Showing posts with label BEKAL KE SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label BEKAL KE SEKOLAH. Show all posts

Tuesday, 27 May 2025

NASI IKAN GORENG DENGAN KICAP JER...

 

Ikan Goreng saja...



Nasi Putih

Ikan Goreng

Renjis Kicap 

Ada Sup Daging frozen.Panaskan hingga mendidih & bungkus semula.Cella taknak tapi suruh juga bawa.Bagilah sapa-sapa nak makan nasi berkuah.

Ada nanas dalam peti ais..bagikan sekali sebab nanas tu manis & tak lidas.

Tu je bekal Cella bawa balik kolej hari Ahad...

Sabtu pagi dia balik rumah nak sarapan...Pastu kata nak balik kolej.Memang dia balik..Tapi balik amik laptop & balik semula ke rumah..hihihi

Ahad lepas zohor baru balik semula kolej.Saya pulak malas naw nak masak lauk bagai.Sebabnya dok keluarkan segala khazanah dalam peti ais.Ada yang dah expired.sayur bagai ada yang dah kecut mecut..Kelapa ada swbungkus dah tengik..Santan ada 3 pack tapi dah mula bau peti ais.Daging rebus ada 2 bekas..Ceker ayam ada 10 pcs..Makananya terkumpul 5 kali beli ayam la tu kan...hihihi

Santan tu ada sya buat sesuatu...Nantikan next posting ...hihihi



Ada 3 keping ikan salmon.Tapi ikan salmon ni yang baru beli hari Sabtu masa keluar breakfast ngan Cella Beli kat Giant,Spectrum Mall,Ampang.
Lama dah tak beli salmon ni.Dulu zaman Cella masih sekolah menengah selalu beli buat bekal dia sebab masa tu harga masih mesra poket.Masa tu juga kalau hari minggu saya suka gi Hero awal awal masa pekerja tengah slices salmon.Boleh beli kepala salmon dapat bawah RM10.Kalau perasan masa tu memang banyak posting pasal kari kepala salmon.
Naw sejak aBangla dah ramai kerja situ...kepala salmon semua depa punya...Masa dok slices ikan tu depa dah simpan siap-siap.Tak merasa dah kepala salmon sekarang...



Ni pun jumpa kat Giant..(actually dah lama tak jumpa  pasaraya Giant 🤭) Dulu sikit-sikit Giant.Peti ais sekangkang tupai kat rumag ni pun dulu beli kat Giant Taman Connought tahun 2006..Tahun depan ulang tahun ke 20 peti ais tu🤣.Pasaraya tu pun dah jadi car wash dah..




Bekal Cella ..
Nasi putih 
Ikan Salmon Goreng
Renjis kicap sikit
Sebab lidah Melayu nak juga pedas...tabur jer sambal bilis kering yang Achik bagi masa raya hari tu


Cella bawa 2 box nasi + ikan goreng.Takkan nak bawa 1 je kan..
Cella bawa apapun selalunya minta extra untuk kawan..Katanya box dia...dia nak makan puas-puas tak nak share...hihihi

Monday, 7 August 2023

MASAK MEE KERING GORENG UNTUK BEKAL

 Semalam masak spaghetti Olio..Hari ni masak Mee Kering Goreng untuk bekal anak dara bongsu tu.Eh,memang dia sorang ja dah anak dara kan..Saya selalu lupa yang Adah dah kahwin dan saya ni dah jadi mertua!


Mee Kering Goreng...letak udang juga sebagai rencahnya 
Rupa tak jauh beza kan dengan bekal semalam,spaghetti Olio Udang...hihihi


Saya guna mee kering  ni



MEE KERING GORENG

½ pack mee kering (5 keping)

15 ekor udang - buang kulit

½ batang carrot - potong jejari

1 pokok daun sup + daun bawang

Kicap secukupnya

Minyak,garam,gula,perasa


Bahan Blend:

5 cili merah

1/2 bawang besar

5 bawang putih


1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee


2. Semantara air memndidih panaskan minyak.


3. Goreng udang  hingga masak dan ketepikan

4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.


5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.


6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumisan.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis


7. Masukkan udang goreng  & gaul rata sambil direnjis kicap


8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang



Masak setengah paket ja mee kering tu..5 keping sahaja kerana saya dan Adah akan menghadiri kenduri.



Bekal Mee Kering Goreng is done..


Sunday, 6 August 2023

BEKAL SPAGHETTI OLIO UDANG

 

Bekal Spaghetti  Olio Udang🍝
Untuk Cella gi kerja semalam.Sejak bulan lepas lagi dia dok zikir,cuti sem nanti nak kerja cari duit.. tapi dia sendiri tetapkan syaratnya....taknak F&B..hihihi

Alhamdulillah,dalam banyak-banyak yang apply..ada beberapa yang respon & salah satu jadi pilihan..31 Julai training & start 1 Ogos kerja.Bermula kembali bekal tetap.Hari tu abang & kakak bekal on off..Ni nampanya kena kembali istiqomah buat bekal.Dia dah cakap selagi belum gaji kena buat bekal..Kalau dah gaji pun kena buat bekal juga...Mana la abang ngan kakak tak jeles....kata anak bongsu untung laaaa...!

hihihi


Ni menu bekal semalam..hari Sabtu..Sebelum tu bawa bekal pasta dan nasi dengan lauk.
Semalam saya masak Spaghetti Olio ni sebagai bekal.Masak bodo bodo cara saya ja la...
Masak pun sikit saja sebab tu ja stok spaghetti yang ada. Dapat la untuk 2 portion.

SPAGHETTI OLIO UDANG CARA SAYA
¼ paket spaghetti ( tapi sebenarnya saya guna pasta vermicelli) sebab kecik sikit saiz dia.
10 ekor udang buang kulit
3 bawang putih- cincang
¼ bawang Holland- cincang
1 biji tomato masak merah-cincang
3 cili padi merah ( keluarga kami memang suka pedas)
Daun sup,chilly flakes,garam,kiub ayam dan minyak

1. Jerang air dalam periuk untuk celur pasta.

2. Panas minyak & tumis bahan cincang..bawang holland,bawang putih dan cili padi 

3. Bila harum masukkan pula tomato cincang dan masak hingga lembut.Tambah udang,garam dan kiub ayam.

4. Celur pasta seminit dua agak-agak sedikit lembut saja tapi dalamnya masih mentah.

5. Terus masukkan pasta ½ masak tadi bersama sikit air rebusan pasta dalam tumisan.

6. Kacau gaul biar pasta lembut mengikut selera.Saya suka pasta yang elok-elok lembut saja tapi jangan sampai kembang sangat @ overcook.

7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang & chilly flakes.


Siap bekal anak dara bongsu tu..Betul la juga cakap abang dan kakaknya...Untung anak bongsu.Sampai dan besar panjang mak masih sediakan bekal..hihihi.
Pada saya pula kebanyakan anak-anak sekarang memang bertuah pun..Kebanyakannya mak yang masak walau dah jadi anak dara..hihihihi.
Saya cakap ni merujuk anak-anak saya.Yang lain mungkin anak-anak tak kira lelaki perempuan cekap di dapur.Saya salute dengan ibu-ibu yang pandai didik anak tak kira lelaki perempuan.Cekap mengurus diri dan rumah tangga.Tip top.

Dalam kes saya memang salah diri sendiri saya sendiri la,lemas tengok depa nak masak terkial-kial,cari tu tak jumpa,cari ni tak jumpa.Sesikit tanya.. lepas ni nak letak apa?..lepas ni nak boh apa?..Ish,saya bukan pengajar yang baik..tak reti nak ajar...Sudahnya suruh depa tepi kita yang take over...hihihi
Padahal sesekali depa masak waktu saya takda ..menjadi ja tanpa tanya pun..🤭

Monday, 23 January 2023

IDEA BUNGKUS NASI LEMAK LIPATAN BENTUK KOTAK

 

Nasi Lemak Sambal Kerang..Tak letak timun dan kacang bagai.Hanya nasi,sambal kerang  dan telur.

Nasi Lemak Bungkus Kertas Bentuk Kotak.
Salah satu  idea menarik nak bungkus bekal.
Nampak kemas dan lain la sikit dari kebiasaan kan..
Lima bungkus bekal.Satu untuk anak bujang..satu untuk Adah dan lagi 3 untuk saya bawa ke tempat kerja.
Ni bukan la hari ni punya bekal.,sebab hari ni
Sambal tu saya masukkan dalam plastik dan bungkus bersama dalam kotak nasi.Ia bertujuan agar mudah  nak kendalikan dan kertas tidak berminyak serta comot.Nak makan baru buka dan tuang sambal.
Idea dan cara lipat kotak tu saya lihat DI SINI...
Memula tengok macam susah tapi percayalah ..dah cuba dua tiga kali...ok tidaklah susah sangat sebab tak banyak step pun.
Cuma kalau nak buat bekal anak banyak-banyak better lipat sesiap waktu malam atau waktu santai sesambil tengok TV tu 

Bagusnya idea ni kerana kita tak staple bentuk kotak tu.Hanya bahagian atas sahaja.Kalau nak lekat degan selotape pun lekat elok kot(saya blm pernah cuba)


Kertas boleh dibuka dengan mudah ketika nak makan.Selain isi nasi lemak,bungkus mihun pun sesuai ni.Eh,saya rasa kalau bungkus cekodok pun menarik ni...hihihi


Thursday, 12 January 2023

BILA TIADA IDEA UNTUK BEKAL,WRAP SELALU JADI PENYELAMAT


Bekal paling mudah bila takda idea

Buat telur hancur


letak salad..mayo & sos pilihan


Roll it


Dah siap


Guna plastik cling


wrap kemas-kemas

Taraaa...
Mudah nak bawa
mudah nak makan

Balut pula dengan tisu..
Tak la nampak sangat apa bekal kita kan...hihihi
Tisu buat lap tangan lepas makan


Bawa juga pisang dan air kosong..
Siap bekal ....

Monday, 2 January 2023

BEKAL 1 & 2 JANUARI 2023

Memegang kata dan janji untuk berjimat cermat dan nak kembali aktif masak bekal..

Kita mulakan dengan bekal mudah-mudah ja la kan...hihihi


Bekal anak bujang hari ni.Spaghetti dengan sos bolognese.
Alhamdulillah,dapat la 1 kalender 2023 sumbangan surau perumahan ni..Kemain susah nak dapat kelender free sekarang ni🤭
Dulu beli barang kedai runcit pun dapat kalender percuma...hihihi


Bukan la bekal healty pun!
🤭🤭🤭🤭
Anak bujang tu kerja hari ni.So,sebelum subuh tadi masak jugak la bekal dia.
Waktu subuh pun dah makin lewat kan..KL hari ni 6.06 pagi.Nanti akan lagi lewatkan..!


Rebus ½ pack spaghetti.  Sebenarnya pasta vermicelli sebab saya suka gantikan spghetti dengan pasta vermicelli kerana saiznya kecik sikit dan cepat nak rebus.


Sos pun guna sos segera sahaja.Tadi saya tumis juga bawang putih dan bawang Holland serta tambah beberapa batang sosej hiris.
Pasta pun rebus ½ pack ja +-250gm dan bila masak dapatlah +-500 gm.Cukup la untuk bekal anak bujang dan brunch Adah nanti.Saya tak minat kalau pasta dengan bolognese.

Semalam pun masak simple saja bekal anak bujang sorang tu.Nasi goreng sardin dan telur sahaja.Kami 3 beranak sarapan kat Gerai Tepi Kebun semalam.

Lepas ni nak kumpul balik semangat masak bekal..💪
In shaa Allah..

Wednesday, 28 December 2022

NASI LEMAK SAMBAL KERANG BEKAL BALIK KOLEJ

Hari Sabtu Tuan Tanah
Kedaung( bacanya Cella🤭)balik sebab Cuti Krismas hingga Isnin kan.
Malamnya lepas maghrib  hantar balik kolej.Nak baliknya sejak tengahari.Asyik kejap..kejap..kejap..
membawa ke malam...hihihi

Buatkan  Nasi Lemak Sambal Kerang untuk bekal dinner dia dan kawan.

Masak Sambal Kerang tapi nampak sambal lebih dari kerang🤭


Rebus 10 biji telur..bekal 5 biji..makan sendiri 5 biji.Saya suka telur rebus..(jangan cakap makan telur rebus kentut busuk..orang tak makan telur rebus pun kentut tak wangi pun)🤭


Tapi akibat malas + tamak..nasinya agak jelantah.Puncanya malas nak keluarkan rice cooker yang besar sikit.Saya masak dalam rice cooker harian yang kapasitinya 1.5L tapi bantai sumbat sampai 6 cawan... memang padat dan jelantah la ..hihihi

Akhirnya kena buat 2x kerja..Kena la pula mengukus agar masak sekata...
Kena 2 round kukus sebab banyak...padan muka sendiri....hihihi


Nasi lemaknya saya alas daun pisang dan bungkus dengan kertas minyak macam penjual nasi lemak tu.Memang stok kertas tu ada kat rumah untuk bungkus bekal anak-anak dan bekal sendiri.Time rajin buat bekal la..time malas,kertas tu dok diam-diam dalam laci dapur🤭



Nasi Lemak Koboi ja.
Hanya nasi lemak+ sambal kerang + sebiji telur rebus.Takda kacang takda timun bagai.


Tapi bungkusan besar la walau nasi lemak koboi..Nasinya semangkuk penuh padat.

Bekalnya 5 bungkus sahaja.
1 untuk TTK
1 untuk roomate TTK
1 untuk spare kang tengah makan kang ada pula kawan datang bilik,takkan tak ajak..sebab kalau dia hihihi
2 bungkus lagi untuk 2 orang rakan yang sesama dari UniSZA dulu tu.Kalau bawa apa apa makanan saya bawa sekali untuk depa dua orang tu juga.Depa dua tu lelaki tapi blok sebelah menyebelah saja..boleh la bagi sekali.Depa bertiga memang rapat sejak kat UniSZA lagi.Dapat interview UPM ni pun sama-sama.



Semoga ianya menjadi rezeki makan malam yang barokah untuk depa dan juga saya.
Amiin..

Yang makan kat rumah ni saya hanya alas pinggan dengan daun pisang.Tidaklah saya bungkus.....hihihi

Tuesday, 20 September 2022

MASAK MEE TELUR UNTUK BEKAL HARI INI

 

Hari ni bekal Mee Telur Goreng

Bekal anak bujang pagi tadi...depa mana nak bawa dalam tuppeware..

Kadang saya tapaw dalam lunch box ni.

Kadang guna bekas yang nasi campur tu.

Kadang guna kertas coklat yang bungkus nasi lemak tu.Kalau benda berkuah baru isi dlam bekas plastik dan kuah isi dalam plastik lauk tu.



Goreng berencah daging rebus,sayur carrot dan daun bawang saja..


Saya guna mee telur ni.
Mee Telur Cap 3 Ayam..
Mee ni dari Indonesia katanya..Selalu nampak saudara nusantara rajin beli mee ni kat pasaraya..
Bila dah selalu makan,eh sedap pula..hihihKat shopee pun banyak jual..tapi ni saya beli kat pasaraya dekat rumah ni..
Pic dari old post.

Rebus juga telur sebagai pelengkap.



Resipi pun edit dari old post.Saya hanya menggunakan sebungkus sahaja mee telur ni kerana hanya berdua beranak sahaja dengan anak bujang tu.


MEE TELUR GORENG

2 paket mee telur 

200gm (+-1 cawan daging - rebus & hiris

1 pokok daun bawang

1 batang carrot- potong jejari

2 sudu cili blend + bawang blend

2 bawang putih

1 kiub bilis

4 sudu minyak

kicap lemak manis.

1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.

2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.

3. Masukkan carrot dan masak sekejap.

4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.

5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.

6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.

7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.





Saturday, 13 August 2022

BEKAL & SARAPAN HARI NI

 

Tengah sarapan ni sambil menaip post ni...
hihihi..Resipi c&P dari oldpostul...

MEE OATS GORENG BERDAGING

1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3.  Tambah cili blend + bawang.

4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya

5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

7. Sesuaikan rasa

Masak awal pagi tadi lagi untuk bekal anak bujang tu..Dia kerja hari ni.
Masak mee oats la lagi...hihihi
Takda idea dah nak masak apa untuk bekal dia.Kalau untuk sarapan kat rumah makan roti bakar dengan air kopi pun dah cukup untuk saya.Tapi bila untuk bekal kadang takda idea.Semalam saya buatkan wrap..Saya hanya airfryer kan nugget Ramly tu ja sebagai filling dia..Tambah salad lettuce dengan mayo & sos cili sikit..roll kemas- kemas..
Eh,sebenarnya  wrap ke roll...
Guna wrap Gardenia tu..tapi lepas letak filling,saya roll kan agar senang nanti nak makan...hihihi

Ni bekal anak bujang tu tadi...Tippuware petak yang jernih tu dah habis stok..Setiap hari bawa sebiji lepas makan terus buang..ish,kos bekas tu saja pun satu dah 70 sen.
Dah pesan dia lepas makan,lap la bekas tu dengan tisu & basuh bawa balik..Mmmm lelaki...tak kan depa nak buatnya macam tu...


Guna paper  lunch box ni pula kadang leceh jugak..


Kalau makanan agak lembab macam mee ni..nak terus masukkan dalam box tu takut bekas tu kembang berminyak pula.Nak kena alas plastik dan bonjot macam bungkus char kue teow tu  la pulak...


Pastu sumbat isi sampai overload🤭
Patutnya isi makanan tu  3/4 penuh saja baru la senang nak selit-selit kat lubang penutup tu.Ni kalau dah isi sepenuh-penuhnya ..tak mau la dia kemas...


Ikat pulak dengan getah...Dah macam bekal ke kebun la pulak...hihihi
Apa-apa lah....

Tadi subuh tadi dah balun dah 2 keping roti bakar..Ni mee oats goreng pulak...hihihi..
Sambil menyampret ni ha...
Nanti petang pulak cerita pasal menyampret...