Setalam ulam....ada timun,kacang panjang,ulam raja dan daun selom
Tengok dalam group komuniti kampung mak...depa buat kenduri kesyukutan..Masak.nasi kawah,gulai ayam...ikan masin,ulam dan cabai(sambal belacan)
Tentulah boleh!
Pokok ni kan makanan utama ulat sutera.Kalau ulat boleh makan...manusia pun boleh makan.
Pokok mulberry ni dulu zaman sekolah tahun 80-an sangat falimiar dalam buku Ilmu Alam darjah 6.Kalau tak silap tajuknya: Perternak Ulat Sutera di China..soalan favourite dalam periksa penggal ialah : Apakah makanan utama ulat suter?
Cuma masa tu takda internet bagai nak rujuk..hanya berpandukan buku teks semata nk tengok gambar ulat sutera dan pokok mulberry
Kata PH kat tempat dia di Baling depa panggil " terung ceweng" Kalau kat kampung saya dipanggil " Terung Belanda" .Taktau apa kaitan dengan Belanda..Tapi selain buat ulam & sambal..masa zaman kanak-kanak terung belanda ni dijadikan peluru senapang mainan yang dibuat dari papan dan kayu.
Ni saya makan nasi putih + sambal tempe RM6.Ulam pucuk mulberry tu saya petik kat tepi pagar jer...hihihi
Zaman saya sekolah rendah dulu...kalau orang kenduri kat kampung kami dan kampung sekitar...macam ni la pelaminnya kat luar rumah.Pengantin akan duduk atas pelamin ringkas ni sambil.ada persembahan silat dan gendang keling.Yang kaya sikit akan ada pelamin cantik dalam rumah..Tapi kebanyakan pelamin ringkas macam ni lah...
Saya memang suka info berkaitan pertanian dan flora serta fauna.Saya kenal ini sebagai pokok sorgum.Sorgum ni boleh dimakan oleh manusia dan haiwan.Boleh proses buat tepung tanpa glutin dan boleh masak makan macam makan nasi
Saya jumpa pokok sorgum ni tumbuh sesat kat belakang reban ayam kat tempat kerja.Beberapa hari lepas ada group Laman Hijau share tik tok tentang tanaman sorgum ni kat Trengganu.Depa ajak tanam.Saya share video dan gambar sorgum yang kat belakang reban tu.Saya snap gambar ni bulan lepas rasanya.Tapi big bos kata mana mungkin itu pokok sorgum..Saya dah tidak respon lagi kerana tak nak berdebat walaupun saya yakin itu adalah pokok sorgum.Tumbuhnya mungkin kerana ada benih tersesat dalam dedak makanan ayam kat reban tu.Tapi bila big bos kata mana mungkin...kita diam sahajalah...Lebih malang lagi beberapa hari lepas pokok sorgum tu dah innalillah dimesin oleh pekerja kebersihan...Tak sempat nak ambil benihnya...
Ni kat perumahan kami sekarang tengah rancak tebang pokok dan tambun tanah nak buat parking lot.Bila tengok lori tanah kepala merah ni akan terbayang zaman 80-an .Tak tau kenapa kalau nampak lori kepala merah ni auto ingat zaman 80-an.














Ya, kami panggil terung ceweng 😁Kecik² dulu tak makan buah ni, buat peluru senapang ja. Hat muda mak ambik buat ulam, hat tua dah keras tu kami buat main.
ReplyDeleteSy pun ingat pelamin gitu. Kak² sepupu pakcik makcik bersanding dulu macam ni la pelamin depa.
Tak kenai pokok sorgum tu
Kan...
Deletedulu dulu pelamin simple je...Tambahan pula sekitar awal 90-an timbul isu hukum memyediakan pelamin dan sanding
Bestnya ulam setalam tu memang syok kalau ada sambal belacan sekali.
ReplyDeletehaaaa...memang ada sambal.belacannya juga
DeleteAritu dana ada beli buah tampoi dari tiktok, di pos dari kedah sampai tu buahnya dah lebam sayang betul. Beli dokong juga dapat la rasa sikit yang lain rosak dan lebam. Sayang betul lah menyesal lak beli dengan tiktok sebab janji esok sampai katanya tapi beberapa hari baru la sampai buahnya. Sorgum tu dana ada jugak nampak dekat tv orang kongsi pasal cara tanam dan ambil buahnya untuk dijadikan tepung atau makan makan nasi.
ReplyDeletetu la risiko beli online...Kadang ok je cepat sampai..kadang lambat sampai
DeleteSmlm g pasar tani sungai petani, ada nampak buah tampoi, x tergerak pulak nak membeli..sebab saya sorang jer makan nnt...
ReplyDeleteSelalunya anak anak sekarang memang tidak berminat mencuba buah buahan nadir ni
DeleteSambal belacan dengan ulam tu memang menggugat selera betul. Syoknya layan tebu murni, manis nostalgia betul! Tapi itulah, gigit tebu bab hampas memang bikin batuk seminggu.
ReplyDeleteHampasnya memang buat gatal tekak dan mudah batuk kan..
DeleteSebagai penyuka ulam, happy tengok ulam banyak macam tu. Kena ada sambal sekali lah tapi. Buah mulberry tu saya suka, suka yang hitam rasa manis. Macam-macam tanaman ada, tapi sorgum tu pertama kali dengar. Saya panggil terung pipit juga.
ReplyDelete