Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, 28 July 2026

SARAPAN @ rotikitab SHAH ALAM

 Semalam Ahad,saya bersama Adah,suaminya dan Sarah...bersarapan @ Shah  Aley

🤭😄

Haaa......dah name pun Shah Aley key..Rasa mace sep kito jange pecoh🤭


Roti kitab vs kopi O kampung untuk saya
Roti kitan RM5.30
Kopi O kampung RM1.90


Adahakan Laksam
RM7.80


Suami Adah juga pesan roti kitab RM5.30


Sardin Roll...RM3.30/3pcs

Pulut pagi lacang merah bungkus daun pisang RM3.50
Tapi yang ni manis sangat sebab kacang merah tu dia guna pes/ filling.Kan biasanya orang Kelantan guna kacang  merah biji biji tanpa gula kan....Tapi ada je pilihan  pulut pagi dalam bekar clear tu yang letak kacang merah biji.Cuma saya yg pilih daun pisang ni sebab macam nak aroma daun.Na ti 



Juga beli
Nasi Berlauk Ikan Gulai RM7
Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.50
Pulut Kuning Rendang Ayam RM5.50
Pulut Lepa Bakar RM2.50( macam put panggang tapi inti ikan )



Minuman milo air 2- RM 7



Kalau datang sini memang rambang mata wei...!
Makanan ni ada yang mereka bawa terus dari Kelantan ( taktau la. y flight @ by bus)

Ada juga makanan yang pembekalnya dari sekitar Lembah Klang ni

Kat resit  dan kat bungkusan tu ada tulis


Semua rasa nak ambil...hihihi


Next time saya nak try Nasi Tmpang pula



Makanan lain juga
Konsep dia ..

1. Ambil bakul yang disediakan
Beratur

2. Pilih makanan apa yang nak ambil.Semua makanan  siap bungkus
( kecuali roti kitab & minuman)

3. Dah siap pilih gi kaunter buat bayaran dan order minuman(kalau nak order roti kitab juga kat kaunter

4. Akan dapat (ala lupa nama alat apa tu yg kalau pesanan air dah siap dia akan berbunyi ) lupa pulak nama alat tu🤭

5. Duduk di meja..tunggu alat tu bunyi untuk pi collect minuman kat kaunter



Cawan dia ala kopitiam.


Resit dah comot momot Sarah buat main.
Simpan sini untuk rujukan saya dan juga sesapa yang nak cuba ke sana ( iklan percuma🤭)


In shaa Allah akan datang lagi... 💕 makanan kelantan kat sini sebab sedap.

Kami pergi weekend (Ahad) agak ramai beratur mungkin sebab kami sampai sekitar 8.30 macam tu...Kena tunggu meja.
Tapi masa nak balik sekitar pukul 9.30 orang dah reda...

So,next time kalau weeked mungkin kena lagi awal atau pi lewat sikit.Tapi kalau lewat takut makanan pula banyak habis

Mungkin kalau weekday lalu sini boleh singgah

Friday, 19 June 2026

HANTAR PAKAIAN TERPAKAI KE PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA & TERUS KE ALAMANDA

 

Weekend baru ni ke Puast Kitar Semula Prensint 9 Putrajaya untuk hantar dua beg pakaian terpakai.Nak buang begitu sahaja terasa sayang kerana dua beg ni adalah pakaian terpakai yang masih elok tiada cacat celanya pun.Cuma ada yang dah lama tak pakai dan ada sepasang dua yang memang belum pernah pakai pun..tapi sebab salah saiz.

Sebelum cuti Raya Haji kengkonon  buat 5S (Sisih,Sapu,Susun,Seragam & Sentiasa) Amalkan ta Amalkan) tapi rasanya saya hanya buat 3S iaitu Sisih,Sapu &Susun sahaja...

2 lagi S iaitu Seragam & Sentiasa Amalkan tu...payah la sikit kan...🤭...

Dah buat 3S pastilah ada pakaian terpakai.Sebelum ni dok hantar ke charity box kat Masjid UPM tu...tapi sekarang charity box tu dah takda..

Nampak juga PH share tentang pengumpulan pakaian terpakai di Masjid Sri Gombak( kalau tak salah) tapi dok cari posting tu tak jumpa dah.Lagipun  ke sana lagi jauh dan jem berbanding ke Putrajaya...Makanya,pilih la PUSAT KITAR SEMULA PRESEN 9 PUTRAJAYA...Dah beberapa kali ke sana untuk hantar barangan terpakai.




Selesai letak je kat situ...dah ada yang menanti nak pilih....Dua beg  merah tu yang kami punya...Longgok jer kat luar tu...Tak pasti sama ada dua wanita tu pekerja sukarela atau sebaliknya.Terus tinggalkan kepada meraka dan kami terus gerak.


                                                     pic google

Kami menuju ke Alamanda.....

Dulu ....masa anak anak masih sekolah....Alamanda antara tempat healing kami anak beranak bila hujung minggu..Berlama -lama di MPH mentelaah buku percuma.....

Walaupun MPH tu kedai buku tapi kami dah buat macam library sendiri..Baca buku dulu sebuah dua...belinya buku lain...hihihi...Situ juga kami  bukan sekadar mencari stationary...tetapi juga saya jadikan tempat melepaskan mereka 3 beradik di dalam MPH tu rasa terlepas bebenan penat menjadi  pelarian sepanjang minggu.Entah kenapa Alamanda serasa selamat untuk kami.Rasa tidak diekori dan rasa seperti selamat berada di situ..Saya juga banyak membeli buku buku resipi,majalah dan juga buku buku motivasi di MPH..

Sekitar 10 tahun dulu juga kerap ke Alamanda ni setiap kali ada urusan di  LPP masa tengah uruskan pinjaman dan pembelian rumah kat Kedah tu..Kalau mak datang KL ni,Alamanda antara tempat yang mak suka kalau bawa ke sini.Mak suka  makan kat foodcourt tu ..


Cuma sejak foodcourt Rasa tu dah pindah tingkat atas,rasanya baru beberapa kali sahaja ka saya ke sini...
Dulu Rasa ni kat lavel P3 kan....sekarang dah kat P4 




Adah nak makan waffle..Katanya rindu nak makan waffle ais krim  kat sini macam dulu-dulu.. ....


Saya pilih Mee Tarik Idris



Saya pilih mee tarik  bersama sup hirisan daging lembu.


Nampak bodo ja tapi sedap sungguh pada tekak saya...Mee dia kenyal dan opkos takda rasa kapur macam mee kuning tu..
Sup jernih tu ringan dan sedap menghirup panas-panas .

Kongsi makan mee tarik sup ni bersama Sarah...
Suka betul dia dapat hirup sup panas tu dan makan mee segar..

Tapi sampai rumah....masuk jer pintu ...terus dia sebut nak nasi....Hahaha...perut Melayu betul la.....dah ½ mangkuk mee tarik pun....dia tetap ingat pada nasi....





Sunday, 7 June 2026

SARAPAN DI WARUNG TEPI SAWAH:SEMINGGU NI DUA KALI PI

Dua hari sebelum Raya Haji masa kami on the way balik Kedah...Achik & Haikal baawa mak ke Padang Besar .Cam  biasa lepas dua hari Raya Haji kami TAK JADI SARAPAN KAT WARUNG TEPI SAWAH & TERUS KE PADANG BESAR...

Selang dua hari lepas tu ..kami pi lagi...hihihi

Balik dari kampung lepas makan kenduri @ Kampung Bechah...tetiba Achik ajak "Jom,esok sarapan kat Pertlis🤭

Plan nak konvoi 2 kereta tapi akhirnya satu kereta je..Achik Haikal mak,saya & Cella..Haikal drive .Hujan mencurah-curah tapi Alhamdulillah...


Alhamdulillah,walaupun dah pukul 10.00 ++ tapi orang masih ramai dan makanan masih ada.Warung ni buka 7.00pagi - 12 tghari.Tapak parkir dah penuh.Kami parking tepi jalan bersema deretan kenderaan lain.Cuaca pula hujan sekejap sekejap kadangkala lebat.




Orang tetap ramai .Mungkin kerana mereka juga masih bercuti long kerana Selasa 2 Jun 2026 memang public holiday sempena birthday YDPA 


Menu

Hujan kembali turun..Pelanggan kat liar memasing lari masuk bawah  rumah " warung ni..


Kalau cuaca panas dan terang kebanyakan suka pilih tempat duduk kat luar bangunan warung ni untuk makan sambil menikmati view sawah dan bukit yang cantik kat luar tu.Port OOTD pun banyak.Tapi ni dah hujan semua pilih untuk stay bawah bangunan rumah ni.
Untuk yang belum pernah datang sini...Warung Tepi Sawah ni saya agaklah ianya bangunan rumah kayu agak besar dan tibggi tiga tingkat.Tingkat bawah sekali macam kita makan bawah rumah dulu dulu .Kat luar belakang rumah tu pulakenghadap sawah dan bukit batu kapur..Ada port OOTD dan banyak tepat duduk.
Kalau datang musim menanam padi,maka view hijaulah menjadi tatapan mata...Kalau musim menuai,bagai karpet kuninglah ..kalau musim kemarau takda padi...boleh jalan dalam petak sawah macam KAMI PERNAH BERGAMBAR KAT SINI..
Kiranya kalau datang lain musim,lain lah warna latarnya.

Wednesday, 3 June 2026

MAKAN CENDOL DURIAN SUNGAI PUTAT SELEPAS BELI DURIAN DI PADANG DURIAN

 Masih cerita dalam minggu Raya Haji  1447...13 Zuhijjah tu lepas  MAKAN DUA KENDURI...kat sini sepatutnya ada 1 lagi kenduri kat lagi sebelah kampung mak..Tapi Achik ajak cari durian dan cendol durian..


Sebelum cerita cendol durian  ni.... Achik cakap nak belanja buah durian.Mak dok sebut nak makan durian..


Sekarang kat Kedah musim durian ..Ada beberapa tempat yang  yang terkenal dalam kalangan warga.
Antaranya durian Titi Akar..durian Padang Durian dan beberapa lagi yang saya pun bukan tau sangat🤭


Kami ni memang takda dusun...dulu arwah ayah dan mak bukan tak pernah cuba tanam tapi taktaulah kenapa takmau menjadi.Musim hujan elok segar.musim kemarau akan mati dek terlalu panas..Mungkin juga tak cukup ilmu tanam durian.Tanah kampung kami jenis berbadu lada merah(laterit) yang hanya sesuai tanam getah.Dulu hanya ada sorang dua ja warga kampung yang ad dudun durian .tu pun sebab depa ada tanah di kawasan bukit yang sesuai tanam durian.Tapi sekarang seiiring perkembangan teknologi dan peningkatan ilmu,dah ramai tanam durian dan elok jer tumbuh dan berbuah.Baru ni makan kenduri qurban rumah ketua kampung raya ke-2 tu...buah durian musang king bergayut gayut kat pokok tepi khemah..Katanya kalau luruh waktu tu,rezeki la siapa yang dapat,tapi masa kami sampai tak luruh pulak dia...Sepanjang jalan kampung juga nampak ada beberapa dusun durian yang dah mengeluarkan hasil...tapi kami tetap lah tak ada dusun....hihihihi...

 Kalau dulu masa pakcik masih cergas,memang puas la makan durian gred A dari Sik & Gurun...Mak la paling puas hati sebab mak suka durian kawin.Kalau saya memang sejak dulu lebih memilih durian kampung kerna pada tekak saya duian kampung paling sedap d dalam semua semua durian.Baik Musang King,Black Torn,Udang Merah,D24,IOI dan beberala jenis lagi yang pernah saya makan,namun belum dapat mengalahkan durian  kampung di tekak saya.Hanya ioi yang saya rasa boleh ada sikit persamaan rasa dengan durian kampung.Yang saya belum pernah rasa durian Tekka dan lain lain klon duian mahal...Yang tu tak tau la .Boleh jadi lagi sedap.Setakat ni belum sampai rezeki nak rasa durian tu.Itu tekak saya la...lain tekak lain citarasa Tekak sendiri pun boleh jer berubah ubah dari suka kepada tidak dan dari tidak kepada suka..hihihi
Eh,tapi yang saya perasan sekarang dah tak nampak lagi durian Siam yang duri besar besar dan isinya tebal tu...Thailand dah tak eksport ke Malaysia ke camaner? Ke kalau masuk Malysia pun durian depa dah tak laku sebab Malaysia  dah banyak durian sendiri yang lagi sedap Maklumlah durian Siam hanya cantik dipandang tapi rasa tak seindah rupa🤭🤭🤭
Dulu-dulu,mak paling suka beli durian Siam sebab mak kata isi tebal.Makan seulas pun kadang tak habis..Tapi pada saya,makan tak habis tu sebab tak sesedap durian Malaysia...🤭✅

Sekarang ni kalau balik Kedah & biasanya kalau musim durian dan nak makan durian segar ...Achik la akan bawa mak dan kami ronda ronda cari durian ke Kapung Padang Durian.Namapun Kampung Padang Durian kan....Haruslah terkenal dengan durian


Mula tengok durian setiap getai nampak sikit jer...
rupanya depa display memang sikit .Stok yang banyak di belakang gerai sebab depa kata depan gerai panas,nanti buah cepat pecah boleh jatuh harga..
Harga durian kampung sini sekarang antra RM12-RM 28 bergantung gred..
Dari Padang Durian kami menghala ke arah Padang Peliang....




Lepas beli durian,Achik ajak pi makan Cendol Durian Sungai Putat...



Ramai orang .....
Musim durian hari tu lalu sini kedai tutuo...Mungkin ada hari yang depa tutup agaknya.



Ada gerai berbumbung tapi ramai pilih makan bawah pokok manggis dan pokok durian







Ada Cendol Durian...RM13



Boleh request nak letak kacang ke...jagung ke...pulut ker



Saya suka cendol
Saya suka pulut 
Tapi kalau campur dua tu saya kurang suka
Kalau makan cendol saya suka cendol plain
Pastu kalau nak makan durian...makan durian ja atau ngan pulut santab.
Kalau wajik dan dodol pun sama...
Dodol dan wajik saya suka
Tapi kalau wajik durian dan dodol durian...saya tolak...
Hihihi...



OTW balik kampung mak....lalu kampung sebelah tu nampak dari jauh khemah kenduri 3 yang kami tak jadi pi tu...Dulu kawan ni takda rumah..Kawasan berair dan berpaya...Sekarang dah ada beberapa buah rumah kat situ termasuk rumah kenduri tu.Kami tak singgah pun sebab dah petang sangat dah lepas asar segan dag nak singgah...




Balik kampung...mak yang cekah durian...Mak kalau tak boleh cekah durian,tak puas hati dia...🤭..
Kenapa ek...setiap kali Raya Haji...lalat kemahen banyak...jenuh bertepis..banyak betul lalat kat kampung...Bukan rumah kami ja tapi semua rumah...Lalat macam lebah...huhuhu



Durian kampung.....Dapat 3 pinggan.....Semua isi kuning dan sedap sedap...




Sambil tu kat dalam rumah dua orang cucu mak ni dok bertungkus lumus pasang rak.Achik beli rak untuk mak simpan pinggan mangkuk..
Ini merupakan salah satu kelemahan saya...Saya paling tak suka pasang rak rak ya g ada skru...Saya akan stress...Silap silap boleh MC ooo sebab migrain pasang rak...🤣
Saya memang alergy bab pasang pasang skru..






Siap depa pasang rak...elok-elok pulut dah masak...santan dah siap perah...
teliur yang amat pulut durian ni....


Sarah pula sedang training berenang🤣..Ampa nak makan durian ka apa ka....dia dah tak heran bila dapat main air bersama 🦖 dinosour...
begitulah cerita kami sepanjang hari Sabtu.....







Saturday, 23 May 2026

APA YANG BEST KAT PASAR MALAM CHESTER,TAWAU?

 Kalau ke Tawau...haruslah pilih Jumaat,Sabtu & Ahad supaya dapat ke Pasar Malan Chester kat Pekan Tawau tu..Pasar malamnya panjang dan meriah..Selain eneka makanan 

Minggu lepas pun dua malam berturut jugak la ke Pasar Malam Chester tu..Pasar malam ni kena la dengan saya yang memang pemakan dan suka mencuba segala makanan selagi halal dan diterima tekak.Macam dulu pernah bawa mak ke sini ..mak lebih tertarik nak beli tudung,t shirt dan buah sahaja sebab mak bukan pemakan macam saya.


Saya ni kalau boleh semua nak beli...semua nak makan....Banyak jenis makanan Sabah ni saya kenal melalui blog Cokgu Amie...Bila berpeluang ke sini saya cuba cari dan rasai serta kenali makanan terdebut.Antara yang sudah saya rasai..pastil,buras,tumbu,latok,putu,piutu,bronko,kapurong,telemek,pentolan,coto ,dan beberapa jenis kuih lagi yang saya dah 

Ni hasil menjala kat Pasar Malam Chester tu hari Jumaat malam baru ni.Walau sudah kekenyangan kerana makan Nasi Ikan boulu dah lewat ..pastu makan pulak pisang goreng bagai,rapi harus la juga pergi  kerana takkan lengkap kalau ke Tawau tanpa singgah Pasar  Malam Chester ni..



Antara hasil menjala Jumaat malam tu...
Ada putu..latok..bubur ,ikan putih bakar,tumbu pulut putih dan pulut hitan,telemek,takoyaki,gorpis,burger dan jus avocado.








Ni la telemek.Kali pertama beli hari Jumaat ru pisangnya besar besar..Rasa macam pisang abu..Satu bekas tu ada 8 pcs.
Saya beli 2 bekas telemek...satu bekas RM10
Sebelum ni pernah nampak telemek ni kat blog Cikgu Amie.
Ni kat sini pun menantu saya dok cakap telemek sedap.
Alhamdulillah,dapat merasa keenakan salah satu makanan Bugis ni..
Rasanya lemak manis dan harum pisang bercampur baur haruman kacang

Pisang carenel yang diisi dengan kacang tumbuk+gula


Ni malam ke dua pasar malam tu saya borong 5 bekas telemek...RM50 
Dua malam beli dah macam beli durian kat semenanjung RM70 beli telemek sahaja...hihihu
Sebenarnya saya nak bawa bawa balik KL...Nak bagi anak jantan tu rasa.Juga saya bawa ke tempat kerja sebagai ole ole untuk kawan kawan...Sebelum ni saya dah bawakan meraka tumbu dan putu...
Kalau tak kerana mudah rosak sebenarnya saya nak bawa untuk mak dan achik tapi telemek ni saya perhatikan boleh bertahan sekitar 3-5 hari.Masuk hari ke 6 dia dah mula naik kulat.Mungkin kalau dibuat lebihkan gula caremelnya boleh tahan lebih lama agaknya kerana gula kan boleh jadi salah satu pengawet.



Ni jalaan malam ke2...
Pentolan bakar..
Empat cucuk pentolan ni RM10
Rasanya macam bakso dibakar cicah sos pedas



Beli tumbu ingat nak bawa balik KL..tapi sayangnya dah sampai KL rosak sudah
Ikan bakar tu fresh



Ni makanan orang muda
Vietnam roll...takoyaki dan apa ke nama satu lagi tu...fillet salmon diroll tu


Latok malam ke dua ni saya beli kat gerai lain pula.Swbav masa malam sebelum nampaknkat getai ni lagi menarik..Sambal cicahpun nampak lagi sedap.
Ya betul.....sambalnya lagi sedap tapi latok tu belum dicuci rupanya.Patut lah nampak lagi fresh.Saya pun baru tahu...latok kalau nak tahan lama jangan dibasuh air tawar..biarkan dia dengan air lautnya...Patut la latok sebelum ni macam cepat layu..Rupanya mungkin penjual dah basuh bersih bersih supaya bila pelanggan beli dah ready to eat.
Yang saya beli kali ni saya tak perasan...Ambil setangkai terus celup dalam sambal...krup krap krup krap kunyah seriau gigi kemain kerana bukan letusan biji latok tang terasa sebalikny kunyahan pasir pasir laut yang melekat dicelahan biji biji latok..
Terus saya bawa ke dapur dan basuh.Nak basuhnya juga berulang kali dicelup dalam air yang banyak sambil goyang goyang bekas tu dan hasilnya keluarlah pasir pasir laut tu...
Tapi benarlah...lepas cuci..memang nampak latok mula mengecut..Kena habiskan makan..kalau simpa esok dia dah kecut layu macam anggur dijemur panas.



Bubur Ayam ..Adah beli untuk Sarah




Ni la yang saya cakap fillet salmon roll tu...entah apa namanya




Ni hasil jalaan  kat pasar malam Chester tu pada malam ke2 iaitu malam minggu..
Masa ni kami baru balik dari Semporna..Terus ke pasar malam sebab saya nak beli telemek dan kapurong
Tapi dah singgah tu bukan la dua menu tu saja kannnn n...hahahaha



Kapurong....
Kapurong yang beli kali ni elok kejadiannya..bulat bulat terpisah sebiji sebiji.
yang saya beli sebelum ni nampak lembik macam bercamtum antara satu sama lain...
Tapi bila dah makan...eh,sedap lagi yang lembik dulu tu..Saya pernah post tentang  KAPURONG SEDAP...kat sini . Apapun masing masing ada seleras tekak masing masing 

Bayu,rakan setugas saya di KL ada bagikan saya 2 bungkus sagu rumbia yang dia bawa dari Beufort sebagai ole ole.Dia belikan saya bila saya selalu sebut nak makan ambuyat dan kapurong..tapi belum terbuat lagi...Nanti kalau ada masa dan merajinan nak bawa balik Kedah dan buat kapurong makan sama sama kat sana..Nak bagi Achik rasa.




Ikan panggang ...Ikan belawais katanya...sekor ni RM13


Tumbu ni sayangnya sampai KL dah basi .Sebelum ni veli elok taahan beberapa hari.Yang kali ni taktau kenapa cepat basi...veli di Tawau...buang di KL...hihihu


Beli kat sini....Rambang mata saya dengan aneka makanan Bugis ni...



Latok malam pertama tu...nampak kurang segar tapi ready to eat


Putu ni beli Jumaat malam....tempat selalu beli tu...RM2/pc
memang sedap ..kenyal dan tahan lama..Bawa balik KL berhari hari masih elok

Malam ke dua saya ada beli lagi sebatang kat tempat latok berpasir tu...Har
Lebih mahal RM3/pc & rasanya juga kureng sikit ..ada rasa masam dan bau lebih kuat.Tapi saya sendiri pun tak tau mana yang sebenarnya ori...yang masam berbau atau yang kenyal tiada aroma.
Dulu selalu baca tentang putu ubi kayu dalam novel dan cerpen yang berlatarkan masyarakat bajau laut.Juga pernah tengok dokumentari Majalh 3 tentang putu dan masyarakat bajau...tentang tehek tehek iaitu sejenis makanan yang dibuat dengan cara mengisi beras dalam cangkang landak laut ke apa tu..
Salah satu lagi makanan yang saya teringin nak rasa ialah telur landak laut atau juga disebut.Belum pernah rasa..




Ni putu yang saya beritahu beli malam berikutbya tu...rypa dan warna tidak seputih putu yang saya beli malam sebelum tu  Harga pun lain...Kat sini putu RM3/pc dan latok RM4

Tempat pertama yang putu sedap dan latok tak berpasir tu Putu RM2/pv dan latok hanya RM3.

Boleh jalan jalan dan bandingkan harga antara satu gerai dan gerai lain..Boleh cuba beli lain lain getai dan balik cuba raasa.Mana yang berkenan lain kali ada rezeki boleh repeat..



Ni gerai putu dan latok yang saya rasa putunya lebih sedap dan harga juga lebih murah.
Ini hanya pandangan tekak saya ..Mungkin lain orang lain citarasa..


Gerai lain malam kedua ....latok lebih segar tapi balik kena basuh dulu yer sebelum makan.Yang dalam bungkusan tepi putu tu namnya tompek...Bahan sama dengan putu tapi dimasak cara lain..Yang ni disangai kalau tak salah saya...rasa lebih kurang macam lempeng sagu..
Saya pernah beli tapi tekak saya lebih menyukai putu.


Ni entah apa nama...




Ni la yang salmon roll tu...tu yang bulat bulat ada dot kat tengah tu..Cella &Adah suka sangat... Saya walaupun makan tak memilih...bab nak makan salmon mentah tu tak boleh go!
Pernah cuba tapi sekadar sesuap..telan juga sebab beli kan...hihi
Tapi dah tak boleh nak masuk seterusnya...Baik saya makan ikan panggang..hahahha


Semoga akan datang masih ada rezeki Allah kurniakan untuk dapat ke Borneo lagi dan dapat merai keenakan makanan ini lagi...in shaa Allah..