Wednesday, 26 August 2026

PENGAT PISANG TANDUK

 Seingat saya,saya tak pernah masak pengat pisang tanduk.Selain susah nak jumpa kat sini,pisang tanduk juga bagi saya hanya sedap digoreng atau dijadikan kerepek.Seingat saya juga,kat kampung kami takda pisang tamduk.Yang ada kebanyakan pisang awak,pisang awak legur,pisang nangka,pisang embun,pisang bunga dan pisang emas ringan.

Saya kenal pisang tanduk ni lepas dah dok KL.Itulun rasanya voleh dobilang dengan jari berapa kali saya beli pisang tanduk..Kalu pisang nangka tu memang la selalu beli...hihihi..


Tapi dua hari lepas saya masak pengat pisang tanduk...




Prngat pisang yang kat ka.pung kami sebut serawa pisang




Dua biji pisang tanduk beli kat Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alah hari Ahad tu...
2 biji ni hanya RM5..Pada saya sangat murah kerana selalu tengok kat pasaraya dekat rumah ni sebiji pun dah RM5++..Malah ada yang lagi tinggi harga bergamtung saiz.
So kalau 2 biji ni RM5 memang murah sangat nih...
Sengaja pilih yang dah masak kuning sebab memang plan nak masak pengat.Puncanya kat tempat kerja tu ada sorang rakan dok sebut dia takkan buat pengat kalau takda posang tanduk.Baginya hanya pisang tanduk the best buat pengat.Mendengarnya sahaja membuat saya teringat invat nak beli pisang tanduk...Mudah terpengaruh!!!





Potong bulat bulat tidak menyerong kerana pisang tanduk memang besar saiznya


Berulang ulang makan....saya sangat suka kalau masak pengat atau bubur letak sagu banyak banyak...tapi kena pastikan sagunya masak jernih.Kalau ada putih putih belum masak penuh,akan potong selera kan...hihi...
Untuk pastikan sagu masak jernih,saya akan rendam sagu lebih kurang 15 minit sesambil masak pengat..Bila mendidih masukkan sagu sebelum masukkan gula.Kadang saya short cut rendam sagu dalam air panas sebelum masukkan dalam pengat kalau nak cepat masak la...itu cara  saya...mungkin ada cara lain yang saya belum tahu..hihihi 

PENGAT PISANG TANDUK

2 biji pisang tanduk
1½ kotak santan kara
2 keping gula nisan Kelantan
1 sudu teh garam
½ cawan  sagu - basuh & rendam 15 minit
1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong bulat sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 4-5 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa.

** Masak pengat beberapa jam awal supaya bila nak makan pengat jadi pekat dan rasa sebati lebih sedap...in shaa Allah


14 comments:

  1. Mak-mak mmg fav pisang tanduk ni.. mak sy pun suka... kalau pisang tanduk yg dah masak ni goreng mmg sedap... manis dia lain mcm.. kalau x masak lg x brp sedap.. kalau arwah nenek sy dulu suka rebus... kecik² dulu mmg selalu nenek bg buat bekfes.. bila lah dpt merasa air tgn akak ni... semua yg dimasak semua nmpk sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...K.Mim swbut pisang rebus...rasa terliur pulak...Nak kena cari pisang tanduk lagi nih

      Delete
  2. Pisang tanduk selalu kalau balik jerantut rumah pakcik wife mesti dpt dua tiga batang.. kalau balik mmg pengat jer la jadi.. sedappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya....sini payah juga nak dapat kecuali kadang kat Pasar Tani

      Delete
  3. Sedapnya Pengat Pisang Tanduk. Bagi sy, sedap Pisang Tanduk ni dimasak pengat, sebab rasa lemak santan akan seimbangkan rasa masam Pisang Tanduk tu. Sy pun suka letak sagu dan masak sampai ia jernih dalam pengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..saya oun baru try masak guna pisang tanduk...sedap rupanya..sagu tu kita geng

      Delete
  4. Kalau ada pisang tanduk, saya nak cuba buat pengat jugaklah. Terpengaruh jugak ni 😀

    Pengat dan serawa sama jelah kan, beza nama ikut lokasi.

    ReplyDelete
  5. tiba2 teringin nak cuba juga ni..sabtu ni nak kena ke pasar juga la gayanya cari pisang tanduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cari jangan tak cari Afzan....hehehe

      Delete
  6. Ya, saya pun sama. Kenai pisang tanduk di KL/Sel ni.
    Pisang bunga tu favorite Sy Mak Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.

      tempat kita macam tak ada pisang ni @ mungkin hanya sesetengah tempat sesuai tanam pisang ni

      Delete
  7. Pengat pisang letak sagu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan
      ...kalau tak bersagu rasa tak lengkap..hehehe

      Delete