Wednesday, 8 October 2025

TERAPI PAGI

 Pagi tadi sebelum punch card...lalu tepi kebun...Sambil lalu sambil bidik beberapa keping gambar buat mengisi blog.Walaupun banyak gambar dalam gallery tapi saja nak post gambar fresh pagi ni..


Labu ...saya pun tak kenal spesis apa...lupa nak tanya Bayu..



Ni pun labu juga ..pun saya tak tau jenisnya...Masih banyak kena belajar...



Padi bukit rasanya yang ni sebab takda air...

Padi sawah di hujung sana tak tenampak dalam lensa kerana agak jauh..


Ni ulam pegaga air ni merata tumbuhnya....


Pun taktau nama...tapi cantik dan lebat berbunga



Kiambang di kolam keli...





Pokok ja ada...ulat sutera takda...
Tengok pokok mulberry akan ingat subject Ilmu Alam sekolah rendah dulu...Penternak Ulat Sutera di China...Soalan fav mesti naik : Apakah nama daun yang menjadi makanan ulat sutera?

Hahaha..soalan bocor


Banyak ja pokok cabai ni...Tapi ni jer pokok yang dekat dengan tangga..hihihi


Cili setan depa panggil..katanya pedas yan ampun...
Belum pernah try




18 comments:

  1. Cili hijau tu terus imagine kewangiannnya... buat nasi goreng ikan masin tu mmg uummphhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish...hujan hujan ni terbayang pula nasi goreng ikan masin tu

      Delete
  2. Saya dok fikir tu lada benggala bila tengok rupa bentuknya, rupanya sejenis cili yang pedas 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...akak pun asalnya ingat cili benggala

      Delete
  3. cili setan tu macam Carolina Reaper je kak..cili terpedas di dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..namanya Carolina Reaper...Tanya depa..depa kata cili setan🤣

      Delete
  4. waaaa bestnya kak... tapi paling best padi huma tu kak

    ReplyDelete
  5. Banyaknya tanaman meriah senang nak makan main petik2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Alhamdulillah...rezeki ditempat baru dikelilingi ulaman...

      Delete
  6. Labu manis tu sedapnyer buah kuih koci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..labu manis yer wak..
      In shaa Allah.,bila dituai nanti saya ingat nak buat kuih koci makan bersama ditempat kerja

      Delete
  7. bunga putih tu bunga melur ke? Cili setan haha yg ni (taktaulah sama ke tidak), pernahlah kami beli masa di cameron dulu. mmg menyengat pedasnya sampai tukang potong cili tu kena "park" tangan dia dalam baldi beras sebab pijar.

    ReplyDelete
  8. Bestnya tmpt kja baru umi cella.. mcm2 tumbuhan ada.. kak lin plk yg teruja.. 😃

    ReplyDelete
  9. Pokok bunga putih kecik-kecik tu melati kot namanya. Kami tanam di kubur arwah ayahanda dan arwah adinda.

    ReplyDelete
  10. Cili setan itu, kalau di sini sebut ya cabe gendot . Biasanya oleh orang Sunda dibuat tumisan. Lalu dimakan begitu saja. Pedasnya memang melahar lah kak 🤣. Tp saya sukaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...biasa nampak dalam youtube mereka masak tumis cabe gendut...Nampak mereka makan macam makan terung je..kebal vetul mereka🤣

      Delete