Saturday 13 August 2022

BEKAL & SARAPAN HARI NI

 

Tengah sarapan ni sambil menaip post ni...
hihihi..Resipi c&P dari oldpostul...

MEE OATS GORENG BERDAGING

1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3.  Tambah cili blend + bawang.

4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya

5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

7. Sesuaikan rasa

Masak awal pagi tadi lagi untuk bekal anak bujang tu..Dia kerja hari ni.
Masak mee oats la lagi...hihihi
Takda idea dah nak masak apa untuk bekal dia.Kalau untuk sarapan kat rumah makan roti bakar dengan air kopi pun dah cukup untuk saya.Tapi bila untuk bekal kadang takda idea.Semalam saya buatkan wrap..Saya hanya airfryer kan nugget Ramly tu ja sebagai filling dia..Tambah salad lettuce dengan mayo & sos cili sikit..roll kemas- kemas..
Eh,sebenarnya  wrap ke roll...
Guna wrap Gardenia tu..tapi lepas letak filling,saya roll kan agar senang nanti nak makan...hihihi

Ni bekal anak bujang tu tadi...Tippuware petak yang jernih tu dah habis stok..Setiap hari bawa sebiji lepas makan terus buang..ish,kos bekas tu saja pun satu dah 70 sen.
Dah pesan dia lepas makan,lap la bekas tu dengan tisu & basuh bawa balik..Mmmm lelaki...tak kan depa nak buatnya macam tu...


Guna paper  lunch box ni pula kadang leceh jugak..


Kalau makanan agak lembab macam mee ni..nak terus masukkan dalam box tu takut bekas tu kembang berminyak pula.Nak kena alas plastik dan bonjot macam bungkus char kue teow tu  la pulak...


Pastu sumbat isi sampai overload🤭
Patutnya isi makanan tu  3/4 penuh saja baru la senang nak selit-selit kat lubang penutup tu.Ni kalau dah isi sepenuh-penuhnya ..tak mau la dia kemas...


Ikat pulak dengan getah...Dah macam bekal ke kebun la pulak...hihihi
Apa-apa lah....

Tadi subuh tadi dah balun dah 2 keping roti bakar..Ni mee oats goreng pulak...hihihi..
Sambil menyampret ni ha...
Nanti petang pulak cerita pasal menyampret...

6 comments:

  1. Teringat dalam kabinet tu ada mee sanggul. Teringin pulak nak menggorengnya bila nampak Mee Oats Goreng dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uii...mee sanggul pun sedap tu SK..
      Jangan tak tau kalau kat Kedah, mee sanggul juga dijadikan pemanis mulut iaitu dijadikan bubur/pengat..
      ( jangan buat muka pelik)🤭

      Delete
  2. Tengahari tadi sewaktu soping barang dapur dengan Encik Suami, dia terhenti di depan mi tarik. Katanya sedap mi tarik labu! Mi tarik oat pun sedap juga katanya. Maknanya dia lebih suka mi tarik labulah sebab dan lebih tiga kali dia kata benda yang sama: Mi tarik labu sedap! Rasanya Wak Warisan Petani pun suka mi tarik labu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,En Majid dah suka mee labu..lepas ni boleh la Cikgu Amie masak mee labu selalu.Labu juga kaya karotin dan antara makanan yang bagus untuk kesihatan kan..

      Delete
  3. Kreatif . Lapik dengan plastik kualiti kotak xda nak serap minyak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Kalau tak lapik takut bekas tu jadi berpeta dan lembik pula

      Delete