Sunday 13 February 2022

NASI DAGANG & ANAK-ANAK SEMUT

 Awal pagi tadi hantar Adah ke KL...plan asal nak hantar kat stesen LRT saja tapi sebab dah lambat,hantar la juga sampai KL.Puncanya semua terlewat bangun hari ni.Pukul 6.20 bunyi azan subuh baru pakat sedar..

Nasib baik weekend.Kalau weekday,alamatnya merahlah punch card..hihihi...

Waeekday pun kalau subuh lambat,alamatnya memang kena subuh kat tempat kerja @ paling pun saya akan subuh kat Petronas.Kalau 6.30 baru terhegeh-hegeh nak start kereta,alamat makan jem tanpa roti la jawabnya...So,saya lebih rela solat kat Petronas  sebelum meneruskan perjalanan.Sejak banyak jalan ditutup dan dilencongkan masa perjalanan ke tempat kerja sudah berganda.Belum lagi kira jalan yang dilencongkan tu berlubang-lubang sebesar kawah dan kuali goreng ikan.Sebab tu kena gerak awal ketika jalan masih sunyi,dapatlah kita mengelak lubang  kerana jarang berselisih dengan kenderaan lain.Kalau lambat,jalan sudah sibok,kita tiada pilihan lagi.Kena stay kat lorong kita walaupun lubang sebesar kawah kena terjun juga.Kereta pun dah gelong kerana asyik terjun lubang.Yang jaga kereta, sebulan sekali kena buat alligment balancing..Yang main lanyak jer kereta macam saya ni...naik kereta dah macam naik bot dah jadinya bergoyang-goyang.Tak tahulah apa nasib tayar.Selagi boleh jalan....hihihi beletiaq sensorang pepagi ni..



Balik dari hantar Adah,singgah beli sarapan.Sejak memegang sijil pemalas ni,asyik beli ja..


Untuk diri sendiri,saya beli nasi dagang lauk gulai ikan tongkol.

Nasi bersama gulai ikan ni RM7.

Pastu bancuh air Neskopi.
Puncanya,kopi cap gantang hanya ada dalam½ sudu kecik jer kot.Bila tuang air panas penuh mug,kopinya jadi cair.Maka saya tambah 1 sudu kecik serbuk Nescafe....
Nescafe +kopi
Jadi la Neskopi..Tapi tu la...baru minum beberapa teguk...jantung dah berdegup kencang ni...Alergi sungguh dengan Nescafe.Makanya saya stop minum dan sambung dengan air kosong sahaja.


Untuk anak bujang tu ,saya belikan nasi lemak lauk ayam goreng sambal asing.Tahu dah kalau offday,lepas subuh dia akan sambung mimpi.Nasi lemak letak dalam bekas dan isi air dalam bekas tu.Dah lebih sebulan semut menjadi masalah.Asal terleka sikit,habis makanan dihurung semut.Dah guna penyembur organic untuk serangga pun tak jalan 
Dah baca doa Nabi Sulaiman,minta semut tu berpindah...adalah sedikit berkurangan,tapi masih ada.Bila direnung difikir...agaknya ini salah saya.Sebelum ni bila nak simpan makanan untuk anak-anak ...saya selalu sebut  nak simpan makanan ni untuk
 "anak-anak semut"
Maka sebab tu tiba-tiba semut muncul kat rumah ni..Benarlah sebutan menjadi doa ..dok berzikir sangat anak semut tu...datang la ia..
Astaghfirullah.....semoga Allah ampunkan dosa keterlanjuran kata dan menggerakkan semut-semut ni kembali ke habitat mereka di luar rumah..Aminnnn


8 comments:

  1. Berapa helai dah koleksi sijil pemalasnya tu Mama Cella?
    Kita berdozen-dozen dah ni haaa... sampai tak muat fail nak isi.

    ReplyDelete
  2. Alamak, sy pulak selalu sebut anak burung. Lepas ni kalau yg datang burung layang2, bolehlah saya ambil air liurnya buat jual.

    Sijil Pemalas tu kalau lama2 boleh dapat anugerah tak?

    Nasi dagang gulai tongkol is my fav, lama tak makan.. tempat sy pun RM7 gitu harganya, tu tahun lepas. Tahun ni belum makan nasi dagang lagi, hihi.

    ReplyDelete
  3. Nasi dagang ikan tongkol sepotong boleh lagi tu kat tmpt akak ikan sepotong belah 4 lagi rega 4 hengget

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi dagang ikan tongkol...lama x makan...lepas ni nak cari laa ...

    ReplyDelete
  5. Kalau silap timing terlewat tu memang makan jem tanpa roti lah jawabnya kan. Itulah tu, kita perempuan tak kisah pasal balancing. Kalau encik suami, bawa kete lain macam sikit langgar lubang ke apa mesti nak pergi buat balancing.
    Ada juga ek sijil pemalas. hehe..tak payah menuntut, tahu tahu ada :) Murah gak tu nasi datang. Ikan sekelar besar juga.

    Samalah, kena beralas dengan air. Semut ni cepat betul buat kerja. kejap je dah sampai.

    ReplyDelete
  6. samalah rumah ammi pun..atas meja makan tu janganlah dok tinggalkan makanan sesaja tanpa alaskan dengan dulang berisi air.

    teringat petua ikat benang yang dibasahkan minyak pada kaki meja supaya licin nanti semut takboleh nak naik. tapi malasnya nak buat

    ReplyDelete