Friday 18 February 2022

REZEKI HARI INI

 Dah berhari-hari teringin nak makan roti canai warung Pak Omar.Bila dizikirkan,in sha Allah dapat rezekinya...


Alhamdulillah,pagi-pagi tadi Ruby masuk bilik kerja saya menjinjing bungkusan mengandungi roti canai ni.Katanya roti canai warung Pak Omar.Saya yang tidak sempat masak apa-apa,hanya bawa bekal roti butterscotch.Usai solat subuh,terus jerang air buatkan kopi panas dan toast 2 keping roti butterscotch tu.
Roti dah kembang dalam perut tetiba pukul 8 Ruby bawa masuk roti canai..
Alhamdulillah...lepas dah settle separuh kerja,sambung makan roti canaišŸ¤­

Belum pukul 10...berkali pula Kak Mel call suruh turun bawah ambil nasi lemak.Depa ada buat pot luck katanya.
Saya ada bawa honeydew sebiji dan saya bancuhkan satu jug penuh kopi 0 panas bawa turun 
Sebab lambat sangat turun,Kak Mel tapaukan nasi lemak kuning berlaukkan sambal sotong,rendang ayam,sambal bilis dan telur mata.Alhamdulillah..
Tapi yang ni saya simpan untuk lunch..Perut dah tak mampu nak terima lagi kerana roti bakar dan roti canai sedang dihadam...hihihi
Kopi 0 panas juga laku keras katanya hingga membuatkan teh tarik berbaki ½ cerek.


Spaghetti  bolognese..
Tak tahu siapa yang bagi.Bila tanya katanya ada hamba Allah bagi...
Alhamdulillah....


Belum pukul 12,ada pula agihkan pulut kuning ni.Katanya dari ustaz Masjid Al Mukhlisin.



Saya sangat tertarik bila tengok pulut kuning saiz mini ni.Saya tak  pernah terfikir idea ni.Pulut kuning dimasukkan dalam muffin cup dan dihias cebisan pandan.Rendang daging diisi dalam ziplock kecil tu dan keduanya dimasukkan dalam bekas yang selalu orang isi kuih jualan tu.
Comel pula.Selalu saya hanya terfikir portion besar untuk pulut kuning yang bajetnya 1kg pulut untuk 8-10 orang sahaja.
Rupanya kalau dibuat begini 1kg pulut saya agak boleh isi 25 cup ni.Rasanya buat macam ni lagi praktikel kerana pulut bukan orang nak makan banyak..
Nampak cute dan kemas pulak tu..
Segala puji bagi Allah yang selalu menitipkan rezeki lebih dari apa yang kita minta.Lebih dari apa yang kita perlu..Betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita semua...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahu Akbar..


7 comments:

  1. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sesungguhnya hamba Allah itu seorang insan yang penyayang. Kata orang berkongsi itu menyayangi. Yang menyayangi sanggup berkongsi. Moga murah rezekinya.

    ReplyDelete
  3. Betul, pulut orang tak makan banyak. Sy biasa tengok orang buang saja pulut sebab tak habis makan. Ada jugk yg tak makan pulut tapi tak bagi orang yg makan sebab pulutnya cantik masuk dalam gelas comel.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..murahnya rezeki....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.macam macam rezeki makanan dapat. Okay jugak idea tu letak pulut dalam cupcake.

    ReplyDelete