Friday 30 April 2021

MAKANAN BAZAR RAMADHAN--IFTAR 17RMADHAN 1442

Dua hari bercuti memang cuti sungguh.Rabu bercuti.Khamis sambung semalam cuti Nuzul Al-Qur'an.Adah cakap dia dah janji dengan Ziha nak ke Bazar Ramadhan.Anak bujang pun cakap dia nak keluar juga.Katanya nanti dia nak beli sendiri makanan untuk iftar.


Adah beli Nasi Kenduri untuk dia.Katanya memang nama gerai tu Nasi Kenduri.Lauk daging masak hitam.Ada percuma air sirap sekali.RM8

Nasi ayam untuk abangnya.Bau dia sedap.Sayangnya saya tidak berminat dengam nasi ayam.Tapi dah abangnya keluar dia pun beli juga nasi kenduri lauk ayam rempah RM10.
Sudahnya nasi ayam sudah berbau& saya hanya selamatkan ayamnya jadikan rencah nasi goreng sahur.Demi nak kurangkan membazir.Harap-harap tidak sakit perut

Ayam percik untuk saya.Saya tak suka nasi berperisa.Jadi saya pesan ayam 


Pinggan saya.Sudah dua kali membeli ayam percik tapi belum jumpa rasa ayam percik

Ini bukan ayam percik.Tapi lebih kepada ayam bakar sos cili manissss..hihihihi
Kuciwa
Siingat saya,berbelas tahun saya tidak ke bazar ramadhan.Saya memang tak suka + malas pergi & sanggup masak walaupun penat.Kadang rasa nak marah kepada diri sendiri pun ada bila penat..hihihi.Tapi tahun ni saya teringin nak pergi bila Adah ajak minggu lepas sebelum balik kampung tu.Pastu merungut..hihihi.Zaman anak- anak masih sekolah ,memang saya taknke bazar la.Suruh anak- anak pergi pun depa tak nak.Sekarang depa dah besar,depa memang nak gi bazar.Tapi saya tetap nak masak untuk diri sendiri walau hanya nasi putih & kirim belikan ayam percik sahaja.Pun nyesal sebab tak goreng ikan masin.Kalau tidak mesti lagi sedap dari ayam sos cili manis tu.Hihihi...Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk saya agar bila tua nanti (macam la sekarang ni tak tua...hihihi)tidak menyusahkan anak-anak.


Popia basah RM7 kalau tak silap.Sudah pesan dekat Adah beli ayam percik sahaja untuk saya.Kalau tiada beli polia basah.Dibelinya juga dua-dua.Sudahnya popia terbazir kerana bila malam sudah lembik melekat & intinya sudah berbau.

Ada beli begedil tauhu
Sos kicap tu sedap.RM6


Adah juga beli keria gula melaka RM3.50.Akhirnya terbazir juga kerana tiada rasa keria.Isinya tepung berongga macam kuih donat.Tandanya banyak tepung & dicampur yis.
Sayangnya makanan yang terpaksa dibuang tu.Semoga Allah ampunkan dosa kami.
Agaknya kalau hanya beli nasi sahaja mungkin tiada pembaziran.Nak dilarang,kasihan takut mereka teringin nak makan.Apapun bukan salah makanan tu.Salahnya diri sendiri.


Thursday 29 April 2021

RENDANG DAGING KETUPAT PALAS - IFTAR 16 RAMADHAN 1442

Semalam punya semalam tengok cikgu Amie cerita pasal Malam Ketupat mengikut budaya masyarakat Cocos di Sabah.Tengok ketupat pulut daun kelapa,anak tekak meronta- ronta nak makan ketupat pulut.


Adah nak belajar masak rendang.Elok sangatlah...


Kemain dia siap buat video lagu raya katanya nak update IG dia..Saya peghak skit,tak teri berIG lagi..hihihi
Pinjam video dia jer la....
Resipi pun saya bagi dia resipi daging rendang Adabi macam saya selalu masak sebelum ni.Sebab selalunya saya masak rendang guna santan kotak sahaja,maka bahan saya suruh tumis dulu sebab nak guna minyak.Kalau guna santan segar,tak tumis pun akan naik minyak berlinang kerana santan akan menjadi minyak bila dimasak lama.Pastinya lah santan segar lagi harum & ori


RENDANG DAGING ADABI
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit

Sebab teringin ketupat pulut,saya gigihkan diri buat ketupat palas.Hanya guna 2 cawan pulut & kebetulan ada santan segar beku dalam freezer.Kalau buat ketupat palas atau pulut lemak saya akan guna santan segar supaya lemak berkilat.Kalau tiada santan segar,biasanya saya akan tangguhkan buat KETUPAT @ pulut lemak kerana saya dah pernah cuba santan kotak dia taknak keluar minyak.
Dapatlah 11 biji ketupat & saya menggunakan hanya 1 pelelah daun palas yang ambil di kampung minggu lepas.Habis setiap helai saya guna termasuk daun tengahnya yang keras tu pun saya modifi jadi ketupat jantung supaya tidak membazie daun..Baki lagi 19 pelepah nak simpan untuk ketupat raya...hihihihi 

Juadah iftar saya.Saja letak dalam pinggan ni sebab nak kurangkan tamak..Kalau ambil dari bekasnya memang akan lebih daripada 2 biji ni.Rendang pun memang tak akan cukup banyak tu kalau saya cedok sendiri dari mangkuk rendang.Hihihihi.


Tapi Adah & anak bujang tu nak makan rendang dengan nasi.

Buah limau jer hari ni,tiada kuih

Lemon panas.Sepanjang puasa minum lemon panas untuk selesakan perut.Tapi tu lah jenis lemak tepu ni tak maunya dia cair.Melekat kukuh pada lapisan kulit perut.Hihihi

SALAM NUZUL AL-QUR'AN

 



SOLAT TAUBAT KENA BUAT SELALU

 










😭SOLAT TAUBAT😭

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha-Allah tanda taubat ALLaH dah terima.


Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Bersihkan diri. Amek wudhu.

Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu..


 Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. 


Pastu baru niat..


أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ التَوبَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ


Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala

[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]


Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x

(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)


Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.


"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.


Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..


Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.


Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..


AstaghfiruLLaHhal'adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.


Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...


Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..


Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. 

Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. 

Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati..

Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.


Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;


Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar.


Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.


Imam al-Ghazali ada cakap..


Tanda hati kita sudah mula hitam,

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.

[2] hilang kemanisan beribadah

[3] hati tak makan nasihat

.

.

#peringatandirisendiri n semua jika bermanfaat. 








BUAH PALAS

 Buah palas.Pic minggu lepas masa balik Kedah.Hari Sabtu balik jenguk kampung sekejap sambil niat nak ambil daun palas siap- siap untuk persiapan raya.Kat keliling rumah mak dikampung banyak pokok palas.


Buah palas.Kalau daun palas ramai dah kenal kan.Daun palas yang masih muda warnanya putih kuning digunakan untuk sarung ketupat pulut bagi kebanyakan masyarakat di utara & Pantai Timur terutama untuk ketupat hidangan pagi raya.


Pokok palas juga berbuah.Tapi biasanya pokok palas yang sudah tua sahaja akan mengeluarkan buah.Pokok muda tidak berbuah.Hanya mengeluarkan pucuk


Buah palas yang muda bewarna hijau pekat.Kemudian bertukar kuning,oren & bila merah bila matang.

Bunganya keluar tangkai yang panjang seeprti rotan kecil & gugusan buah bergayut disepanjang tangkai panjang tersebut 



Buah palas ni boleh sahaja dimakan.Zaman saya kanak- kanak buah palas ni menjadi rebutan dengan burung.Burung suka makannbuah palas.Kami yang masih kanak- kanak juga berebut.Bukanlah sedap sangat kerana hanya ada biji sebesar lada putih Kulit buah kelat & sedikit manis.Bila kunyah buah palas bersama bijinya teksturnya seperti nasi mentah.Lembut diluar & keras didalam.Orang- orang tua dahulu membuat bandingan nasi yang belum betul- betul masak dengan buah palas.Contohnya"nasi tu baru jadi buah palas,biarkan atas dapur sat (sekejap)lagi baru boleh makan".Tapi kanak- kanak sekarang tidak memandang pun buah palas ni.Kalau kami dulu inilah berry kami.Depa la ni pandang buah strawberry ja..hihihi

Ni tiada kaitan dengan buah palas.


Wednesday 28 April 2021

SAMBAL TUMIS BUAH MACANG MUDA DENGAN IKAN BILIS

 Balik Kedah minggu lepas,Achik ada masak sambal buah macang + ikan bilis.Buah macang tu biasa disebut buah bacang.Tapi kat kampung saya disebut macang.Biasanya buah macang masak yang popular dicampur dalam sambal belacan.Tapi yang ni buah macang muda & bukan dicampur dalam sambal belacan,sebaliknya dimasak sambal tumis.


Ni sambal macang yang Achik masak.Sedap dia teringat- ingat sampai sekarang.Achik kata dulu masa tahun 90-an masa sekolah menengah,dia selalu masak sambal macang terutama lepas raya.Saya memang tak ingat,mungkin sebab tahun 90-an saya sudah tinggal di KL.

Ni pula sambal macang versi saya.Kerana kesedapan sambal macang yang Achik buat tu,balik jer KL hari Ahad,saya terus masak sambal ni untuk iftar hari Isnin.Achik ada bagi buah macang muda untuk bawa balik KL

Pokok macang besar dan tinggi sedang lebat berbuah dipenjuru pagar depan surau bersempadan pagar rumah mak.Tapi ni bukan pokok mak,ni pokok jiran mak iaitu chik Ma.Dulu dalam pagar mak juga ada pokok macang,& pokok tu la yang Achik selalu ambil buah muda masak sambal tumis.Tapi sekarang,pokok itu sudah mati terbakar.


Buahnya masih terlalu muda,tapi Achik sudah teringin sangat nak makan sambal macang ni.Nasib baik chik Ma ada di rumah.Setelah minta izin,terus kami jolok beberapa biji.Pun nasib baik ada dahan yang menjulai rendah.

Dapat 7 biji.Ni yang Achik suruh saya bawa balik KL.5 biji macang yang masih terlalu muda.Ni macang kampung.Buahnya bujur macam mangga.Bezanya buah macang muda ni kulitnya lebih tebal & keras berbanding pelam.Getah macang ni agak berbisa terutama getah ditangkainya yang terbiar hingga getah tu berketul melekit. Kalau terkena kulit kena cepat- cepat basuh.Kalau dibiar lama,kulit boleh merah seperti melecur & boleh melarat jadi kudis.

Buah macang muda ni kalau dulu sering disagat kasar & dijadikan kerabu bersantan & kerisik untuk  hidangan kenduri.Kerabu macang lebih sedap dari kerabu pelam sebab isi macang lebih pejal,rangup & kurang masam.

Buah macang muda.Kulitnya keras sikit nak banding pelam.Buah macang masak baunya kuat & aromanya seperti bau buah kuini.Tapi isi macang lebih banyak serat serabut berbanding kuini.Buahnya kalau masak & gugur,duduk beberapa ratus meter jaraknya pun boleh bau.
Ada peribahasa Melayu 
"bau-bau bacang"
Maksudnya saudara jauh.Saudara jauh tu bukan jaraknya tapi hubungan yang agak jauh contohnya dua pupu,tiga pupu & berpupu- pupu la kiranya,tapi masih kita kenali.Macam buah macang,sejauh mana pun buahnya,walau tak nampak tapi kita masih kenal buah macang itu melalui baunya.

Selepas kupas kulit basuh bersih untuk buang getahnya.

Cincang kasar atau sagat kasar & rendam air garam.

SAMBAL BUAH MACANG MUDA + IKAN BILIS
2 biji macang muda
1 cawan bilis bersih
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang

Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.
2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.
3. Tambah garam,gula  & buah macang sagat.
4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.

Nikmatnya makan nasi berlauk sambal buah macang muda ni.Nampak memang biasa tapi rasanya sungguh nikmat & menawan selera anak tekak.Adah asyik suruh ulang lagi masak sambal ni sebab sedap sangat.In sha Allah petang ni macam nak masak lagi la...Ada lagi baki buah macang muda.


PASTA SARDIN - IFTAR 15 RAMDHAN 1442

 Sudah 1/2 bulan berada di bulan Ramadhan.Hanya berbaki kurang lebih 1/2 bulan lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita..


Semalam hanya beriftarkan pasta sardin by Adah.Asalnya plan nak masak nasi berlaukkan sambal macang lagi.Adah minta masakkan lagi sambal macang macam Achik masak hari tu.Tapi sebab anak bujang iftar kat rumah,takkan nak makannya dia lauk sambal bilis dengan ikan.Ayam pula tiada stok.Akhirnya deside masak pasta sardin sahaja.Dekat pukul 7 baru Adah masak.


Pasta sardin,telur rebus,sikit buah & sikit sayur.Cukuplah untuk perut tua saya.

Adah nak makan dalam pinggan.Dia cakap nak makan banyak,tapi taknak telur.


Anak bujang nak telur separuh sahaja


Tiada nasi untuk Ramdhan 15.


Bahan nak masak pasta.Guna 1 pack  pasta spiral brand Tesco.1 pack sardin.1bawang besar,5 bawang putih,1 carrot,1/4 bunga kobis,1/2 capcicum merah & hijau.Minyak untuk tumis & garam.Tapi adah kata dia tambah cili kisar sebab nak lebih pedas.Sambil dia masak pasta,saya masukkan telur dalam rice cooker yang sudah dialas 2 helai tisu dapur yang sudah dicelup air.Letak telur & tekan cook.Bila button dah bertukar warm,matikan suiz.Biar 5 minit,siap telur masak sempurna.

Pasta pun siap..

Air tebu segar pesan beli dari Ros.Hanya depa 2 beradik minum air tebu ni.Saya teguk juga seteguk & sambung dengan air kosong.Lupa pula nak buat lemon panas sebab teralit.

Tapi lepas terawikh bantai makan 1/2 mangkuk batang buruk yang manis berlemak itu...Bukan sikit- sikit pulak tu...Hihihi...Sampai tinggal separuh.Adah kata dah lama tak jumpa batang buruk yang sedap.Selalu beli @ makan kat rumah orang asyik kena scam jer.Hihihi
Ni saya beli melalui Hasu.RM20...Macam nak kena beli lagi jer...hihihi