Terung Ungu
Fresh dari kebun ni..Baru jer tuai tepat pukul 8.30 pagi ni bersama Bayu.
Lebih kurang 11 kg.
Hasil terung ni hanya dipasarkan secara dalaman sahaja sesama staf..
Jual pun mur-mur saja.
Kadang kalau hasil melebihi jualan dalaman depa pack siap-siap letak saja di pondok guard...siapa yang lalu boleh ja beli..sebab pondok guard tepi main road senang orang nampak.
Hari tu masa cuti Hari Malaysia 4 hari ..Bak kata dia open order dalam group komuniti & buat COD sebab masa tu kemuncak terung berbuah.
.
Bayu ketua segala pertanian..
Bukan takat terung ni saja.
Kangkung,kacang panjang,salada,cili,labu,serai,mangga,rambutan bagai...even,kelapa,nanas,anggur & padi pun dia tanam dengan jayanya.Tapak kebun terung ni sebelum ni kebun serai..
Habis tuaian serai hari tu depa tanam terung..
Saya macam biasa la..belum lulus nak bertani sayuran macam depa..Setakat ni masih di Habiscus Glowing..Tapi kebun lain pun saya menyibuk juga.
Tapi saya banyak nyibuk kat kebun terung la sebab dua hari sekali depa akan tuai terung.Lagipum kita kannorang baru di sini..kena la ringan tulang kan...hehehe
Kalau time tuai sayur lain pun biasanya Bayu akan ajak ja saya join.
Seronoknya dapat bercucuk tanam dan tuai hasil...
ReplyDeleteya..saya pun baru berjinak-jinak
DeleteAlhamdulillah.. tanam dengan jayanya sampai panen... pokcik berfikir juga nak tanam terung dalam skala yang besar tapi bila tengok sahabat pokcik alami masalah pasaran, terung terus fikir tak jadi tanam
ReplyDeleteSaya pun tak arif berkaitan pemasaran..
Deletecuma yang saya tahu terung ungu yang jenis kecil harganya lebih tinggi berbanding terung ungu jenis besar..
Jauh juga bezanya...sekali ganda..
Kat pasaraya dekat rumah saya terung ungu jenis macam ni RM9.78/kg
Terung ungu besar panjang tu RM4.29/kg .
Ninharga minggu ni 13 Oktober 2025
Lain kali open order dekat orang Gombak sama MC :)
ReplyDeleteSeronok dapat tuai terung tu dari pokok. Segar²lah buahnya
Tu la...kalau dekat saya pi hantaq dah kat PH....😍
DeleteKita pun pernah ada projek tanaman terung dulu tapi rupanya ramai yg tak minat makan terung. Kalau dekat ni, nak jugak ngecek, tak nak beli, hihi.
ReplyDeleteKalau dekat ..saya hantar siap masak berlado untuk SK🤣
DeleteSA pernah beli pokok terung 4 pasu...satu pun x berbuah...hahaha..mati sudahnya...x tau la kena scam ke apa
ReplyDeleteDari sedikit ilmu yang saya dapat kat sini...kena "pruning" iaitu buang daun-daun kat batang bahagian bawah tu hingga cabang pertama...kasi togel bawahnya...
DeleteWalllahua' lam