Showing posts with label RAMADHAN 2022. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN 2022. Show all posts

Tuesday, 19 March 2024

FISH & CHIPS,PEPES AYAM & MANISAN SAGO HONEY DEW

 

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari  ke 8 dah hari ni
Juadah iftar kami semalam...7 Ramdhan..
Fish & chips
Bersama salad dan sos tartar.



Saya masak bodo bodo cara saya..


- 2 keping  fillet ikan dory dan potong 3 bahagian setiap satu.

- Dapatlah 6 keping selebar tapak tangan.Lap fillet ikan  dengan kitchen towel hingga kering

-Renjis garam dan lada sulah,perah jus limau dan perapkan 15 minit.

- Gaul dengan sedikit tepung Bistari Pedas. 

- Celup putih telur dan salut dengan serbuk roti warna oren tu 

- Deep fry hingga keemasan kedua belah .Toskan

- Kemudian goreng fries sebagai sampingan 



Cella buatkan Sos Tartar

- 1 cawan mayonis
- 1 bawang merah cincang
-  3 helai daun bawang - hiris halus
- 1 biji telur rebus- lenyek
- ½ biji lemon- ambil jusnya

* Gaul semua hingga sebati.



Salad sebagai pelengkap


Hanya guna yau mak tam
Tomato ceri
Gaul dengam sos kewpei



Beriftar dua beranak dengan Cella.Abangnya iftar kat tempat kerja.


Saya ada beli pepes ayam frozen
RM25 untuk 25 pcs


Saya masuk dalam air fryer suhu 170 selama 10 minit.Elok masak sedikit garing dan harum daun pisangnya.Kalau suka pepes yang lembut boleh kukus pepes tu.



Manisan Tembikai Susu Bersagu.


Sedap sangat..harum tembikai susu bergabung dengan lemak manis susu cair  dan bertekstur.

TEMBIKAI SUSU BERSAGO
½ biji tembikai susu
1 tin susu cair
¼ tin susu pekat
¼ cawan sagu.
ais

1. Rebus sagu hingga mendidh dan padamkan api.Biarkan 10 minit dan hidupan semula api hingga sagu mendidih sekali lagi.Matikan api dan biar terendam hingga sagu jernih.Tapiskan sagu

2. Tembikai susu dibahagi dua.
1 bahagian didadu kasar
1 bahagian lagi di blend hingga halus bersama sedikit air hingga jadi puri.

3. Dalam bekas yang besar,masukkan puri tembikai susu,susu cair,suku pekat dan secubit garam.Masukkan juga tembikai susu dadu dan sagu yang sudah direbus 

4. Kacau sebati.Masukkan ais dan sesuaikan rasa.





Biru sekejap mata hitam kami....hihihi
Makan Fish & Chips masa iftar bersama manisan honeydew....
Pepes jadi hidangan moreh..
Cella dah start sem baru semalam tapi sebab ada 1 subject sahaja,lecturernya bermurah hati nak buat online class.Tu yang di masih ada kat rumah menemani iftar.Hari ni Selasa dah kena balik kolej..

Monday, 2 May 2022

MENU BUKA PUASA RUMAH ACHIK - IFTAR RAMDHAN 28

 Hari ke 28 puasa kami bertolak balik Kedah..Seawal 5.00 pagi kami dah gerak.Alhamdulillah walau jem ..kami selamat tiba pukul 5 petang.


Kami iftar @ rumah Achik


Minum air tembikai

Air asam pencicah

Nasi putih...
Malas nak susun gambar tunggang langgang..hihihi


Ulaman

Mak dah masak ketupat untuk makan sebelum raya

Sambal ayam


Ikan patin salai masak lemak cili api



Patin tempoyak

Sayur kangkung


Pakcik kata order patin dari Pahang


Sedap betul 


Sambal

Mihun goreng


Kuih spera


Samosa 

Kuih muih

BUKA PUASA KAT RUMAH ACHIK- IFTAR RAMADHAN 29

 Alhamdulillah ...dapat meraikan Ramdhan pada tahun ini selama 29 hari.

Hari terakhir Ramadhan kami masih iftar kat rumah Achik..


Beli samosa ayam..Ramai peminat samosa ni.


Beli lagi spera kegemaran saya sebanyak 10 biji.

5 biji saya makan sorang🤭

Achik beli kuih kaswi



Saya beli kuih apom aka apam putih ni.


Achik beli pau goreng inti sambal.Ada yang panggil burger malaysia.


Saya juga beli sekor ayam golek panggang.


Mak teringin nak makan kerabu.Saya buatkan kerabu ulam raja + isi ikan kembung goreng...Sedappp😁



Achik goreng ayam celup tepung.


Achik juga masak daging lemak cili api 


Saya masak lauk  gulai lemak ikan masin + buah gajus...
Ada yang panggi jambu golok..Orang Kelantan panggil buah ketereh..
Tahun lepas bulan puasa juga saya masak MASAK LEMAK PUTIH BUAH GAJUS + SOTONG..
Dah 2 tahun gajus berbuah bulan puasa.

Saya juga masak sambal udang petai Udang tu Achik beli.Petai tu mak beli.Saya masak sahaja 

Tengah beriftar la dengar pengumuman bahawa esok adalah.. Hari Raya Aidil Fitriiiii....!!!!

Masing-masing terdiam dan terpaku




Saturday, 30 April 2022

IFTAR @ SORU AMPANG-RAMADHAN 27

 Salam Ramadhan 28


Semalam Jumaat kami iftar @ Soru Ampang.
Adah belanja.Dia dah siap booking.

Risau jem teruk ..sebab kita nak lalu MRR2..sebab orang dah mula balik kampung ke pantai timur

Adah dah booking beberapa hari 

Kami sampai pukul 7..
Makanan dah siap atas meja..
Saya pilih lamb grill

Cella pula cheezy lamb

Ada pesan chiceken wing..mac & cheese dan apa lagi entah.Tapi 2 pesanan lagi tu agak lambat dapat.So,tak ada pic.

Pukul 8.15 kami beransur mencari temoat solat.Akhirnya kami singgah Petronas Taman Dagang.
Kemudian terus balik kerana nak siapkan sikit kuih raya untuk  bawa balik kampung..



Friday, 29 April 2022

LAKSA SARDIN vs NASI GORENG AYAM-IFTAR RAMDHAN 26

 Salam Ramadhan 27

Semalam beriftar sorang-sorang.Maka masak yang tekak nak makan.Ulang masak laksa sardin lagi.

Telur pun takdan rebus.Ulaman sahaja penuh pinggan

Bila tuang kuah..habis tenggelam ulam..hanya nampak kuah pekat melekat 


Dah dikacaukan baru nampak laksanya...hihihi


Puas anak tekak dapat makan laksa kuah pekat macam ni
Seperti biasa,pilihan saya laksa lemak Kedah:

LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana)

1 paket kecil rwmpah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & sesuaikan rasa.
5. Biar mendidih sekali lagi beberapa minit .Hidang bersama laksa dan ulamannya


Masak juga nasi goreng ayam..

Akhirnya nasi gpreng jadi juadah sahur