Monday 22 August 2022

MAKAN KETUPAT PALAS CICAH NISAN NIRA THAI


Hari ini macam raya la pulak.Lalu  bawah Kak Izzah pelawa makan lemang cicah rendang daging.Katanya dia masak lemang dengan suami dia semalam kat Semenyih..Masyaa Allah hebatnya depa pasangan suami isteri tu..Lemang pun depa masak.Lupa pula nak snap pic.


Naik atas kayangan...eh,Shifa pula bawa Ketupat Palas Kelantan dengan rendang ayam.


Ketupat Palas Kelantan versi ketupat lemak.Kelantan ada banyak versi ketupat palas ni.Ada ketupat manis dan ada ketupat inti serondeng.Yang Shifa bawa ni versi ketupat lemak.Ketupat versi lemak ni biasanya orang Kelantan depa makan cicah dengan air gula nissey atau susu pekat.

Tapi hari ni Shifa siap dengan rendang ayam dan paling special dia bawa ni haa
👇
👇
👇

Nisan Nira Thai..
Orang Kelantan sebut Nira Thar..Nira dari pokok thai.Pokok thai tu biasanya orang sekarang sebut pokok kelapa laut.Orang Indonesia sebut pokok "lontar"
Yang kelakar tu..Shifa hanya tahu namanya nisan nira thar...Tapi dia tak tau pokok thai dan macamana nisan ni dihasilkan..Saya yang jadi penglipur lara tukang cerita dari A to Z mengalahkan rancangan National Geography🤣🤣🤣

Nisan thai ni dah berzaman tak makan.Tetiba hari ni Allah kirimkan rezeki melalui orang lain.
Masyaa Allah ....
Rasa nak nangis dapat makan nisan nira thai ni.
Alhamdulillah...
Ya Allah,syukur dikurniakan rezeki dapat merasi keenakan nisan nira thai asli ni.
Nira thai ni didapati dari mayang muda bunga thai.Prosesnya sama macam proses pwnghasilan nira kabung,nira kelapa dan nira nipah...iaitu tandan bunganya dikerat sedikit demi sedikit dan diikat untuk menggalakkan pengeluaran airnya.Pokok thai dah la tinggi..kena yang pakar saja dapat memanjat dan menurun kan air nira yang terkumpul dalam bekas yang ditadah.
Kalau tak boleh nak bayangkan cerita saya ni..Boleh pi kat youtube & taip la "toddy palm neera"..
Haa boleh tengok visualnya..Eh,depa pun panggil nira la .cuma ejaan "neera"🤭

Jom tengok rupa nisan nira thai ni macamana...

Tuang sikit dalam piring.Cicah dengan ketupat palas...
Masyaa Allah...nostalgik sungguh rasa.
Rasa manis dan sedikit kelat sangat menggamit kenangan.
Dulu-dulu gula untuk inti kuih buah melaka bulan puasa tu bentuknya kepingan leper dan dilingkari daun pokok thai .Kami panggil 
" Gula Kerek" dan memang yang orinya dibuat daripada nira  thai serta rasanya memang manis-manis kelat.Bila menikmati cicahan nisan nira thai ini...
Subhanallah ..kenangan makan buah melaka yang dulu terus menerpa.
Gula Kerek yang sekarang kebanyakan dibuat daripada campuran gula merah dan gula pasir.Walaupun gula kerek ( gula nira thai)dan gula kabung(dibuat daripada nira pokok kabung) serta gula melaka( dibuat daripada nira pokok kelapa) namun keunikan gula nira thai ni adalah kerana ada rasa " kelat" dalam manisnya.
Kata Shifa nisan nira thai ni pemberian kawannya dari Kelantan.Saya sempat pesan agar Shifa order untuk saya .Harap-harap ada la rezeki saya.Nak sangat saya bawa balik untuk mak saya dan nak ajak mak sama-sama mengimbau kenangan dulu-dulu.
Mak lebih banyak berkongsi kenangan dan peristiwa dulu-dulu dengan saya berbanding dengan Achik.Mungkin sebab saya memang suka mengenang kenangan lalu dan saya suka berangan..🤣

10 comments:

  1. Nak ikut beraya boleh tak? Nisan Thai tu nampak menarik! Saya tak pernah rasa. Ni first time nampak di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kira macam gula nisan yang separuh masak la..kalau masak guna air tebu hingga pekat pun pun jadi nisan tebu dan sedap cicah ubi kayu r bus ..Jarang ada orang jual ni.Kalau jumpa wajib beli ni...hihihi

      Delete
  2. Ehhh..tetiba teringat kat freezer tu ade seplastik ketupat palas. Bila la nak masaknye ntahhh.. hihihi. Ahnaff suka tu kalau cicah dengan rendang ayam tak pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahnaff suka ya...
      Jenuh mami nak alter rendang agar tak pedas..hihihi

      Delete
  3. Replies
    1. Sedap CCL...kena dengan ketupat memang gu dia la..hihihi

      Delete
  4. Raya apa ni MC? Tak jemput pun haha ..
    Kalau gula kerek tu sy tau, tapi nisan Thai tu tak tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Raya sepanjang tahun...
      Nisan thai...nira pokok thai tu la dimasak hingga pekat.Kalau terus dimasak lagi dan dibekukan tu jadi gula kerek.Senang cerita nisan yang belum jadi gula..baru half way prosesnya

      Delete
  5. Banyak ilmu sy dapat di sini hari ni. Selalu memang kalau makan sy cecah rendang aje. Rupanya ada banyak cara nak makan ketupat palas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....ilmu bab makan saja la reti sikit-sikit...
      Ilmu lain takdak..hihihi

      Delete