Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Sunday, 14 January 2024

CELLA TERINGIN KEK TAPAK KUDA

 Dah seminggu Cella dok zikir nak Kek Tapak Kuda Ustaz.Katanya tengah viral..Dah beberapa kali dia cuba beli masa live tapi hampa katanya..

Bila dah kecewa,katanya tak dapat kek ustaz tu pun tak apa..Kek ustazah pun tak apa..Kek cikgu oun boleh...asalkan kek tapak kuda




Bila dizikirkan...in shaa Allah datang rezekinya..

Yang si adik dah tahu kelemahan abangnya...Dizikir kuat kuat kat telinga abangnya..Abangnya yang dengar,haruslah mencari demi adik bongsunya tu.


Bukan satu...
Tapi dua kek tapak kuda dibawa pulang...




Satu filling nuttela crunchy
Satu lagi filling matcha crunchy..


Katanya kena simpan dalam chiller dulu supaya fillingnya sedikit keras,barulah potongan jadi kemas dan cantik tidak sememeh.

Masa sejuk filling dia keras.Bila potong jadi kemas



Bila dah biar suhu bilik..Filling lembut tapi nestummya masih crunchy.


Bila dah filling tu mula lembut...dah kenapa saya nampak macam tapak kaki kuda yang terpijak rumput dan t*** nya kat kandang...adoiii..!




Sunday, 23 July 2023

HOT PANCAKE BY CELLA

 TTK dah start cuti sem.Malam tadi sebelum tidur dia dah cakap esok pagi weekend dia nak masak pancake untuk breakfast.Katanya dah lama craving homemade hot pancake.Dah banyak kali dia request tapi maknya dah tak serajin dan segigih  dulu.hihihihi

Ni dia kata dia nak buat sendiri..Hmmm...lagi bagus..

Bukan susah sangat pun.Bahan semua ada.Nak kena sediakan kerajinan saja..



Alhamdulillah,weekend hari ni breakfast dengan air tangan Cella.



Hot pancake with butter,honey & strawberrry jam.



ops...bertemankan teh O panas..


Entah kenapa kalau pancake & scone,macam kena gu dengan teh O berbanding kopi.Rasa macam lebih ngam.


TTK sedang beraksi di dapur .Baru perasan berlatarkan bunyi Radio Klasik....hihihi
Katanya kenapa pancake dia tak betul-betul bulat macam saya masak.
Haaa...sebabnya dulu saya dok masak guna pan kecik saiz 5 inci tu.Memang la bila tuang adunan jadi bulat elok sebab pan tu kecik comel.Tapi dah berbelas tahun pan tu dok guna,lapisan non stick dia dah tanggal-tanggal,maka pan kecik tu dah dibuang masa kemas-kemas dapur sebelum puasa hari tu...hihihi
So,sekarang guna la pan yang besar ni.Rasanya lagi senang nak handle

Masa nak siap bahan dia dok tanya juga nak letak apa lagi kalau buat pancake.Saya memang suruh tengok resipi sendiri..

Rujuk saja kat sini sebab dah ada step by step..


PANCAKE
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu gula
1/4 camt garam halus
1 cawan susu cair 
¼ cawan air (jika adunan terlalu kental)
2 biji telur
2 sudu butter


1. Ayam tepung dan baking powder.
** jika nak mudah,guna tepung kek dalam kotak tu( self raising flour) sebab dah siap campur baking powder.

2. Ramas2kan butter dengan tepung hingga jadi macam breadcrumb.

3. Bubuh gula,garam & gaul.

4.  Buat lubang pada tepung tu & pecahkan telur.

5. Tambah susu & kacau rata2..Kalau terlalu pekat tambah lagi sikit susu @ air biasa anggaran ¼ cawan lagi.(Ia bergantung kepada saiz telur.Jika telur kecik,perlu tambah air ni)

6. Panaskan pan kecil dan biar sederhana panas.( jangan terlalu panas)

7. Tuang sesenduk  batter ke dalam pan.Tutup pan supaya cepat masak

8. Bila nampak buih2 dipermukaan kuih pecah dan nampak permukaan kering menandakan kuih sudah masak.Balikkan permukaan atas ke bawah sekejap jika atasnya belum kering.Siap

**tips untyk dapatkan warna crust pancake yang cantik -- JANGAN sapu minyak @ butter pada pan.- Pan JANGAN terlalu panas



Dalam dok tengok resipi pun,bila jenguk nampak dia dah derhaka๐Ÿคญ

Saya biasa buat dan dah tulis dalam cara buat tu gaul ramas tepung dan butter sampai dah jadi breadcrumb baru masuk bahan kering seperti gula dan garam.

Tapi saya tengok dia belasah ja semua bahan,tepung,baking powder,garam  gula dan butter.Pastu takda nya dia nak guna tangan untuk gaul ramas.Dia belasah  lenyek-lenyek guna wisk & terus campur telur dan susu.Kata dia,kacau lama-lama bercampur juga semua tu.
Hmmm,short cut betul..



Nasib baik menjadi dan sedap...hihihi

Sunday, 9 October 2022

MUFFIN PISANG. BY CELLA


Muffin Pisang..air tangan Cella.Bukan yang hari ni...Tapi ni sebelum dia balik Kedah hari tu.Dia buat nak bagi kawan dan juga nak bawa balik untuk neneknya...
Dia kata guna resipi youtube...tapi saya tak pasti sumbernya..
Cuma ada dia share pic kat saya.

Saya tepekkan resipi dari oldpost ikut resipi yang pernah saya buat..

MUFFIN PISANG

2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung self raising
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 cawan coklat chip (jika suka)
1/2 cawan almond flakes(jika suka)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang
15-20  paper cup tebal

1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit.
2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut.
3. Tambah minyak jagung & esen pisang.
4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka
5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°
6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak. 



Macam tak sama dengan resipi saya sebab tengok pic ni dia ada guna susu..Saya tak guna susu pun.



Pastu dia buat dapat banyak pulak tu..Atau mungkin dia gandakan resipi sebab nak bagi kawan dan nak bawa balik Kedah katanya. Saya tak tengok dia buat sebab kerja.Balik tengok dah siap dia masak..


Tengok pic pun boleh kenal siapa snap kan...๐Ÿคญ
Kalau nampak terang jelas tu depa orang muda la snap tu.

Kalau pic kelabu asap tu memang saya..Saya memang tak reti nak snap gambar bagi lawo...
atau mungkin kerana phone cap ๐Ÿ“..
Hihihi


Cella pink  berpisah tiada..


Ada juga cup biru.


Sebba dia buat banyak...saya suruh bawa ja balik Kedah lebih..boleh kasi Aqil sekali.Tak tau la dia bagi ka dak..



Beberapa hari lepas tu dia update....pic dari dalam rumah.Katanya muffin dia bawa balik dah selesai.Ada ramai kanak-kanak anak jenjiran datang berbual dengan neneknya kat luar tu..Nenek jamu muffin tu kat depa...Alhamdulillah habis..!
Budak-budak situ memang suka menegur neneknya,maklumlah hanya mak saya yang paling berusia kat situ.Yang lain semua muda-muda lagi.
Cella pula memang bukan jenis suka kanak-kanak.Mungkin sebab anak bongsu,dia tak pandai layan kanak-kanak.
Tapi kalau dengan orang tua nenek-nenek...dia boleh bersembang sampai maghrib.
Katanya layan orang tua lebih senang kerana hanya perlu banyak mendengar..dan iya kan saja apa yang dikata...
Pulakkkk....
Hihihihi
Patut la dia boleh dok ngan nenek dia..

Friday, 19 August 2022

KEK PANDAN GULA MELAKA TIMBAL BALAS BUBUR ASYURA

 

Alhamdulillah...
Semalam dapat rezeki Kek Pandan Gula Melaka yang sedap ni...


Kisahnya saya nak panjangkan kepada Juliana bubur asyura yang saya bawa balik tu.
Anak-anak saya takda sorang pun yang suka bubur asyura.Jadi yang bawa balik tu,malamnya saya terus alter..tambah santan dan kacau semula hingga capai citrasa lidah saya..hihihi.Pastu saya masukkan dalam bekas untuk bagi kepada Juliana.
Juliana @Jue ni dulu sama tempat kerja tapi sekarang dah bertukar jauh sikit.
Lagi sorang buat saya terkenang bila masak bubur asyura ni ialah Kak Manja..Tapi nak hantar jauh naw kat Kampung Tok Dagang NS nun...

Beg berisi bubur asyura tu saya tinggalkan kat pondok jaga untuk Jue pick up


Bila wasap Jue bagitau nak bagi bubur asyura tu,kemain suka Jue.
Jue ni bukan orang utara,tapi orang Selayang,Selangor.Tapi dia punya suka bubur asyura utara.Sebab tu kalau buat bubur asyura teringat kat dia.
Eh,sekali dia wasap cakap dia ada hantar sesuatu..


Dalam pukul 11.45...dapat masej dari rider suruh turun ambil 


Kek Pandan Gula Melaka..
Cantik kotaknya..



Semerbak bau bila dibuka.Rasanya jiga sangat sedap kerana keknya bukan kek span.sebaliknya butter cake dan topping pun butter..haaaa,sendiri mau kira la kalorinya..๐Ÿคญ.
Tapi kalau dah sedap,siapa yang nak fikir kalori..Ala,bukan selalu...๐Ÿ˜


Terima kasih Jue...
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang halal dan barokah untuk Jue.
Benarlah janji Allah bahawa memberi /bersedekah itu tidak akan mengurangkan,malahan akan membuat rezeki bertambah.
Apalah sangat bagi bubur asyura ja pun...
Dapat timbal balasnya...
Kek Pandan Gula Melaka..


Monday, 2 November 2020

KEK BUAH KUKUS LEGEND DATO' NURIZ

 Semalam kami 3 beranak berpuasa. Puasa tidak sengaja namanya. Ini kerana masing-masing ingatkan semalam tu hari Isnin. Aduh, macamanalah boleh tak perasan hari Ahad. Tiga minggu dalam PKPB 2.0 ni, hari pun dah tak ingat. Dulu masa PKP 4 bulan ok sahaja masih waras ingat hari.Tapi semalam masih dikira puasa sunat  hari putih sebab semalam kan 15 Rabiul'awwal. Hari ni in sha Allah puasa betul-betul hari Isnin. 

Beriftar nasi putih. Berlaukkan Kari Ikan + Telur. Sebabnya yang 3 berpuasa ni semua makan ikan, tapi yang sorang bujang tu tak makan ikan. Ayam tak ada stok. Saya campurkan 2 biji telur rebus untuk yang tak makan ikan tu. Selain kari ni, saya masak tempe pedas+bilis & kentang. Tapi masaknya ketika sudah hampir azan maghrib. Memang  terus ke meja makan la tanpa sesiapapun ambil gambar si tempe sedap tu. 


Kebetulan, tengahari dapat parcel. Berat juga kotak tu. Bila buka rupanya kiriman Kek Buah Kukus dari adik  saya, Achik. Sampai 2 buku dikirimnya. 
Alhamdulillah, boleh buat berbuka puasa. 


Tidak sabar hendak memotong kek ni. 
Lepas asar saya dah potong sebab nak cium baunya. Sedap sungguh bau kek ni. Kali pertama saya makan masa Raya Haji baru ni, Achik beli. Minggu lepas masa berwasap saya cakap sedapnya kek buah masa raya haji. Rupanya dalam diam, Achik order kek ni. 

Tengok pada kotak kek tu ada namanya. 
Saya nak cakap Kek Buah Kukus Legend Dato' Nuriz ni. Sedap sungguh pada tekak orang tua seperti saya ini. Kalau masa muda remaja, saya sukakan kek yang ada krim. Bila sudah tua rupanya selera kita berubah pula. Tak tahulah semua orang tua macam tu, atau hanya saya seorang..


Apapun memang kek ni sedap. 

Baiklah, saya nak sambung kerja mengait pula. Sudah lama saya tinggalkan kait mengait ni. Tapi sejak PKPB 2.0 ni rasa macam nak mengait pula. Minta tolong anak belikan benang. Dah seminggu benang sampai, tapi tiba-tiba malas. Baru semalam rasa macam rajin sikit.Maka semalam bermula kaitan ni.. Baru habis seketul benang. Entah bila siapnya, jangan ditanya.. ๐Ÿ˜

Wednesday, 8 April 2020

KEK KUKUS COKLAT CHEESE - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19(DAY 21)

Hari ni dah Selasa 7 April 2020. Dah masuk 21 hari dah Perintah Kawalan Pergerakan.
Tapi nak citernya semalam aku buat kek

Kek Kukus Coklat Cheese
Ceritanya dah lama aku nak buat Japanese Cotton Cheese Cake tapi sampai hari ni x terbuat lagi..
Semalam nyer semalam(hari Ahad la tu) aku try buat Japanese Pancake...
Try buat masa mak aku tidur sebab mak aku puasa
Tapi 80% jer menjadi
Sebab x segebu macam tengok dalam youtube.
Puncanya meringue aku x keras..
Lepas snap pic share ngan group class terua aku makan sampai habis..
Picit cream banyak-banyak & makan habis sebelum mak aku bangun
Hahahaha...


Kek Kukus Coklat Cheese ni plak buat sebab hari Isnin tu tengok cream cheese yang abang beli nak buat cheesekut hari tu
Dah lama abang nak buat cheesekut
Sama macam aku, x terbuat
Hari Isnin masa aku belek-belek cheese ni tengok dah expired la
๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑOwh nooo..!!!!
Bila tanya aku boleh guna lagi ke
Mak aku cakap boleh lagi sebab baru lagi expired date tu
Lagipun sejak beli abang memang letak dalam freezer..
Beku keras macam ais


Selepas beberapa pilihan yang memang semua sebab rasa nak masak
Akhirnya aku deside nak buat Kek Kukus Coklat Cheese

Dulu mak aku pernah buat
Memang sedap
Tapi cari dalam old post x jumpa pun
Dalam draff pun xde
Mmmm x tau naper x dapat dikesan
So, buat berpandukan dalam youtube


KEK KUKUS COKLAT CHEESE
3  biji telur
3/4 cup gula
1/2 cup susu
1/2 cup air panas
1/2 cup corn oil
1/2 ts salt
1 ts esen vanila

1 cup self raising flour
1/2 cup cocoa powder 1ts bkg soda

Lapisan Cheese:
250 gm cream cheese
1/4 cup gula
1 telur
1 sudu air
1 sudu tepung gandum

1. Mix gula & telur hingga putih & gebu
2. Tambah susu, esen vanila, corn oil, garam & air panas
3. Mix lagi hingga sebati
4. Ayak tepung kek, koko & soda
5. Campur semuanya & mix well
6. Bahagi 2 bahagian. 
Sementara itu panaskan pengukus hingga air mendidih. 
7. Alas loyang dengan plastic cling & tuang 1 bahagian adunan kek coklat & kukus 15 minit
Sementara tu siapkan lapisan cheese
8. Mix cream cheese, air, gula, telur hingga creamy. + tepung. 
9. Bila cukup 15 minit lapisan 1 kek colat, tuangkan adunan cheese & kukus lagi 10 minit
10. Kemuadian tuang pula 1 bahagian lagi adunan coklat & kukus lagi 20 minit
11. Angkat & sejukkan sebelum potong

*** jika air kukus kering, jangan guna air sejuk tapi tambah dengan air mendidih supaya kukusan kekal mendidih



Gigh aku ayak tepung + serbuk koko
Dah la tengah puasa  hari Isnin
Bau coklat tu rasa nak masukkan skit dlaam molot
Hahahha

Aku mix semua
Tapi kukus & loyang kek mak aku yang siapkan
Mak aku cakap sepatutnya aku kena siapkan dulu sebelum mula mix semua tu
Tapi sebab aku buat kerja lambat, mak aku tolong siapkan loyang alaa plastic scling tu
Heeee
Kukus pun mak aku yang keluarkan & jerang sampai air mendidih
Kalau ikut aku nak kukus dalam rice cooker jer
Tapi mak aku kata mana nak muat loyang tu besar
Kalau loyang kecil boleh la guna rice cooker
Itupun masa nak tuang lapisan cheese kat atas kek tu..
Tangan aku melecur kena wap panas dari air kukusa yang sedang mendidih kat bawah dia..
Hubuhuhu

Tadaaaaaa....
Hilang sakit tangan kena wap panas bila tengok kek dah masak

Tapi berombak macam ombak Laut China Selatan plak on the top..
Mak aku cakap sebab aku kukus dengan api yang kuat
Lain kali api kena medium, baru top dia rata..
Mmmm.. Mana aku tahu..

Ombak pun, ombak la..
Janji sedap
Memang sedap sangat.. Sangat.. Sangat kek ni tau..
Rasa coklat dia macam dark bitter chocolate + cheese..
Mmmmmm... (sambil pejam mata)
Lagi sedap sebab buat sendiri..
Vangga giler aku walaupun top dia tak rata..
Hahahhaa...
Abang cakap sedap
Mak aku cakap not bad
Kakak?
Mmmm bertuah la kalau kakak nak cakap sedap kalau aku masak
Tapiiiii...
Lepas iftar sampai tengah malam
Kejap kejap kakak keluar amik 2,3 ketul pastu masuk bilik
Kejap lagi dia keluar lagi buka tudung saji & nampak la dalam tangan tu sorok kek ni
Masuk.makan dalam bilikkkk bai๐Ÿคญ
Siap minta pic kek ni.
Agak-agak kakak nak buat apa dengan pic tu??
Aku curi-curi buka tudung saji..
Huh dah tinggal 1/2 jer dah kek tu
Bangun pagi tadi
Dah tinggal x sampai 1/4 dah kek ni
Huwaaaaaaa....
Aku membayangkan hari ni nak makan sepanjang hari sambil feling2..
Sib baik x habis
Kalau habis, memang aku nangis..

Friday, 27 March 2020

KEK CAWAN BLUEBERRY KERING - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19

Hari ni dah hari ke 9 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Kebosanan dah mula terasa
Tapi kena redho & bersyukur
Kena kenangkan orang lain yang lagi susah
Kita masih ada rumah untuk tinggal
Masih ada makanan untuk makan
Masih ada semua kemudahan
Cuma tak boleh keluar rumah jer
Setiap malam jadi peminat setia Buletin Utama nak tengok berita
Paling aku nantikan ialah berita pasal gwlandangan
Setiap hari aku selalu fikir apa gelandangan buat kat tengah- tengah KL tu
Dulu kalau weekend
Pagi-pagi selalu aku ajak mak aku ronda-ronda KL sebab nak tengok gelagat orang terutama gelandangan
Selalu lalu depan Anjung Singgah tempat gelandangan tinggal
Lalu celah-celah bangunan tengok kwhidupan mereka
Tapi x berani la nak buka tingkap
Hanya tengok dari dalam kereta
Tengoknkat TV sekarang mereka hanya akan tunggu jika ada orang hantar bantuan makanan
Malam- tidur alas kotak
Mereka cakap sekarang sejak Perintah Kawalan Pergerakan, mereka hanya berbual sesama mereka kerana orang ramai sudah tidak mengunjungi KL
Sedih kan..
Sebab tu ken syukur walaupun terkurung dalam rumah



 Kek Cawan Blueberry Kering
Aku yang masak tau
Masak hari Rabu petang
Sebabnya masa kemas peti ais jumpa 1 pack blieberry
Tapi dah kering macam kismis
Maknanya dah lama giler la dalam peti ais kan
Rasanya  beli bulan February lagi
Masa tu nak buat blueberry crepe

 Sib baik bila dah masuk dalam kek
& bila dah masak
Buah blueberry kembali mois
Kalau tengok masa baru jumpa dalam pwti ais tu memang x sampai hati nak masak
Nak snap pic pun tak sampai hati
Kwring macam kismis

 Aku masak kek ni sengsorang kat dapur
Abang & kakak & mak aku semua dalam bilil buat hal masing-masing
Tapi sebelum tu dah bagitau mak aku yang nanti petang nak buat kek
Mak aku cakap boleh
Tapi kena kemas balik
Wokeh boss!!!!

 Resipi hanya guna resipi KEK MENTWGA SUKATAN CAWAN... kat sini


 Pastu just pipe kwdalam paper cup
Susun blueberry
& bake 20 minit
Bakar 20 minit jer sebab saiz kecik kan


 Dah siap baking

 Biar sejuk
& jangan lupa kemas balik dapur
Heeeee


Pasru baru boleh makan
Sedap baq hang
Abang pun cakap sedap
Mak aku cakap boleh la...
Kakak?
Mmm.. Kakak cuma jawab mmmm jer bila aku tanya sedap ker tak kek. aku masak
Tapi aku tahu sedap sebab kakak pun makan 3 pcs malam tu..
So, kira sedap la kan...
Pandai juga aku masak wei
Hahahaha..
Masak kek boleh la
Mix semua
Bake
Siap
Kalau masak lain...
Heeeee.... Krik krik...