Saturday 26 February 2022

BELI BUAH GEMIA SIAM

 Semalam punya semalam nampak buah gemia Siam ni kat deretan gerai buah depan kuaters tu..Tapi dah terlepas sampai simpang.


Terus pusing balik 


Tanya sekilo berapa ..
Tuan gerai cakap dah naik rm5...
Naik rm5 tu jadinya berapa?
Risau juga buatnya sekilo rm80..kalah musang king gred c..hihihi
Sebab pernah jer beli kat R&R Bukit Gantang dulu sekilo rm60

Sekali kata akak penjual tu...sekila rm20
Minggu lepas katanya rm 15..
Aduhaiiii kenapa la minggu lepas saya tak nampak...huhuhu

Beli 2 kg..
Tengok buah ni teringat kat mak..sebab maknsaya suka sangat buah gemia Siam ni..
Sekilo nak buat makan..
Sekilo lg nak bawa tempat kerja..nasib la jadi rezeki siapa sebab sekilo tu dalam 20 biji saja.

Sekilo kat rumah ni pun..hanya saya sorang yang makan..Depa tiga beradik tu,sorang pun tak mau ...Alhamdulillah...🤣


JEMPUTAN KAHWIN ANAK KAK ASIAH


Baru balik menghadiri jemputan walimatulurus kat Dewan Al-Mukhlisin.Jemputan dari mantan CC.Dah pencen dah Kak Asiah sejak 2 tahun yang lalu rupanya.


Sedap-sedap makanan.Ada nasi briyani,ayam masak merah,daging masak hitam,dalca,acar, papadom dan tembikai.Kuih-muih pun banyak jenis.Juga bubur dan teh panas.Paling saya suka,tapai pulutnya.


Melangkah masuk dalam dewan,dah mula kosong sebab dah dekat pukul 3 petang.
Janji dengan Kak Mel & Ros pukul 2.30 sebab tengok pada kad jemputan tu ..pukul 11.30 hingga 1.30 dikhaskan untuk saudara mara.Selepas Zohor barulah untuk jemputan lain.Sejak Covid melanda  ni,masing-masing cuba sesuaikan ikut keadaan semasa.

Dari jauh sahaja snap pelaminan.
Lepas makan gerak balik.Pertengahan jalan hujan kemain lebat.Sampai rumah tak lama azan Asar pun berkumandang..


Guddies..

Roti Gardenia..
Cantik pula



PENGORBANAN UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN

 

إذا رأيت زوجين متفاهمين ، تأكد أن أحدهما متنازل عن حقوقه من اجل إستمرار العلاقة.


Apabila kamu melihat pasangan suami isteri saling bersefahaman , yakinlah bahawa salah seorang daripada mereka sanggup berkorban haknya semata mata untuk melihat hubungan mereka terus kekal.

Friday 25 February 2022

HARI NI MASAK ASAM PEDAS SARDIN

Sejak anak bujang tu chalazion,memang dah tak masak sardin.


Tapi hari ni saya masak asam pedas sardin.Sebenarnya dan sebetulnya masak malam tadi separuh jalan.

Semalam,Kak Mel kata nak Jumaat turun la kat bawah..Dia nak bawa lauk.Ita nak tanak nasi.Shifa kata dia nak bawa kerutuk telur.Kak Mel nak masak kari ayam.Sal nak goreng sayur.Segan pula kalau saya tak masak apa-apa.Plan asal saya nak bawa buah saja.Tapi tak beli.Singgah Speedmart 99 beli 2 tin besar sardin.Masak sardin jer lah.Lagipun Kak Mel kata nak makan tak sampai 10 orang..Dua tin sardin cukup la kot..


Sudahnya malam tadi dah pukul 11 malam dok menumis asam pedas.


Lepas maghrib pi TBS jemput Tuan Tanah Kedaung balik cuti sem.Naik bas pukul 11 pagi...patutnya pukul sebel pukul 6 petang dah boleh sampai.Tapi katanya bas salah jalan ka apa ka tak tau..malam baru sampai.
Lepas amik anak dara tu,abangnya nak belanja adik dia makan cheesy lamb @ Soru.Pastu amik Adah balik kerja..Pukul 10.30 baru sampai rumah.
Fikir nak masak asam pedas tu pukul 4 pagi macam kelam kabut ja.Terus la menumis asam pedas pukul 11 malam.
Tumis bahan kuah saja sampai pecah minyak.Bangun pagi panaskan semula.Tambah sardin.Tambah air asam jawa dan bendi.Sambil tunggu mendidih sambil gi mandi.Jadinya bawa la asam pedas sardin.


ASAM PEDAS SARDIN
2 tin besar sardin
15 batang bendi
3 buah tomato masak
1 sudu makan pes asam jawa Adabi+2 cawan air
2 batang serai
2 tangkai daun kesum
garam,minyak dan secubit gula.

Bahan Blend:
2 cawan cili blend.
1 ketul kecil lengkuas
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan 1cawan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.Masukkan sos sardin dan masak lagi hingga mendidih semula.

2. Masukkan  air asam jawa ikut pekat cair yang disukai.Tambah garam dan secubit gula .

3. Tambah buah tomato yang dibelah dan bila mendidih baru masukkan bendi dan daun kesum 

4. Kecilkan api biar kuah mendidih perlahan hingga naik minyak 

5. Sesuaikan rasa.

APA ITU KESABARAN YANG INDAH?

 

Kalaulah dunia ini sesuatu yang mudah , nescaya SABAR itu tidak akan menjadi salah satu daripada pintu pintu syurga.


Seorang orang soleh ketika ditanya : ":Apa itu kesabaran yang indah?". 


Beliau berkata :" Kamu sedang diuji tetapi hati kamu tetap berkata Al-hamdulillah".

Thursday 24 February 2022

DASAR POTONG QUE

Rupanya perangai potong Q ni bukan sahaja dalam kalangam manusia...
Dalam masyarakat kucing pun hado..
Peristiwa ni saya rakam pada 10 Feb  pukul 7.52 malam ketika nak naik lif..
Jom kita saksikan...

Dasar ...
Tapi tu la...dapat juga tu dia potong Q...
Masa dalam lif saya pandanggggg jer muka si potong Q tu....Eh,dia buat muka tak bersalah je...!
 

Wednesday 23 February 2022

TAPAI UBI GORENG CELUP TEPUNG

Kalau Trengganu terkenal dengan Ikan Celup Tepung(ICT).

Tapi ni pula Tapai Ubi Celup Tepung(TCT)


Tapai ubi celup tepung.
Juada minum petang saya minggu lepas lagi ni.Minggu lepas kebizian,tapi bab makan  sempat aja...hihihi


Sabtu sebelum tu saya ada beli 2 bekas tapai ubi kat pasar tani 
Sebekas saya sejukkan dalam peti ais.Makan sejuk-sejuk sedap sungguh.Padahal dulu-dulu saya langsung tak suka tapai ubi.

See ..krup krup diluar ya.Lunak dan manis dalamnya..
Nak dapat gorengan rangup diluar lembut di dalam ni pada pandangan saya bukan atas resipinya..tapi lebih kepada tekniknya ..
Nanti bebila jika ada kerajinan nak kongsi tekniknya.Bukan ilmu asal dari saya tapi saya juga dapat ilmunya dari orang jauh.Maka nanti baik dikongsikan supaya menjadi manfaat bersama.


TAPAI UBI CELUP TEPUNG
1 bekas tapai ubi
minyak untuk goreng

Bahan celup:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
½ sudu kecil garam
2 sudu minyak
2 sudu air kapur
(½ sudu kapur bancuh  ½ cawan air.Biar mendap dan ambil air jernih ya sahaja sebanyak 2 sudu)

1. Bancuh semua bahan celup hingga dapat adunan yang agak cair.

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali 

3. Celup tapai dalam adunan dan goreng dalam minyak panas sambil dibalikkan supaya sekata warna garingnya.

4. Toskan minyak dan sedia dimakan panas-panas.

**sentiasa balik-balikkan supaya tidak hitam kerana tapai manis dan mudah berkeramel.

Tapai ubi.

Tapai ubi celup tepung.


LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS

 Cerita dah dekat seminggu.Baru nak update..


Dah masak asam pedas ayam + belimbing buluh.Petangnya dah dekat maghrib,buat lempeng pisang..



Untuk dilawankan dengan asam pedas ni la 


Kali ni saya buat lempeng pisang versi terpung beras.Kalau mak saya buat cekodok pisang memang guna tepung beras.Mak kata lebih lembut dan lebih sedap.Cuma ladang stok tepung beras tiada,guna la juga tepung gandum.Kalau guna tepung gandum,saya lebih suka versiCEKODOK PISANG BULAT-BULAT ...macam ni..sebab kalau guna tepung gandum saya tak pandai agak.Jadi saya guna soda+marjerin sebab anak-anak suka versi ni.
Untuk lempeng pisang teoung beras,memang pada tekak saya ianya lebih sedep kerana lembut dan harum tepung beras.

LEMPENG PISANG TEPUNG BERAS
5 biji pisang berangan
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
garam dan minyak

1. Lenyek pisang hingga lumat.

2. Tambah kelapa dan secubit garam.

3. Gaul pula bersama teoung beras hingga sebati.Adunan memang kental kerana saya mahukan lempeng yang garing rangup tepi-tepinya.

4. Panaskan sesudu minyak dalam kuali atau pan.Masukkan sesenduk adunan dan ratakan dengam belakang sensuk atau belakang sudu supaya leper.

5. Masak kedua-dua belah hingga garing.Jika perlu renjiskan sesudu lagi minyak supaya garing.

6. Sedap dimakan begitu sahaja bertemankan kopi O panas..


Tapi saya temankan dengan asam pedas

Makan waktu hujan akan lebih feel...hihihi


Tuesday 22 February 2022

MASAK ASAM PEDAS AYAM + BELIMBING

 Musim belimbing..


Baki belimbing yang Ros bagi tu,saya masak asam pedas sama ayam.

Tapi ni hari Jumaat rasanya saya masak ni.Masak waktu malam..Esok makan..Uiii..nikmat..!


Masak asam pedas belimbing  dengan ayam.Saya lagi suka belimbing masak asam pedas dengan sardin.Tapi sejak anak bujang tu kena chalazion...saya dah berehat sebentar daripada masak sardin.Kalau tidak sebelum sebelum ni selang sehari dua hari,saya akan masak sardin.
Now dah jadi seriau pulak nak masak sardin walaupun tak pasti sardin menyumbang atau tidak kepada pertumbuhan chalazion tu.

Mula ingat nak copy paste ja resipi ASAM PEDAS AYAM DENGAM BELIMBING BULUH tahun 2014 ni...tapi tengok bahannya banyak pula..Agaknya masa tu saya rajin lagi..

Now,saya masak ala kadar saja...main campak lebih kurang ja..


Asam pedas pun saya suka masak awal beberapa jam sebum makan supaya rasa lebih meresap.Ni saya masak malam.

Monday 21 February 2022

BELIMBING SAMBAL CILI API

Tadi lintas depan rumah Wak Warisan Petani,kemain lebat belimbing buluh di pohon.Geram tengok...


Ni belimbing buluh pemberian Ros minggu lepas.Banyak dia kasi...seronok saya.

Beras dalam tong pasti kecut perut!🤣

Periuk susah hati takut bocor🤭


Sebahagian belimbing tu saya belah dua dan setiap belah tu saya hiris tiga.Senang cakap sebiji belimbing saya belah enam🤭
Kalau belimbing kecik belaah dua pun dah ok.Tak belah pun sedap.Dengan syarat masak lama hingga belimbing lut sinar.In sha Allah sedap tak masam sangat kerana masamnya sudah keluar bercampur kuah sambal.

SAMBAL BELIMBING CILI API

30-40 biji belimbing buluh.

1 mangkuk bilis.

minyak,garam dan sedikit gula 


Bahan Blend:

1 mangkuk cili api.

1 labu bawang besar.

3 bawang putih.


1. Panaskan secawan minyak dan goreng bilis hingga garing 

2. Terus tuangkan bahan blend dalam gorengan bilis dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan belimbing yang dibelah-belah dan biar mendidih lama hingga belimbing jadi lut sinar.

4. Tambah,garam dan gula sesedap rasa.

* Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya lebih sedap.


Saya guna rencah ikan bilis lebih kurang semangkuk.


Cili padi merah +hijau lebih kurang semangkuk.
Campur juga selabu bawang besar dan 3 ulas bawang putih 


Pastu  3 bahan tu blend jangan halus sangat.


Panas minyak.Goreng bilis dan tambah bahan blend.


Bila mendidih masukkan belimbing.



Masak lama agar masam belimbing keluar dan sebati dengan kuah sambal.


Sebekas bagi kat Kak Mel.


Sebekas bagi Ruby dan Yati untuk tambah lauk lunch depa...
Pastu Adah bising kenapa masak lauk ni...Dia makan menambah🤭


Sunday 20 February 2022

LUNCH @ BANGI RESORT HOTEL

Semalam...Sabtu

Lunch @ Bangi Resort Hotel.
Bersebelahan Bangi Golf Resort..Pernah la sekali dinner kat Bangi Golf Resort tu..Ingatkan kat situ...Rupanya Bangi Resort Hotel kat depan sikit..
Tapi kerana parkir kat BRH tu fullhouse maka kami tumpang parkir kat BGR..


Nasib baik disediakan suttle bus .Kalau tidak,peluh juga ketiak nak jalan dari parking tu..



Cantik view hotel ni..
Semua pic ni kredit to Suhairi...Kalau saya yang snap takkan la secantik ni🤭

Suhairi...jurugambar.
Kerja dia ambil gambar jika ada even...tengoklah gajet dia..harga boleh buat down payment Axia...hihihi
Tapi gambar dia jangan cari..memang tak jumpa.
Ni kali ke 10 kot nak snap gambar dia tak dapat juga..Puas Shifa dan Ros nak tarik mask dia tak dapat..hihihi

Seriau pula tengok sudu garfu kat tangan dia...Risau jadi Kasim Selamat...!

Syyyyy....suhairi ni bujang teruna lagi tau walaupun dah 40++


Bagi yang suka bergambar ..tempat ni sesuai

Bagi yang suka makan macam saya ni....takda la saya peduli sangat view dia...hihihi


Orang pro ambil gambar memang cantik.

Gambar tangga pun cantik...hihihi

Jom masuk...


Sebenarnya ..lunch  merangkap majlis perpisahan Kak Reen yang akan memulakan tugas di tempat baru...Genting Higland katanya...

Semoga Kak Reen sukses di tempat baru dengan jawatan yang baru.
Tapi wajah Kak Reen tak nampak sedih pun kan..🤭
Mana nak sedih...dia dapat seutas gelang tangan emas dan sekeping jongkong emas kot semalam..😍


Nampak ada pic ni ja untuk makanan..Saya yang food lover ni lebih suka kalau dapat pi hitea🤭


Tema songket...tapi kita tak ada songket ori..Pakai songket pelesu ja 🤭