Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Tumbuhan. Show all posts

Sunday, 30 November 2025

TERAPI BUNGA @ LEE WAH

 Sebulan sekali atau paling lama dua bulan sekali biasanya kami dua beranak akan cari bunga untuk happy kan diri...


Ni hasil carian bunga kami semalam @ Lee Wah



Bunga rose pink tu Cella punya...

Bunga kekwa putih tu pilihan saya




Swlalunya Lee Wah pilihan kami dua beranak.Suka sini sebab ada bunga paling murah kurang dari RM5  hingga mahal ratusan ringgit.Saya pastinya hanya akan pilih bunga mur mur sahaja....



Kalau masuk kedai bunga memang rasa tenang macam satu terapi 

Melihat eneka warna dan haruman bunga segar menenagkan..



Walaupun banyak deretan kedai bunga di bangunan ni....tapi selalunya kami akan tetap beli kat Lee Wah...Kedai lain pun kami masuk keluar jiga & akhirnya nak.juga beli kat Lee Wah...kuat betul.pelarias dia🀣🀣



Kalau nak senang datang sini..Naik ja MRT...turun Sresen Pasar Seni...lintas jalan ja dah sampai...

Tapi kami biasanya akan berkerera & parkir kat perkir Pasar Seni...Pun sama jalan kaki lintas jalan simit ja dah sampai..



Hasil  petikan kami...πŸ˜„

Rose pink sebanyak itu RM15..Dia nak letak kat bilik kolej dia..

Saya hanya pilih bunga kekwa putih tu RM6.00...saya suka letak kat meja makan..

Ye hanya RM6...

Mur la kan....


Thursday, 13 November 2025

PADI SUDAH MENGUNING

 

Semalam semasa di tempat kerja,saya ssmpat menyusuri  Laman Padi...

Melihat padi yang sedang menguning menanti masa untuk dituai..Bukanlah seluas sawah padi di kampung....Tidak juga seluas kebun terung tu..tapi cukup untuk dijadikan bahan rujukan ilmu menanam padi. Masa saya tiba di Laman Padi tu,Bayu sedang menyembur air menghalau serangga perosak padi iaitu "kesing" yang bila kita oegang dia akan meninggalkan bau macam bau daun ketumbar...Kata Bayu,nanti kita "ketam" padi ni menggunakan "alat ketaman" yang dia akan buat...

Masyaaa Allah.....rasa nak lompat bintang bila Bayu kata dia akan buat alat ketaman padi..Maha suci Allah yang menggerakkan saya berhijrah ke tempat sekarang ...Sangat banyak hikmah yang Allah kurniakan...Benarlah apa yang kita fikir ...apa yang kita sebut itu mejadi doa....kan...

Berada di tempat kerja baru ini seakan membawa saya kembali ke kampung sebelum waktunya...Allah mengurniakan apa yang selalu saya sebut...apa yang selalu saya fikirkan ...apa yang selalu saya angan-angankan iaitu nakkan ketenagan dikelilingi kehijauan alam...bermakn dengan tanah dan  tentang penanaman dan penternakan...

Hidup ni bukan sentiasa bahagia..Ada saja suka dan dukanya...gembira dan sedihnya..Namun kita higlight yang  seronok-seronok sahaja...hihihi



Padi sedang menguning.....
Padi yang mula disemai sejak penghujung Ogos ada saya kongsikan dalam posting 
DARI AIRCOND KE NATURE...masa baru kerja tempat baru



Tapi banyak juga "hampa" iaitu padi kosong yabg sudah tidak berisi .Hanya tinggal kulit padi.Puncanya sama ada disengat kesing ketika buah padi masih hijau.Buah padi muda masa masih hijau berisi cecair putih pekat yang kami sebut "susu padi"yang rasanya lemak manis  sangat disuka serangga "kesing" .Kesing akan sengat dan hisap cecair tu hingga kering.Buah padi tetap membesar tetapi sudah kosong ringan yang kita sebut "hampa padi"..selalunkita sebut hampa dan kecewa jer kan...hihihi
Mana-mana buah padi yang selamat dari kesing...cecair susu padi lama kelamaan akan keras membentuk "beras" .Padi yang tiada isi kita sebut hampa...manakala padi yang elok  berisi beras tu disebut "padi bernas
Haaa agaknya BERNAS tu pun bukans sekadar Beras Nasional ye..tetapi mengambil sempena padi yang berisi..





Bila padi dah mula berisi beras keras...kesing dah tak boleh nak sengat dah sebab keras...Tapi time ni tikus dan burung pipit pula bermaharaja lela..Tikus akan menyerang waktu malam...Burung pipit pula aktif waktu siang...Bukan sekor dua dia datang...Dibawa ya habis sekampung anak beranak adik beradik dia memakan buah buah padi yang sedang menguning tu..Pandai pulak dia tahu ada buah padi sedang menguning tu...hihihi
Depa makan senyap-senyap jer...Kita pun tak perasan sebab tak ada bunyi..Nampak pokok padi jer bergerak-gerak .Bila kita dekati ....menderu terbang berdecit decit bunyinya..Agaknya bagitau kawan kawan depa ada manusia datang & nak  suruh kawan-kawan dia  terbang la tu.



Padi yang telah disengat kesing tu kempia kering bewarna keputihan kerana sudahbkosong menjadi hampa.



Pic Google...
Ni la antara rupa serangga yang dipanggil "kesing" tu..serangga yang akan mwnyerang waktu buah padi masih muda .Kesing akan menyengat dan menyedut  beras yang masih berbentu cecair susu tu..
Kalau kita tangkap dan pegang kesing ni...bau diaaaaaaa busuk....dianbukan lah busuk macam bangkai...tapi bau seakan daun ketumbar tetapi lebih keras dan mnuauk hidung


Pic google
Ini  pun spesis kesing juga ni tapi lebih gemuk dan bulat..Bau dia sama busuk.
Hinggakan kalau kita buat umpan mengail pun ikan taknak makan..hihihu



Buah padi yang sedikit kuning dan masih ada warna hijau macam ni la yang mak saya swlalu ketam dan irik lalu disangai dan ditumbuk hingga kemek dan ditamoi buang kulitnya ..yang dinamakan emping..Tapinya daripada padi pulut la..Kalau padi biasa ( beras jawi) tidak sesuai kerana emping akan keras dan patah..Padi pulut masa belum matang bila disangai akan kenyal dan mudah pipih bila ditumbuk.


Bila buah padi menguning...daun daun padi juga turut kekuningan ,Mungkin memberi laluan nutrien kepada buah padi.
Saya ambil beberapa batang pokok padi untuk dijadikan serunai batang padi....Nantikan entry berikutnya tentang serunai batang padi yang sangat nostalgia.....





Friday, 7 November 2025

AKAR SERUNTUN/PATAWALI

Genarasi muda rasanya ramai dah tak kenal akar seruntun a.k.a akar patawali.

Kalau dulu kat kampung-kampung & dalam hutan akar seruntun mudah ditemui...Namun kini banyak musnah dan sukar ditemui kerana hutan-hutan pun dah banyak gondol.
Kat kampung saya pun rasanya tumbuhan yang satu ni dah takda dah dalam hutan...
Orang kampung menggunakan akar seruntun sebagai ubatan herba .Boleh tanya Google @ chatgpt...

Namun saya masih beruntung kerana masih dapat lihat  akar seruntun /patawali ni...
Bukan kat kampung...tapi kat tempat kerja yang baru ni....dipinggir Bandaraya Kuala Lumpur
Untungnya juga saya masih kenal dengan alar seruntun ni kerana saya asalnya anak kampung dan suka ambil tahu tentang tumbuhan terutama tumbuhan hutan...


JLebih empat bulan yang lalu iaitu harinke-dua melapor diri di sini....ketika meninjau kebun kelapa sawit di tepi pagar ..saya ternampak juntaian akar menggerutu ni...

Setelah diamati,yakinlah saya ianya tumbuhan akar seruntun atau patawali...


Akar Seruntun....a.k.a Patawali..
Bentuk daun....rupa batang berbentuk akar yang menggerutu.....



Handphone murah + tak pandai nak fokus...jadi kelabu gambarnya ..
Akar seruntun yang menggerutu tu...


Berjuntai-jintai akarnya menanjat banir pokok kayu bersaiz pokok balak ni...
Tiada siapa pedulikanmya..Bila ditanya pada pada rakan rakan yang lain pun tiada siapa mengenali tumbuhan ini dan mereka langsung tidak berminat untuk mengetahuinya...
 Hanya sahaja saya yang memerhati penuh minat terhadap tumbuhan ini...
Kalau dari tingkat satu tu..buka tingkap pantry memang nampak jelas pokok ni kerna hanya sekitar 30 meter jaraknya ..



Belanja video ..akar seruntun atau patawali Dihujung video tu kelihatan  buah saga yang sudah kering menampakkan biji biji saga bewarna merah.Juga selalu saya kutip  biji biji saga tu sekadar suka-suka sambil.mengenang  zaman sekolah rendah cikgu Matematik selalu suruh bawa biji saga atau biji asam jawa buat mengira.Kalau takda sangat bawa la lidi-lidi yang dipotong saiz sejengkal untuk mengira dan memahami konsep  +-x÷.





Thursday, 6 November 2025

GLOWING HIBISCUS SELEPAS TIGA BULAN 🌺

Baru lepas menjamah sebungkus nasi lemak daun pisang bersama secawan teh panas .Tadi pergi ronda kawasan kejap..melinjau Laman Glowing Hibiscus 🌺 


Asalnya nak join petik terung terung,tapi rupanya depa petik awal tadi...belum pukul 8 depa dah kat kebun...Pukul 9 depa dah siap pack sebab ada tempahan 10kg pagi ni..

Jom la tengok pokok bunga raya yang saya tanam  selama 3  bulan saya di sini....Kalau ikut dah 4 bulan di sini tapi bulan pertama tu kita orientasi la kan...Bukan murid & pelajar universiti je ada orientasi...kita yang tua ni pun kena orientasi juga.Maklumlah kita newbie dalam berkebun ni kan...Bulan pertama ikut-ikut depa & tengok-tengok je depa berkebun.Belajar ilmu berkebun sikit-sikit..Dari zero taktau apa langsung....Bulan ke-2 baru depa bagi satu sudut Hibiscus Glowing ni untuk permulaan...pokok yang mudah dijaga untuk biasakan diri..Tapi saya tetap juga ikut depanke kebun sayur sebab kebun sayur lebih seronok...nampak proses tumbesaran & dapat kutip hasil.Bunga raya ni lebih kepada depa nak bagi saya bersemangat sikit sebab tanam pokok dah ada tunas kan....hihihi..Depa bagi sudut lebih kurang  20"x10" untuk saya rasa "memiliki" kawasan sendiri...hihihi

Kini dah tiga bulan menaman mai kita tengok pokok bunga raya tersebut....Jom...


Hati berbunga bila lihat pokok kita tanam dah mengeluarkan bunganya ..Bibit bunga ni beli kat shopee...Bayu tolong belikan ....


Spesis tak tau nama...hihihi
Main tanam je...daunnya batik hijau putih.Dah besar pokoknya
Pernah berbunga dah beberapa minggu lepas...merah bunganya.


Ni spesis daun batik hijau pink....kecik je lagi pokoknya tapi dah jeluar bubga sebab ditanam dengan keratan batang kan..




Tanam dari tunggul asal yang dah agak besar..Cepat la dia membesar.

Ni bunganya nan sekuntum..




Ni spesis bunga raya warna pink...Daun dah mula lebat



Ni pun spesis yang saka tapi masih ketot... .ada bunga sebab keratan batang


Antara yang sedang berdaun lebat...Baru belajar perpucuk dan berkudup...Tak lama lagi kembang la bunganya.


Ada yang dah mula berkudup

Ada spesis bunga purple sedang berkudup tapi belum kembang


Ni spesis daun batik hijau pink...
Tengok gambar baru perasan rumput dh panjang🀭


Sekali pandang dah macam kubur pulak kan..πŸ™ˆNi yang baru berumur dua bulan...lambat sikit dari yang lain sebab semaian dari ranting pendek sejengkal saja..Takpa kita bela slow-slow



Dah tak tau nama anak pokok mana rumput🀣
SRasa macam baru je cabut rumput tu...Sekali dalam gambar...Nah, panjang rumput!


Dari sejengkal ranting disemai dalam cawan minumanan plastik tu...baru sebesar ini.
Banyak spesis berbeza tapi tak sempat kenal lagi sebab bunga belum keluar...Beli anak pokok yang kecik sebab nak murah kan🀣


6 pokok tepi tebing ni masih muda belia...kecik lagi.....kena sabar tinggu depa membesar.
Kena tanda dengan batu bata...untuk elakkan terpijak...



Ni pun spesis hibiscus..



Sebab bunganya spesis bunga hibiscus jugak...


Ni buah asam paya..Saya beli daun asam paya buat masak sardin...Rantingnya saya semai  & tanam sini...Tapi macam kurus je takmau merimbun

Nanti nak beli lagi beberapa spesis...


Ada yang cepat membesar..Ada yang lambat..Maklumlah yang menanam pun baru belajar....Pokok pun baru nak kenal tangan...In shaa Alllah nanti nak tambah beberapa spesis lagi...








Tengok jam dah pukul 10++
Perut dah lapar.Tadi ada bawa bekal nasi lemak daun pisang..Beli je 15 bungkus tadi...Saya dah asingkan sebungkus untuk makan...Bakinya letak atas meja pantry.



Lalu tepi  pokok salam ni.Tapi tak banyak pucuk sebab tidak dipangkas


Buah pun lebat tapi belum masak...Bulan lepas sempat makan buahnya berebut dengan burung...hihihi

Petik beberapa secekak pucuk daun salam...buat peneman nasi lemak bungkus.


Makan nasi lemak bungkus daun pisang berulamkan pucuk salam...Namota pun tumpang berulam sekali.Dia pun baru naik daei bersihkan kolam ikan keli agaknya...tengah lapar jugak la tu agaknya...Dah pukul 10 lebih kira brunch la sekali...hihihi




Wednesday, 8 October 2025

TERAPI PAGI

 Pagi tadi sebelum punch card...lalu tepi kebun...Sambil lalu sambil bidik beberapa keping gambar buat mengisi blog.Walaupun banyak gambar dalam gallery tapi saja nak post gambar fresh pagi ni..


Labu ...saya pun tak kenal spesis apa...lupa nak tanya Bayu..



Ni pun labu juga ..pun saya tak tau jenisnya...Masih banyak kena belajar...



Padi bukit rasanya yang ni sebab takda air...

Padi sawah di hujung sana tak tenampak dalam lensa kerana agak jauh..


Ni ulam pegaga air ni merata tumbuhnya....


Pun taktau nama...tapi cantik dan lebat berbunga



Kiambang di kolam keli...





Pokok ja ada...ulat sutera takda...
Tengok pokok mulberry akan ingat subject Ilmu Alam sekolah rendah dulu...Penternak Ulat Sutera di China...Soalan fav mesti naik : Apakah nama daun yang menjadi makanan ulat sutera?

Hahaha..soalan bocor


Banyak ja pokok cabai ni...Tapi ni jer pokok yang dekat dengan tangga..hihihi


Cili setan depa panggil..katanya pedas yan ampun...
Belum pernah try