain jamu mata sahaja.Itupun nasib baik ada kek oren..


Pemakan macam saya.ni  geram jer tengok gambar yang Cella share ni ..Takpa lain kali kita beli yang lain pulak..



Ada juga pilihan bouquet bunga...
Tu...yang hijau  seberang sana tu la Petronas Pendang...Ni kalau tak salah antara yang selalu jadi destinasi suami Jaja ni!
Mana la Jaja ni dah sunyi tak update blog dah sejak seronok dok kat kampung halamannya di utara sana...Sesekali update la  Jaja!



TTK dah bolat dah sejak dok stress siapkan assgment & tesis final year hari tu asyik tak tidur malam...Harapnya sebelum konvo bulan Disember nanti kalau tak dapat la tukar saiz M kembali saiz SS macam sebelum ni ,dapat saiz S pun jadi la...
Jenis kami ni muka bulat belaka.So, kalau slim macamana pun tak nampak slim sebab muka yang penuh tu nampak dulu...Apa lagi kalau memang tak slim 🤭

Ikutkan 4harin3 malam sangatlah pendek...tapi nak sambung cuti lagi ada kekangan kerana  13- 19 Oktober,saya ada tugasan penting yang wajib diseleaaikan.Amanh kerja yang tak boleh nak tangguh,kena siapkan sebelum duedate.

Walau hati rasa amat bersalah pada Achik sekeluarga  yang terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersama adik beradik lain.Namun hanya mampu berdoa agar Allah limpahkan rahmat dan berkat serta mudahkan urusan Achik.Selebihnya,hanya Allah lebih mengetahui betapa besar pengorbanan Achik dalam keluarga kami.Jika tidak keterlaluan,ibaratnya selepas emak,Achiklah yang banyak jasanya kepada keluarga kami.Begitu juga dengan Pakcik.

Semoga Allah kurniakan mahligai indah untuk emak dan Achik sekeluarga di syurga kelak & kami menjadi jiran dapat sentiasa bersama seluruh keluarga kekal didalam syurga Allah buat selama-lamanya..Walaupun malu untuk kepada Allah untuk berdoa yang sebesar ini kerana sedar akan diri menjadi hamba yang terlalu banyak dosa,namun pesan salah seorang ustaz...kita kena doa dan memohon serta meminta kepada Allah sebanyak-banyak dan sebesar besar doa kepada Allah lerana Allah itu maha agung..Jangan dilecehkan dengan hanya mohon yang sedikit kerana Allah mampu memberi segala yang tak akan mampu tercapai dengan akal kita.Makanya kita berdoalah yang sebesar-besarnya tanda kita mengagungkan Allah dan percaya akan keesaan Allah..Wallahua'lam...


Happy Birthday mak!

Semoga malaikat mencatat segala kebaikan mak dan memadamkan segala dosa mak.Memanjangkan usia mak yang berkat.Kurniakan kesihatan dan keceriaan untuk mak..Bahagiakan mak di dunia dan akhirat nanti..

Sesungguhnya diri ini sedar bahawa diri ini  bukan anak mak yang baik.Tidak pernah menzahirkan kasih sayang kepada mak kerana tidak pandai menzahirkannya,kasar dan tak pernah berlemah lembut dengan mak,Selalu mengecilkan hati mak...selalu sibok urusan dunia hingga selalu banyak alasan kepada mak..Tapi  hati ini tahu bahawa  mak telan semua itu kernaa kasih sayang mak kepada anak tak pernah bersyarat!

Mak tolonglah sentiasa  maafkan anak mak yang sorang ni..Jangan pernah lupa selitkan nama anak mak ini dalam setiap doa mak! Tanpa doa mak siapalah diri ini mak!

Wednesday, 15 July 2026

HAPPY BIRTHDAY ANAK NOMBOR DUA

(Catatan semalam ni tapi lupa nak publish)

Hari ni 14 Julai..bersamaan ulang tahun anak nombor dua dalam rumah ni...

Siapa lagi anak nombor 2...?

Hihihihi....


Tapi sambut awal dua hari kerana harinni Selasa semua kerja kan....


Cella buat surprise untuk kakaknya.Malam minggu Cella  balik tidur kat rumah.Pagi ya masa kami nak pi Pasar Tani Shah Alam...Cella cakap dia taknak ikut...
Masa kami otw balik rumah,Cell pm saya jangan beli & tak payah masak lunch....
Dia nak belanja pizza


Smokw chicken


Peperoni


Haiwaian Supreme..


Ada side dish...Onion Ring & hashbrown..
& Root Beer


Alhamdulillah....tak payah masak...hihihi



Semoga Allah panjangkan umur yang berkat...Maqbulkan segala doa yang baik..Dikurniakan keluarga yang Sakinah,Mawaddah wa Rahmah🤲

Tuesday, 7 July 2026

TERIMA KASIH NORIMAH & ACHIK

 Dah belated birthday,tapi masih dapat kiriman...

Antaranya dari Norimah @ Dungun....Rakan sejawat yang dah dekat 10 tahun dah berhijrah ke Trengganu tapi tetap saban tahun menitipkan hadiah birthday untuk saya

Semalam Cella tolong tebus...sepotong kek dan minuman  dari Zus..




Dalam hujan lebat ni patutnya pesan kopi...Tapi hari tu dah try minum Cella punya kopi Zus ni tapi saya terus sakit kepala..maka Cella pesan munuman apa ke nama entah ni...yang bukan kopi la...


Terus update kat Norimah...dah tebus ..

TERIMA KASIH NORIMAH!


 Balik rumah pulak nampak ada parcel ....

Rupanya kiriman dari Achik....
Achik memang sokmo sokmo akan kirim baju,tudung kasut bagai..
Tapi yang ni hadiah birthday katanya...
80% pakaian saya memang dari Achik...Kalau ada yg saya beli pun kadang Achik yang bayar🤭....camana tu?🤣

Apapun Alhamdulillah...semoga Allah ganjarkan pakaian yang terbaik di Syurga untuk Achik....🤲

TERIMA KASIH ACHIK!!


Friday, 3 July 2026

BIRTHDAY 3 JULAI 2026

 Saya dah lupa bila kali pertama dok sambut birthday ni kerana seingat saya sejak kecil hngga zamam persekolahan tak pernah pun dok sambut birthday....Rasanya macam 1st time sambut birthday ni masa zaman belajar kat KL dah...Pun sebab terikut ikut...orang sambut kita pun nak sambut juga....hihihi






Hari ni 3 Julai 2026,bermakna umur saya coundown lagi ...Kata ilmuan,setiap tahun umir kita semakin menurun....Semoga Allah panjangkan umur kita dengan keberkatan...

Kek tu bukan hari ni punya tapi kek hari pavlova tu hari Ahad baru ni 28 Jun 2026 masa sambut SAMBUT BIRTHDAY CUCUNDA SARAH MIQAYL A @ REBUNG 2 PUTRAJAYA

Anak3 tu plan untuk Sarah bersama Tok Mummy kerana birthday kami dalam minggu yang sama...Sarah Isnin..Tok Mummy hari Jumaat...awal & akhir minggu.





Adah yang urusakan dan belanja kami semua...Setiap alas pinggan ni ada kad ucapan ni...



Greeting card .....


Pavlova comel ni sebagai penyeri....



Makanan sebenar haruslah penuh pinggan...Makanan kat Rebung tukan semuanya memang taste umur umur saya...hihihi.
Lauk pauk kampung,kuih muih tradisional...,laksa,rojak,mee rebus,pulut kuning,ubi rebus,wajik,dodol,cendol,ABC ,teh kopi bagai pastilah penuh dalam perut ni..

Ini merupakan kali ke 6 saya menjamu selera di Rebung 2 Putrajaya selain pernah sekali kat Rebung 1 berhampiran Bukit Aman tu..Banyak entri tertanggih tentang makan kat Rebung 2 ni.Nantilah kalau rajin kita sambung ..hihihi..Hari tu nampak Cikgu  Amie pun pernah pi Rebung 2. ni.....Sebelum ni pernah dah bawa mak,Achik,Pakcik,Aqil ,Cella,Anak Jantan tu makan sini..Masa tu,3 kali plan nak belanja Haikal tapi Allah belum izinkan...Haikal ada urusan dan kekangan tak daat join pada tarikh² yang dipilih...Adah anak beranak.masih kat Tawau...Kali ni Adah belanja,Haikal  dah dapat join..Sayangnya menantu pula sedang kursus tak dapat balik...Nampaknya nak kena pi lagi la ni...🤭






Mengabadikan kenangan bersama cucunda Sarah Miqayla ..
Masa dah siap makan...tengah nak bergambar...tetiba lagu paling popular kat dunia...."Happy Birthday" dimainkan dan serentak tu semua pengunjung juga menunjukkan sporting ...pakat berhenti makan dan bersama menyanyi lagu Happy Birthday dsn bertepuk tangan ...Meremang juga bulu roma,kerana terperasan sekejap rasa macam orang terkenal🤭🤭🤭Padahal depa nyanyi untuk Sarah🤣
Tok Mummy tumpang tuah dan rezeki bersama diraikan....




Sarah terkebil kebil kehairanan kenapa ramai orang nyanyi🤣
Bila suruh tiup lilin pun dia taknak tiup ..Dia pandang je lilin  tu..Agaknya pelik kenapa kek tu dinyalakan lilin...Elok jugak lah dia tak tiup lilin tu...hihihi







Rezeki dikongsi anak-anak untuk emaknya ...Depa kata kesian tengok dok kata ambil gambar tak cantik...Ni depa share adik beradik  bg handphone baru...
Walaupun kat mulut ni banyak nak cakap ...
Bia la mulut saya ni ...nak juga cakap tak payah la beli...sayangnya duit...ampa boleh guna untuk diri sendiri...banyak la nak cakap tapi saya pegang kata kata salah satu komentar dalam salah satu entri hari lahir ...supaya jangan cakap apa² kecuali mendoakan yang baik baik untuk anak anak...Maka saya pun hanya mendoakan kebaikan untuk anak anak...( walaupun hakikatnya keluar juga beberapa buah karangan🤭)





Haikal juga ada bersama...Salalu bz dengan urusan kerja tapi sempat juga meluangkan masa demi Sarah yang dok seru seru..."Nak uncle...nak uncle"....
Haaa....asalnya masa kat kampung balik Raya hari tu... Haikal sesaja je mengusik Sarah jangan panggil "Pak Long"...tak best....Dia  suruh panggil "uncle" ..
sudahnya melekat Sarah panggil "Uncle"



Rakam gambar kat belakang Reatoran Rebung 2...Port wajib bergambar kat sini kan....selain view tasik dan jambatan tu...


Hari ni pun berderet la ucapan daam group kerja...Bos lama Puan Eleen juga wish awal pagi ..Norimah dari Dungun juga tak pernah gagal berserta link Zuss ..dia suruh redeem Zus..hihihi
Saya ni bukannya reti ...hihihi
Ya Allah...jagakan iman,akhlak,lisan dan tutur kata serta tulisanku agar tidak menjadi dosa ....🤲🤲🤲🤲


Tuesday, 30 June 2026

HAPPY BIRTHDAY CUCUNDA SARAH

 Kebelakangan ni terasa jadual kehidupan semakin tidak tersusun.Caca marba dan dan hilang rentak...Salah diri sendiri sudah tida pandai menyesuaikan diri dengan putaran siang malam 24 jam.Agaknya kalau Allah jadikan siang malam 50 jam pun tetap merasa ridak cukup...hihihi



Semalam  29 Jun 2026 ,ulangtahun ke-2 kelahiran cucunda saya,Sarah Miqayla...
Beza umur lebih kurang  dua minggu ++ dengan  HAMZAH.....cucunda Cikgu Amie

Kalu tahun lepas 1st BIRTHDAY SARAH ,SAMBUT KAT SICRET RECIPE TAWAU..kerana kebetulan saya dan Cella ke Tawau...Masa tu sarah baru pandai jalan selangkah dua...Sekarang dah pandai berlari tak terkejar dah Tok Mummy....mulutnya juga dah macam bertih goreng...petah berceloteh yang kadangkala membuatkan dia give up kerana kita yang tak faham apa yang dicakapnya ....hihihi


Tahun ni,Alhamdulillah birthday Sarah @ Rebung 2 Putrajaya.Mummy Sarah yang  areange sambutan mini  dan belanja  keluarga kecil kami makan...Sayangnya ayah Sarah tak dapat serta kerana terikat dengan tugas di luar.Sambut awal sehari dari tarikh sebenar..Sepatutnya 29 Jun tapi kerana 29 Jun jatuhnya hari Isnin..Maka,Mummy Sarah pilih 28 Jun iaitu sehari lebih awal kerana 28 Jun hari Ahad...semua cuti ..


Meja untuk keluarga kecil kami menyambut birthday Sarah.....@ Rebung 2 Putrajaya



Asslnya dapat meja  panjang depan cashier  & bila request nak m3ja nampak view tasik,pihak Rebung 2 tk dapat penuhi kerana tempahn last minutes...& ruang tengah yang mengadap tasik dah full house!



Tapi nak jadi rezeki Sarah....
Masa on the way ke Rebung 2 tu ..Adah cakap staf deco bgtau dapat meja  bulat besar yang ada view ni...
Alhamdulillah
😍😍😍




Uncle Haikal juga datang dari Sunway bersama sekotak toy"R"us...Happy Sarah dapat berjumpa Uncle Haikal.Mulut pelat sebutan tak henti menyebut "Uncen"..


Malam Jumaat ...iaitu tiga hari sebelum birthday..Saya hadiahkan sepasang telekung comel ni kepada Sarah.Asalnya nak jadikan hadiah birthday bersama set bag pack kanak-kanak.Tapi menegenangkan malam tu malam Jumaat...malam penuh berkat...baiklah pakaikan Sarah telekung tu agar dia dapat bersama ikut bersolat.Sebelum ni Sarah sangat suka ikut ikutan bila nampak kita solat.




Bebunga hati Tok Mummy bagaikan bunga pada telekung Sarah juga bila melihat cucunda nan sorang ni menunjukkan kecerdasan mengingat dan mengikut bila diajar sesuatu...



Benarlah sebutan menjadi doa
Bila pakaikan telekung tu untuknya....kemain excited dia menggayakan solat siap dengan takbirratulihram & mulutnya syy..syyy..syy seakan menbaca surah sebagainana dia nampak perlakuan orang bersolat...
Kemudian bila di suruh berdoa...disebut-sesebut diseru seru ayahnya....

Mungkin berkat doa Sarah dalam "solatnya" sejak malam Jumaat menyeru  ayahnya...tengah malam tadi ayahnya surprise dapat balik 



Semoga Allah kurniakan kepada cucunda Sarah,umur yang panjang lagi berkat,fizikal yang cergas,akal yang cerdas.Menjadi anak soleh penyejuk hati ayah dan mummynya...menjadi hambaNya yang taat berjasa kepada agama,negara dan juga kepada orang lain.🤲🤲🤲🤲


Wednesday, 16 July 2025

HAPPY BIRTHDAY ADAH

 

Semalam punya semalam.......iaitu 14 Julai adalah birthday Adah yang ke penghujung 20-an...hihihi

Hari Ahad tu pagi-pagi lagi saya dah wish birthday Adah dalam group Little Family...Kemudian,saya bergegas siap terus ke ATM.Nak transfer sikit duit untuk belanja SR kepada  birthday girl la konon.

Sekali masa tengah panaskan injin kereta,Adah VC...Katanya kenapa wish awal sehari...Birthday dia 14 Julai..Hari ni baru 13 Julai..

Laaaaa....saya kepeningan...🤣🤣🤣




Esoknya...wish lagi sekali...hihihi
Saya wish by whatsApp dengan mengahantar video ni kepada Adah yang berada nun di Tawau..
Ni kalau Cella & abangnya tengok ni pasti jelouse ni sbb mak depa siap buatkan video pendek untuk Adah...kat depa tak buat🤭
Semua ni sejak tahun lepas mak depa baru berjinak dengan youtube atas foktor terpaksa dek tuntutan kerja...Asalnya stress sebab tak tahu langsung..Lama-lama eh,jadi seronok pula main edit edit video ni walau saya hanya tahu paling basic je pun..

Bulan Julai ni memang kami 3 beranak menantu berkongsi bulan kelahiran..Saya 3 Julai...Adah 14 Julai manakala menantu pula 29 Julai nanti .Cucunda tu pun asalnya mommynya dok doa nak bagi lahir bulan Julai...tapi Allah dah aturkan sehari awal kepada 30 Jun..Kalau tidak,Adah tiga beranak memang semua bulan Julai..hihihi

Saya ada baca rahsia bulan kelahiran  hasil kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah ... & saya c&p kat sini...


JULAI

# Sangat seronok didamping

# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki

# Agak pendiam kecuali dirangsang

# Ada harga dan maruah diri

# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

# Mudah dipujuk dan bercakap lurus

# Sangat menjaga hati orang lain

# Sangat peramah

# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya

# berjiwa sentimental

# jarang berdendam

# mudah memaafkan tapi sukar melupakan

# tidak suka benda remeh-temeh

# membimbing cara fizikal dan mental

# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang

# layanan yg serupa dgn semua orang

# tinggi daya simpati

# pemerhatian yg tajam

# suka menilai org lain dgn pemerhatian

# mudah dan rajin belajar

# suka muhasabah diri

# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama

# suka mendiamkan diri

# suka duduk dirumah

# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

# tak agresif kecuali terpaksa

# lemah dari segi kesihatan perut

# mudah gemuk kalau tak kawal diet

# minta disayangi

# mudah terluka hati tapi lambat pulih

# terlalu mengambil berat

# rajin dalam membuat kerja


Eh....macam banyak pula betulnya dengan diri saya....hihihi

Wallahu'alam...


Wednesday, 9 July 2025

MY BIRTHDAY

 

Kek birthday daripada anak-anak untuk birthday maknya  yang ke 21🤭🤣🤣🤣



Depa  dah tagging bunga tu sebagai mom's slices...
Customate by Cella....

Maka kita pun potong la tempat tagging tu🤭

Cella hadiahkan kek
Anak jantan tu belikan powerbank
Adah kirimkan tudung &kirimkan duit suruh abang & adiknya bawa maknya makan..
Alhamdulillah...Allah pinjamkan lagi umur..


Actually bermula 1 Julai hingga 4 Julai saya berkursus di Port Dickaon Negeri Sembilan..
Waktu breakfast pagi 3 Julai tu depa nyanyi la lagu HB reramai..
Eh,depa tau la birthday kita...
Padahal kami bukan sama tempat kerja...semua dari lain lain tempat kerja tapi masih dalam KL la & beberapa orang daripadanya memang kami selalu bekerjasama



Petang 3 Julai tu habis jer kelas pukul 5 petang...rakan-rakan ajak keluar ngopi tepi pantai.Saya pun join..


Rupanya depa senyap2 plan nak belanja sclice cake & kopi


Juga depa tong tong beli hadiah handbag...
Seronok sangat seminggu bersama mereka menikmati rutin bagai zaman  sekolah...
Allahu..terharu...
Terima kasih Umi..Ani..Mai..Ash..Yanti & Mejar..


Berbaju batik ke Pantai Teluk Kemang...orang gomen kan...Khamis wajib la batik....habis jer kos pukul 5....memasing berpoya poya di pantai😅

Alhamdulillah....Allah kurniakan rezeki sambut birthday tahun ni kat Pantai Teluk Kemang...
Tak dirancang tapi takdir Allah...




Monday, 30 June 2025

HAPPY 1st BIRTHDAY CUCUNDA - SARAHMIQAYLA

 

30 Jun 2025  - genaplah setahun usia cucunda nan sorang tu..


Alhamdulillah dapat bersama maraikan majlis kecil.

Kebetulan berkunjung ke sana pada 20- 22 Jun baru ni.

Maka sebelum fly balik ke semenanjung....sempatlah meraikan dalam majlis kecil pada pada 22 Jun iaitu awal seminggu dari tarikh sebenar.


Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati cucunda tok mommy...Sarah Miqayla

Amiinn ....




Monday, 12 May 2025

HARI NI BIRTHDAY ANAK JANTAN NAN SORANG TU..

Anak jantan nan sorang tu hari lahirnya jatuh pada 12 Mei..Kalau ikut kalendar Hijrah masa tu...lahirnya dia pada 13 Zulhijjah..tatapi 
12 Mei 2025 jatuhnya cuti Hari Wesak la pulak ..3 minggu lagi nak raya Haji🤭
Kalender masihi & kalender hijrah memang akan ada selisih kerana. kalender Hijrah ikut pusingan  bulan...Manakala kalender masihi ikut putaran matahari.



Cella belanja kek birthday abangnya.Tapi bukan hari ini..sebaliknya semalam punya semalam...10 Mei 2025
Memandangkan hari ini 12 Mei,Cella tak balik rumah sebab depa ada group assignment kat bengkel.... abangnya pulak  kerja..
Maka sambutan diawalkan pada hari Sabtu sebab Sabtu semua ada kecuali Adah la .🤭


Kek Oreo katanya ..
Sebelum tu dah ada 2 Mita Kek ..
Semalam kek SR
Uish...sepanjang minggu ni asyik makan kek nih....
Alhamdulillah...semoga kek kek yang masuk perut tu jadi penawar dan ubat untuk slimkan badan🤭🤣



Selain kek ni ...ada la masak masak sikit hari Sabtu tu....
Nanti kita cerita next entri.....