Tak tahu di mana silapnya.....tak glowing
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Sunday, 13 September 2026
RANDOM SHORTS
Tak tahu di mana silapnya.....tak glowing
Sunday, 6 September 2026
RANDOM SHORTS
Banyak gambar sedang Q nak masuk posting tapi takda masa lagi nak karang cerita...Maka,post la dulu random photo ni
Gotong royong siang daging kenduri kat kampung semalam....Pic dari group komuniti kampung mak..Tapi kami tidak dapat penuhi jemputan kenduri ni kerana dah balik KL...
Sunday, 9 August 2026
RANDOM PHOTO
Setalam ulam....ada timun,kacang panjang,ulam raja dan daun selom
Tengok dalam group komuniti kampung mak...depa buat kenduri kesyukutan..Masak.nasi kawah,gulai ayam...ikan masin,ulam dan cabai(sambal belacan)
Tentulah boleh!
Pokok ni kan makanan utama ulat sutera.Kalau ulat boleh makan...manusia pun boleh makan.
Pokok mulberry ni dulu zaman sekolah tahun 80-an sangat falimiar dalam buku Ilmu Alam darjah 6.Kalau tak silap tajuknya: Perternak Ulat Sutera di China..soalan favourite dalam periksa penggal ialah : Apakah makanan utama ulat suter?
Cuma masa tu takda internet bagai nak rujuk..hanya berpandukan buku teks semata nk tengok gambar ulat sutera dan pokok mulberry
Kata PH kat tempat dia di Baling depa panggil " terung ceweng" Kalau kat kampung saya dipanggil " Terung Belanda" .Taktau apa kaitan dengan Belanda..Tapi selain buat ulam & sambal..masa zaman kanak-kanak terung belanda ni dijadikan peluru senapang mainan yang dibuat dari papan dan kayu.
Ni saya makan nasi putih + sambal tempe RM6.Ulam pucuk mulberry tu saya petik kat tepi pagar jer...hihihi
Zaman saya sekolah rendah dulu...kalau orang kenduri kat kampung kami dan kampung sekitar...macam ni la pelaminnya kat luar rumah.Pengantin akan duduk atas pelamin ringkas ni sambil.ada persembahan silat dan gendang keling.Yang kaya sikit akan ada pelamin cantik dalam rumah..Tapi kebanyakan pelamin ringkas macam ni lah...
Saya memang suka info berkaitan pertanian dan flora serta fauna.Saya kenal ini sebagai pokok sorgum.Sorgum ni boleh dimakan oleh manusia dan haiwan.Boleh proses buat tepung tanpa glutin dan boleh masak makan macam makan nasi
Saya jumpa pokok sorgum ni tumbuh sesat kat belakang reban ayam kat tempat kerja.Beberapa hari lepas ada group Laman Hijau share tik tok tentang tanaman sorgum ni kat Trengganu.Depa ajak tanam.Saya share video dan gambar sorgum yang kat belakang reban tu.Saya snap gambar ni bulan lepas rasanya.Tapi big bos kata mana mungkin itu pokok sorgum..Saya dah tidak respon lagi kerana tak nak berdebat walaupun saya yakin itu adalah pokok sorgum.Tumbuhnya mungkin kerana ada benih tersesat dalam dedak makanan ayam kat reban tu.Tapi bila big bos kata mana mungkin...kita diam sahajalah...Lebih malang lagi beberapa hari lepas pokok sorgum tu dah innalillah dimesin oleh pekerja kebersihan...Tak sempat nak ambil benihnya...
Ni kat perumahan kami sekarang tengah rancak tebang pokok dan tambun tanah nak buat parking lot.Bila tengok lori tanah kepala merah ni akan terbayang zaman 80-an .Tak tau kenapa kalau nampak lori kepala merah ni auto ingat zaman 80-an.
Sunday, 26 July 2026
RANDOM FOTO
Homemade kerisik...
Kalau tak salah,1st time saya makan pizza sekitar hujung 90-an.Itu pun masa tu makan Shakey's Pizza..Taktau la sekarang brand ti ada lagi ke tidak.


























































