Friday 28 June 2024

SENDUDUK PUTIH

 

Pernah tak lhat senduduk putih?


Inilah bandingan bunga senduduk putih dan senduduk biasa.
Kalau senduduk pink purple tu mudah jumpa dipinggir jalan atau belukar kan?



Warna daun dan buahnya juga berbeza walau bentuk hanpir sama..
Bunga dan buahnya berjambak iaitu dalam satu tangkai ada banyak bunga atau buah.



Ni pula bandingan buahnya...
Yang atas tu buah senduduk putih...
Warna buah lwbih cerah dan isinya pun merah muda...


Dua dua jenis senduduk ni bila masak..buahnya akan pecah dan menampakkan isi dalamnya...


Senduduk biasa buahnya kemerahan manakala isi hanpir hitam tapi bila dimakan melekat warna kebiruan pada lidah..

Zaman kanak-kanak dulu di kampung,buah senduduk memang jadi kudapan.Buah banyak terutama di permatang sawah padi ..Rasa buahnya manis dan dan sedikit sahaja rasa  pedar .Makan sampai lidah dan gigi jadi biru kehitaman....
hihihi...
Tapi kalau isi  buahnya yang masak tu kena pada pakaian memang hitam & basuh pun tak hilang..

Katanya buah senduduk yang hitam tu bagus untuk ubati ulser mulut dengan cara menyapu pada ulser..

Daunnya pula selalu digunakan untuk campuran rebus telur pindang dan  juga di campur dalam rebusan pucuk betik untuk kurangkan rasa pahit .

Pucuknya dikatakan bagus untuk perawatan dalaman wanita..Wallahua'lam...

Senduduk putih,saya tiada info
Pokok senduduk putih ni saya rakam di halaman rumah Kak Mudz..senduduk purple pink tu pokoknya meliar tumbuh tepi court bola keranjang di tempat kerja..

Video senduduk ni ada saya share kat youtube channel saya 




Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Thursday 27 June 2024

BUNGA GARDENIA

 

Bunga ke roti?

Hihihihi....

Kebanyakan hanya biasa dengan roti Gardenia..Tapi tak perasan tentang bunga gardenia...



Bunga Gardenia
Kita biasa kenali sebagai Bunga Cina...

Dulu dulu saya suka bau bunga cina ni..macam harum sangat...
Sekarang bila cium rasa pening kepala pulak..
Bau dia seakan bunga melur tapi lwbih tajam...

Dulu ramai orang tanam kat halaman rumah supaya pagi pagi bau harum sekampung.Sekarang orang takit pulak nak tanam bunga. bunga putih yang harum ni..takit ada yang singgah👻
hihihi


Ingat pantun dulu dulu masa sekolah rendah..dalam buku BM ada lagu 


Buai laju -laju 
sampai pokok sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina..


Saya ada upload video Bunga Gardenia  ni kat 

https://youtube.com/shorts/Ts2ge6frtTc?si=jrTH8sy62UT27043


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Wednesday 26 June 2024

MASAK NASI GORENG NANAS..

 Selalunya kalau dah mengong nak masak apa...Nasi goreng antara yang jadi pilihan.Nasi Goreng boleh buat bermacam jenis dan bermacam bahan..Jadi kesukaan kebanyakan orang Malaysia...hingga ada lagu Nasi Goreng kan...


Malam tadi saya masak Nasi Goreng Nanas...
Ni antara nasi goreng kesukaan saya juga sebab ada nanas memberi rasa gabungan  masam manis pedas masin..
Tapi buat ikut bahan apa saja yg ada di dapur...kalau letak udang bagai lagi sedap..Tapi saya hanya rencahkan ikan bilis sahaja.

Saja hidang dalam bekas daripada buah nanas ni sebab nak feel makan kat restoran kan...hihihi

Saya ada upload video Nasi Goreng Nanas ni kat 

https://youtube.com/shorts/XpHmce92sCw?si=dqkw-IMt0_RyDWZj


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

Tuesday 25 June 2024

BUAT SENTUL vs BUAH STEY/ KECAPI

 
Dua minggu sebelum Raya Haji hari tu,saya ada balik kampung sat dengan Adah ..Sebabnya Adah craving buah berangan..Tapi takmau buah berangan kat KL ni...🤭..

Dia demand nak buah berangan yang dia pernah makan kat Pekan Jitra...yang dekat foodcourt apa tu  dekat McD tu...

Balik,maka Pakcik & Achik  dia layankan la...bawa dia pi cari buah berangan idaman dia...

Alhamdulillah....semoga tak kempinan bumil tu..



Kebetulan masa tu balik musim buah sentul...
Ada yang suka buah sentul ni??
Kalau ada bumi di luar sana yang kecur liur....mohon maaf ya sebab musim sentul baru sajaha berlalu..
Buah sentul ni dari berbunga dan berputik agak lama juga nak matang/masak.Tapi bila dah masak,hanya bertahan dipokoknya sekitar 2 minggu sahaja.Kalau tak dikait pun dia akan gugur sendiri dan membusuk dibawah pokok..


Ni pula kami panggil buah stey....
Adik beradik buah semtul juga..
Cuma buah lebih bulat dan warna dia kuning pucat berbanding sentul  yang kuning oren.

Buah stey ni lebih diminati sebab isi dia lebih tebal dan lebih manis.Ulas macam manggis tapi isinya tidak lekang dan nak makan hanya lulur/lulum macam tu ja..
Biasanya orang makan buah sentul dan buah stey ni dengan cara kupas nipis kulit luar dan makan lapisan dalam dengan cicahan/colek 

Musim buah sentul dan buah stey hampir sama...Mei-Jun


Ni pokok Stey depan rumah mak kat kampung...lebat berbuah,tapi saya yang tak pandai nak nak snap pic bagi jelas...hihihi


Pokok sentul ni pula depan pintu pagar nak masuk rumah mak kat kampung.Pokoknya memang jenis pokok balak..besar dan tinggi...
Kalau yang rendah boleh kait buahnya...yang tinggi jadi rezeki tupai dan kera...

Inilah bandingan pokok dan buah SENTUL vs STEY/KECAPI

Saya ada muatkan video pokok dan buah ni kat 

Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

BUAT KETUPAT PULUT HITAM

 Weekend baru ni ,saya ada masak ketupat palas versi pulut hitam.


Bila makan ketupat auto ingat raya kan..

Sebenarnya buat ketupat ni sebab masih ada stok daun palas sikit baki Raya Haji hari tu..

Yang keduanya sebab teringin nak makan ketupat pulut hitam..
Order pulut hitam kat Shopee seminggu sebelum raya..
Tapi dapatnya petang hari Ahad ketika dah siap rendang ketupat pulut putih..
Makanya kita buat la lepas raya...hihihi


Saya bungkus ketupat ni cara Panfai Timur ..
Kalau versi utara bucu atasnya yang panjang.
Sebaliknya versi Pantai Timur bucu kiri kanan yang lebih panjang dari bucu atas.


Puas hati dapat makan ketupat pulut hitam.



Nak buat ketupat pukut hitam sebaiknya pulut hitam kena juga campur pulut putih.Kalau guna pulut hitam sepenuhnya dia kurang kenyal dan kurang padat sebab pulut hitam dia berkulit dan kurang kanji.

PULUT HITAM KETUPAT TAK SAMA DENGAN PULUT BUBUR
*** Kalau nak beli pulut hitam untuk ketupat sila taip / mantion 
* pulut hitam ketupat* 
sebab pulut hitam untuk ketupat berbeza dengan pulut hitam untuk bubur.

Bezanya pulut hitam ketupt dia tidak hitam berkilat,sebaliknya hitamnya pudar dan banyak ada bintik bintik putih.So,dia lebih lembut

Kalau yang hitam berkilat tu memang untuk bubur.Teksturnya keras.

Tapi saya nampak ada juga yang campur pulut hitam bubur dalam ketupat.Hasilnya warna lebih menyerlah tapi tekstur keras dan kurang sedap..

Apapun ikut suka la..kalau nak buat guna pulut hitam bubur,buat lah...tak berdosa pun🤣🤣🤣

Cuma kalau keras dan tak sedap..jangan cakap hakak tak payung😅😅😅



Sesaja buat bentuk pocong ni...
Tapi saya pernah ja post entri ketupat bentuk ni .Saya namakan ketupat palas versi jantung...boleh google...


Ni kes daun palas tak cukup.
Baki daun kelapa raya haji masih ada..Saya buat saeung bentuk celorot....cantik juga..


Untuk resipi,cara masak dan cara bungkus,saya ada share videonya di simi:

https://youtu.be/RoMPwJtLMjg?feature=shared


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


Monday 24 June 2024

PASTA DAGING

 

Hari ini saya masak Pasta Daging untuk bekal... 

Pasta antara menu mudah  dan  sedap serta cepat disediakan...

Sap sup sap dah siap..Masak bodo bodo pun dah sedap..


Apa lagi kalau direncah dengan daging segar macam ni...Yang masih ada stok daging qurban tu jom masak pasta daging hari ni...

Sesuai untuk sarapan...lunch ,dinner  dan juga bekal..Sangat sedap walau hanya berperisakan garam semata.Tetapi jus dari daging,tomato & cili membantu menambah rasa

Pepagi tadi sebelum subuh saya masak pasta daging ni...Sedapnya kalau dapat makan panas panasasa baru masak,tapi dah nama pun bawa bekal....makan kat tempat kerja dah sejuk la...Takda microwave...hihihi


PASTA DAGING

½ pack pasta vermicelli

250 gm daging - hiris nipis

2 tomato masak

1 capsicum merah

1 bawang Holland

Minyak,garam,chilly flakes


1. Panaskan minyak & tumis bawang Holland & daging.Biar minyak betul betul panas supaya  daging berkerak pada kuali supaya keluar perisa.

2. Masukkan tomato cincang &  secawan air dan masak hingga daging lembut.

***. Sementara tu jerang air + garam .Bila mendidih rebus pasta  2 minit

3. Bila daging lembut, masukkan capsicum dalam tumisan daging..

4. Bila capsicum lembut masukkan pasta yang sudah direbus..Gaul rata dan sesuaikan rasa.

5.Tabur daun sup dan chully flakes jika ingin pedas..Sesuaikan rasa..


Untuk video masakan ini boleh layari...

https://youtube.com/shorts/5wAnIX8Nk3M?si=_bdkDUkMPHB-ATI-


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


Saturday 22 June 2024

TAUHU TELUR (TAUHU JEPUN) & TELUR PUYUH SAMBAL BERLADO

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu..Hari ni ada jemputan kenduri ke lunch kat luar,ke makan kat rumah?



Kalau takda idea..
Jom la cuba Tauhu Telur & Telur Puyuh Masak Sambal Berlado.
Ada yang panggil tauhu telur,ada yang sebut tauhu Jepun.

Biasany tauhu telur / tauhu Jepun  dimasak apa tu yang macam bekuah putih pekat pekat tu? 
Masakan tu selalu ada kat restoran nasi campur.Nampak sedap.
Ramai yang suka masakan tu tapi saya kurang sikit.Mungkin sebab lidah ni dah terbiasa masakan pedas..hijihi


10 tahun yang lalu(2014)
,saya pernah masak dan share 


Ni pic Sambal Tauhu Jepun/Tauhu Telur yang saya masak 2014 tu


Apapun tauhu Jepun masak bersambal ni pada tekak saya memang sedap..dengan syarat tauhu telur tu yang berkualiti.Kalau jenis tak berkualiti,bila goreng dia mudah hancur.

Untuk video masakan Tauhu Telur &Telur Puyuh Masak Sambal Berlado ni,saya ada upload kat



Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕



Friday 21 June 2024

KAIT BUAH BEKA

 

Buah yang tak semua tempat ada...


Bentuk buahnya unik kerana seakan papan..

Biasa buah yang muda dijadikan ulam atau kerabu bersama santan,kerisik dan bahan lain.

Buahnya  pahit pahit lemak dan mempunyai peminatnya terutama orang kampung macam saya ni ..hihihi




Untuk yang nak tengok video pokoknya boleh  klick https://youtube.com/shorts/LyEEgZpot0I?si=dSy1xDRcf0tcN60C


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


BUAH CERMAI & PENCICAHNYA


Dapat buah cermai....
Hati dah berkira-kira nak menyicah @ sekarang ramai sebut colek .

Saya kurang gemar pencicah basah berkicap macam kuah rojak.




Sebaliknya saya lebih suka pencicah kering berderai ala ala pencicah Thai..


PENCICAH BUAH CERMAI
1 sudu teh garam
3 susu chilly flakes
( boleh ganti 5 cili kering)
1cm belacan
12 sudu makan gula pasir/
boleh guna gula perang

1. Campur semua bahan ke dalam blender kring..

2. Blend secara pulse beberapa kali hingga halus dan berderai.

3 Sedia dihidangkan bersama buah cermai,jambu,mangga muda  dan juga sesuai makan dengan limau bali..





Untuk videonya boleh layari 


Untuk video pendek lainnya boleh klik SEROJA PUTIH ...dan jangan lupa..
+ Like
+ Comment
+ Share
+ ASunscribe



Wednesday 19 June 2024

RENDANG NANGKA MUDA DI HARI RAYA

 

Selalu nangka muda saya  masak lemak cili api atau buat kerabu kerisik.

Tapi kali ni saya cuba merendang nagka ketana teringan Chef Wan pernah masak rendang nangka kat TV masa zaman kegemilangannya dinkaca TV tahun 90-an dulu..


Alhamdulillah tidak mengecewakan.
Ni versi rendang kering selepasa saya panaskan 2 kali....



Ni versi agak basah lembab untuk hidangan masa pagi raya haji .
Saya share resipi rendang nagka versi saya kerana saya dah tak ingat resipi Chefwan...maklumlah dulu tengok kat TV bukan internet🤭

RENDANG NANGKA MUDA
1kg nangka muda- rebus
½ kg daging - opsyen
1 paket rempah rendang Adabi
2 sudu kerisik
1 asam keping
4 cawan santan
2 daun kunyit
garam,gula melaka,perasa

Bahan Blend:
2 serai
2 keping lengkuas
1 labu bawang besar
15 cili kering

1. Leburkan bahan blend dan rempah rendang bersama santan dalam kuali.

2. Jika guna daging,masukkan daging dan masak hingga daging empuk.

3. Tambah nangka muda,kerisik,asam keping dan perisakan.

4. Masak hingga pekat dan berminyak.

5. Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit

6. Jika nak rendang kering,teruskan merendang hingga kering.Jangan lupa kacau supaya tidak hangus.




Saya juga ada upload video   RENDANG NANGKA.....kat sini




Jangan lupa  juga untuk  youtube channel saya iaitu  Seroja Putih


+Like

+Coment

+Share

+ Subscribe



Tuesday 18 June 2024

JUADAH RAYA HAJI 1445

 


Antara juadah Raya Haji 2024  @ rumah saya.Raya kat KL saja tahun ni..tak balik kampung pun.


Raya Haji  kat KL ja tahun ni.



Namun kesibukan menyediakan juadah raya tetap meriah.Penat memang penat tetapi tiada siapa memaksa untuk melakukannya.Ini adalah pilihan sendiri agar moment  kemeriahan raya terus dihidupkan..Saya sangat menghargai memory kemeriahan emak membuat persiapan menyambut  raya zaman kanak kanak hinggalah dewasa.

TERIMA KASIH MAK!
Ciptakan moment raya yang manis untuk kami adik beradik..
Maka saya akan pastikan kemeriahan itu diteruskan selagi kudrat ini mampu...in shaa Allah .



KETUPAT PALAS

Juadah wajib dalam keluarga saya dan hampir semua warga utara
Kali ini saya masak 2kg pulut yang menghasilkan lebih kurang 5kg ketupat iaitu lebih  100biji ketupat.


KETUPAT DAUN KELAPA

Saya hanya buat dalam 20 biji sahaja kerana daun kelapa mahal!🤭 ..
25 helai RM10.Kalau 20 tahun dulu RM8 dah boleh dapat 100 helai...Dulu laaaa🤣


KETUPAT PULUT SERONDENG

Kali ni saya juga buat ketupat pulut inti serondeng versi Kelantan.



Bandingan ketupat palas versi biasa & versi inti.




AYAM MASAK MERAH

Lauk wajib jika masak Ketupat Daun Kelapa...cuma gambar suram..kurang cahaya...hihihi




RENDANG DAGING

Hari Sabtu gigih beratur panjang kat Pasar Tani...demi nak dapat daging fresh...Melambung harga mentang nak raya...RM47/kg.Amik jugak la 2kg ++ RM100



SAMBAL KACANG + DAGING

1st time makan Sambal Kacang + Daging  ni pemberian jiaran sebelah rumah kira-kira  15 tahun  lalu.Jiran saya tu lelaki muda dan masih bujang..Mereka menyewa rumah sebelah rumah saya & mereka rajin masak .Eh,semalam,jiran tu dan housemate dia datang beraya..tapi saya lupa nak ceritakan perkara ni kepada mereka...
Kalaulah depa tau ,mesti bangga kerana sudah berbelas tahun tapi saya masih terkenang masakan mereka 
Walau mengenali mereka dah lebih 15 tahun tapi status mereka masih sama...BUJANG..
Ada yang nak buat menantu ke?🤭
Tapi pastinya lah dulu mereka muda belia dan sekarang dah menghampiri  atau mungkin dah masuk 4 siries...!
Cuma sekarang mereka pun dah tak meriah memasak macam dulu..maka tak dapat lag merasa air tangan depa lagi..



RENDANG NANGKA MUDA

Masakan yang jarang orang masak time raya kan...
Jumaat baru ni,..saya dapat nangka muda siap rebus dari rakan sekerja iaitu Kak Izzah.Teringat zaman zaman kegemilangan Chef Wan kat kaca TV,beliau pernah masak rendang nagka...masakan dari seberang katanya...macam sedap ja..
Dah ada nangka...saya pun merendang...Alhamduliah,sedap juga



ACAR MENTAH
Buat juga Acar Mentah  timun + nanas 



NASI BERYANI
Buat acar tu nak makan dengan nasi ni la. Selain acar...boleh makan dengan ayam masak merah dan rendang.Goreng juga papadom tapi tak masuk pula dalam gambar.

Kalau perasan,semua lauk.pauk saya togel takde make up....padahal raya kot...
Huhuhu,lupa beli daun sup dan bawang bagai...!

MUFFIN PISANG
Malam raya sesambil merebus ketupatt..godak godak juga adunan muffin pisang sebab ni antara kuih palong senang...Campur je semua & kacau,masuk dalam paper cup..bakar...siap.
Pisangnya pula baki pisang yang tak termakan dalam sesikat,saya blend dan frozekan.Ni nak reduce ruang frozen..kita jadikan muffin dapat dalam 20pcs++ ..Eh,nampak bodo ja tapi laku keras...habis!


AGAR-AGAR SIRAP

Pencuci mulut old skol ni memang evergreen ja walaupun datang  bermacam dessert hipster & viral ...
Alhamdulillah buat 4 bekas tippuware tu...habis!


BUAH JAMBU BATU & BUAH  NAGA  MERAH

Jangan kata takda healty food la kan....🤭


MINUMAN : AIR GRENEDINE + LEMON...
Kawan-kawan Cella suka air ni..



Semalam raya,ada la beberapa orang kawannya yang tak balik kampung datang beraya.+ jiran sebelah ni.Tapi lupa nak rakam gambar...Ni ja yang ada kat saya...tak senonoh cella..tapi tu ja yang ada dalam galerry saya.....hihihi


Sun Velley Grenadine ni Adah beli kat Tawau..kerana katanya kt semenanjung tak da ..Kalau ada pun sirap F&N...



Untuk melihat video juadah raya kat rumah saya boleh tonton kat youtube channel saya iaitu 

Jangan ketinggalan mengikuti video - video saya yang berkaitan tumbuhan,masakan dan aktiviti saya dia..



.