Teringin nak makan karipap versi karipap pusing..
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Friday, 31 January 2025
CUBAAN BUAT KARIPAP PUSING
Wednesday, 29 January 2025
HAMPIR GAGAL NAK SURPRISE AQIL & HAIKAL BELANJA NAIK KAPAL TERBANG !
Cerita minggu lepas..Masa Aqil & Haikal datang KL..Kengkonon nak surprise dorang. Nak belanja Aqil naik kapal terbang sempena belated birthday dia yang jatuh pada 15 Januari.
Dah lama plan bersama anak-anak saya nak surprisekan depa 2 beradik tu sementara Haikal tengah cuti sem.Adah yang tolong booking tiket kapal terbang tambang mahal murah tu.
Plan asalnya nak minta anak jantan sorang tu temankan depa naik flight tapi dia tak dapat nak ambil cuti sebab masih awal tahun kan..Baru tiga minggi berada dalam tahun 2025 kan..Nak minta Cella temankan,tarikh fly tu weekday.Cella pun ada kuliah & tengah bz final asignment.Akhirnya deside,saya akan fly bersama Aqil & Haikal.
Tapi kita merancang ..Allah yang tentukan...Perancangan kami hampir gagal..!
Lepas pick up Aqil & Haikal kat Terminal Bersepadu Selatan( TBS ) hari Sabtu tu..terus bawa depa pi pekena nasi kandaq kat Abadi BTR.
Mau tak lapar,Aqil kata hanya makan roti sepanjang 6 jam naik bas.Sebabnya bas tak berenti kat R&R sebaliknya hanya berenti kat petrol station sahaja.(Sebenarnya sekarang kebanyakan bas memilih untuk singgah di stesen minyak berbanding tempat makan kat R&R) Ada sebab dan alasannya.Jika ada kesempatan saya akan kongsikan nanti dalam entri yang lain khas nak share beberapa info penting untuk yang kali pertama @ jarang menggunakan khidmat bas ekspres dari TBS.Info yang saya dapat sepanjang 5 kali naik bas ekspres TBS-Pendang-TBS sepanjang sebulan Januari 2025 ni..
Apapun kesian depa hanya alas perut dengan roti dari pagi sampai dah lewat petang.Masa kat Abadi tu, offer depa naan cheese leleh..ayam tandoori bagai depa takmau.. sebab perut dah meminta minta nasi..hihihi
Masa makan tu la sempat tanya Aqil ada bawa mykad dak?
Sekali Aqil cakap dia lupa nak bawa.
Alamak..!
Saya pandang Cella...Cella pandang saya...
Macamana ni??
Kalau takda mykad memang tak boleh la nak naik kapal terbang.
Aduh,...saya dah garu kepala..
Dalam hati..."burn" la 3 tiket flight ni..
Tapi kata Aqil bukan lama pun nak dok KL...ok ja kot nak jalan jalan tak bawa mykad..!Cuma kalau pergi mana mana yang nak kena beli tiket kena la bayar harga foreigner!
Masalahnya sekarang ni tiket flight dah beli untuk fly hari Selasa.Takkan nak kena balik Kedah amik mykad & datang pula KL untuk naik flight balik Kedah..SEMATAðŸ¤ðŸ¤£...
Tapi Aqil & Haikal masih belum tahu kegusaran apakah yang sedang Makngah fikirkanðŸ¤.Sebenarnya juga Achik & Pakcik pun belum tahu kami dh beli tiket flight untuk Aqil & Haikal.ðŸ¤
Esoknya terpaksa la juga pecah lubang bgtau Achik cerita sebenar.Achik & Pakchik pula memang bz minggu tu.Banyak meeting nak kena attand & urusan kerja kerana weekday kan..Saya bagi cadangan Achik kirimkan sahaja mykad Aqil kepada melalui syarikat kurier atau kirim sahaja melalui bas ekspres.Kami pernah sahaja menggunakan khidmat bas ekspres untuk kirim ketupat daun buluh beberapa tahun lepas.Masa tu saya perlukan ketuoat tu untuk salah satu even tempat kerja.Bagi sagu hati sikit kepada driver bas sebab menggunakan khidmat mereka kan.
Tapi masalahnya ini bukan kes nak kirim ketupat.Masalahnya ni Mykad .Bukan benda main main ..Dokumen peribadi kot..memang Pakchik tak setuju la buat macam tu.Tak jadi apa tak apa..Kalau nak jadi cerita kalu panjang cerita..! Ish,,nauzubillah..🤲
Sampailah semua dah settle..masa depa otw balik KL barulah fowardkan bonding pass kat Aqil & Haikal...
Haikal kata dia memang dah rasa pelik bila kata nak beli tiket bas pun kena ada Mykad tapi tak terfikir pulak dah beli tiket flight..hihihi
Tahun lepas BELANJA AQIL NAIK KAPAL TERBANG..kat sini masa Cuti Krismas Aqil tak dapat nak feel sangat sebab dia kata pening masa take off tu.Kali ni kita elakkan Aqil duduk tepi tingkap.Kita bagi Haikal duduk tepi tingkap.
Bagus juga bagi Haikal seat tepi tingkap...Dapatla dia rakam video dari tingkap.Antara rakam Haikal masa pesawat berlepas dari landasan KLIA 2 ada saya upload kat youtube channel Seroja Putih..Boleh tonton di:
👇👇👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/IjqxFj0WQTA?si=b0PvG8s2K-Nr5-vY
PULUT KUNING SAMBAL IKAN TUNA + PETAI
Juga secawan Kopi O panas.Habuan alas perut dihari Cuti Gong Xi Fa Cai..
Tuesday, 28 January 2025
CERITAKU TENTANG LEMBU
Bila tengok lembu ...
Dalam kepala ni ada macam-macam perkaitannya..
Bulan Januari macam sekarang ni merupakan musim panas/kemarau merangkap musim menuai padi.Sebaik sahaja semua penduduk kampung selesai menuai padi,sesiapa yang ada bela lembu akan mula melepaskan lembu masing-masing untuk tempoh beberapa bulan sebelum ditangkap dan ditambat semula menjelang musim menanam padi.Lembu lembu bagaikan tahu kemana harus dituju.Berkawanan menuju ke kawasan sawah padi yang sudah kering dek musim kemarau tetapi dilimpahi sumber makanan terutama jerami padi.Pandai pula mereka mencari sumber air minum di parit parit paya ditengah baroh.Hiduplah mereka lepas bebas tanpa tali.Tidaklah terikat tertambat lagi.Masa inilah juga peluang lembu lembu "menyulam cinta" dan "bertemu jodoh"🤠untuk mengekalkan kemandirian.Kehebatan lembu dan pemiliknya adalah mereka saling mengenal.Walau lepas bebas,tapi tiba masa nak tangkap semula lembu tu,lembu boleh cam pemiliknya dan pemilik pun boleh pula cam/kenal lembunya walaupun semua nampak macam sama jer kan..🤣
Masa tu majoriti penduduk kampung pastinya ada membela lembu.Kebanyakan bela lembu sebagai pelaburan atau simpanan semasa sesak.Ada yang bela banyak lembu,ada yang sekadar seekor dua sahaja termasuk emak saya.Dikala terdesak memerlukan wang,lembu akan dijual untuk mendapat duit pukal.Bagi kebanyakan orang kampung yang kais pagi makan pagi,duit seratus dua tu sangat besar.Bukan semua orang ada simpanan sebanyak itu.Maka dengan jual lembu lah boleh dapat ratusan ringgit.Harga lembu pun di awal tahun 80-an sekitar RM150-300 bergantung saiz lembu.Lembu kampung kan,nak besar mana sangat.Bukan macam sekarang kebanyakan lembu kacukan yang saiznya lebih besar.Itu yang saya ingatlah sebab pernah mak jual 2 ekor lembu untuk tampung perbelanjaan nak bina rumah baru yang ada kat kampung hingga sekarang ni.
Kalau nak sambut puasa pula biasanya ada orang akan sembelih lembu dan dijual secara " tumpuk".
Caranya harga lembu akan dinilai contonya RM200.Lembu itu nanti akan dibahagilan kepada beberapa "tumpuk",contohnya jika 10 tumpuk maka harga setumpuk ialah RM20.Setiap tumpuk akan dapat sama rata dari daging,tulang,hati,paru bagai semuanya akan dibahagi sama rata untuk 10 tumpuk tersebut macam orang bahagikan daging qurban tu. Tapi masa tu RM20 tu besar yer!
So,setumpuk tu pula dikongsi beli oleh beberapa orang Yang berada akan beli setumpuk atau hanya berkongsi beli 2 orang.Yang bajet kurang akan berkongsi setumpuk 4 atau 5 orang .Emak antara golongan yang berkongsi ramai-ramai ni lah.Best nya berkongsi beli secara tumpuk ni hampir semua bahagian lembu akan kita dapat Kadang dek ramai sangat berkongsi setumpuk tu dapatlah hati sebesar saiz jari🤣.Daging pun dapatlah sebesar penumbuk dengan sikit tulang.
Tapi yang sikit tu lah nikmat..Apa lagi dapat tengok orsng sembelih lembu...tengok orang lapah lembu dan bahagi-bahagikan tumpukan tu.Biasanya daging tu la dijadikan lauk sahur pertama puasa.Itupun kalau anak bulan Ramadhan kelihatan.Kalau tetiba dalam radio umum tak nampak anak bulan..esok belum puasa..Alamat esok tengahari lunch lauk daging la🥰.Lauk sahur fikir lain la pulak..Nak sembelih ayam kampung ke atau sahur lah ikan tamban masin...hihihi
Kalau dulu anak lembu sebesar ini dah kena cucuk hidungnya untuk ikat tali dan ditambat agar tidak berkeliaran ke kebun/sawah orang.
Ada lembu yang jinak dan ada juga lembu yang garangnya ya ampun!
Asal kita lalu tepi dia...ditenung macam nak telannya kita ðŸ¤Saya masih ingat salah sekor lembu kepunyaan Tok Haji Dolah//Mak Lang Kiah kemain garang.Garang tu kami sebut "chengey".Uiii....chengey dia memang tak boleh lupa.Pernah dikejarnya saya kat tepi bendang tu tanpa sebab.Menjerit dan menangis saya sampai Mak Tah bawa parang nak belasah lembu tu...Bukan saya sorang ja takut dengan lembu tu tapi semua orang lain pun kalau nampak lembu Mak Lang Kiah tu akan melencong jauh taknak bertembung dengan si lebi chengey tu.Tak taulah macamana tuan dia bela lembu tu ..hihihi
Saya pernah menyaksikan cara lembu dicucuk hidungnya Leher lembu diapit pada dua batang tiang atau batang pokok dan beberapa orang lelaki akan menahan badan lembu tu daripada menggelupur.Daging hidung diantara dua lubang hidung lembu tu akan dicucuk dengan dawai besar dan dijolok tali lebih kurang sekaki panjangnya.Tali ini kami panggil " tali hidung" dan dibiarkan terjuntai beberapa hari hingga lukanya sembuh barulah tali hidung tu disambung dengan tali lain yang panjang untuk memudahkan lembu ditambat dan bergerak sekitarnya untuk makan rumput.Makin panjang talinya makin luaslah jarak lembu boleh bergerak sambil meragut rumput walaupun sedang ditambat.Antara tujuan dicucuk hidung lembu tu agar lembu lebih jinak dan mudah dikendalikan.Lembu yang tidak dicucuk hidung talinya dipasang dileher lembu.Agak sukar nak heret lembu tu kerana tenaganya kuat.Kadang lembu ni pun ada pe'el nya..Kita heret macam nak rak..dia boleh membatukan diri tunjuk protesðŸ¤.Lembu yang dah cucuk hidung mudah nak kendalikan.Diheret ke mana ia akan mengikut sahaja. Sebab tu ada peribahasa " SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG"yang membawa maksud seseorang yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain tanpa membantah.
Tapi cerita lembu dicucuk hidung ni zaman saya kanak-kanak dan remaja.Sekarang kebanyakan lembu yang dibela lebih jinak dan tak cucuk hidung lagi dah.
BAKWAN JAGUNG YANG TAK JEMU-JEMU
Asal ada jagung pasti bakwan jagung dalam perancangan & biasanya memang jadi.Alhamdulillah,masih diberk nikmat makan segala makanan walaupun kadang ada ja rasa sengal atau lenguh badan tapi abaikan saja demi memenuhi seleraðŸ¤
Baru ni beli 2 tongkol jagung dan seperti diidam..jadilah bakwan.Makan panas-panas bertemankan kopi O memang layan..
Untuk bahan dan cara masaknya boleh rujuk youtube channel saya :
👇👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/_0srdDtGsyw?si=nQgRBJixrW_b6_je
BUNGA KERTAS PASIR NAMANYA
Baru baru ini saya ada ternampak sejenis bunga..
Monday, 20 January 2025
SARAPAN LEMPENG CAIR CICAH SARDIN
Lempeng Cair..
Monday, 13 January 2025
MEMANCING DI PARIT TEPI BENDANG
Jumaat 6 Januari naik bas balik Kedah sebab mak kemalangan.
Alhamdulillah,mak dah discaj dan tiada kecederaan yang terlalu serius...kecuali tisu koyak. Achik anak beranak la yang menjaga mak.
Malu dengan Achik sebenarnya bila semua tanggungjawab tergalas dibahunya..Hanya mampu berdoa agar Allah mudahkan urusan Achik dan Allah ganjarkan pahala melimpah untuk Achik dan family.
Balik 3 hari 2 malam memabg saya kat rumah Achik je lah sebab mak kat rumah Achik
Wednesday, 8 January 2025
SUNSET @ TAWAU WATERFRONT
Tuesday, 7 January 2025
PENAH MAKAN IKE BEKOK?
Pernah makan makan ikan bekok?
Sunday, 5 January 2025
MAKAN UBI REBUS GORENG WAKTU HUJAN TURUN
Ubi Rebus Goreng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis...
Bersulam secangkir Kopi 4 in 1 Arabica tanpa gula...
Saturday, 4 January 2025
SARAPAN NASI KUNING SABAH @ RESTORAN MAK HAJAH,TAWAU
Sarapan Nasi Kuning Sabah.
Nampak bungkusan ni atas meja ..saya sangkakan tapai giantðŸ¤ðŸ¤£
Thursday, 2 January 2025
MASAK PASTA TUNA UNTUK IFTAR KHAMIS 2 REJAB
Hari ini 2 Januari 2025 bersamaan 2 Rejab 1446H...
Jarang tarikh tahun masihi & tahun hijrah bersatu...Namun istimewa bulan ini Januari dan Rejab seiring hingga 30 haribulan nanti..Kemudian akan berjurang dihujungnya kerana Januari 31 hari manakala Rejab 30 hari sahaja..Akan diikuti dengan Syaaban dan seterusnya bulan suci Ramadhan Al-,Mubaraq..In shaa Allah..
3. Tumis bawang besar,lada benggala dan tomato cincang hingga layu
4. Rebus pasta 3 minit dan terusasukkan pasta dalam tumisan.
5. Gaul rata dan perisakan
6. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama taburan chilly flakes & minyak bawang putih
Untuk video memasak pasta ni boleh tonton di youtube channel saya
👇👇👇
https://youtube.com/shorts/oO07jjGhXdg?si=DvfKioJkBt0alQbI
Salam Syaaban 1446 & tahun baharu 2025
Wednesday, 1 January 2025
BAWA MAK KE TAWAU SEMPENA CUTI KRISMAS 2024
Tak plan pun nak ke sana tapi kebetulan Adah call dia sesaja jer tengok tiket Air Asia.Eh,ada pulak tiket mampu bayar padahal selalunya time cuti mencanak harganya..
Beli tiket untuk saya,Cella & mak.Anak bujang tu tak dapat apply cuti mengejut.Cella pun asalnya taknak ikut sebab hanya cuti sehari 25 Disember sahaja.Tapi nak jadi rezeki last minutes pensyarahnya benarkan mereka online class untuk Khamis dan Jumaat.Terus booking tiket early morning iaitu pukul 6.00 pagi.Jangkaan landing pukul 9 pagi,sempatlah terus masuk online class.
Dipendekkan cerita,pagi Khamis 26 Disember kami dah berada di bumi Borneo...
Bila perancangan Allah dan takdirnya mengatasi perancangan kita sebagai hambanya...pasti yang terbaik untuk kita
Alhamdulillah,tercapai juga hajat mak nak jejak kaki seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah..
Saya muatkan video pendek ke youtube channel di link:
https://youtube.com/shorts/8TxKRV7UE4M?si=xtmxuF7V-P_S2eea
Nanti sambung lagi cerita 4hari 3malam di Tawau...in shaa Allah