Friday, 22 September 2023

BEKAL KE TEMPAT KERJA- DULU BEKAL KE SEKOLAH

 Salam Jumaat penuh barokah.Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t

Bekal Cella hari ni
Nasi Putih renjis kicap lemak manis.
Lauknya Udang Goreng Kunyit+ Buncis.



Masak 10 ekor sahaja udangnya.
+ 10 batang kacang buncis,bawang dan cili padi merah untuk kasi pedas sikit.


Semua tu terus tuang dalam tupperware bekal dia.Anak jantan tu tak makan udang.Saya pula tak minat sangat dengan udang-udangan ni.Saya lebih suka ikan goreng.

Spaghetti Bolognese
Semalam..Hari Khamis  punya bekal dia ....Anak jantan tu pun sama makan ni jugak.
Ni pun bukan kesukaan saya juga.Masak hanya untuk depa dua beradik..Saya tak bawa bekal semalam.Sahur ja makan roti .


Bekal hari Rabu.
Nasi Putih
Sup Pedas Ayam 
Telur Dadar..
Bekal Cella hari Rabu..


Hari Selasa bawa nasi impit



Bersama Rendang Ayam Pucuk Ubi.
Isnin punya bekal takda pic.Lupa nak snap.

Dua bulan ni sepanjang sepanjang Ogos dan September ni memang setiap hari kerja bawa bekal.Salah satu sebab dia kata dia ambil break yang pendek.Sepatutnya lunch break 1 jam.Tapi dia minta break dua kali.Alhamdulillah,walaupun bos Cina tapi dia benarkan bila bagitau nak break 2x untuk solat.Setengah jam untuk lunch dan setengah jam lagi break petang sikit  untuk  solat sekali harung.
Setengah jam sahaja takdan nak beli makanan.Walaupun depan tempat kerja tu banyak gerai dan food truck tapi lunch hour ramai orang & nak kena beratur.
Sebab tu nak bawa bekal katanya..
TAPI....macam la kita tak tau..sebab UTAMA dia bawa bekal sebab boleh  jimat duit dia🤭
Kalau tak bawa bekal kena keluar modal sendiri beli makanan.Kalau bawa  bekal..modal bekal dari  mak...🤣

Berbaki lagi seminggu dia kerja..
1 Oktober dah masuk sem baru..




Thursday, 21 September 2023

JOM,KENALI BUAH BEKA & CARA BUAT KERABU BUAH BEKA

 

Kerabu Buah Beka...
Ni antara makanan nostalgia bagi saya.Sejak kecik dah kenal kerabu beka kerana pokoknya tumbuh meliar diserata pelosok kampung terutama tepi bendang.


Ini yang panjang dan macam papan ni la Buah Beka...
Yang lain tu ads buah cempedak,pucuk daun palas,rambutan dan sebelah buah rambutan tu sireh buat makan dengan pinang..Ambil kat kampung beberapa minggu lepas
Rasanya tak semua kenal buah yang satu ini.Tetapi bagi kebanyakan negeri di utara seperti Kedah dan Perlis memang ada buah beka ni.Begitu juga dengan  Kelantan dan Trengganu kerana bila tanya rakan-rakan orang sana depa kenal buah beka tapi disebut Buah Beko.
Di Thailand juga ada buah beka ni.Saya pernah nampak dalam youtube

Ni la pokok beka di kampung saya dekat dengan rumah mak kat kampung.Pokoknya tinggi kerana tidak dipangkas.
Kalau rajin pangkas,pokoknya boleh merendang dan tidaklah tinggi.Cuma kalau selalu dipangkas,buahnya akan sedikit pendek dan tidaklah sepanjang buah beka liar yang pokoknya dibiar tinggi.Pokok beka ni selain dimakan buahnya,pucuknya juga sedap dijadikan ulam mentah,ulam rebus dan dijadikan kerabu.Tapi kali ni nak share pasal buah beka sahaja.

Hanya buah beka yang masih muda boleh dimakan kerana kalau dah tua ianya keras dan berserat.Cara nak tengok masih muda ialah dengan mematahkan kepala atau ekor atau mana mana bahagian buah beka.Jika mudah patah maknanya masih muda.Jika liat tak boleh patahkan,tandanya buah beka dah tua dan tak sesuai lagi nak makan.
Pucuk muda dan buah muda dijadikan ulam dan kerabu.


                    pic google
Jika buahnya dibiarkan tidak dipetik,buahnya akan keras dan seterusnya bertukar dari warna hijau menjadi warna hitam.Buah beka yang dah hitam lama-kelamaan akan terbelah dua dan keluarkah biji benihnya yang bewarna putih,nipis dan ringan selebar 2 jari berterbangan di tiup angin.Kalau musim kemarau panas buah yang masak mudah pecah dan banyaklah biji benih beka berterbangan menjadi acara kejar-kejar biji benih yang terbang di tiup angin tu.Kulit buahnya yang panjang tu akan gugur kebumi dan kami kutip pula jadi mainan pedang-pedang.Itulah secebis kenangan dengan buah beka ni zaman kanak-kanak.

Jom tengok cara masak buah beka ni pulak..

Sebelum buat kerabu,kena bakar dulu buah beka ni..
Saya patahkan menjadi beberapa bahagian agar mudah nak kendalaikan.


Kalau nak sedap lagi kena bakar guna dapur kayu .Tapi la ni payah la nak jumpa dapur kayu.Maka dapur gas la jadi altenatif.



Selain dibakar,buah beka juga boleh direbus hingga empuk.Tapi saya tak pernah lagi cuba versi rebus.Dah terbiasa versi bakar sebab kata mak saya kalau rebus ianya tidak selembut dibakar.Bila dibakar,kulitnya mudah ditanggal,sebaliknya kalau rebus kulit kekal tak longkah/lekang.Bakar juga menjadikan buah beka mengeluarkan aroma khas yang harum ( bukan wangi macam bau bunga tapi bau khas macam bau orang layur ayam tu)


Bakar hingga kulitnya bergelembong kecik kecik dan kulitnya sedikit hangus.


 Biar sejuk sekejap 


Kemudia dibasuh sambil gosok-gosok kulit yang terbakar tu.


Baginilah rupanya buah beka yang sudah dibakar dan dibasuh untuk tanggalkan sel-sel mati pada kukitnya🤭🤣


Kemudian hirislah buah beka tadi..


Ikut suka nak hiris tebal atau nipis.


Ni saya hiris tebal sebab nak jadikan ulam cicah sambal belacan.


Sebabnya tak menyabar nak makan buah beka ni..Takdan jadi kerabu,kita makan ja sebagai ulam.



Ni pula saya hiris lebih nipis.


Sebahagian  nak dijadikan kerabu.Manakala selebihnyanya nak difrozenkan.Maklumlah buah rare ni payah nak dapat.Bila dapat,kita proses dan frozenkan juga untuk stok tatkla craving..hihihi
Bila teringin,just reheatkan dan sedia dijadikan kerabu....


KERABU BUAH BEKA
1 keping buah beka
5 bawang merah- hiris nipis
1 sudu serbuk beras goreng
( sangai beras dan blend kasar)
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisik 
gula,garam,limau nipis.

Bahan Tumbuk:
2 batang serai
3 hiris lengkuas.

Bahan Sambal Belacan:
10 cili padi merah + hijau
1 cili merah
1 ketul belacan besar ibu jari.

1. Bakar dan bersihkan buah beka serta hiris nipis.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan bawang hiris,sambal belacan dan santan pekat.

3. Campur juga kerisik dan serbuk beras serta perisakan dengan garam dan sikit gula.Perah limau nipis dan sesuaikan rasa masam,masin dan secubit manisnya.

4. Masukkan hirisan buah beka dan gaul rata.Sedia dihidangkan.

** Kalau di kampung saya,kerabu beka ini jiga dicampur tauge celur.Ada masa dicampur perut lembu yang sudah direbus terutama masa raya qurban.


Rasa kerabu  buah beka ni seakan  rasa kerabu perut lembu dan sedikit pahit-pahit lemak.Sedikit sahaja pahitnya.Bagi yang menggemari,pastilah menyukai dan merindui kerana sbb susah juga nak dapat.
Buat kerabu ni ada banyak versi..Selain buat kerabu guna serai lengkuas macam ni...Saya juga pernah share buat BUAT KERABU BUAH BEKA ( versi guna isi ikan rebus)

Selain buahnya,pucuk beka sedap dijadikan kerabu.
Saya juga pernah olahkan pucuk beka menjadi PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS..kat sini

Buah beka pun rupanya ada di Thailand & depa orang Melayu Patani pun panggil Buah Beka juga.
Cara depa buat kerabu pun lebih kurang sama.Saya share link youtube Salee Style - CARA BUAT KERABU BUAH BEKA..Saya suka tengok chanel mek Pattani ni kerana persekitaran dan masakannya ada banyak persamaan dengan kampung saya dulu-dulu tahun 80-an.Dialek pertuturannya juga walau bercampur dialek Kelantan,namun lebih 70% dialek tu sama dengan dialek pertuturan generasi tua kampung saya.Malah mak mak saudara saya dulu banyak menggunakan dialek sama iaitu dialek Pattani.....

Wednesday, 20 September 2023

BEBOLA KELEDEK

 

Tengok bebola keledek pasti ramai auto akan ingat bebola keledek kat Pasar Malam Golden Hill Cameron Higland kan....


Tapi bila ada keledek,kadang terlupa nak buat kuih ni.Padahal nak buat bukan susah sangat pun.Kuihnya sedap dan comel.Buat bite size senang nak makan.

Ni saya masak buat kudapan petang,sehari sebelum anak menantu fly ke Sabah.Depa dok kalut kemas lagage..saya masak la bebola ni buat kudapan.Resipi saya hanya c&p dari oldpost


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Kukus keledek hingga empuk 
Kuali ni kan..dah jadi multi purpose.Kuali ni la nak goreng kuih,kuali ni la nak masak wajik,kuali ni la jadi pengukus sebab malas nak keluarkan pengukus lain.
Walau ada beberapa kuali lain,pasti ada satu kuali yang jadi kuali favourite kita kan....hihihi
Bekas berlubang tu saya beli kat Eco ja..Beli masa harga barangan Eco masih RM2.10 dulu lagi..Sekarang barangan Eco rasanya dah RM2.60 kot(dah lama tak masuk Eco)🤭Pastu beli juga penutup.
Saya suka masak apa pun dalam kuali sebab senang nak kendalikan.Dah siap masak baru tuang dalam periuk atau bekas lain.

Saya hiris keledek tidak tebal supaya cepat empuk.


Lenyek cara mak-mak kampungan macam saya hanya guna gelas ja🤭
Bukan takda pelenyek kentang tu tapi dah terbiasa guna gelas lagi cepat..hihihi

Masukkan gula dan garam juga


Masukkna tepung dan uli sebati hingga dapat dough lembut yang boleh dibentuk.



Bentukkan bebola sebesar fishball


Goreng terendam sambil dibalik-balikkan supaya masak garing sekata.


Siap kuihnya...
Kalau untuk idea bekal anak sekolah boleh cucuk pada lidi sate atau pencucuk yang fancy.Pasti anak suka.Lagipun keledek orwn ni kan kaya carotine dan bagus untuk penghadaman anak.Kalau nak buat hidangan majlis kecil kecilan pun sesuai..
 Nak nampak vogue,boleh cucuk-cucuk guna lidi koktel atau guna saja lidi cungkil gigi tu pun sesuai.

PERNAH MAKAN PULUT CEMPEDAK?

 Kawan-kawan pernah ke makan Pulut Cempedak?


Kalau tak pernah,try la sekali...hihihi

Pulut Cempedak ni....pulutnya kena pulut lemak iaitu pulut yang dikukus dan di aron dengan santan bercampur sikit garam dan sejemput gula.
Cempedaknya pula kena cempedak yang masak ranum barulah manis melekat dan berjus.


 Makan pulut cempedak sambil mengadap kehijauan sawah padi kat open kitchen di rumah Kedah...hihihu..
Bunyinya open kitchen macam gah tapi open kitchen cara kita la...open sungguh.
In shaa Allah hajat hati,kalau dah balik dok sana nanti,saya nak wujudkan open kitchen ikut citarasa saya..Nak ada table bar & edible garden..Berangan bukan kena bayar kan...hihihi



Ni kat Kedah hari tu...beberapa hari selepas kenduri Adah.

Mak la dok sebut nak makan pulut cempedak sesambil dok kemas periuk belanga kat belakang dapur ni.Walau guna caterer tapi periuk besar kuah laksa.kuali besar masak wajik dan sambal tempoyak bagai penuh juga kat belakang.Dah bersih kering semua terus sumbat dalam bonet balik hantar kat rumag kampung.Periuk belanga besar gedabak tu mana nak simpan kalau kat rumah ni,bukan ada setor.So,hantarlah balik. kampung.Itu semua periuk belanga memang mak punya.Ada beberapa periuk besar bertangkai,kuali besar,rice cooker kormesial,tray dan flask besar memang mak beli dulu-dulu.Peralatan tu semua dah lebih suku abad mak beli.Ada yang dah 30 tahun umurnya.Ingat lagi masa mak beli periuk belanga besar tu dulu,siap lori datang hantar sebab besar dan banyak.Mak beli dengan duit titik peluh mak ambil upah menanam padi.Kata mak... senang kalau kenduri kendara tak payah pinjam orang.Standard mak-mak kita memang macam tu kan..
Tapi rice cooker besar tu mak memang wakaf  kat surau dan mak kata kalau sesapa orang kampung nak buat kenduri guna la rice cooker.Biar rosak digunakan daripada rosak tersimpan.Alhamdulillah sampai sekarang elok lagi.Hari tu pun pi amik disurau dan lepas guna pi letak semula kat surau kampung.
Heeee...bukan saya la kalau sembang tak merata perginya...🤣🤣🤣

Antara stok cempedak hari tu..
Baki yang goreng buat hidangan kenduri tu ada la beberapa biji yang masak ranum.Tu yang mak dok sebut nak makan pulut cempedak 




Mak tengah  kait cempedak yang pokok dekat rumah mak tu la buat goreng masa kenduri tu.Kata mak,semoga pahala mengalir untuk tokwan iaitu bapa mak.



Pulut  lemak untuk makan dengan cempedak.
Pulut ni sekilo direndam semalaman.Esok pagi tu  dikukus hingga masak.Pastu aron( gaul) dengan 2 cawan santan pekat yang dah dicampur sikit garam dan sejemput gula.Gaul rata dan biarkan 10 minit sebelum dimakan supaya santannya mesra dan sedap.Kalau cara mak saya,lepas dah aron santan memang tak kukus semula supaya santan tak pecah minyak  lebih berlemak.Boleh bertahan 5-6 jam.Tapi kalau masak banyak @ nak tahan lama,lepas aron dengan santan kukus semula hingga naik wap tanpa menutup pengukus.Boleh tahan seharian tidak basi.


PULUT LEMAK

1kg  beras pulut- rendam semalaman

3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula

2 helai pandan


1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak


2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.


3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.


****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan 


Hidang la pulutnya bersama cempedak masak ranum


Buah cempedak yang sudah ranum lebih manis dan bersari.


Goreng juga ikan pekasam untuk makan dengan pulut.Kadang dah makan manis,rasa nak makan masin pulak kan...gitulah kita manusia...hihihi



Pinggan saya....memula makan pulut ikan pekasam...Pastu sambung pula pulut Cempedak.

Pulut cempedak juga ada dalam oldpost PULUT CEMPEDAK ..

Saya juga ajar anak-anak untuk kenali PULUT PISANG...


Tuesday, 19 September 2023

RENDANG HIJAU AYAM + PUCUK UBI

Semalam ada kerajinan.Balik kerja singgah beli ayam,cili padi & serai.Dalam kepala dah set nak masak Rendang Hijau Ayam + Pucuk Ubi..

Alhamdulillah....jadi masaknya

Jemput makan nasi ketupat nasi vs rendang hijau


Kali ini saya masak Rendang Hijau Ayam + Pucuk Ubi


Dah dekat sebulan dok terbayang Rendang Ayam + Pucuk Ubi ni.Masa balik Kedah selalu kesuntukan perut nak makan dan masak lauk macam ni.Kalau balik sana,pucuk ubi tepi runah saja tak payah beli.Tapi tu la,kalau dah balik memacam nak dibeli dan dimakan.Belum lagi yang Achik masak memacam dan Pakcik beli macam-macam bila tau kami nak balik.

Minggu lepas plan nask masak rendang ni..cari pucuk ubi pulak takda.Ni dua hari lepas,hari Ahad tu jumpa orang jual pucuk ubi dan pucuk paku tepi jalan depan kuaters tu..Apa lagi,grab la seberkas.Dah berangan nak masak rendang dengan ayam.Nak masak hari Ahad tu macam malas sebab sengsorang kat rumah.Cella outing dengan kawan-kawan.Anak jantan tu pulak pi kenduri kahwin kawannya.Dah sengsorang malas nak masak beria.
Eh,semalam kerajinan itu datang...hihihi
Sampai jer rumah,tak buka tudung tak tukar baju terus rebus nasi impit dulu...kemudian terus merendang sebab nak bagi dan dengan waktu buka posa..Kalau guna santan fresh tak payah tumis..Lebur ja semua nanti masak sampai kering keluar la minyaknya Tapi sebab saya masak rendang ni guna santan kotak,maka saya tumis la dulu.
Ayam pun saya goreng sebab taknak ayamnya benyek.Kalau ayam pencen atau ayam kampung,saya tak goreng la.

RENDANG HIJAU AYAM+PUCUK UBI
1 ekor ayam- potong 12
2 cekak pucuk ubi(+-30 tangkai)
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kara( 250ml)
3 asam keping
1 helai daun kunyit
½ ketul gula melaka
minyak,garam

Bahan Blend:
(blend jangan halus sangat)
2 cawan cili padi hijau
5 batang serai
5 hiris lengkuas
1 bawang Holland
1 ketul kunyit

1. Garam kunyitkan ayam dan goreng sekadar masak tapi bukan garing 

2. Dalam minyak goreng ayam tu
( lebih kurang 1 cawan minyak) tumis bahan blend.Masak hingga naik minyak

3. Masukkan ayam goreng,santan+1 cawan air,asam keping,gula melaka dan kerisik.

4. Masak hingga pekat dan naik mendidih.

5. Masukkan daun pucuk ubi dan masak lagi hingga mendidih semula.Perlahanlan api dan masak hingga daun ubi lembut dan kuah pekat.

6. Tabur daun kunyit dan sesuaikan rasa

Ayam dah siap goreng.


Tumis bahan blend


Hijau betul bahan blend dah macam letak pewarna mungkin sebab cilinya segar.



Masukkan ayam.


Gaul sebati.


Tambah santan + air


Masak hingga mendidih


Tambah asam,garam,gula melaka dan kerisik


Bila masuk santan ...kuah dah tak la sehijau tadi.


Masukkan daun ubi.
Saya sebut daun ubi sebab pucuknya secoet ja..Selebihnya memang saya masukkan "daun" ubi.Sehelai pun saya tak buang.Semua daunnya saya ambil walau daun keras ..hihihi
Kalau mak saya yang tengok...mau dia jerit tengok saya ambil daun yang dah tua...hihihi


Kalau tekak saya daun ubi lagi sedap dimasak rendang ni.Kalau pucuk ubi yang lembut dimasak lelama macam ni dia dah takda tekstur.
Kalau daun ubi,lagi lama masak,lagi sedap.

Jangan lupa rebus nasi impit.
Saya makan takdan nak sejuk nasinya.Rasa macam awal lagi..tetiba dah dengar azan


Rendang ayam pucuk ubi vs ketupat nasi...