Showing posts with label MAKAN KENDURI. Show all posts
Showing posts with label MAKAN KENDURI. Show all posts

Thursday, 4 June 2026

MAKAN KENDURI DI KAMPUNG BECHAH : DARI DULU HINGGA KINI SENTIASA SEDAP DITEKAK SAYA

Isnin  baru ni dah  masuk 1 hb Jun 2026...masih dalam mud cuti dan mud raya walaupun Zulhijjah dah masuk hari ke 15 Zulhijjah 1447H ..Ramai masih betcuti hingga Selasa..Cuti Raya Haji bersambung Wesak dan YDPA..


Pepagi lepas subuh,teringat nak keluarkan segala pinggan mangkuk dari dalam bilik mak kat rumah saya ni nak basuh dan susun semula.Pibggan mangkuk ,cawan teko semuaberhabuk kerana rak tak bertutup.Kabinet dapur pula hanya setingkat.Taktau nak simpan pinggan mangkuk kat mana.Nak buat kabinet baru belum  ada modal..Tunggulah semoga Allah panjangkan umur dapat menikmati persaraan dan Allah bukakan hati saya serta izinkan  balik dok sini & semoga Allah lembutkan hati saya jadi anak yang baik kepada emak.Tahu hati ni keras,gagal jadi anak yang baik kepada emak..tapi jauh didalam hati selalu berdoa agar mak tak kecil hati dan akan selalu memaafkan saya anak yang banyak dosa ni..

Eh,melalut apa ni..?Lain nak cerita,lain pulak mykaddimahnya...hihihi


POk ceritanya,saya sengaja tak masak dan tak beli brekfast kerana nak makan kenduri.Selalunya saya akan makan dulu sebelum pi kenduri,tapi kali ni saya nak biarkan perut kosong kerana dari pengalaman,kenduri kat Kampung Bechah ni sedap sebab depa akan sembelih lembu sendiri dan masih mengamalkan gotong royong masak sendiri.


Nampak macam khemah 2 buah sahaja...tapi bila dah masuk....nun tersembunyi beberapa khemah di balik rumah 


Khemah belah dalam....yang tak nampak dari jalan tadi


Lhemah simple ja takda  scalop bagai tapi jemputan punyalah ramai mrlimpah limpah.Nasib baik kami dapat juga tempat duduk
LMenu lauk paling simple..Gulai daging + kentang,ulaman..ikan masin goreng dan sambal belacan Hanya itu menu lauk..Tapi dia punya sedap rasa nak  menambah tau!
Pakkal jer rumah kenduri...hihihi.
Taktau depa tumbangkan sekor atau 2 ekor lembu tapi semua daging tu depa hanya masak gulai.Setiap stesen buffet tu ada 2 tray besar gulai yang menimbun dagingnya Sambal belacan dia saya rasa ni la yang paling sedap kat alam maya(🤣 melampau tak?)

Sepanjang sejarah saya makan kenduri di kampung ni sejak zaman kanak-kanak tak pernah tak sedap.Tak tau apa rahsia tukang masak kampung depa.Semua yang dimasak dari dulu hingga kini kalau makan kenduri kampung depa sedap sungguh..Pernah juga makan kenduri kat kampung ni depa masak Nasi Daging .Nasi dimasak bersama ketulan daging dan dimakan bersama air asam tomato kerisik.
Seingat saya sekitar tahun 90-an kalau kemduri kat kampung ni khemah makan lelaki dan wanita di asingkan. khemah wanita dipasang tabir/langsir memisahkan khemah lelaki dan wanita.Sekarang macam dah takda lagi 


Zaman kanak-kanak masa sekolah rendah  saya dah damiliar dengan kampung ni kerana banyak masa saya di kampung ni kat rumah Maklang iaitu kakak mak.Kadang balik Saya pun tak ingat kenapa saya banyak dok rumah Maklang..pi sekolah dari rumah maklang..balik sekolah pi rumah maklang..makan minum situ dan banyak juga masa cuti sekolah dok rumah maklang.Tapi itu semua sebelum Achik bersekokah dan selepas saya darjah 2. Darjah 1 dan dua kat kampung..sekokah atap rumbia tu.Darjah 3 dan empat la saya banyak dok rumah maklang sebab kampung ni tak jauh sangat dari sekolah induk kat Charok Kudong.Masih saya ingat ada satu ketika masa saya darjah 3,ada sorang senior  darjah 4 iaitu Teh sampaikan pesan kat saya masa di sekolah,Teh ni asalnya jiran kat kampung lama tapi masuk darjah 3 dia dok ngan tok dia di Kampung Bechah kerana mak bapak dia dah pindah ke felcra Sungai Siput.Teh darjah 4 sekolah sesi petang.Saya darjah 3 sekolah sesi pagi.Masa saya habis sesi pagi pukul 1..Teh datang jumpa bgtau Maklang saya pesan,balik sekolah nanti pi dok rumah Long Jar iaitu tok kepada Teh sebab Maklang takdak kat rumah.Maka balik sekolah,saya pi la menumpang rumah Long Jar iaitu tok kepada Teh.Kebetulan pula sebelah rumah Long Jar ada kenduri kahwin. Saya masih ingat kenduri tu rumah Long Mbot namanya.Menunya gulai daging dan nasi santan.Itulah kali pertama saya jumpa menu nasi santan dan bila makan dengan gulai dahing sedap yang amat.Saya tak pernah jumpa nasi santan di tempat lain.Warnanya seakan puple lilac dan baunya harum serta rasa yang berlemak masih saya invat hingga kini.Cuma bila dah dewasa baru saya dapat relatekan ..rupanya itu macam nasi lemak tapi sebab dimasak dalam kawah,maka warnanya jadi purple lilac macam warna buburasyur masak dalam kawah.Kenapa depa tak sebut saja nasi lemak? Kenapa namnaya Nasi Santan?
Saya pun tak tau...tapi apa yang boleh saya buat andaian ialah sebab kat Kedah nasi lemaknya ditumis dan warnanya kuning dan tak guna santan Kalau yang selalu baca coretab cerita saya dalam blog ni pasti familiar dengan nasi lemak Kedah .Antaranya NASI LEMAK KUNING... dan kalau google basi lemak kuning...akan jumpa itulah nasi  lemak bagi kebanyakan orang Kedah dulu dulu.
Sebab tu bila masak nasi dengan santan...dipanggil nasi santan.
Cuma sekarang.generasi muda dah dah ada pilihan dua nasi lemak...Nasi lemak putih yang bersantan dan nasi lemak kuning versi ori Kedah ya g masih lagi valid hingga kini.Kalau berkunjung ke Kedah boleh la cuba nasi lemak kuning  ya g biasanya dibusanya dijual siap bungkus dengan surat khabar.Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar adalah memang terkenal dan biasanya dijual sebagai sarapan dan juga makan malam.Cuma sekarang surat khabar tu dah digantikan dengan kertas plan warna putih tanpa tulisan atas faktor kesihatan.

Panjang cerita meleret leret ...Kadang apa yang saya catatkan ibi lebih kepada memindahkan memori yang penuh dalam kepala saya ni🤭🤣.Bila full storagesaya pindahkan ke blog dalam bentuk catatan....
So,kalau rasa panjang sangat,penat nak baca...skip jer kerana lagi banhak saya tulis lagi banyak typo🤣🤣🤣🤣🤣




Sambung cerita kenduri...
Side dish haruslah ada mihun sup utara sebab depa kan sembelih lembu.Bahagaian tulang depa akan masak sup..buat mihun sup utaraa kiah merah.Makanan Kedah ni banyak warna kuning kan....nasi lemak kuning...mihun sup kuning...coq udang kuning...hihihi



Juga afa coq udang kuah kacang yang sedap....apam balik,laksa dan kuih muih


Dessert Corner . 


JKuih kuih pun nampak sedap tapi kami dah kenyang makan nasi...hihihi



Monday, 1 June 2026

MAKAN DUA KENDURI 13 ZULHIJJAH 1447

Hari Sabtu dah masuk hari terakhir Hari Tashriq iaitu 13 Zulhijjah 1447.Ramai masih berkunjunga. Raya Haji tidak kira kunjungan beraya
maupun kunjungan majlis qurban.Ramai juga mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana sekolah juga vercuti selama 2 minggu.Warga kerja juga dapat cuti panjang terutama negeri yang hujung minggu jarih pada hari Jumaat Sabtu.Macam kat Kedah depa memang cuti Raya Haji 2 hari iaitu hari pertama dan dak kedua.Kebetulan tahun ni Raya Haji hari Rabu...Maka depa dapat cuti raya hingga Khamis.Sambung weekend  Jumaat dan Sabtu...Ahad pula Wesak.Isnin Cuti YDPD....Waaa..rezeki depa...Sebab tu agaknya banyak kenduri kahwin cuti Raya Haji kali.ni...Kenduri qurban...kenduri kahwin...memang gantung kuali...Perut pun merinta ronta kekenyangan ...hahhaha

Hari Sabtu,Achik dah suaun plan ..Kenduri kahwin 3 twmpat dan jika sempat nak balik kampung dan nak memancing...hihihi...cukupkah masa ya g diperuntukan...jom kita tengok...



Kenduri pertama ...kami ke Pendang Lake Resort




Ini kali ke 3 saya menghadiri majlis kenduri yang diadakan di Pendang Lake Resort..
Ada dalam dewan dan juga ada yang open view kat luar.Boleh makan sambil menikmati view Pendang Lake...

Menu kebanyakan kenduri haruslah ada  daging,ayam dn side i
dishnya..


Menu iconic Kedah....
Gulai Daging + Batang Pisang( actually umbut pisang ye)


Side diah ada macam macam....ni Izzudin yang ambilkan 
Ada apom lenggang, coq Jawa...rojak...ice cream cone...ais krim malaysia....dan aneka lagi




KENDURI 2 : 
Kenduri 2 kat Kampung Paya Kercut..
Ampa tau dak kercut tu apa?
Kercut tu spesis  pokok menerung yang banyak tumbuk macam pokok padi dalam kawasan paya yang orang buat tali ikat barang dulu -dulu tu...Dia ada dua spesis yang saya tau..satu batang bersegi dan bunga berjambak kecil kat puncaknya.Kercut ni batang berongga dalamnya.Kercut ada macam buah seakan buah pine kecil dibatangnya. Tapi tak tau asal usul kampung ni nama paya ada banyak pokok kercut ka apa ka...

Mulanya nampak khemah ni macam kenduri kecil jer...Rupanya ni khemah meluarga pengantin yang bertandang.  Kat belakng rumah berbumbung merah tu khemah tetamu  dan kat tepi rumah pun khemah makan serta khemah side dish...
Meja buffet pun saya tengok ada 4 ..Kadang tengok orang buat kenduri kahwin...kecut oerut tau mengenangkan saya ni baru lepas sorang..Ada dua lagi yang single tu...jantan sulung dan anak dara bongsu.Masa Adah dulu dia banyak uruskan sendiri..Juga Achik & Pakcik banyak bantu.



Yang bestnya kenduri 2 ni dwpa masak sendiri ..Ada 2 gedohoq kat belakang rumah depan..Ni salah satu gedohoq tempat depa topup lauk.Sebelah sana gedohoq besar sikit tempat depa masak.Gedohoq tu dialek daerah kami iaitu khemah tempat memasak lauk kenduri.


Pinggan saya...
Saya tetap nak ambil nasi s

Achik dan yang lainnya depa cari side dish jer sebab masih kekenyangan kenduri 1 tadi..
Terliur saya tengok menu lauknya...sangat menggamit nostalgia..
Ada:
- Gulai Daging + Kacang Panjang
- Gulai Udang + Rebung
- Sambal Telur
- Acar
- Ikan Masin
- Samval Belacan & Ulaman 




Depa pakat makan Mee Rabus



Selain mee rebus...ada cucur udang kuah kacang dan beberapa side dish lain...
Minuman juga beberapa jenis...




Dah nak getak balik...eh,nampak ada ketupat daun buluh ni...fav saya ni ...payah nak jumpa ni.....kena makan dulu🤣



Dua-dua kenduri dapat gudies special ni...Antara kopi yang famous kat Kedah..Kopi Cap Raga....Balik rumah nanti nak bancuh kopi ni ...Mesti sedap ni ...

Plan nak ke kenduri ke 3 akhirnya tak jadi....Sebab Achik dah tukar plan nak 
Kita tunggu apa plan tersebut yer..😍😍😍






 

Tuesday, 6 January 2026

MAKAN KENDURI @ MAKTEH HOMESTAY: DOOR GIFT RARE

Plan asal balik kampung cuti Krismas kali ni asalnya 2 hari sahaja tapi berpanjangan hingga beberapa hari.


Kali ni majlis walimatulurus saudara sebelah mak.Cucu kepada anak saudara mak.




Sekarang kat Kedah musim menanam padi...Ada yang baru nak tanam dan ada yang padinya sudah menghijau.In shaa Allah dalam 3 bulan lagi pemandangan hijau akan bertukar kuning keemasan.Wah,pasti petani tersenyum swbab kalau dicongak 3 bulan lagi tu dah masuk bulan Syawal tu...!!



Homestay ni terletak kat Kampung Padang Pusing,Jalan Sungai Tiang,Pendang Kedah ..Perjalanan dari Pekan Pendang ke Mak Teh Homestay  lebih kurang 20  minit sahaja..
Dah nampak  Mak Teh Homestay...tapi saya meneruskan perjalanan balik ke kampung dulu kerana  nak ambil mak kat kampung..Lagipun Mak Tah iaitu kakak mak juga nak tumpang ke sini...Depa dua beradik tu mestilah nak pi awal nak jumpa saudara mara.Maklumlah adik beradik mak hanya berdua sahaja lagi..Mak anak bongsu,MakTah 2nd  last... yang masih ada .mak & Mak Tah...Lagi 5 orang yang atas-,atas sudah kembali ke rahmatullah.Maklumlah,mak yang bongsu pun dah nak masuk 79 tahun..Mak Tah dah 80++Kalau ikutkan kenduri ni anak  cicit  kepada arwah abang emak iaitu Pak Teh Kob.
Usai hantar mak & Mak Tah...saya & Cella menunggu Achik anak beranak & Adah yang akan menyusul dari pekan.Saja segan nak join mak & Mak Tah,so kami tunggu Achik di simpang jalan.



Dah nampak khemah kenduri...Kiri kanan bendang .Selama ni dok lalu sini tengok ja Mak Teh Homestay ni....Hari ni rezeki dapat singgah asbab depa buat kenduri sini..


Pemandangan hijau di mana-mana


Dari main road dah nampak deretan khemah..Depa sewa keseluruhan homestay tu termasuk dewan..chalet dan tambahan khemah..Tak da pulak ambil gambar...Biasa la lepas dah belek gallerry baru ingat tak ambil gambar ..hihihi


Tuan Tanah Kedaung sedang berangan ...hehehe..
Cella & Adah pakai baju Achik tu Cella warna pink..Adah warna maroon...Balik pakat tak bawa baju kurung..gitulah tiap kali depa akan paw baju-,baju Achik & jadikan hak milik kekal...🤣Abaikan meja yang tak beralas tu kerana   ni ruangan saudara mara dok santai-santai di bahagian belakang..Takda pula gambar proper....menu biasa lauk kenduri ayam merah,daging hitan,acar buah bagai dari caterer & paling special ada tambahan lauk depa masak sendiri iaitu kari daging +umbut pisang.Side dish paling falous kenduri sekarang pastilah afa apam balik crispy...laksa,mihun sup,bubur dan pengat bagai..



Tapi tu la dalam kesempatan jumpa saudara mara semua mesti lupa nak bergambar beramai...hihihi


Dua hari makan 5 kenduri saya pakai baju hitam tudung purple yang sama🤣 sebab taj bawa balik baju kurung..Nak pinjam baju Achik depa slim opkos tak muat...
Agak-,agak orqng perasan tak pakai baju sama jer🤭🤣Hanya  terlekat sorang sepupi lelaki ni masa nak balik  dok sembang-sembang teringat nak bergambar .Zaman mudah tak pernah bersembang dengan dia sebab segan dulu dia handome giler🤭.
Jujurnya ramai sepupu sepapat  yang saya dah tak kenal  apatah lagi anak cucu depav


Ops....dah hujung cerita...ni ha nak habaqnya door gift  rare tu..Lepas salam tuan rumah...setiap tetamu diberikan guddies berupa barangan plastik untuk kegunaan dapur.Kebanyakan tuan rumah bagi secara rambang tapi jika tak berkenan boleh saja pilih mana yang nak..contoh Achik pilih raga segi empat tu..saya & Adah pilih besen putih tu ...Kelakar pun ada bila tetamu pulang pakat bawa besen..Kalau ramai agaknya penuhlah bonet dengan besen ..hihihi
Rare la kan....🤭


Sunday, 4 January 2026

MAKAN KENDURI @ HOMESTAY TAMTEH

 Cerita 25 Disember...sempena cuti Krismas 2025..

lUsai menghadiri walimatul urus di Villa Kanchah ..Jitra...kami menuju ke Air Hitam pula


Nampak dari kejauhan Tamteh Homestay nampak biasa-,biasa sahaja...
Namun bila melangkah pintu gerbangnya....

Wow...saujana mata memandang sawah padi mengjijau..


Homestaynya terdiri dari dewan majlis...beberapa buah chalet dan halaman yang menyediakan garden wedding....Sangat cantik...cuma sahaja saya tidak pandai  mencari anglel untuk mebidik camera


Makanan. aneka jenis..
Tapi kami sudah kekenyangan dek makan di ke duri pertama @ Villa Kanchan tadi dalam kelparan.Makan dengan perut lapar terlupa akan ada lagi kenduri seterusnya...hihihi
Dah macam raya...rumah pertama pulun makan...rumah seterusnya makanan dah mengembang dalam perut...hihihihi

Tapi ambil jugak la semangkuk laksa...
Majlis kahwin/jamuan kat Kedah tak sah kalau takda laksa..Kalau tak laksa mihun sup utara yang mihun kuning sos dia merah tu...


Dek cuaca yang terang..langit biru..matahari teril bercajaya....ABC pastinya tak mampu ditolak....ada beberapa food truck meyediakan aneka masakan panas gorengan...ABC,cendol,apam balik,cucut udang kuah kacang,rojak,dan paling rare....ada apam lenggang juga .Semua menu ni memang tak asing bagi orang Kedah...tapi mungkin juga ada terdapat di negeri lain dan mungkin dengan nama yang berbeza ikut sebutan setemlat


Ambil juga nasi sepinggan untuk dikongsi beramai...Sekadar untuk jamah
Nasi dihidang atas kertas pembungkus yang memang semua direnyuk macam tu bagi membentuk lubang seperti pinggan.Bawahnya dialas pinggan..Kreatif depa la ni..tak payah basuh pinggan...tetamu pun selesa nak makan lepas makan bungkus elok-elok & buang dalam tong sampah yang disediakan..

Nasi minyak..ayam merah..daging hitam,sambal belacan ulam timun..Ada beberapa jenis lauk lagi tapi takut membazir...Tak perasan siapa yang ambil nasi ni sama asa Haikal @ Cella...
Kami pergi naik kereta Pakcik tapi Haikal yang drive..So berlima..
-Haikal



Tempat makan yang kami pilih ni port bawah pokok ala-ala garden wedding .
Ada hall yang besar juga tapi kaminpilih tepi taman..Kalau perasan bawah tiang lampu hitam tu deretan tempat duduk ala arabic...untuk yang nak makan bersila atas karpet berserrta meja rendah.Cuma waktu ni panas tak ada yang duduk situ.Kalau malam best ni...
Pondok beratap merah bata belah kanan tu toilet...Bersih giler macam tandas hotel..
Yang nampak bucu atap belah kiri tu dewan tertutup beraircond tempat pelaminan.Bangunan tu terapung atas kolam...
Sayangnya saya ralit menghayati sekitarnya  hingga terlupa mengambil gambar sekeliling


akngah
Kami datang hanya berlima...
Achik
Cella
Adah & Miqaiyla
Adah  3  beranak dah balik Malaya ..Sebelum ni suaminya dipinjmkan selama 2 tahun ke Tawau atas keperluan perjawatan.Adah pula tiada masalah untuk kembali ke Malaya kerana HQ di KL...

Next....Makan kenduri lagi kat homestay tepi sawah...
Kali ni lagi rare....guddies dia lain dari yang lain ...Nantikan next entri...🥰

Friday, 2 January 2026

MAKAN KENDURI @ VILLA KANCHAH

 Balik Kedah cuti Krismas 2025,langkah kaki kanan betul...Banyak kenduri🤭

Kenduri pertama kat Villa Kanchah,Jitra..
Kalau dulu saya selalu bercerita tentang kenduri kat Kedah biasanya tumbang 2 ekor lembu dan dimasak gotong royong...Namun kini dah sejak selepas covid 19 boleh dikatakan semua pakat ambil caterer dan masak side dish sahaja untuk tambahan..Tapi bab air balang macam pasar malam punya .eriah....stall side dish yang meriah masih banyak...Cuma Sekarang trend depa buat kenduri kawin kat villa & homestay pulak...
Sewa tempat yang all in one katanya lebih praktikel...rumah tak sepah tempat cantik semua tersedia...Cuma sedia $$$$$..
Kalau dilihat kenduri kahwin sekarang ...rasa kecut perut ..

Villa ni  macam pinggirn hutan .Banyak betul homestay & villa yang  memang depa
Kami sampai dalam pukul 12....cuaca panas dan terang yang sememangnya menjadi harapan tuan kenduri .Selalu kita tengok dan dengar orang dulu-dulu akan lambung spend*  penganti atas bumbung rumah  sebagai petua taknak hujan turun...hahahaha...ramai yang ada kenangan tu kan...hihihi


Tempatnya privacy terletak dipinggir belukar dan olen parking
Actually ni kenduri kawan Achik...


Dijemput tuan kenduri menikmati makanan utama di sebelah kanan.


Nasi jagubg & nasi putih bersama lelauk kebiasan kenduri...daging hitam ayam merah acar buah,jelatah & buahan



Ada laksa & mihun sup

Ada apam balik..
Apan datang takda ...habis semua apam balik...hihihi


Apam baliknya sedap

Kue teow pun sedap..apa lagi makan panas -panas baru digore g..siap ada jeruk cili



Kidapanatas meja pun sedap...kuih siput nostalgia betul...Sedap macam kuih siput dulu-dulu..



Awan menghiasai langit biru kelihatan sungguh canti...
Kami akan menerruskan ke kenduri berikitnya ke Air Hitam,Jitra...


Sunday, 9 November 2025

MAKAN APAM JOHOL KAT KENDURI KAHWIN @ PKNS,BANGI

 
Cerita semalam....menghadiri walimatul urus Puan Salmiah...kat Komplkes PKNS,Bangi..Sepanjang 4 bulan di tempat kerja baru..inilah kali ke-2 menghadiri kenduri  kenduri staf sini...1st kenduri minggu lepaa kat Pulau Meranti tu..Ni kat PKNs...berturut pula kendurinya..

Lama dah tak masuk situ.Dulu masa Achik dok Bangitahun-tahun  awal 2000-an dulu swlalu singgah PKNS tu..Baju raya pun cari kat situ..

Baru tau kat roof top dia ada dewan majlis.


Pinggan Cella....



Pergi berdua dengan Cella..Dulu kat tempat kerja lama,kalau kenduri kendara caranya pakat carpool sesama rakan...pakat ada group masing-masing..Kita dah boleh cam sipolan akan datang dengan si polan dan si polan..Kalau namlak si polan tu akan ada ahlinya yang lain..ada yang siap ada nampa group depa..

Sini pula..saya nampak kalau kenduri jenis gerak dwngan seda family..Pakat bawa family anak beranak...Tak tau la memang macam tu atau kebetulan.Sebabnya baru 2 kenduri staf sini...Kita tengok ke depan..


Cendol dia sedap sungguh...Tengok kat stall tu kalau tak salah Cendol Songkok Tinggi,Seremban...Kalau ke Seremban kena cari ni..Betul,sedap pada tekak kami dua beranak...cukup lemak dan manis yang nipis....
Ada laksa dan beberapa menu lain...tapi kali makan tu je..



Kalau minggu lepas  majlis kenduri rakan berketurunan Jawa ada Pecal yang sedap..Kali ni mak pengantinnya orang Nismilan....ada apam Johol a k.a apam daun rambai...
sMasa ke stall kuih muih...saya terus ambil sebiji apam Johol ni..Maklumlah bukan senang nak jumpa apam ni kan..Tak namlaknorang jual kat KL ni.Saya oula pecinta makanan  .Bukan hanyabcintakan rasa makanan tapi juga saya suka ambil tahu tentang makanan..Rasanya macam apam frozen yang dikukus semula..tapi masih sedap..Sayangnya saya lupa nak ambil teh panas...Nak bangun pula untuk ambilinuman macam payah nak gerak sebab jarak meja ke meja rapat dan susah nak keluar masuk

So,makan apam tu bersulam baki air airap tu macam tak berapa kena gu..kata orang kampung den🤭


Bukan orang perempuan la kalau jumpa gu depa tak bergambar kan...hihihu

Pastu terus gerak meninggalkan Bangi,menuju ke KLCC...